Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.8K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
2. terdapat 5 aspirasi sistem di dalam pendidikan

- Akses

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
β–ͺ Ekuiti:

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.


β–ͺ Perpaduan:


Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.


β–ͺ Kecekapan:


Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
isu semasa hari ini..tahniah bonnie bunyau πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
Photo
PBD

penting bagi seorang guru mengetahuinya 🀩
Forwarded from Syafiqah Nordin
IV SPP 28/9/2019
Bilik 9 Sesi 9:30pg IPG KB


1. Panel SPP Dato Muhyidin
2. Panel KV/GC Elektrik : Cikgu Marini

2 orang calon
(UTHM)

πŸ“ŒMemperkenalkan diri , nama , umur , pencapaian tertinggi kokurikulum, pengalaman bekerja *sama juga ada soalan berdasarkan pengalaman yang diceritakan*


πŸ“ŒSoalan 1
Kenapa memilih profession guru , di mana lahir minat menjadi guru

πŸ“ŒSoalan 2
Prinsip rukun negara , kaitkan dgn pendidikan. Macam sy kena kepercayaan kepada tuhan - jadi macam mana nak kaitkan agama dlm PdPc

πŸ“ŒKenapa guru dihormati oleh masyarakat

πŸ“ŒKenapa Imam Hanafi boleh menundukkan orang atis

🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳
Soalan berkaitan bidang

πŸ“ŒApa itu perintang
πŸ“Œkira nilai perintang *ingat warna perintang*
πŸ“Œkenapa rumah boleh trip


Goodluck πŸ’ͺ🏽🌹πŸ’ͺ🏽🌹πŸ’ͺ🏽🌹
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat lagi. Semoga Allah memberikan rezeki yg luas untuk pengambilan guru one off ini πŸ‘πŸ€—
Perkongsian Interview SPP.

Untuk interview kali ni, SPP semakin mengetatkan syarat pengambilan calon yang lulus temuduga.

Antara lulus atau gagal sahaja. Tiada calon simpanan.
Jadi sesiapa yang dapat interview SPP.
Buat lah persediaan yang betul betul terbaik.

1. Persediaan ilmu.

-Calon mestilah tahu tentang isu terkini dunia pendidikan/isu semasa.
-Calon mesti jadi ' pakar' dalam bidang masing masing

Penemuduga terdiri dari pegawai SPP dan guru cemerlang.

Pegawai SPP akan bertanya tentang isu pendidikan/isu semasa.
Guru cemerlang akan tanya anda soalan berkaitan kos anda. Contoh kalau saya bidang kaunseling, mestilah tentang asas kaunseling dan teori.

Kadang kadang guru cemerlang akan tanya basic sahaja. Sesuatu yang kita tidak jangka. Jadi term/ perkara yang basic pun kena tahu

Dalam temuduga, biasanya sekarang mereka tak bertanya soalan direct sahaja. Tetapi, mereka suka bila dapat berdebat dan berbincang dengan calon.

Jadi tips nya disini calon jangan malu untuk bersoal jawab dengan penemuduga.

Sesiapa yang suka suka bercakap, suka beri pandangan akan menarik minat mereka.

Jangan tunggu sampai mereka tanya anda berkali kali-BIG NO

Kalau salah jawapan tak apa. Mereka akan betulkan.
Kalau tak ingat fakta, mereka bantu asal kita hurai dengan baik, mereka akan bantu juga.

Jangan risau.

Saya masih ingat part saya lupa fakta dalam teori yang saya terangkan. Tapi..penemuduga tu kata tak apa.
Just continue😁

Lepas tu cuba support idea ahli kumpulan.

Contoh: Saya setuju pandangan A..kerana bla bla

2.Jaga bahasa badan

Tubuh mestilah tegap masa bercakap.

Anggukkan kepala masa mereka bercakap-Tunjuk awak berminat dengan idea mereka.

Eye contact jaga. Kena pandang mata mereka tau!

3.Pakaian mestilah formal dan mengikut syarat.

-Kot/baju kurung(pastikan jgn bercorak sangat.
-Warna baju kalau boleh jangan lebih 3 warna. 2 warna just nice
-Kasut hitam bertumit
-Name Tag (2.5Γ—7.5cm)

4.Fail

-Fail yg anda bawa mestilah lengkap.
-Dokumen untuk serahan kepada SPP, asingkan ke dalam 1 sampul surat
-Buku log, buku RPH, semua harus dalam keadaan lengkap. Guru cemerlang akan nilai 1 persatu tau.

Tips hari temudga

1.Datang awal

2.Berkenalan dengan calon lain 1 kos anda. (Mana tahu nanti 1 kumpulan yang sama. At least tak kekok-Bonus)
3.Kenali siapa yang akan temuduga anda. Tanya kepada yang jaga kaunter. Jangan segan segan.

Tips bonus:

Semasa ditemuduga buat muka teruja bila anda jawab soalan.😁

Kalau anda ada sertai apa apa kelab atau ada kerja semasa menunggu interview. Dapatkan surat sokongan untuk anda. Apa sahaja tentang anda..tentang komitmen anda insyaAllah membantu.

Update:Saya telah dipostingkan pada 5/2/2018
3) terdapat 2 penutup iaitu kognitif dan penutup social.

*Penutup Kognitif

- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari.

- Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan pengukuhan.


Cara melaksana.😍😍😍

- Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung.

- Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-pelajar.

- Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.

- Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.
mengapa perlu adanya penutup Sosial di dalam proses pdpc ? apa kepentingannya ?


- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar.

- Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan

- Misalnya ;
β€œMurid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan. Dalam pelajaran yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu”


semoga bermanfaat

https://t.me/tipssoalanspp
❀️ apa maksud kognitif ??


bermaksud kognisi, iaitu proses mental untuk mentafsir,mempelajari dan memahami sesuatu.
Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 803.  


https://t.me/tipssoalanspp
Contoh-contoh soalan yang mungkin akan ditanya:


Apakah perkara pertama yang perlu anda lakukan semasa masuk ke kelas sebelum mengajar?


β–ͺ Para penemuduga biasanya akan memberi situasi dan meminta calon untuk menilai apa yang perlu dilakukan dalam situasi tersebut. Soalan daripada penemuduga tidak dapat dijangka

β–ͺ Untuk menjadi seorang guru, anda perlu tahu semua perkara.


https://t.me/tipssoalanspp
😍 adakah kamu pernah mendengar tentang sekolah amanah ? dan apa tujuan penubuhan sekolah amanah ?


Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.


Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.


Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).


https://t.me/tipssoalanspp
panel 🀡🏻adakah anda pernah mendengar tentang sekolah wawasan ? dan apa yg kamu tahu tentang sekolah wawasan ini ?


calon spp πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“: maaf tuan, sy x pernah mendengar tentang sekolah wawasan πŸ₯Ί

so jomm kita baca apa itu sekolah wawasan πŸ₯°


Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan.Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya secara bersama atau dikongsi bersama

.Idea penubuhan sekolah wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.

Pengujudan sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya.Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia.

Di sini terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum dan kurikulum juga disejajarkan.Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan tiada peraturan yang seragam dipakai telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal.


Contohnya sekolah cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan yang berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem pendidikan masyasrakat india yang berkiblatkan negara india.Semangat perkauman ini terbawa-bawa selepas merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.


JIka diteliti Penyata Razak 1956 yang mana tujuan dasar pelajaran Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-murid daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan.