TKO - Komenter Politik
574 subscribers
11.7K photos
10 videos
49 files
18.8K links
CHANNEL - Komenter politik oleh penulis-penulis terkenal. Fokus isu serta analisa politik terkini.

@tranungkite
Download Telegram
“Beliau harus menerima sekurang-kurangnya beberapa nama yang diusulkan,” kata Awang Azman kepada FMT.

Katanya, langkah itu juga boleh menjadi cara untuk mendamaikan perbezaan kem dalam Umno dan memastikan calon adalah dari “pasukan” ketiga-tiga pemimpin itu.
Azmi Hassan.

Mengenai kriteria untuk memilih calon yang hanya boleh menang, diterima dan disukai, Awang Azman berkata: “Ia sangat subjektif.”

Ahli akademik Azmi Hassan berkata, penamaan pasukan pemilihan boleh menjadi langkah untuk menyatukan semua kem dalam Umno setelah kemelut baru-baru ini membabitkan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Beberapa Ahli Parlimen dilihat menyokong Muhyiddin sementara Zahid memutuskan Umno menarik sokongan.

Azmi berkata, lebih banyak perincian perlu diberikan mengenai kriteria calon yang boleh menang, boleh diterima dan disukai. “Ia dilihat bagus atas kertas tetapi bukankah itu watak asas yang harus dimiliki oleh ahli politik,” katanya. Maklumat lebih terperinci mengenai kriteria harus diberikan untuk mengelakkan berlakunya salah tafsir.
⭕️ Arak jenama Timah hina agama Islam: CAP

GEORGETOWN -
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, produk minuman beralkohol itu dipercayai dikeluarkan oleh syarikat tempatan perlu diharamkan bukan sahaja ia menghina agama Islam malah berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.

Menurut beliau, CAP sangat kecewa dengan produk arak berkenaan dan ia tidak wajar diberi kelulusan pengeluarannya oleh jabatan yang bertanggungjawab.

"Jenama Timah itu memalukan dan satu penghinaan kepada umat Islam kerana jenama yang ditonjolkan mengaitkan nama Melayu Islam iaitu Timah adalah singkatan daripada Fatimah.

"Lebih biadab, iklan arak itu mengguna imej seorang lelaki yang berkopiah dengan janggut panjang seolah-olah memaparkan individu berimej agama, tetapi mempromosi arak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Subbarow menjelaskan, pihaknya juga tidak faham bagaimana pengeluaran arak berkenaan diluluskan kerana ia mengandungi 40 peratus alkohol dan dijual pada harga RM190 sebotol.

Menurut beliau, kandungan 40 peratus alkohol dalam minuman arak itu sangat tinggi malah apa yang membimbangkan ia akan menyebabkan lebih banyak masalah sosial dalam kalangan peminumnya.

"CAP tak faham bagaimana kementerian boleh beri kelulusan menggunakan nama dan gambar yang boleh mengundang kemarahan orang ramai, ini sangat tidak masuk akal.
🧿 MUDA patut cuba nasib di PRN Melaka, kata penganalisis

PETALING JAYA: Keputusan MUDA untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka menandakan kehilangan peluang bagi parti politik baharu itu untuk menguji daya tarikan mereka dengan pengundi dan memecahkan undi di beberapa persaingan.

Parti itu, yang masih belum didaftarkan, boleh meletakkan calon Bebas, malah mungkin dapat menewaskan beberapa pesaing, kata seorang penganalisis.

Pengasas MUDA dan presiden parti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh mengambil risiko meletakkan calon hanya untuk menguji lapangan, kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid, seorang profesor sains politik di Universiti Sains Malaysia.

“MUDA kemudian dapat melihat berapa banyak undi yang boleh diperolehnya. Jika calon hilang deposit, itu satu pengorbanan yang perlu mereka tanggung, lebih-lebih lagi jika mereka adalah muka baharu,” katanya.

“MUDA mungkin dapat menewaskan beberapa calon. Saya tidak fikir Bersatu dan PAS mempunyai sokongan akar umbi di Melaka,” kata Ahmad Fauzi.
🧿 Harga barang naik: Perlukah rakyat kibar bendera putih lagi?

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, rakyat sekali lagi berdepan saat getir susulan kenaikan harga barang keperluan harian ketika era pandemik COVID-19.

