Berita Travel
10 members
91 photos
37 links
Berita Travel merupakan saluran untuk perkongsian cerita dan pengetahuan kepada pelancong.
Download Telegram
to view and join the conversation
Taman tema Lost World of Tambun juga menyediakan glamping. Terdapat dua jenis iaitu khemah dan vila terapung. Apabila menginap di sini, akses ke taman tema selama 2 hari sudah termasuk di dalam harga penginapan.

📷 Foto di Lost World of Tambun
Glamping di Tanah Aina Fahad yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang juga sesuai untuk keluarga. Fasiliti yang lengkap serta makanan yang disediakan daripada tanaman yang ditanam secara organik sebagai sajian sambil anda nikmati keindahan alam.

📷 Foto di Tanah Aina Fahad
Caravan Serai terletak di Jalan Tras, Bentong, Pahang yang dikelilingi dengan pokok getah, kelapa sawit dan buah-buahan tempatan. Menawarkan penginapan jenis Khemah Safari dan Bilik Suite buat tetamu.

📷 Foto di Caravan Serai dan Hotels.com