UiTM Kampus Pasir Gudang Official
3.45K subscribers
371 photos
5 videos
36 files
213 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Mohon semua pelajar UiTM yang masih BELUM pernah memuat naik gambar pelajar atau TIADA gambar pelajar di sistem UCMS, sila berbuat demikian di https://kad.uitm.edu.my dengan memilih pilihan menu Upload Photo.

Cetakan kad Prihatin Siswa UiTM TIDAK BOLEH dibuat sekiranya gambar pelajar masih tiada atau belum dimuat naik ke dalam sistem tersebut.

Kepada pelajar UiTM yang telah memuat naik gambar di sistem UCMS, TERIMA KASIH pihak kami ucapkan. Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkara ini, sila isikan aduan di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category : Operasi - Kad Pelajar/Staf.

Layari kpsiswa.uitm.edu.my berkaitan kad Prihatin Siswa di UiTM.

NOTA:
Menu Upload Photo di dalam sistem https://kad.uitm.edu.my HANYA akan dipaparkan sekiranya pelajar UiTM BELUM memuat naik gambar atau TIADA gambar.

Ketua
Bahagian Operasi ICT
Jabatan Infostruktur
Untuk perhatian semua pelajar UiTM Cawangan Johor‼️📣📣📣
Forwarded from Info Rasmi HEP UiTM (I.A)
𝐞𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐡 : 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚

Semua pelajar UiTM boleh menuntut kredit e-dompet bermula 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟑 - 𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑 melalui platform yang disediakan.

Gunakan bantuan Malaysia Madani ini untuk tujuan yang berfaedah dengan mengutamakan keperluan pengajian.

Sebarang kesukaran ketika proses tuntutan, boleh hubungi focal point HEP UiTM di talian

#HEPPADU
#UiTMDiHatiku
#eBeliaRahmah
#MalaysiaMadani
Forwarded from Info Rasmi HEP UiTM (I.A)
Berikut merupakan senarai nama Pegawai Hal Ehwal Pelajar (UiTM) sebagai Focal Point bagi e-BeliaRahmah

#HEPPADU
#UiTMDiHatiku
Siswa/i UiTM,

Saudara/i boleh menyemak jenis reka bentuk Kad Prihatin Siswa yang dipaparkan di dalam sistem/aplikasi My Student (mystudent.uitm.edu.my) pada menu Kad Digital (seperti tangkap layar di atas👆) bagi penentuan kewujudan akaun simpanan I-Pro yang telah disediakan oleh pihak bank RHB.

Saudara/i yang TELAH dibukakan akaun simpanan I-Pro RHB akan mempunyai reka bentuk kad Prihatin Siswa yang MEMPUNYAI gambar cip elektronik manakala yang TIDAK MEMPUNYAI gambar cip elektronik adalah dikategorikan belum mempunyai akaun tersebut.

Senario di bawah adalah menunjukkan paparan reka bentuk Kad Prihatin Siswa yang TIDAK mempunyai gambar cip eletronik :

i. Proses pembukaan akaun simpanan I-Pro RHB masih di dalam tindakan oleh pihak bank.

Nota: Pelajar UiTM yang telah BERJAYA dibukakan akaun simpanan I-Pro RHB akan mendapat sms/emel yang berkaitan daripada pihak bank RHB.

ii. Aktiviti consent pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB BELUM/TIDAK PERNAH dibuat oleh pelajar UiTM dan aktiviti consent ini boleh dibuat melalui menu Kad Prihatin di aplikasi/sistem My Student (mystudent.uitm.edu.my).

Nota: Pelajar UiTM khususnya di bawah kategori pinjaman PTPTN perlu membuka akaun ini dengan kadar segera kerana saluran bayaran PTPTN akan hanya dibuat melalui akaun simpanan I-Pro RHB mulai September/Oktober 2023.

