Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
dasar pendidikan : Program Imersif Tinggi (HIP)


πŸ‘‰πŸ» merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.


Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999:
soalan : sebutkan dasar pendidikan yg ada di malaysia ?
soalan : bagaimana cara untuk memupuk kemahiran dwibahasa di sekolah seperti yg terdapat dalam 6 aspirasi murid ?
assalamualaikum .. selamat dtg kepda yg baru masuk.. kalau nk nota boleh scroll ke atas ye πŸ‘†πŸ» dan kalau nk nota lain boleh gtaw admin kat ruangan komen bwh ni.. nnti admin try cari ..


esok admin akn iv .. doakan admin berjaya dan dilancarkan lisan serta akal fikiran yg tajam time jawab iv tu 😊 terima kasih
alhamdulillah dah selesai iv.. boleh sujud syukur dah ni ☺️ doakan ye admin lulus..

yg nak nota nnti admin up ye gtaw je nk nota ape.. nnti admin tolong cari πŸ˜‡ admin bantu yg mahu
baca ye tentang dasar2 negara bagi yg x iv lagi .. soalan hot tu..
Falsafah
- FPK
- FPI (opsyen PAI)
- FP TVET
- Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Dasar-Dasar Asas
- PPPM 2013-2025
- TS25
- 4IR Malaysia
- Pelan Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2030

Kurikulum
- DSKP
- KBAT
- PAK21
- EMK
- TMK

Pedagogi
- KPPB/NPDL
- Kompetensi 6C

Pentaksiran
- PBS
- PBD


https://t.me/tipssoalanspp
boleh rujuk video atas ..persiapan temuduga .. πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»

pastikan anda praktis webex dengan rakan anda supaya hari kejadian line dalam keadaan stabil
#TIPSPERKONGSIAN14
PPPM 2013-2025 telah menggariskan Enam Aspirasi Murid iaitu;

1. Pengetahuan: Murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi dan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid digalakkan menguasai pengetahuan am tentang Malaysia, Asia dan dunia dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik, dan tekonologi. Murid juga perlu menguasai bidang seni dan sukan.

2. Kemahiran Berfikir: Kemahiran berfikir perlu dikuasai murid supaya mereka dapat mengembangkan ilmu yang dipelajari dan mencipta inovasi.

3. Kemahiran Memimpin: Dalam kehidupan bermasyarakat kemampuan bekerja dengan berkesan dalam pasukan dan memimpin orang lain adalah penting. Setiap murid akan dibantu mencapai potensi masing-masing melalui penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan.

4. Kemahiran Dwibahasa: Setiap murid akan menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Mereka juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan.

5. Etika dan Kerohanian: Murid perlu memiliki etika dan kerohanian yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan dewasa. Dengan memiliki nilai ini, mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berprinsip dan berani melakukan sesuatu yang betul.

6. Identiti Nasional: Pendidikan juga seharusnya menyemai semangat setia dan bangga kepada negara dalam kalangan murid. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya dengan belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.


https://t.me/tipssoalanspp
tahniah yg mana dapat IV untuk COS

semoga anda berjaya 🌷🌷