Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
contoh yg kita boleh buat untuk set induksi ..


Guru sediakan beberapa sampul berwarna. Di dalamnya ada beberapa pernyataan samada murid sebutkan atau ulas. Boleh juga menjadi teka teki. Kelebihan cara campul berwarna ialah murid menjadi excited dan berdebar untuk memilih sampul


https://t.me/tipssoalanspp
assalamualaikum dan salam sejahtera ..

esok kita belajar tentang topik dasar pendidikan sistem sekolah ❀️

hari ni dah habis bab rph, objektif dan juga refleksi ..


boleh share nota dan link channel kat kawan2 yg sama minta one off ni.


admin x minta bayaran pon untuk perkongsian ilmu ini.. admin hanya minta doakan supaya admin dapat posting pada tahun ini .. amin. πŸ₯°
🀡🏻🀡🏻🀡🏻 apa itu taksonomi bloom ?

pendidikan ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan.

Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.


Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu:

1 Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir,

2 Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.

3 Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran.


Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.


https://t.me/tipssoalanspp
‼️‼️apa peringkat di setiap aras taksonomi bloom ?


1) pengetahuan

Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi.

2)pemahaman

pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.


3) aplikasi

pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.


4 ) analisis

Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.

5) sintesis


Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku


6) penilaian


pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.

1) pengetahuan
2) pemahaman
3) aplikasi
4) analisis
5) sintesis
6) penilaian



so wajib ingat taksonomi bloom bagi setiap aras, kerana kebiasannya guru akan membuat soalan pentaksiran berdasarkan taksonomi bloom dan juga anak buah bloom iaitu lorin anderson, nanti admin update pasal anderson ya ? πŸ€— stay tuned guys


https://t.me/tipssoalanspp
salam jumaat ya ❀️ doa banyak pada hari yg berkah ini.. semoga impian kita untuk menjadi guru akan tercapai .. jgn lupe selitkan doa untuk admin jgk ye πŸ™ˆ
Teori anderson ?? apa tu Teori Anderson ?? 😍😍😍


Pada tahun 1994, Lorin Anderson telah menambah baik teori Taksonomi Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman.

Hasilnya pada tahun 2001 Anderson telah membuat perubahan pada domain kognitif iaitu perubahan daripada penggunaan kata kunci daripada kata nama kepada kata kerja.


Perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:


1) mengingati
2) memahami
3) mengaplikasi
4) menganalisis
5) menilai
6) merekacipta



Mengikut pandangan Anderson, tiga aras pertama (terendah) merupakan Lower Order Thinking (LOT). Manakala tiga aras berikutnya (tertinggi) adalah Higher Order Thinking(HOT).

 
Berdasarkan teori di atas dapatlah dijelaskan bahawa:

1. Sebelum kita memahami sesebuah konsep maka kita harus mengingatnya terlebih dahulu.

2. Sebelum kita menerapkan maka kita harus memahaminya terlebih dahulu.

3. Sebelum kita menganalisis maka kita harus mengaplikasikannya terlebih dahulu.

4. Sebelum kita mengaplikasi maka kita harus menganalisisnya terlebih dahulu.

5. Sebelum kita mencipta maka kita haruslah mengingat, memahami, menganalisis, mengaplikasi dan menilainya terlebih dahulu. 


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻🀡🏻🀡🏻 apa itu pak 21 ???


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ 😰😰😰


KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.


Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan.


PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.


Terdapat beberapa elemen yang diterapkan,


✍🏻komunikasi,

✍🏻kolaboratif,

✍🏻pemikiran kritis,

✍🏻kreativiti

✍🏻nilai murni dan etika.


https://t.me/tipssoalanspp
Apakah yang dimaksudkan kelas minda pertama itu?


β€˜Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.


https://t.me/tipssoalanspp
❗️❗️aktiviti yg menyamai minda kelas pertama

βœ… gemar membaca
βœ… mempunyai fikiran kbat
βœ…pemikiran holistik
βœ…kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
βœ…pembentukan sahsiah
βœ… pemupupan nilai murni


https://t.me/tipssoalanspp
berape jenis sekolah yg ada di malaysia ??


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“β€ΌοΈβ€ΌοΈ

19 buah jenis sekolah πŸ˜„


https://t.me/tipssoalanspp
tahniah kepada yg berjaya sjkc 😊😊 doakan min dapat jgk iv kali ini. 🀩🀩
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saja saya nak kongsi pengalaman Latihan Mengajar.
Semasa LM, saya ditugaskan untuk mengajar beberapa kelas:
1. Sejarah bagi tingkatan 1, 2 dan 4.
2. Geografi tingkatan 2.

Semasa saya LM , alhamdulillah murid saya majoriti memiliki telefon. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat lari dari masalah capaian Internet. Memandangkan ada masalah capaian Internet, saya berbincang dengan murid tentang kaedah/pendekatan PDPR yang sesuai untuk digunakan LM. Untuk pengetahuan semua, sepanjang LM saya tidak pernah melakukan kelas secara 'sesi video live' (di sinilah penting kita sebagai guru perlu tahu kemampuan murid kita). Boleh dikatakan hampir 65% saya guna 'group WS' sebagai 'kelas baharu' bagi murid saya.

Oleh itu, dalam konteks guru pengamal kemahiran kreativiti maka kita perlukan merancang bagaimana untuk mengatasi kekangan PDPR.

Meskipun hanya menggunakan 'group WS, namun sesi PdP turut merangkumi fasa:
1. Set induksi
2. Penerokaan
3. Perbincangan dan penerangan
4. Pengukuhan

Antara aplikasi lain sebagai BBM saya pernah guna contohnya:
1. Word Cloud
2. Makes Beliefs Comix
3. Eclipse crossword
4. Word Wall
5. Kahoot
6. Google form
7. Aplikasi gambar
8. dll.

