Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
330 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
=>Tiga perkara yang mesti dijauhi:

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

•" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil ber sungut-sungut karana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut karana perbuatan Tuhannya ".

•Barang sesiapa menjadi sedih karana perkara perkara didunia berarti ia telah marah kepada Allah SWT.

•Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya karana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya.

#pesanbonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
6 KEUTAMAAN SOLAT DHUHA

Berikut inilah 6 keutamaan solat dhuha sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis sahih.

1 - Diwasiatkan Rasulullah mengerjakannya setiap hari.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata:

“Kekasihku mewasiatkan tiga hal yang tidak akan kutinggalkan hingga mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dan solat witir sebelum tidur” ~ HR. Al Bukhari

2 - Solat dhuha adalah Solat Awwabin.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata:

“Kekasihku (Muhammad) mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang aku tidak meninggalkannya: agar aku tidak tidur kecuali setelah melakukan solat witir, agar aku tidak meninggalkan dua rakaat solat dhuha kerana ia adalah solat awwabin serta agar aku berpuasa tiga hari setiap bulan”~ HR. Ibnu Khuzaimah

Awwabin adalah orang-orang yang taat. Merutinkan solat dhuha, dengan demikian, berarti menjadikan seseorang dicatat sebagai orang-orang yang taat.

3 - Solat dhuha 2 rakaat senilai 360 sedekah.

“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat munkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” ~ HR. Muslim

“Di dalam tubuh manusia terdapat tiga ratus enam puluh sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at dhuha sudah mencukupimu.” ~ HR. Abu Dawud

4 - Solat dhuha 4 rakaat membawa kecukupan sepanjang hari.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” ~ HR. Ahmad

5 - Solat dhuha merupakan ghanimah terbanyak.

Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendengar para sahabatnya membicarakan tentang ghanimah (harta rampasan perang), maka beliau menunjukkan amal yang lebih banyak dari pada ghanimah-ghanimah itu.

“Barangsiapa berwudhu kemudian pergi pada waktu pagi ke masjid untuk melaksanakan solat dhuha, maka hal itu adalah peperangan yang paling dekat, ghanimah yang paling banyak, dan kembalinya lebih cepat” ~ HR. Tirmidzi dan Ahmad.

6 - Pahala solat dhuha senilai dengan pahala umrah.

Untuk keutamaan keenam ini, penjelasannya dapat dibaca pada solat dhuha berpahala umrah.

Setelah tahu 6 keutamaan solat sunat dhuha ini marilah kita usahakan dan sempatkan untuk mengerjakannya.

#pesanBonda

📌http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
📌https://t.me/TestimoniProvenDariPembacaFtr
Ada tiga doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz -semoga Allah merahmatinya- berkata : 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1⃣. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah

١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as'aluka husnul khotimah
Ertinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2⃣. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Ertinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3⃣. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.

٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Ertinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU "

Semoga Allah Ta'ala permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

Aamiin...

#Pesanbonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
"BAIK PULIH DIRI"

1 - Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2 - Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.

Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3 - Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4 - Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40).

Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5 - Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.

Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang,

orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6 - Pagar diri dengan Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7 - Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi

dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8 - Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9 - Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu.

Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik,

suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10 - Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah:

Ya 'Aziz, Ya Jabbar,
Ya Mutakabbir

dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.

Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11 - Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.

Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa.

Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku.

Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.

Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12 - Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh.

Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13 - Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati.

Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari.

InsyaAllah ..
Segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai.

Aamiin ♥️

#Pesanbonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
Manusia semua akan mati. Tiada manusia boleh lari daripada kematian.

Cuma kebiasaan bagi manusia itu lupa yang dirinya akan mati. Perkara di sekeliling manusia membuatnya lupa akan kematian, lupa bagaimana keadaan kematian itu dan lupa bahawa perkara di sekelilingnya tidak akan bersamanya apabila dia mati.

Manusia menjumpai tinggalan orang dahulu kala. Binaan, harta dan barang-barang yang mana ia pasti dimiliki suatu ketika dahulu oleh orang tertentu. Orang itu sudah tiada, peninggalannya kekal di dunia. Ia memberi petunjuk yang sangat jelas bahawa kita tidak mampu membawa apa-apa daripada dunia kekal bersama kita. Kita akan mati, barang yang dimiliki tidak ikut sekali.

Barang dunia akan kekal di dunia, dunia tidak bersama kita ketika kita mati bahkan kita tidak perlukan apa-apa daripada dunia ketika kita mati.