Lantaran itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat menggesa kerajaan menjawab beberapa persoalan berhubung langkah bagi menangani isu ini yang dilihat membebankan rakyat.

“Apakah strategi kerajaan untuk membantu rakyat. Apakah kepatuhan rakyat mematuhi SOP selama ini dibayar dengan disusahkan lagi. Berapa banyak kesusahan lagi yang perlu ditanggung oleh rakyat.

“Berapa banyak kes bunuh diri dan bankrap lagi akan berlaku. Adakah bendera putih akan dikibarkan sekali lagi,” soal beliau.

Ustaz Masridzi menegaskan walau apa pun alasan, sememangnya tugas para pemimpin dan pihak berkuasa yang diberi gaji, jawatan, pingat, kuasa serta peruntukan untuk menunaikan aku janji sumpah yang dilafazkan untuk menolong rakyat.
🔰 Lim Guan Eng bidas Mahathir

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, memori Dr Mahathir Mohamad “silap” apabila menuding jari hanya kepadanya dan seorang “penasihat yang dipercayai” dalam memoir bekas Perdana Menteri itu berhubung pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP itu berkata, sebagai Menteri Kewangan beliau juga pernah mempunyai ramai penasihat, antaranya Ketua Setiausaha Kementerian dan timbalannya, selain Pengarah Belanjawan Negara dan kakitangan awam lain.

“Tidak adil untuk Mahathir menuding jari terhadap hanya satu penasihat yang dipercayai. Saya pasti Mahathir juga sedar perkara ini. Beliau juga mempunyai ramai penasihat yang dipercayai melibatkan pelbagai portfolio termasuk yang bukan kakitangan awam.

“Malah beliau pernah mengugut memecat saya tiga kali daripada Kabinet namun kami tenang sahaja dan terus menjalankan tugas rasmi. Sentimen peribadi mesti diketepikan,” katanya
🔸 Isu pakaian: DAP cuba tuduh Islam ekstrem?

DEWAN Pemuda PAS Negeri Johor merasa terpanggil untuk menyambut baik akan kecaman Ketua Penerangan PAS terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaksudkan bahawa PAS merupakan parti ekstremis dan primitif yang menghalang pilihan para wanita untuk bebas memilih gaya pemakaian dan keterampilan. (merujuk kepada pautan)

https://www.themalaysianinsight.com/index.php/s/354765

Lebih dikesalkan, serangan terhadap PAS yang dibuat merujuk kepada pemakaian MP Segambut berbaju kurung dan berselendang dalam lawatan kerjanya ke beberapa komuniti termasuk sebuah masjid, dilihat sangat tidak relevan.

Ini kerana isu tersebut dibangkitkan oleh Guan Eng sendiri dalam keadaan PAS secara rasminya menyambut baik sebarang usaha untuk mewujudkan keharmonian dan penghormatan antara kaum, malah tidak membangkitkan langsung soal gimik politik yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
🟣 Mengawal pakaian kaum wanita Islam itu ekstrem dan primitif?

KALAU kita sebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ini anti-Islam dan sering memomokkan masyarakat dengan ‘Islamphobia’ sehingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat, ada yang mungkin menganggap kita keterlaluan. Tetapi salahkah kita menganggap begitu sebenarnya?

Secara jujur cuba kita lihat dan teliti kenyataan beliau sendiri. Terbaru ketika beliau menyinggung seorang pemimpin DAP di Johor dalam isu pemakaian tudung oleh seorang MP Wanita DAP yang bukan-Islam beliau dilaporkan menyebut:

“I find Boo’s remarks no different to those made before by extremist and primitive PAS leaders who want to control what women can or cannot wear.”

(Saya dapati pandangan Dr Boo tiada beza dengan pandangan pimpinan PAS yang ekstremis dan primitif yang mahu mengawal apa yang boleh atau tidak boleh dipakai oleh kaum wanita.)
💕 UMNO perlu belajar terima Bersatu – Ketua Pemuda Pas

PETALING JAYA: UMNO perlu belajar menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan begitu juga sebaliknya bagi memastikan muafakat ummah berjaya.

Malah Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, UMNO tidak sepatutnya menggunakan alasan bahawa Bersatu yang pernah berada dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalang menyertai Muafakat Nasional (MN).

“Jika luka kerana Bersatu menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan (PH) itu sangatlah besar untuk dilupakan, kenapakah UMNO sanggup menjadi sebahagian dari kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyidin Yasin ketika itu?

