TKO - Komenter Politik
558 subscribers
11.7K photos
10 videos
49 files
18.8K links
CHANNEL - Komenter politik oleh penulis-penulis terkenal. Fokus isu serta analisa politik terkini.

@tranungkite
Download Telegram
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/nak-tunggu-rumah-speaker-banjir-ahli.html
.........................
Aku pun pelik juga dengan ahli politik sekarang ni, semua benda nak bahas. Dulu beriya-iya nak buka parlimen bila parlimen buka mereka buat perangai beruk boo sana sini bukannya berbahas dengan ilmiah.

Sekarang ni nak bahas pasal banjir di Selangor. Apa nak bahasnya engkau pergi turun sekali dengan NGO hulurlah bantuan mana yang ada. Kalau tak ada pun tunjuk muka pun ok dah. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/campur-tangan-politik-dalam-penyiasatan.html
............................

Kita tak boleh kata tidak berlaku penyelewengan dalam sistem kehakiman. Tapi untuk membuat konspirasi itu memerlukan suatu perancangan yang sangat halus kerana ini melibatkan 3 jabatan. Tapi dalam politik psywar, penguasai media satu cara untuk menang dan ramai ahli politik menggunakan ini untuk menipu ahli-ahlinya terutama ahli ta'asud yang membaca maklumat sekadar satu lapis sahaja. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/kdn-akan-keluar-surat-pendaftaran-muda.html
.......................

Daftar aje mana-mana parti Melayu yang nak tubuh baharu. Biar Melayu berpecah, biar Melayu sama Melayu bertelagah. Bila orang Melayu diikat dan susun atas gerai sayur untuk dijual semasa itu baharu orang Melayu sedar nilai diri sendiri. Tapi masa itu sudah terlambat. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/saya-cuba-untuk-segera-pulang-dari-luar.html
.......................

Sebab itu dalam ceramah atau apa-apa kenyataan jangan mudah kita menuduh kepada lawan politik kita, suatu hari kalau kena pada diri kita orang akan menghala macam-macam tuduhan dan andaian. Perlu poltik yang mantang dimana kita mengkritik lawan pada sesuatu perkara yang menjadi perbahasan dasar sahaja. - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/keahlian-bersatu-sehingga-kini-seramai.html
.................................
Keahlian ini berasaskan penubuhan BERSATU. UMNO kini makin pulih adakah ahli BERSATU benar-benar ½ juta? Jika belum dilakukan pemutihan jangan bangga dengan ahli ½ juta itu. Orang politik boleh berubah-ubah angin ibarat lalang. PAS sebelum ini dikatakan hampir satu juta, bila dilakukan permutihan hanya tinggal 700k sahaja. Jangan bangga dengan bilangan BERSATU kena tanya berapa banyak cabangnya yang mempunyai jentera? Mampukan jentera BERSATU untuk menjadi tongak kepada PN? - Editor
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/banjir-di-selangor-ragut-8-nyawa.html
..........................

Saya suka komentar Timmy Say. Katanya
Sekarang waktu rakyat Malaysia berganding bahu. Pertama, belajarlah jaga mulut masing-masing.

Ketika Kelantan ditimpa musibah air bah besar dahulu, macam-macam tuduhan dan tuding jari diberikan terhadap kerajaan Kelantan meskipun ketika itu mereka juga berdepan dengan hujan luar biasa.

