Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp ๐Ÿ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
Forwarded from Nota temuduga SPP
pengurusan tertinggi KPM
apa tugas guru selain mendidik ?? โค๏ธโค๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ


1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah



psttt * banyak lagi sebenarnye tugas guru selain mendidik, jadi cikgu2 kena rajin membaca la ye.. mohon doakan admin berjaya posting tahun ini ye โœ…


https://t.me/tipssoalanspp
โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธmaksud kurikulum โŒโŒโŒ


Definisi kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untukmencapai matlamat pendidikan.

Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untukdiperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah.


https://t.me/tipssoalanspp
isu semasa sukan paralimpik โœ๐Ÿปโœ๐Ÿป๐Ÿค”๐Ÿค”


Semalam, tirai temasya ditutup secara rasmi dan obor dipadamkan. China mengekalkan status sebagai gergasi dunia apabila muncul juara keseluruhan dengan 96 emas, jauh meninggalkan Great Britain di tangga kedua (38) dan Amerika Syarikat ketiga (37).


https://t.me/tipssoalanspp
๐Ÿคต๐Ÿป๐Ÿคต๐Ÿปโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธApakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan yang sudah dibuat? 


J: Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. 

Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran terbabit secara bertulis malah secara lisan.


Pelbagai instrumen pentaksiran lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari. 


https://t.me/tipssoalanspp
๐Ÿคต๐Ÿป๐Ÿคต๐Ÿป๐Ÿคต๐Ÿป apakah yang dimaksudkan dengan konsep sekolah cemerlang ??


๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“
Sekolah berkesan ialah sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh ke atas kecemerlangan sekolah.

Pentadbir sekolah berkesan mampu merancang, melaksana serta memenuhi matlamat dan objektif dengan mengembleng sumber-sumber yang ada secara optima.

Keberkesanan juga dilihat dari kemampuan pentadbir sekolah memahami dan dapat menyelesaikan masalah sebenar serta mengatasi kekangan yang ada di bawah kawalannya dalam ketetapan masa yang sesuai. Purkey dan Smith (1983)

telah mengenalpasti ciri-ciri prosesnya seperti berikut

โ—๏ธโ—๏ธโ—๏ธadanya perancangan secara kolobaratif dan ada hubungan kesejawatan di kalangan kakitangannya,

โ—๏ธโ—๏ธโ—๏ธsemangat kesepaduan dan kekeluargaan yang tinggi dan mantap di kalangan stafnya,


โ—๏ธโ—๏ธโ—๏ธmatlamat sekolah jelas difahami dan dihayati oleh semua kakitangan,


โ—๏ธโ—๏ธโ—๏ธada penghargaan yang tinggi terhadap setiap sumbangan kakitangan,


โ—๏ธโ—๏ธโ—๏ธsekolah dalam keadaan tenteram dan teratur di mana guru dan murid-murid mempunyai disiplin yang tinggi.


https://t.me/tipssoalanspp
๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“apa yang kamu tahu tentang program perkasaKU ??


Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PerkasaKU) bagi merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku berikutan pandemik COVID-19.

empat perkara utama yang perlu diberi fokus oleh semua guru dalam program berkenaan untuk dilaksanakan iaitu

1) Strategi Pengukuhan dan Pengayaan yang bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran yang timbul akibat pelbagai kekangan semasa melaksanakan PdPR.

2)Kedua, Program Pemugaran Literasi dan Numerasi yang merupakan strategi bagi membantu murid, guru dan ibu bapa atau penjaga untuk mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi sesuai dengan tahap keupayaan murid yang khususnya kepada murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) yang belum menguasai tahap minimum 3M (membaca, menulis dan mengira) semasa PdPR.


3) Ketiga ialah memastikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan proses berterusan dan komponen penting bagi mendapatkan maklumat untuk mengenal pasti dan merekod perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) atau PdPR tidak diabaikan,โ€


4) keempat adalah satu sistem penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mengurus, menyimpan dan menyediakan akses kepada bahan dalam bentuk digital telah disediakan. 
Menurutnya guru-guru, ibu bapa dan murid boleh mengakses bahan tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja selain bahan itu seharusnya dapat dimanfaatkan seoptimum mungkin oleh semua pihak bagi memberi impak positif terhadap pendidikan setiap murid.


https://t.me/tipssoalanspp
Forwarded from Cikgu Sha
*Panel SPP : Dato Wee Beng*
diminta ke belakang utk berdiri

1. tanya latar belakang, keluarga, anak ke berapa, graduan mana
2. peribahasa apa maksud? padi secupak, jgn dijangka segantang. apa yg kamu fhm?
3. cara menangani murid yg suka tidur dan tak nak belajar (kenal pasti kenapa masalah tu? xleh nak salahkan murid je, apa pendekatan yg boleh diambil? boleh lah ckp reward, token ekonomi, peneguhan positif atau negatif
4. bagaimana nk wujudkan 2 way communication dlm PdP? dlm RPI ke, taksonomi bloom ke, KBAT ke tp aku jawab pembahagian RPH kepada 2 kategori (low dan high)
5. apa kriteria kita nak lihat seseorang murid tu respon kepada kita? jawapan dia, apa yg murid tu tanya dan kita dpt jawab dgn baik itulah sebenarnya (kena ada empati, kindness)

