Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.77K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
Motivasi bagi yg ingin bergelar pendidik, Nak jadi guru kena Perbetulkan niat dulu


πŸ’• Niat nak mendidik anak bangsa tanpa mengira kaum

πŸ’ž Bersedia mental dan fizikal

πŸ’• Bila dah dapat bersyukur, tidak kira ditempatkan di mana2

πŸ’ž Jangan sombong, riak bila dah dapat


InsyaAllah allah akan permudahkan segalanya.. Kita kne ingat rezeki ni Allah yg bagi. Jangan lupa perbanyakkan sedekah πŸ‡


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻 apa beza hari kemerdekaan dan hari malaysia ?


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ : x de beza, dua2 sama je


alamak ❗️❗️❗️ nama pon dah lain ttbe sama 🀨

jom kita baca sedikit info

hari Merdeka disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.

Manakala, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia


* noted skrg hari merdeka dipanggil hari kebangsaan 😊


https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
Photo
ni surat pekeliling rph ye.. bakal2 guru boleh baca dan fahamkan πŸ’ͺπŸ»πŸ€“
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
Photo
yg ni bakal guru wajib tahu juga taw πŸ™ˆ skpmg2

guru sebagai perancang

guru sebagai pengawal

guru sebagai pembimbing

guru sebagai pendorong

guru sebagai penilai


murid sebagai pembelajaran aktif ☺️☺️☺️


https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
Photo
perbezaan soalan bertumpu dan soalan bercapah ‼️ tersenarai dalam soalan spp.. kita sebagai bakal cikgu mesti tahu
sng je nk ingat ni πŸ™ˆ soalan bertumpu lebih kepada kbar manakala soalan bercapah lebih kepada kbat πŸ™ˆ tapi kalau hampa tanya jgk kbat dan kbar tu ape .. admin x taw nk kate ape la πŸ˜ͺ


https://t.me/tipssoalanspp
tips nk berjaya kalau x confident nk bercakap

βœ… cari member, buat study group, buat webex secara berkumpulan ( melatih data internet kuat ke x )

βœ… berlatih jawab soalan spp secara real

βœ… klau member x nak sbb busy dan sebagainye, cakap depan cermin, tapi satu la kelemahan x de siapa nk tegur kita bercakap ❗️❗️ cara jawapan kita btol atau salah πŸ˜…bab kate org syok sendiri jee ..

βœ… so boleh start buat simulasi cara jawab soalan , gunakan faktor wow dalam jawapan, biar panel terkejut tgk cara kita menjawab


βœ… study sorg2 mmg syok , tapi banyak kelemahan dia. melainkan anda pidato yg hebat kat sekolah β—οΈπŸ˜…


selamat malam , min nk study depan cermin je malam ni πŸ₯°
assalamualaikum, selamat pagi πŸ˜€ selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 64 ‼️ nnti admin update nota dan soalan ya πŸ₯°
🀡🏻apa itu didik tv ??


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ ye sy pernah menontonnya di tv.. iaitu rancangan yg berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran..



hmmm semudah itu sahaja jawapan πŸ˜…


okey jom baca tentang didik tv.


DidikTV dilancarkan pada 17 Feb  lepas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memenuhi keperluan kelompok pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar serta pedalaman yang berhadapan dengan ekses internet serta ketiadaan peranti.


Usaha ini bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dalam pelajaran terutama apabila KPM menjayakan pembelajaran dalam talian dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0.


sekiranya DidikTV diuruskan dengan betul, ia akan menjadi medium yang boleh mengecilkan jurang pencapaian dalam kalangan murid kerana ia boleh menjadi alternatif kepada murid yang tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan sakit, tidak mempunyai ekses atau tinggal di kawasan pedalaman, tidak mampu ke sekolah disebabkan miskin atau murid yang tercicir, mengulang yang membolehkan mereka belajar di rumah dan mengambil peperiksaan persendirian.


psst* nnti dia akan tnya plak mcm mana nk buat penambahbaikan dalam didik tv.. adui, min pon x tahu nk jawab mcm mana kalau ditanya soalan macam niπŸ€”πŸ€”


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻sebelum membuat soalan peperiksaan, apa yg guru perlu lakukan ?


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ cek item peperiksaan


yeke πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”


Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang telah ditetapkan supaya ujian yang dilaksanakan kepada pelajar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Oleh itu, sebelum pembinaan item ujian dibina. Seorang guru perlu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

Jadual Penentu Ujian sangat penting kerana dapat menjadi panduan kepada guru dalam pembinaan item ujian supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran yang telah diajar.

Justeru itu, sebelum pembinaan item ujian banyak faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan item ujian yang dibina berkualiti dan mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan


selepas itu, hendaklah mengikut

DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

Dalam pembinaan item objektif dan subjektif yang akan dibina adalah berasaskan kepada 6 aras dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Domain Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.


Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi dan  eleman-eleman tersebut dibahagi kepada 2 bahagian iaitu aras rendah dan aras tinggi.

(kbar)
βœ…pengetahuan
βœ…kefahaman
βœ…aplikasi

(kbat)
βœ…analisis
βœ…sintesis
βœ…penilaian


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻 apa itu JSU , dan apa yg kamu tahu tentang JSU ??

πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ blur 😰😰😰


okey jom baca tentang JSU

maksud
Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.


            Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan.


Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.


pendek kata , JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.


Antara kepentingan JSU


‼️ untuk mengelakkan daripada seseorang guru membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh murid-muridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan.


‼️Antara perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung seseorang guru itu akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian kepada seseorang murid itu secara sesuka hati sahaja



https://t.me/tipssoalanspp