Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“apa yang kamu tahu tentang program perkasaKU ?? Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PerkasaKU) bagi merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku berikutan pandemik COVID-19. empat perkara utama yang perlu diberi fokus oleh semua guru…
ni tentang program perkasaKu .. program ini baru lagi dilancarkan.
PerkasaKU telah dilaksanakan mulai 1 Sept ini hingga 28 Feb 2022 yang meliputi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

jadi boleh la take note ini program pendidikan yg baru bersampena pdpr ni, sbb kita tahu majoriti murid khususnya tahun 1,2,3 x boleh lagi nk menguasai 3M

dan ade lagi yg dilaksanakan untuk perkasaKu ini..


admin share info tujuan untuk sedekah ilmu kepada kamu semua, doakan admin boleh posting ye tahun ini.. admin pon doakan anda semua sebanyak 2265 ahli dalam ni berjaya.. ❀️ amin jgn lupe share dengan kawan2 yg x tahu .. mungkin asbab anda share ilmu anda juga akan beroleh kejayaan yg sama βœ…

nak jadi cikgu jgn kedekut ilmu 🀣
Sebelum memulakan sesi ketiga libat urus hari ini, saya mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Mesyuarat turut dihadiri pengurusan tertinggi KPM dan SPP.

Perkara utama yang kami bincangkan adalah mengenai status pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off.

Saya yakin, SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sentiasa komited untuk membantu KPM dalam mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan guru. Usaha ini akan dapat melancarkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

KPM sentiasa komited untuk terus laksanakan yang terbaik.


cc dr radzi jidin


https://t.me/tipssoalanspp
❗️❗️berikan 5 aspirasi sistem yg terdapat dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025

❀️ 5 aspirasi sistem

Akses

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.



❀️Kualiti


Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan
yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.


https://t.me/tipssoalanspp
❀️❀️ Apakah FUNGSI SURUHANJAYA PENDIDIKAN (SPP) ??


SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan
tatatertib.


SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.


https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned Β«https://drive.google.com/drive/folders/1Fj71P96hR_u0PXs5LLW8b2vj6AMz0Odj?usp=sharing nota iv spp.. ade insan yg sudi kongsikan.. alhamdulillah https://t.me/tipssoalansppΒ»
kat snim graduan apa ??
Anonymous Poll
14%
ism
72%
ismp
15%
dpli
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
assalamualaikum .. tq yg mana yg vote tu πŸ˜‡

sat gi admin akan bagi nota dan koleksi soalan ye
apa itu Falsafah Pendidikan Guru (FPG)?? 🀡🏻🀡🏻

β€œGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻🀡🏻Apakah tugas-tugas guru mengikut masa yang ditetapkan?


** On time masuk dan keluar kelas
** Menghadiri mesyuarat
** Punch card waktu pagi
** Menghadiri perhimpunan


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻🀡🏻Apa itu mastery learning



πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah menyatakan bahawa Pembelajaran Masteri merupakan sesuatu pendekatan pembelajaran dan pengajaran untuk meastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilakn dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualit



Konsep Pembelajaran Masteri



β€’ Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.


β€’ Pendekatan ini memerlukan proses PdP yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan


β€’ Cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar mencapai keupayaan yang sama.


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻🀡🏻 apa yang menyebabkan munculnya falsafah pendidikan kebangsaan ??


Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.

Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.


Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan.

Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidkan,


https://t.me/tipssoalanspp
Forwarded from AA
ok utk iv simple je jgn kalur jgn gelisah sbb xde ape yg ditanyakan berkaitan fakta sangat bnyak yg ditanya adalah soalan yg menguji kematangan kita menjawab dlm konteks bidang awak. kaitkannya.

tips iv paling efektif yg sy amalkn setakat ni alhamdulilah

1) bahasa yg digunakan utk menjwab soalan adalah formal dan teratur jgn gagap2 elakkan.
2) jawab soalan yg ditanya shja jgn meleret2
3) jawapan jgn ikot buku. jawapan mesti lah kaitkan dengan isu semasa contohnya : apa yg awak tahu tentang falsafah pendidikan kebangsaan ?? jgn jawab maksud fpk adalah bla bla bla jawapan buku. klau boleh berfikir matang dan luar kotak β€œ apa yg sy faham tentang fpk adalah jika dilihat fpk yang menekankan ASPEK JERIS sememangnya 5 aspek ini perlu kita mahir dlm membantu membentuk salsiah yg seimbang utk murid kita dlm realiti sekolah kerana apa fpk ini sendiri menyeru kita utk membangun kan potensi murid dlm 5 aspek ini jadi bagi saya utk merealisasikan fpk ini kita sendiri sebagai guru perlu seimbang dan mahir utk menguasai JERIS terlebih dahulu. make it simple dan jelas.

4) jgn ulang jika panel lain dh beri jawapan yg sama. klau boleh make it perbincangan awk boleh setuju dengan kenyataan panel sebelum awak disoal soalan yg sama dengan menyatakan jika boleh sy tambah sedikit info atau maklumat berkaitan bla bla bla awk masukkan content lain yang masih dlm skop jawapan yg releven dengan soalan. jgn ulang semula jawapan kwn lain yg dh menjawab Haram!!!! disini dia lihat mcm mne kita nknkembangkan idea dan ilmu yg awak ada.