*latihan pengukuhan juga guna aplikasi ini.

Tipu lah kalau tiada murid yang tidak aktif kan. Hahaha. Ramai ja sebenarnya, kadang-kadang 3 orang sahaja murid yang yang aktif. Bagi murid yang tidak aktif, saya akan sediakan nota atau latihan menggunakan aplikasi diatas.

Untuk menarik murid sertai sesi PdP, saya buat :
1. Call murid sejam sebelum kelas. (tiap2 hari ada kelas sampai habis LM)
2. Gunakan peneguhan positif. (hadiah dan motivasi)
3. Hubungan dengan ibu bapa yang berterusan.
4. Yang wajib iaitu PdP kena menarik

Antara bentuk hasil tugasan murid iaitu:
1. Infografik
2. Komik
3. Slide
4. Video
5. Nota tulis tangan dalam bentuk komik dan sebagainya (bagi mereka yang betulΒ² tiada kemudahan)
6. Dll.

Sebagai kesimpulan, jangan terlalu ingin nampak lebih hebat berbanding rakan LM lain sehinggakan kita lupa kemampuan murid-murid kita. Jangan sedih dan kecewa bila ada rakan LM kita sering guna 'video live' dan aplikasi lebih canggih daripada kita, apa yang paling penting adalah objektif pembelajaran murid tercapai. Mengajar lah dengan ikhlas dan percaya dengan 'kegembiraan akan hadir setelah usaha'.

Maaf atas kekurangan.
Btw saya dari USM. πŸ’œ


cc upsi confession


https://t.me/tipssoalanspp
❌❌❌❌apakah Visi dan Misi KPM ?? ❌❌❌

VISI
β€œPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


MISI
β€œMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”


https://t.me/tipssoalanspp
Pelaksana program TVET di Malaysia (2021):

1) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
2) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
3) Kementerian Sumber Manusia (KSM);
4) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
5) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);
6) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI);
7) Kementerian Kerja Raya (KKR);
8) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC);
9) Kementerian Dalam Negeri (KDN);
10)Kementerian Pertahanan (KEMENTAH); dan
11) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Sumber: Majlis TVET Malaysia


https://t.me/tipssoalanspp
Apa Itu STEM?


STEM merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginnering dan Matematik.

Keperluan terhadap STEM wujud apabila negara memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut.


Sebagai contoh, di Amerika, 80% pekerjaan terlibat dalam bidang ini.


https://t.me/tipssoalanspp
Apa Pula Kaitan STEM Dengan Pembelajaran?


Pastinya anda sudah biasa mendengar tentang pembelajaran Abad ke-21.

STEM dan pembelajaran abad ke-21 berjalan seiringan dalam sistem pendidikan yang semakin membangun.


STEM diperlukan bagi memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dunia luar apabila terlibat dalam bidang pekerjaan.



Di universiti juga, bidang ini sangat diberi perhatian. Ini kerana, jumlah pelajar yang mengambil bidang tersebut semakin menurun.

Tidak dinafikan juga, pembelajaran di dalam bidang ini memerlukan daya fikir dan intelektual yang tinggi untuk mendapat kelulusan.


Ini boleh dijadikan faktor utama
kepada kurangnya minat pelajar terhadap bidang ini.
Apabila melibatkan pembelajaran, masalah ini bukan dihadapi oleh pelajar sahaja malah para guru juga.


Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan sistem kurikulum yang baru untuk membantu pelajar menerima ilmu yang ingin disampaikan dengan lebih produktif.


Kementerian pendidkan juga telah menetapkan matlamat untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar sains berbanding sastera atau sains sodang sial pada peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.


Jadi, bagaimana pihak yang bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dapat menarik minat anak mereka untuk meminati bidang ini?


https://t.me/tipssoalanspp
Beli Gadjet Berkaitan Dengan STEM


Pasti para guru dan ibubapa tertanya-tanya berkaitan kos yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. Anda tidak perlu risau kerana gadjet ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Sebagai contoh:
β–ͺ Kit Binaan
β–ͺ Buku Eksperimen Sains
β–ͺ Rubix Cube
β–ͺ Puzzle
β–ͺ Kanta Pembesar


Dan banyak lagi. Ini merupakan contoh untuk menarik minat anak-anak pada usia yang masih kecil.


Daripada membiarkan anak-anak bermain gajet(game) setiap masa, adalah lebih elok untuk memperkenalkan mereka dengan permainan yang mencabar minda seperti ini.



Jika mempunyai bajet yang lebih, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli alatan seperti teleskop, mikroskop dan alat radas sains yang lain.


3. Menyelesaikan Masalah


Sebagai cotoh, jika di rumah anda mempunyai masalah seperti kebocoran, litar pintas dan sebagainya, sangat digalakkan untuk menyuruh anak anda mencari jalan penyelesaian. Ini sedikit sebanyak membantu mereka berfikir bagi menghadapi masalah yang lebih sukar.


4. Mengadakan Ceramah Motivasi



Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi menjemput pakar-pakar motivasi dalam bidang sains dan teknolgi untuk memberikan pendedahan dan ceramah yang bermanfaat kepada para pelajar.
Sebagai kesimpulan, semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan haruslah terus berusaha mencari jalan penyelesaian supaya pelajar lebih berminat mengambil bidang ini untuk diajadikan sebagai kerjaya pada masa hadapan.



https://t.me/tipssoalanspp