“Tidakkah kita lupa bahawa Bersatu inilah yang akhirnya meninggalkan PH dan menjadi sebahagian daripada kerajaan yang sama-sama kita tubuhkan pada Februari 2020?” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, matlamat penubuhan MN tidak menyebut Bersatu perlu menjadi sebahagian daripadanya.
📕 Hadir prosiding dalam talian atau Najib dikenakan waran tangkap - Hakim

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memberi kata dua kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan peguamnya untuk hadir prosiding kes SRC International Sdn Bhd secara dalam talian hari ini atau berdepan wang jaminan dibatalkan dan beliau dikenakan waran tangkap.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat perintah itu selepas peguam Harvinder Singh Sidhu memohon prosiding hari ini ditangguhkan kerana seorang peguam disahkan positif COVID-19 manakala yang lain menjadi kontak kasual.

"Mahkamah beri dua pilihan, yang pertama wang jaminan dibatalkan dan waran tangkap dikeluarkan terhadap Najib untuk beliau dibawa ke mahkamah serta-merta atau pendengaran permohonan didengar secara Zoom (online) tanpa mendapatkan persetujuan kedua belah pihak.

"Saya mahu kamu maklumkan kepada pihak peguam yang mereka boleh bekerja dari rumah. Esok tetap esok, kami belum buat keputusan
Ⓜ️ Ulama seluruh negara berhimpun sempena 70 tahun PAS

KUALA NERUS: Sambutan Ulang Tahun PAS ke-70 turut menghimpunkan guru-guru dan pelajar pondok dari seluruh negara, bagi mengimbau sejarah penglibatan ulama bersama PAS.

Program tersebut yang mengundang kira-kira 350 ulama-ulama pondok diadakan di Kompleks Tarbiah Darul Taqwa Batu Enam pagi ini.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, program tersebut diadakan bagi mengimbau kembali penglibatan ulama bersama pada awal penubuhan PAS sehingga sekarang.

Katanya, ulama memain peranan penting sehingga lahir PAS pada 1951 sehingga menjadi sebahagian daripada kompenan kerajaan Persekutuan sekarang.

“Ijtimak pondok dan tok-tok guru pondok mengundang wakil-wakil pondok dari seluruh negara. Pada ijtimak ini dua kertas kerja dibentang,” katanya ketika ditemui pada pada program tersebut.

Pembentangan kertas kerja ijtimak kali ini oleh Wakil Pertubuhan Muafakat Pondok Malaysia Senator Dato Ahmad Yahaya.
Forwarded from Samudera.my
Sudah tiba masanya rakyat desak kerajaan supaya menyemak semula fungsi dan peranan SUHAKAM kerana hanya mempertahankan hak asasi LGBT dan golongan songsang semata-mata.

Lantik juga pesuruhjaya baharu yang berintegriti dan memahami Perlembagaan negara, undang-undang dan hukum-hukum syarak sebelum SUHAKAM menjadi lebih parah!

Lanjut di: https://www.samudera.my/lg%d0%b2%cf%84-dan-golongan-songsang-menjadi-teras-perjuangan-suhakam-aminuddin-yahaya/
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/bersaralah-bos-biar-generasi-baharu.html


"Saya yakin bahawa Dr Mahathir akan memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.

"Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding," kata Kit Siang dalam ucapannya pada ceramah Pilihan Raya Kecil Sandakan DAP di Taman Mesra, Sandakan pada 9 Mei 2019.

Tapi sampai hari ini walaupun dikencing oleh Mahathir, LKS masih menguasai DAP.

Siapa tak kenal LKS, yang mana DAP adalah dia dan Dia adalah DAP. Kini DAP semuanya telah dikuasai oleh mereka yang mengikut pendapat LKS sahaja, Yang bertentang gugur satu persatu. Superman Hew antara mangsa politik kotor DAP. - KP
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/lillahi-taala-saya-tak-guna-helikopter.html
...........................
PENYEBARAN fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dan sukar ditangani. Kebanyakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Telegram diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah.

Kadang-kala mereka yang menyebar dan meng'forword' fitnah tak rasa akan pertanggungjawabkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan, hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji'. Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang benar dan pasti mengetahui orang yang dusta."

