Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
🀡🏻🀡🏻🀡🏻APA Yang anda tahu tentang DASAR SAINS TEKNOLOGI INOVASI NEGARA 2013-2020



β€’ agenda untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih kompetitif dan cekap melalui asas STI yang kukuh.

β€’ dirumus berdasarkan pencapaian, cabaran dan iktibar yang diambil dari pelaksanaan dasar terdahulu.

β€’ menggariskan hala tuju pelaksanaan STI bagi mewujudkan sebuah negara maju sains untuk transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif.

β€’ Visi dasar – sebuah negara maju sains bagi transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif


β€’ Misi dasar – memaju dan mengarusperdana STI di semua peringkat dan dalam semua sektor.


β€’ Berlandaskan 5 asas tersebut, DSTIN memberi fokus kepada 6 teras strategik seperti berikut:

(i) Memajukan Bidang-bidang Penyelidikan dan Pembangunan Saintifik
dan Sosial, dan Pengkomersialan (R,D&C);

(ii) Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat;

(iii) Menggiat dan Mencergaskan Industri;

(iv) Mentransformasi Tadbir Urus STI;

(v) Menggalak dan Memupuk Kesedaran STI;

(vi) Mengukuhkan Hubungan Strategik Antarabangsa



https://t.me/tipssoalanspp
Forwarded from Noor Farhanah
Untuk menjawab soalan 1 tu , macam time iv saya hari khamis haritu , kami kene 3 round:
1) Perkenalaan diri (2 minit )
2) Soalan dari SPP
3) Solan dari Panel Opsyen
*TAJUK2 HOT IV SPP:*

_UMUM/DASAR/ISU SEMASA:_
Rukun negara
Raja berperlembagaan
Demokrasi berparlimen
Wawasan 2020
Wawasan kemakmuran bersama 2030
Laporan razak & rahman talib
Negeri2 yg ada raja & tiada raja
Wilayah persekutuan
Negeri selat, bersekutu, tak bersekutu
Dasar pandang ke timur
Sejarah malaysia
PM & sumbangan
Proton
Ciri2 guru cemerlang/nilai yg perlu ada pada guru
Pibg & peranan
Patritosme
OIC
Cabaran guru masa kini & solusi
IR4.0
Pak21
Pbd
Beza pbd n pentaksiran pusat
Apakah pentaksiran holistik?
Pajsk
Beza pbs n pbd
Kbat n kbar
Fpk
Fpg
Mbmmbi & ppsmi
1 murid 1 sukan
Maksud Dg41, gred guru, kenaikan pangkat
Pppm
Stem
Plan
Timms & pisa
Mmi
Didik tv
Apa itu rph, Apa yg ada dlm rph, elemen rph, rph dlm pekeliling apa
Apa itu induksi, mcm mana nak apply?
Apa itu refleksi dlm rph, mcm mana nak tulis full?
Beza rph n rpt
Gaya pembelajaran: audio, visual, kinestatik
Skpmg2
Sumbangan kita boleh bagi ke sek
Ucapan perhimpunan mengenai kesihatan, gaya hidup sihat, kebersihan, etc
Abm
6Cs: communication, collaboration, critical thinking, creativity, character, citizenship
Formatif & sumatif
Pembelajaran terbeza
Ts25
Beza hari kebangsaan & hari malaysia, mksud bendera jalur gemilang
Jsu
Pdpr
Maksud dskp, s.kandungan, s.pembelajaran
Apakah flipped classroom/learning
Emk
Kurikulum
Apakah koku n kepentingan
Apakah pmbljrn berasaskan projek
Apakah pmbljrn masteri
Apakah pmbljrn inkuiri
I-think n mcm mana nak apply
Taksonomi bloom
Jenis2 sek
Tn50
Nkra
Beza pmr n pt3
Kepentingan mqa di kolej voka
Tvet
Misi n matlamat kpm
Pedagogi n kepentingan
Teori pembelajaran
Makna didik guru
Kenapa dasar ekonomi baru digubal
Covid19
Olimpik 2020
Siapa menteri pendidikan, nama betul PM
tahun persekolahan wajib
Asean n pbb
Negara2 UN
Kepanjangan spp, fungsi spp
Punca n kesan dadah, rasuah, etc
Vaksin
Pkp, d, b, p
Darurat covid, mkn
Uec
Nama kppm
kepentingan alumni, sumbangan alumni

