Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
dari sudut Elemen merentas kurikulum


KBSM dan KSSM masing masing menggunakan elemen Bahasa,Sains & Teknologi,Tekonologi Maklumat & Komunikasi(TMK),kelestarian alam ,nilai murini dan patriotism. Walaubagaimanapun KSSM mempunyai elemen tambahan iaitu kreativiti dan inovasi,keusahawanan dan kelestarian global.


https://t.me/tipssoalanspp
sari sudut Penekanan pedagogi


KBSM dan KSSM menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran kontekstual,pembelajaran kolaboratif,pembelajaran berasaskan projek.


Tetapi tambahan di dalam KSSM ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, pendekatan konstruktivisme, pendekatan Science Technology ,Engineering and Mathematics (STEM).


https://t.me/tipssoalanspp
dari sudut Jenis pentaksiran


Pentaksiran di dalam KBSM hanyalah secara sumatif dan formatif sahaja, manakala pentaksiran KSSM adalah berdasarkan Pentaksiran disuratkan dalan DSKP sebagai Standard Prestasi


https://t.me/tipssoalanspp
soalan : mengapa stem tidak berjaya ??

jom jawab soalan ni
soalan : apa itu Ir 4.0 dan ape yg kamu tahu tentang IR 4.0 ??
Antara kaedah dan teknik yang disarankan untuk PdP di bilik darjah adalah seperti yang berikut:


πŸ’ͺ🏻Didik Hibur
πŸ’ͺ🏻Penyelesaian Masalah
πŸ’ͺ🏻Pembelajaran Berasaskan Projek
πŸ’ͺ🏻Pembelajaran Koperatif
πŸ’ͺ🏻Pendekatan Inkuiri
πŸ’ͺ🏻Pembelajaran Luar Bilik Darjah
πŸ’ͺ🏻Pengajaran Bertema
πŸ’ͺ🏻Pendekatan STEM



https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned Β«soalan : apa itu Ir 4.0 dan ape yg kamu tahu tentang IR 4.0 ??Β»
Temuduga SPP Math 10am (17/2)
2 PANEL: - Dr Jamil& Ketua jabatan
5 org calon

Dr Jamil:
1) Kenalkan diri-nama, asal, umur, status, pengalaman, penglibatan koko
2) Kenapa nak jadi guru
3) Diberi 5 pilihan kenapa nak jdi guru, pilih 1 (minat, bakat, pandai matematik, dorongan ibu bapa, nak menyumbang)
4) Soalan individu (1) step pdpc secara ringkas awal smpai akhir (kandungan dlm rph) (2) apa dia pembelajaran berasaskan projek, (3) apa dia set induksi, (4) apa dia refleksi, (5) apa itu Buku Rekod Pengajaran, kenapa kena ada BRP, apa jadi kalau tak buat BRP, salah tak kalau tak buat)
5) Apa 3 ciri yang perlu ada pada guru :
Semua jawapan betul. Jawapan panel mesti menyayangi murid.

Ketua Jabatan:
1) Apa pentaksiran yang sesuai sewaktu PDPR

Dr Jamil:
(1) kes covid smlm ada berapa?
(2)Sanggup tak kalau dipostingkan di pedalaman mcm Sabah & Sarawak

All the best guyss.



https://t.me/tipssoalanspp
soalan : Terangkan 4 sumbangan anda kepada sekolah apabila anda dipostingkan nanti?

ayuh sama2 jawab 😊
santai2 saja
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned «soalan : Terangkan 4 sumbangan anda kepada sekolah apabila anda dipostingkan nanti? ayuh sama2 jawab 😊 santai2 saja»
strategi pengajaran

Apakah yang dikatakan β€œDidik Hibur”?


‼️Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur.

‼️Bersifat santai dan menyeronokkan di bawah keadaan terkawal.

‼️Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang
menyeronokkan

‼️Menggunakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan bermakna seperti
penyelesaian masalah, kerja projek, berlakon, simulasi, gerakan badan,
menyanyi.

‼️Tiada unsur menang, kalah, ganjaran atau dendaan semasa PdP.

‼️Aktiviti berkumpulan atau berpasangan untuk mewujudkan semangat kerja
berpasukan, kerjasama dan toleransi.


‼️Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea.


https://t.me/tipssoalanspp
soalan : mengapa nak menjadi guru di bawah Kpm ?

jom jawab soalan di bawah ..anggaplah praktis makes perfect
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned Β«soalan : mengapa nak menjadi guru di bawah Kpm ? jom jawab soalan di bawah ..anggaplah praktis makes perfectΒ»
‼️‼️apa itu Pembelajaran Ikuiri (Jenis )??


jawapan : Pembelajaran Berasaskan Inkuiri atau Inquiry Based Learning adalah satu pendekatan pedagogi pembelajaran yang menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran abad ke21.

Dalam pendekatan ini, pembelajaran adalah berpaksikan kepada persoalan dan soalan-soalan untuk merungkai tajuk yang dipelajari. 

Dengan berpandukan tajuk, beberapa soalan dibina dan seterusnya aktiviti dijalankan untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Terdapat 4 jenis inkuiri:

iaitu sila rujuk gmbr di bawah

https://t.me/tipssoalanspp
soalan pengetahuan am : senaraikan negeri2 yg tidak mempunyai raja


jom santai2 je jawab ☺️
soalan pengetahuan am :
namakan negeri-negeri selat ?

siapa belajar sejarah mesti tahu 🌘 πŸ™ŒπŸ»
soalan pengetahuan am : senaraikan negeri - negeri melayu yang tidak bersekutu dan yg bersekutu


ni siapa nk ambik opsyen sejarah kalau x ley jawab .. hbis la πŸ™ˆ