*Wakil Jabatan : Puan Syahirah*

1. PdPR sesuai tak utk murid mbk? setuju atau tak laksanakan? ada isu atau masalah tak? atau kebaikan? dan apa cadangan atau penambahbaikan
2. apa itu RPI (boleh ckp definisi, objektif, siapa yg terlibat dan kenapa ia penting?
point : dilaksanlanan utk tujuan jangka masa pendek jangka masa panjang, sebagai intervensi kepada murid
3. Nak buat program apa di sekolah? dlm kokorikulum, kenapa nak buat?
4. Kalau jd guru nak buat terapi apa di sekolah? teranglah kenapa, kaitkan dgn teori ke sensori ke mode ke, boleh ke mak ayah laksanakan? ke perlu pihak lain membantu? sbb xsemua terapi boleh buat sendiri, ada yg boleh ada yg tak

Penutup :
1. ada pertanyaan tak?
2. ucapan drpd panel
3. bersurai

Suggestion:
1. korang boleh lah selit2 SDG ke, UDL ke supaya solid hujah korang, aku td tak sempat tetiba tak keluar pulak


18h. 8am

Dato'
1. Perkenal diri
2. Knapa nk jadi Cg Khas
3. Padi secupak jgn dijangka segantang
4.Murid suka tidur.
5. Tv Pendidikan

Puan
1. Pdpr sesaui x utk MBK
2. RPI
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“apa yang kamu tahu tentang program perkasaKU ?? Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PerkasaKU) bagi merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku berikutan pandemik COVID-19. empat perkara utama yang perlu diberi fokus oleh semua guruโ€ฆ
ni tentang program perkasaKu .. program ini baru lagi dilancarkan.
PerkasaKU telah dilaksanakan mulai 1 Sept ini hingga 28 Feb 2022 yang meliputi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

jadi boleh la take note ini program pendidikan yg baru bersampena pdpr ni, sbb kita tahu majoriti murid khususnya tahun 1,2,3 x boleh lagi nk menguasai 3M

dan ade lagi yg dilaksanakan untuk perkasaKu ini..


admin share info tujuan untuk sedekah ilmu kepada kamu semua, doakan admin boleh posting ye tahun ini.. admin pon doakan anda semua sebanyak 2265 ahli dalam ni berjaya.. โค๏ธ amin jgn lupe share dengan kawan2 yg x tahu .. mungkin asbab anda share ilmu anda juga akan beroleh kejayaan yg sama โœ…

nak jadi cikgu jgn kedekut ilmu ๐Ÿคฃ
Sebelum memulakan sesi ketiga libat urus hari ini, saya mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Mesyuarat turut dihadiri pengurusan tertinggi KPM dan SPP.

Perkara utama yang kami bincangkan adalah mengenai status pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off.

Saya yakin, SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sentiasa komited untuk membantu KPM dalam mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan guru. Usaha ini akan dapat melancarkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

KPM sentiasa komited untuk terus laksanakan yang terbaik.


cc dr radzi jidin


https://t.me/tipssoalanspp
โ—๏ธโ—๏ธberikan 5 aspirasi sistem yg terdapat dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025

โค๏ธ 5 aspirasi sistem

Akses

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.



โค๏ธKualiti


Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan
yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.


https://t.me/tipssoalanspp
โค๏ธโค๏ธ Apakah FUNGSI SURUHANJAYA PENDIDIKAN (SPP) ??


SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan
tatatertib.


SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.


https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned ยซhttps://drive.google.com/drive/folders/1Fj71P96hR_u0PXs5LLW8b2vj6AMz0Odj?usp=sharing nota iv spp.. ade insan yg sudi kongsikan.. alhamdulillah https://t.me/tipssoalansppยป
kat snim graduan apa ??
Anonymous Poll
14%
ism
72%
ismp
15%
dpli
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
assalamualaikum .. tq yg mana yg vote tu ๐Ÿ˜‡

sat gi admin akan bagi nota dan koleksi soalan ye
apa itu Falsafah Pendidikan Guru (FPG)?? ๐Ÿคต๐Ÿป๐Ÿคต๐Ÿป

โ€œGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin


https://t.me/tipssoalanspp
๐Ÿคต๐Ÿป๐Ÿคต๐ŸปApakah tugas-tugas guru mengikut masa yang ditetapkan?


** On time masuk dan keluar kelas
** Menghadiri mesyuarat
** Punch card waktu pagi
** Menghadiri perhimpunan


https://t.me/tipssoalanspp
๐Ÿคต๐Ÿป๐Ÿคต๐ŸปApa itu mastery learning



๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah menyatakan bahawa Pembelajaran Masteri merupakan sesuatu pendekatan pembelajaran dan pengajaran untuk meastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilakn dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualit



Konsep Pembelajaran Masteri



โ€ข Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.


โ€ข Pendekatan ini memerlukan proses PdP yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan


โ€ข Cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar mencapai keupayaan yang sama.


https://t.me/tipssoalanspp