_BIDANG PI:_
FPI
Kaedah sesuai ajar quran
Dasar PI sprt pafa, jqaf, kkq, kaa, dini, tmua, mtq, badar, miss
Baca surah
Baca doa iftitah, etc
Tajwid
Sirah nabi
Nama malaikat
Tanda kiamat
Syarat sah solat
Sunat hai'ah n ab'ad
Pendapat tntg guru PI selalu buat kerja sambil lewa, buat kerja lambat
Mcm mana naikkan persatuan PI
Peranan guru PI di sek
Ajar cara ibadah mcm tayammum, solat jenazah, etc
Maqasid syariah n rahmatan lil alamin
Pendapat tntg PI ni ketinggalan
Jawi

*Setakat yang dikumpul n dicatat pada 10.43pm 14/8/2021
**Kalau ada tajuk/soalan tertinggal, maafkan saya, saya hanya manusia biasa hehe
***Kalau tajuk/soalan diatas langsung x masuk iv, jgn salahkan saya, saya list-kan shjπŸ˜‚
****Selamat membaca🀭

πŸ§•πŸ»Adele Rider



https://t.me/tipssoalanspp
menurut laporan pppm 2020

❗️❗️Akses

Dua inisiatif yang bermatlamat untuk mencapai 100 peratus enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 telah dilaksanakan. Insiatif tersebut adalah seperti yang berikut:

β€’ Peningkatan Akses daripada Prasekolah hingga Menengah Atas

β€’ Program Pendidikan Pintar Cerdas


https://t.me/tipssoalanspp
program yg dijalankan dalam laporan 2020 pppm


✍🏻✍🏻ekuiti

Bagi mencapai matlamat menempatkan negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun, sebanyak lapan (8) inisiatif telah dilaksana:

β€’ Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu

β€’ Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris

β€’ Pengukuhan Pendidikan STEM

β€’ Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pembelajaran Abad ke-21


β€’ Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dalam Pendidikan

β€’ Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

β€’ Pemerkasaan Insititut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru

β€’ Pelaksanaan Program Penguasaan Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)


https://t.me/tipssoalanspp
laporan pppm 2020

Ekuiti


Dalam memastikan kesamarataan peluang pendidikan berkualiti tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosio ekonomi, PPPM telah mensasarkan 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, jantina) menjelang tahun 2020, melalui tiga (3) inisiatif berikut:


β€’ Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi

β€’ Pelaksanaan Program Transformasi Daerah

β€’ Peningkatan Akses dan Kualiti Pendidikan bagi Murid
Berkeperluan Khas


https://t.me/tipssoalanspp
laporan pppm 2020

❗️❗️❗️Perpaduan


Memupuk perpaduan negara merupakan aspirasi utama Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum.

Aspirasi perpaduan bermatlamat menjadikan sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Inisiatif yang dilaksana bagi tujuan ini adalah:


β€’ Pembangunan Nilai, Sahsiah dan Perpaduan di Sekolah


https://t.me/tipssoalanspp
laporan pppm 2020


❗️❗️Kecekapan


Matlamat utama aspirasi ini adalah mencapai sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

Tiga (3) inisiatif yang telah dilaksana bagi mendukung aspirasi ini adalah:


β€’ Penyediaan Infrastruktur Asas di Semua Sekolah

β€’ Pembiayaan Saksama bagi Bantuan Persekolahan KPM

β€’ Pelaksanaan Transformasi ICT dan Peningkatan
Pengurusan Data KPM


https://t.me/tipssoalanspp
salam nnti admin upload nota yg seterusnya πŸ˜‡
❀️❀️❀️maksud raja berpelembagaan

bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. 

Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. 


Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja.


https://t.me/tipssoalanspp
‼️‼️ HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN KURIKULUM KEBANGSAAN

FPK merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia.

Perkaitan antara falsafah dan kurikulum adalah dimana kurikulum merupakan terjemahan falsafah pendidikan.

Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas.


Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Di dalam FPK, terdapatnya kurikulum kebangsaan dimana:

Tiga pecahan Kurikulum Kebangsaan mengikut kepada tahap pendidikan di Malaysia iaitu:

1) KSPK – pendidikan bagi murid-murid umur 4 hingga 6.

2) KSSR – kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah.

3) KSSM - kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah.

Kurikulum Kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum rasmi yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian.