Kali ini, berhemahlah di dalam tutur kata.Tuhan dah tunjuk apabila hujan luar biasa, negeri paling maju seperti Selangor pun tidak terselamat.Hujan luar biasa bukannya boleh dielak. Bahkan Singapura juga pernah banjir dengan hujan luar biasa.Yang diperlukan ialah tangan yang membantu bukan mulut yang mengungkit. - Admin
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/dua-pemimpin-umno-melaka-dikaitkan.html
............................
Baru lagi, belum kering lagi rakyat Melaka telah berikan lesen dan kuasa untuk UMNO menjadi perompak wang rakyat semula. Aku walaupun memahami pentingnya Melayu Islam bersatu, kadang kala rasa betul juga kata Tok Guru Nik Abul Aziz UMNO tak akan berubah dan kalau mereka terhimpit mereka adalah seperti mendokung biawak hidup. UMNO percaya atau tidak akan kembali seperti asal merompak wang rakyat dan merosakkan bangsa Melayu. - Admin
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/bubar-parlimen-umno-kedah-serah.html
——————————-
UMNO ingin PRU-15 dipercepatkan? Adakah UMNO lupa dulu rakyat seluruh negara ingin jatuhkan UMNO yang telah merosakan bangsa dan agama. Usahlah berdalih lagi. Jangan menggunakan madah Penyatuan Ummah bagi mempertahankan kelemahan. Jangan berselindung disebalik slogan ‘No Anwar No DAP’ bagi menyembunyikan agenda peribadi mempertahan kedudukan. Janganlah diulangi perangai UMNO lama dulu yang hanya pandai menabur janji tetapi semuanya ‘dicapatikan’ masuk mulut kroni sehingga habis harta rakyat menjadi milik pemimpin UMNO. - Admin
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/gps-kuasai-undi-tentera-petanda-baik.html
......................
Sarawak mempunyai 27 etnik besar. Memang bumiputra dan etnik Melayu menguasai Sarawak. Jangan lupa kedudukan Cina yang menjadi kaum yang menguasai bandar utama dan bilangannya juga besar. Satu faktor seperti agama menjadi penentu. Walaupun sokongan polis dan tentera kepada GPS baik untuk kali ini tetapi ini bukannya sokongan yang kekal kerana kemantangan politik di Sarawak kini kian meningkat. - Admin
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/demokrasi-atau-plutokrasi.html
.................

Sebenarnya negara kita bukan lagi mengamalkan demokrasi tetapi plutokrasi. Ertinya polisi dan dasar kerajaan ditentukan bukan dengan melihat nasib rakyat tetapi ditentukan oleh golongan taikun dan jutawan. Merekalah yang memainkan peranan di belakang tabir menarik hidung para politikus yang bergantung harap kepada “funding” mereka.
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/muda-tuntut-abdul-latiff-letak-jawatan.html
............................

MUDA perlu banyak bersuara agar rakyat nampak MUDA. Kadang kala suara orang politik bukan suara sejati melainkan suara mainan untuk menjadi juara dalam dunia politik. Bila berlaku banjir kuranglah berpolitik, saling bantu untuk bantu rakyat sebelum rakyat jemu dengan orang politik - Admin
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/pemimpin-umno-persoal-tugas-nadma-tak.html
...........................

Kenapa pimpinan UMNO tak salahkan PM sebagai selalunya sebelum semua perkara ditujukan kepada PM Muhyiddin Mat Yasin? Sebelum lihat Menteri kena lihat juga Pengarah Jabatan, kerana Menteri selalu bertukar dalam kerajaan kebelakanngan ini - Admin
https://komentar-politik.blogspot.com/2021/12/mengikut-dakwaan-50000-ahli-ngo-dikait.html
............................

Sebelum kita melihat parti baharu Parti Bangsa Malaysia (PBM) kita kena study dahulu pergolakan dalam PKR dan semua orang tahu Anwar Ibrahim makin terpinggir dalam PKR. PBM adalah cubaan jelmaan semula PKR satu parti yang melibatkan semua kaum.

Kaum India, dikuatkan daripada bekas pimpinan MIC presiden Mira K Palanisamy yang setuju mengabungkan parti MIRA kepada PKM. Dulu semasa PH memerintah MIRA adalah rakan strategik Mahathir dalam PH.

Kaum Cina, 2 bekas pimpinan PKR, juga ahli parlimen bebas, Steven Choong dan Larry Sng telah menyatakan sokongan kepada PKM.

Zuraidah telah menyatakan secara simbolik bersetuju. Hanya tinggal Azmin dan orang-orangnya dalam PKR.

Berbalik kepada Penggerak Komuniti Negara (PKN), NGO bawah kementerian mengguna harta rakyat dan menjadi NGO untuk orang politik - Admin
🦠 PRN JOHOR 2022 : PILIH CALON UNGGUL, BUKAN JENAMA PARTI POLITIK

ALOR SETAR, 28 FEB 2022 - NARATIFNYA, calon yang bertanding dalam PRN Johor 2022 kali ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pertama, calon unggul dan paling layak, kedua, calon sederhana layak dan ketiga calon tidak layak.
Menurut, Aktivis Front Rakyat Hakim PRU 15 (Rakyat Hakim PRU 15), Ir. Mohd Jamal Nasir, naratif ketiga-tiga kategori kepada calon-calon bertanding tersebut adalah berdasarkan penelitian maklumat calon yang dikeluarkan oleh parti masing-masing.