Ketua
Bahagian Operasi ICT
Jabtan Infostruktur
🗣 Pelajar UiTM,

Pelajar UiTM pada ketika ini yang mendapat bayaran pinjaman PTPTN perlu membuat consent pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB kerana bayaran pinjaman PTPTN mulai September/Oktober 2023 akan disalurkan menggunakan akaun Simpanan I-PRO RHB SAHAJA. Pelajar UiTM yang lain juga digalakkan membuka akaun ini juga kerana ianya adalah percuma dengan membuat consent ke atas akaun tersebut.

Layari kpsiswa.uitm.edu.my untuk maklumat berkaitan program Kad Prihatin Siswa.

i. Aktiviti consent pembukaan akaun ini boleh dibuat melalui aplikasi/sistem MyStudent, UFuture dan Student Portal.

ii. Semakan status dan tarikh consent pembukaan akaun ini boleh juga diakses melalui aplikasi MyStudent seperti paparan skrin 👆.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)
Universiti Teknologi MARA
🗣 Pelajar UiTM,

Mohon semua pelajar UiTM yang masih BELUM memuat naik gambar pelajar di sistem UCMS, sila berbuat demikian di 👉 https://kad.uitm.edu.my dengan memilih plihan menu Upload Photo.

Cetakan kad pelajar UiTM TIDAK BOLEH dibuat sekiranya gambar pelajar masih belum dimuat naik ke dalam sistem tersebut.

Kepada pelajar UiTM yang telah memuat naik gambar di sistem UCMS, TERIMA KASIH pihak kami ucapkan. Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkara ini, sila isikan aduan 👉 di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category : Operasi - Kad Pelajar/Staf.

NOTA : Menu Upload Photo di dalam sistem ini HANYA akan dipaparkan sekiranya pelajar UiTM BELUM memuat naik gambar di dalam sistem 👉 https://kad.uitm.edu.my.

Ketua
Bahagian Operasi ICT
Jabatan Infostruktur, PPII
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Kepada Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PERINGATAN PERKARA PENTING SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Peperiksaan akhir Sesi 2 2022/2023 akan berlangsung sepanjang tempoh 24 Julai sehingga 13 Ogos 2023. Semua pelajar diingatkan untuk memastikan telah mematuhi perkara berikut sebelum masuk ke dewan peperiksaan:

i. Mematuhi sahsiah rupa diri (SRD) UiTM
ii. Membawa kad pelajar (kad biru atau kuning)
iii. Membawa slip menduduki peperiksaan

Pelajar yang masih tidak memiliki kad pelajar dikehendaki segera berurusan dengan Jabatan Infostruktur di Bangunan Pentadbiran, Aras 3.

3. Pihak universiti tidak akan berkompromi kepada mana-mana pelajar yang didapati ingkar arahan peperiksaan seperti yang telah termaktub di dalam peraturan akademik UiTM.

Perhatian dan kerjasama semua amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
09 Julai 2023 | Ahad
[𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗞𝗲-𝟵𝟳] 🎓🎓

Tahniah kepada semua graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bakal bergraduat pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda semua lebih berjaya dimasa hadapan.

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97 akan berlangsung pada tarikh berikut:

🗓 5 - 26 Ogos 2023 - UiTM Shah Alam
🗓 6 - 8 September 2023 - UiTM Cawangan Sabah
🗓 12 - 15 September 2023 - UiTM Cawangan Sarawak

Jubah boleh diambil bermula dari 15 - 27 Julai 2023 mengikut kepada sidang yang dijadualkan. Rujuk jadual pengambilan jubah disini: https://drive.google.com/file/d/1gV8kqYySCrx4eQcUg1G2pbp94Kp2Iayz/view

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Sebarang pertanyaan berkenaan konvokesyen boleh diajukan kepada pegawai konvokesyen yang terlibat. Rujuk pautan berikut untuk senarai pegawai yang boleh dihubungi: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Jom daftar sebagai ahli MyAlumni UiTM https://alumniuitm.uitm.edu.my/

#MalaysiaMadani
#UiTMDiHatiku
#GRU2025
#konvouitm97
#Tahniah