Kurikulum ini diangkat sebagai kurikulum rasmi negara Malaysia setelah diterima dan dilaksanakan terhadap sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.


https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
❀️❀️❀️maksud raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda…
jomm kita belajar lagi apa itu raja berpelembagaan , kalau ditanya time interview alhamdulillah .. tapi kalau x ditanya anggaplah ini merupakan ilmu pengetahuan kita yg patut kita tahu sbb kita ini merupakan warganegara malaysia ❀️❀️❀️❗️❗️❗️


so min buat ringkasan la ye
maksud raja berpelembagaan ialah raja yg mengikut apa terdapat di dalam perlembagaan, dan perlembagaan ini merupakan undang2 yg tertinggi menyentuh prinsip kedaulatan raja di negara kita ..


di dalam perlembagaan ade menyatakan yg raja2 hendaklah mendapat nasihat jemaah menteri jika hendak melakukan sesuatu keputusan


namun kita juga perlu tahu bahawa di dalam perlembagaan bagi sesetengah keputusan raja mempunyai kuasa budi bicara untuk menerima nasihat atau tanpa mepedulikan nasihat

raja juga akan bertindak mendengar nasihat di atas sesetengah perkara yg dirasakan nasihat itu adalah unsur yg baik-baik untuk negara..

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:


(a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

Imbangi kegawatan politik
Berkaitan badan Perundangan juga, Raja akan hanya memainkan peranan apabila keadaan genting, terutama apabila tiada bilangan kerusi majoriti selepas pilihan raya dan kemungkinan wujudnya pertelingkahan dalam kalangan parti politik. Sebagai institusi di luar parti politik, institusi Raja boleh menjaga dan mengimbangi keadaan.



jadi kita seharusnya bersyukur kerana dengan adanya raja ini.. tanah air kita sukar dijajah ..dengan adanya sistem raja berpelembagaan ini , insitusi diraja kita x pernah runtuh sjak zaman sblom merdeka lagi, dengan adanya raja berpelembagaan ini, adanya nilai2 agama , nilai murni, yg disemaikan di dalam diri.. sbb itu la sebagai warganegara malaysia kita haruslah taat dan setia kepada raja selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak kerana raja ini merupakan lambang kedaulatan negara.


https://t.me/tipssoalanspp
pentaksiran bilik darjah secara online
😍😍Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian


‼️‼️‼️Pentaksiran secara pemerhatian boleh dijalankan dengan menggunakan aplikasi yang sesuai seperti Google Meet, Telegram, WhatsApp, Zoom atau aplikasi lain bagi membolehkan guru memerhati dan mentaksir proses kerja murid dalam setiap mata pelajaran. Murid boleh membuat rakaman video proses melaksanakan sesuatu tugasan seperti aktiviti dan eksperimen yang diberikan oleh guru. Guru memberikan maklum balas atau membuat pentaksiran berdasarkan rakaman video. Guru juga boleh memerhati dan mentaksir tingkah laku murid semasa mereka berinteraksi dengan guru atau dengan murid lain melalui aplikasi yang bersesuaian.



πŸ₯°πŸ₯°. Kaedah Pentaksiran Secara Lisan


‼️‼️‼️Pentaksiran secara lisan boleh dijalankan apabila guru mengadakan sesi soal jawab dan memberikan maklum balas secara lisan kepada murid tentang pembelajarannya. Guru juga boleh mengajukan soalan yang efektif untuk mencungkil pemahaman murid tentang sesuatu perkara yang dipelajarinya. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi dalam talian yang sesuai seperti Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, WhatsApp, Telegram atau aplikasi lain yang boleh digunakan untuk mentaksir jawapan murid secara lisan. Murid juga boleh merakam dan menghantar hasil kerja dengan menggunakan aplikasi tersebut.



πŸ₯°πŸ₯° Kaedah Pentaksiran Secara Bertulis


‼️‼️‼️Pentaksiran secara bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid seperti karangan, laporan projek, latihan bertulis dan sebagainya melalui pelbagai aplikasi dalam talian seperti Telegram, Zoom, WhatsApp, atau aplikasi yang lain. Guru boleh menyediakan lembaran kerja dengan menggunakan aplikasi Google Docs, Google Slides, Google Forms atau aplikasi yang sesuai. Murid juga boleh menghantar hasil kerja bertulis melalui aplikasi yang digunakan oleh guru atau peralatan lain seperti kamera, video dan pengimbas. Guru juga menyemak hasil kerja bertulis murid dengan memberikan maklum balas melalui aplikasi dan medium yang sesuai.


https://t.me/tipssoalanspp
pembelajaran bermakna ade 6c

yg kat atas ini adalah elemen dia

semoga bermanfaat πŸ₯°