5) jgn tunjuk muka yg risau reaksi muka bila menjawab harus la tenang sempoi bersahaja dan menyakinkan senyum selalu.

6) jika awak org
pertama yang disoal dan awak xdpt mejawab soalan yg diberikan tolong jgn hantam dan merepek tunjuk kebodohan kita. please tenang dan ckp la β€œ maaf tuan/puan sy tidak dapat menjawab soalan ini dan sy mintak izin utk beri sedikit masa dan sekiranya kawan2 lain ada yang mahu menjwab sy beri laluan untuk menjawab. beri laluan kepada kwn lain dahulu. be profesiona kdg2 lepas kwn jwb idea bru muncul time tu lepas kwn jwb baru awak mintak laluan untuk menjwab soalan td.

7) apa2 soalan mesti kaitkan dengan isu pendidikan, pelan pendidikan , pelan tranformasi negara. contoh isu kini pelajar belajar menggunakkan sistem online dan pdpr kita sebagai guru xperlu khuatir kerana dlm pelan tranformasi negara yang ke sekian sekian ade bahawa teknologi maklumat dan komunikasi perlu kita kuasai. jadi disaat l
pendemic begini la kita perlu hadap dan kuasai utk mendidik pelajar kerana pelan ni menekanan kita sebagai guru perlu kuasai tmk dan ianya bukan satu alasan. kukuhkan dengan pelan2 yang ada.
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned Β«apa itu Falsafah Pendidikan Guru (FPG)?? 🀡🏻🀡🏻 β€œGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat…»
assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada yg interview pagi ini .. admin ucapkan selamat maju jaya . .. jangan gabra kerana peluang ini hanya sekali seumur hidup.. kepada yg dah lama menunggu posting.. ingat ❗️❗️ apa yg kita jawab hari ini akan menentukan siapa kita pada masa 40 tahun akan dtg.. jadi berusahalah.. sesungguhnya kejayaan itu tidak akan dtg bergolek.. ✍🏻✍🏻


good luck n selamat maju jaya
doakan admin diberikan kefasihan lidah semasa menjawab soalan temuduga nanti...semoga asbab nota yg admin share ini kita sama2 beroleh kebaikan πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“amin



https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻🀡🏻apa elemen kemahiran insaniah ???

Elemen kemahiran insaniah yang perlu ada kepada seseorang individu adalah unsur-unsur yang ada dalam kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal, seperti berikut:

1. Kebolehan berkomunikasi.
2. Penampilan diri.
3. Keyakinan diri.
4. Konsep diri.
5. Kerja berpasukan.
6. Kefasihan berbahasa sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris.
7. Kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang lain.
8. Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi
    situasi budaya masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
9. Kebolehan menggunakan kata panggilan yang betul dan sopan dalam komunikasi.
10. Kebolehan mengawal emosi dan menguruskan tekanan.
11. Kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah.
12. Kemahiran memotivasikan diri


https://t.me/tipssoalanspp
❀️❀️apa yang anda faham tentang Maksud Demokrasi Berparlimen???

- Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini bermaksud,rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat. 

- Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses pilihan raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Malahan rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.

- Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan dipelihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi , politik, sosial dan sebagainya hingga ke hari ini


https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
❀️❀️apa yang anda faham tentang Maksud Demokrasi Berparlimen??? - Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini bermaksud,rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang…
secara ringkasan, demokrasi berparlimen ini bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan , contoh pada masa kini, yb dato sri ismail sabri bin yaakob telah menjadi perdana menteri , jadi dia la yg mentadbir urus negara kita, kebiasannya negara kita akan mengadakan


Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.

dan melalui pilihan raya ini la rakyat akan menentukan parti mana yg layak memerintah negara.. tetapi kita harus ingat, walaupon negera kita ini demokratik berparlimen, kita mempunyai agong yg bertindak sebagai ketua negara..


negara kita, telah mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen semenjak tanah melayu mencapai kemerdekaan lagi, jadi kita boleh lihat betapa lamanya malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini..
iaitu point penting disini melalui pilihan raya βœ…βœ…βœ… sbb itulah pentingnya memilih seorang pemimpin yg tepat adil dan saksama..



dan sistem ini telah dipupuk dan dipelihara supaya malaysia akan menjadi sebuah negara yg berkembang maju khususnya dari segi ekonomi, politik, sosial dan seterusnya akan menjadikan negara sebuah negara yg aman dan makmur ❀️❀️

sy bangga menjadi warganegara malaysia..


pssttt ni kalau panel tnye maksud demokrasi berparlimen, huraikan jawapan anda .. apa yg anda faham tentang demokrasi berparlimen , ingat jgn terlalu banyk sgt gagap .. itu menampakkan kita tidak yakin akan jawapan kita ..


https://t.me/tipssoalanspp
assalamualaikum dan selamat pgi jumaat..


semoga kita tersenarai nama dlm one off ini .. amin..


doakan admin jgk taw ❀️