Fitnah boleh menyebabkan berlaku kemudaratan pada kesihatan seseorang individu, bahkan boleh mematahkan semangat untuk berusaha. Malah yang lebih besar, fitnah boleh membawa kepada kecelaruan dalam masyarakat dan kehancuran sesebuah negara apabila manusia dikuasai hasad dengki, angkuh, tamak haloba dan gila kuasa.

Sekiranya masyarakat tidak dididik dengan akhlak dan nilai murni yang bertunjangkan iman dan takwa, mereka akan mudah dikuasai berita palsu yang membawa kepada porak peranda dalam masyarakat. Pada masa sama, wujud musuh yang sentiasa berusaha memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam yang teguh dengan prinsip 'bersatu teguh, bercerai roboh'.

Orang politik dan mereka berkeit dengan politik paling mudah difitnah, malah mereka yang begiat dengan politik suka membuat fitnah. Mereka adalah manusia yang BENGRAP diakhir nanti. - KP
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/nak-tunggu-rumah-speaker-banjir-ahli.html
.........................
Aku pun pelik juga dengan ahli politik sekarang ni, semua benda nak bahas. Dulu beriya-iya nak buka parlimen bila parlimen buka mereka buat perangai beruk boo sana sini bukannya berbahas dengan ilmiah.

Sekarang ni nak bahas pasal banjir di Selangor. Apa nak bahasnya engkau pergi turun sekali dengan NGO hulurlah bantuan mana yang ada. Kalau tak ada pun tunjuk muka pun ok dah. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/campur-tangan-politik-dalam-penyiasatan.html
............................

Kita tak boleh kata tidak berlaku penyelewengan dalam sistem kehakiman. Tapi untuk membuat konspirasi itu memerlukan suatu perancangan yang sangat halus kerana ini melibatkan 3 jabatan. Tapi dalam politik psywar, penguasai media satu cara untuk menang dan ramai ahli politik menggunakan ini untuk menipu ahli-ahlinya terutama ahli ta'asud yang membaca maklumat sekadar satu lapis sahaja. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/kdn-akan-keluar-surat-pendaftaran-muda.html
.......................

Daftar aje mana-mana parti Melayu yang nak tubuh baharu. Biar Melayu berpecah, biar Melayu sama Melayu bertelagah. Bila orang Melayu diikat dan susun atas gerai sayur untuk dijual semasa itu baharu orang Melayu sedar nilai diri sendiri. Tapi masa itu sudah terlambat. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/saya-cuba-untuk-segera-pulang-dari-luar.html
.......................

Sebab itu dalam ceramah atau apa-apa kenyataan jangan mudah kita menuduh kepada lawan politik kita, suatu hari kalau kena pada diri kita orang akan menghala macam-macam tuduhan dan andaian. Perlu poltik yang mantang dimana kita mengkritik lawan pada sesuatu perkara yang menjadi perbahasan dasar sahaja. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/keahlian-bersatu-sehingga-kini-seramai.html
.................................
Keahlian ini berasaskan penubuhan BERSATU. UMNO kini makin pulih adakah ahli BERSATU benar-benar ½ juta? Jika belum dilakukan pemutihan jangan bangga dengan ahli ½ juta itu. Orang politik boleh berubah-ubah angin ibarat lalang. PAS sebelum ini dikatakan hampir satu juta, bila dilakukan permutihan hanya tinggal 700k sahaja. Jangan bangga dengan bilangan BERSATU kena tanya berapa banyak cabangnya yang mempunyai jentera? Mampukan jentera BERSATU untuk menjadi tongak kepada PN? - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/banjir-di-selangor-ragut-8-nyawa.html
..........................

Saya suka komentar Timmy Say. Katanya
Sekarang waktu rakyat Malaysia berganding bahu. Pertama, belajarlah jaga mulut masing-masing.

Ketika Kelantan ditimpa musibah air bah besar dahulu, macam-macam tuduhan dan tuding jari diberikan terhadap kerajaan Kelantan meskipun ketika itu mereka juga berdepan dengan hujan luar biasa.

Kali ini, berhemahlah di dalam tutur kata.Tuhan dah tunjuk apabila hujan luar biasa, negeri paling maju seperti Selangor pun tidak terselamat.Hujan luar biasa bukannya boleh dielak. Bahkan Singapura juga pernah banjir dengan hujan luar biasa.Yang diperlukan ialah tangan yang membantu bukan mulut yang mengungkit. - Admin