Calon unggul dan paling layak dimaksudkan ialah memiliki karisma, pengalaman luas dalam pentadbiran, latar belakang pendidikan dan bidang iktisad diceburi serta lulus ujian saringan dengan beberapa agensi berkaitan jenayah, rasuah dan intergriti.

Bagi kategori kedua, ialah calon sederhana layak ialah calon yang memiliki latarbelakang pendidikan seperti diploma, ijazah ataupun Phd, di samping jawatan dalam parti serta kurang pengalaman kerana faktor usia mahupun penglibatan, dan ketiga calon tidak layak pula ialah calon dipilih secara tangkap muat kerana sebab-sebab tertentu, tiada pengalaman politik, pentadbiran, di samping ia dilantik kerana parti politik mempunyai agenda tersirat.

“Dari ketiga-tiga kategori tersebut, rakyat Johor perlu memilih calon dari kategori unggul dan paling layak sahaja, katanya.

Sehubungan itu katanya, Rakyat Hakim PRU 15 menilai bagi calon bertanding telah menjalankan saringan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di samping merujuk kepada Jabatan Insolvensi serta membuat akujanji kepada rakyat adalah suatu tindakan bertanggungjawab serta mencerminkan komitmen tinggi calon bertanding adalah bersih dan bebas dari perbuatan berunsur jenayah seperti jenayah dan lain-lain.

Ia sekaligus, budaya politik baru yang harus disokong dan diamalkan oleh semua calon mahupun parti politik bertanding di masa depan.

“Amalan saringan ke atas calon perlu diberi perhatian dan pujian. Ini kerana ia manifestasi keazaman serta komitmen parti politik menawarkan calon yang memiliki keperibadian baik kepada rakyat, katanya lagi.

Mohd Jamal menambah lagi, “ Rakyat Johor juga perlu memberi penekanan serta penilaian calon dari sudut kompetensi, intergriti serta kelayakan di bidang iktisad. Hal ini amat penting dan suatu kemestian bersifat “harga mati” serta tidak boleh dijadikan bahan tawar-menawar di dalam membuat keputusan di hari pengundian pada 12 Mac depan”.

“Matlamat PRN Johor bukan sekadar untuk pengundi memilih seorang ADUN yang akan berkhidmat di kawasan ia tandinginya sahaja, malah ia berkait langsung dalam proses pembentukan sebuah kerajaan yang sah dan berdaulat, tegasnya.
Sehubungan itu, Rakyat Hakim PRU 15 tetap dengan pendirian bahawa, rakyat Johor hendaklah memilih seramai 56 Adun dari 239 calon bertanding dari pelbagai parti politik dan individu yang bertanding pada kali ini berdasarkan kelayakan dinyata di atas, ia bukan kerana terpengaruh dengan jenama parti politik, serta propaganda dan janji-janji manis mereka (parti politik) ketika berkempen, tegasnya.

Dalam hal ini, rakyat Johor perlu bersepakat untuk memilih calon dari kategori unggul dan paling layak sahaja sebagai ADUN, sekaligus layak menjadi anggota dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Johor.
Sesungguhnya, calon unggul dan paling layak tersebut bukan datang dari satu jajaran politik atau parti politik semata-mata tetapi ia rentas kepada parti politik dan individu yang bertanding pada kali ini.
“Justeru idea mewujudkan kerajaan campuran diutarakan oleh Rakyat Hakim PRU 15 adalah amat praktikal dan releven dalam konteks struktur parti politik ketika ini, ia perlu dipertimbangkan oleh seluruh para pengundi PRN Johor 2022, katanya.
Forwarded from Channel MindaRakyat
🔶 UMNO dan MCA tukar calon saat akhir sebelum PRN. Memang tak ada masalah, tapi akan menjadi masalah jika tak boleh bagi 'ampau' kepada yang tersingkir untuk tutup mulut dan ambil hati jentera.

https://malaysiagazette.com/2022/02/28/tukar-calon-umno-saat-akhir-tidak-beri-kesan-hasni/