Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp 😇 doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
tips temuduga


*testing bercakap depan cermin
*tolong google dekat you tube cara jawab soalan penemuduga dengan yakin dan berkesan
*wajib berlatih cara perkenalkan diri sbb first impression panel tu masa kita perkenalkan diri

selebihnya tawakkal dan berdoa


https://t.me/tipssoalanspp
📝 PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BERMULA 7 APRIL.

Temu bual YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan Yusoff, Pengerusi SPP di slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) pukul 8.30 pagi, snin 3 April 2023 ada menyatakan bahawa Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 akan mula di iklankan pada Jumaat 7 April 2023 bagi Graduan Pendidikan (ISMP+DPLI+ Master Pendidikan Teknikal & vokasional- MBV dari UTHM sahaja) dan yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas Pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Bukan  Pendidikan) juga berpeluang memohon melalui Secara Contract of Sevice (CoS).

💡 Walaubagaimanapun, keutamaan bagi calon yang mempunyai kelayakan Ikhtisas Pendidikan.

Temuduga akan dijalankan disekitar bulan Jun sehingga bulan Julai 2023. Dinyatakan oleh Tan Sri, calon temuduga 500 calon sehari akan di temuduga.

Antara subjek kritikal yang dinyatakan oleh Tan Sri yang boleh dimohon oleh Graduan Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan adalah seperti
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Reka Bentuk  dan Teknologi
Pendidikan Seni Visual
dan lain-lain. 

Permohonan dalam tempoh 14 hari (3 minggu) dari tarikh diiklankan di portal rasmi SPP.

🎞 Pautan youtube
https://youtu.be/_ne2Hkt3o_s

💬Layari portal SPP
https://myspp.spp.gov.my/
HEBAHAN PELAKSANAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (eUKCG) CALON LANTIKAN CONTRACT OF SERVICE BAGI PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 TAHUN 2023.

Hebahan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023 telah menetapkan setiap calon pelantikan secara Contract of Service (CoS) perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.

Calon-calon berikut perlu menduduki eUKCG:
graduan BUKAN PENDIDIKAN daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
graduan BUKAN PENDIDIKAN yang memiliki ijazah sarjana SELAIN Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Calon-calon berkenaan diminta untuk melayari pautan berikut bagi menduduki eUKCG secara atas talian:
https://ukcg.moe.gov.my

Calon-calon dikehendaki mendaftar nombor pin/ kata laluan bermula 11 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023 sebelum diberi akses bagi menduduki ujian tersebut.

Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - urusan eUKCG
03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - urusan pengambilan
03-8893 4019 / 4020

https://t.me/tipssoalanspp