Barang dunia tidak perlu direbut. Kita berusaha sesuai hajat. Apabila kita mati, ia bakal berpindah kepada generasi terkemudian demi generasi.

Begitulah hal manusia, dia lupa yang mati itu boleh datang tak kira masa, dia lupa apabila tiba ajalnya segala apa yang dia milik sudah tiada makna dan dia lupa yang dirinya bakal menghuni ruang kecil yang gelap di bawah tanah. Sendirian tanpa teman.

"Sesungguhnya dunia dipenuhi dengan perkara yang menyibukkan manusia daripada perkara yang lebih utama."

Utama bagi seorang manusia yang pasti akan mati adalah mengenal Pencipta yang menciptakan dirinya. Kenal tuhan yang layak disembah. Kehidupan selepas mati itu benar. Manusia akan dibangkitkan semula untuk diperhitung segala amalan itu juga benar.

Kalaulah kehidupan manusia akan terhenti setelah dia mati maka tiadalah keadilan dapat ditegakkan. Kita dituntut melakukan kebaikan dan dilarang melakukan kejahatan. Kebangkitan setelah kematian itu benar. Manusia akan dibawa-halakan ke destinasi abadi sama ada syurga atau neraka.

Peluang usia haruslah tidak dipersiakan. Akal diberi wajar dijadikan panduan. Kita tidak mati begitu sahaja tanpa apa-apa. Akal yang sejahtera pasti mencari kebenaran. Manusia yang cerdik sentiasa ingat akan kematian.

Aamiin...
#pesanbonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
Seandainya siksa kubur diperlihatkan kepada kita.
Pasti hilanglah nafsu kita kepada maksiat.

Seandainya nikmat kubur diperlihatkan kepada kita.
Pasti hilanglah keletihan dan kepenatan kita ketika beribadah.

Tetapi semua itu dirahsiakan untuk menguji keimanan kita.
Agar kita bersunguh2 menjalani ibadah dan menjauhi maksiat.

#pesanbonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
TANDA-TANDA ALLAH SAYANG

Diberikan kesedihan ..
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.

Diberi kesakitan ..
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNYA.

Diberikan kesusahan ..
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Diberikan kehilangan ..
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dariNYA.

Diberikan penderitaan ..
Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat padaNYA.

Diberikan kemiskinan ..
Kerana Allah mahu kita meminta kepadaNYA.

Diberikan kehinaan ..
Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNYA.

Oleh itu ..

Jangan terlalu banyak ketawa.
Jangan terlalu banyak bersuka ria.
Kerana Allah akan jauh dari kita.

Indahnya kesabaran.
Bersyukur akan dugaan.

Indahnya kebahagiaan.
Bersyukur nikmat Tuhan.

Indahnya kasih sayang.
Bersyukur akan keikhlasan.

Indahnya kekuatan.
Bersyukur meningkatkan iman

Ucapkanlah

Alhamdulillah ♥️
#pesanBonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
Pengusir sihir (energi negative)

Awali dengan berwudhuk ..

Sediakan air putih

Baca
Istighfar 3x
Syahadat 3x
Selawat 3x

a'udzubillaahis samii'il a'liim minasy syaithoonirrojiim.
a'udzubillahikalimatillahit taammati min syarri maa kholaq.
bismillaahil ladzii laayadhurru ma'asy mihi syaiun fil ardhi wahuwas samii'ul a'liim..

Al-fatihah 1x

Al Ikhlas 1x

Al Falaq 1x

An Nas 1x

Ayat Kursy 1x

Doa Nabi Sulaiman 3x..

Tiup kan ke air..lalu minum

Semoga bermanfaat..

Aamiin...🌹

#pesanbonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
KITA BERASAL DARI SYURGA, MARI KEMBALI KE SANA.

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga. Kita tidak berasal dari bumi, tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah,
kembali ke kampung halaman.

Dunia bukan rumah kita,
maka jangan cari kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, RABB yang mulia?

DIA hanya meminta 'amal soleh dan keimanan, serta rasa rindu padaNYA yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapanNYA?

Kita tidak berasal dari bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.

Kenikmatannya tiada terlukiskan, dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita. Ada isteri solehah serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
Bila Keluarga mereka akan pulang.

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang ALLAH S.W.T titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah iaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.

Semoga kita selamat Pulang ke Syurga

Aamiin...🌹

#PesanBonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
Salam Isyak

Selamat malam sahabatku.
Sebelum tidur niat utk solat tahajud.
Kalau tak tersedar pun kita dah dapat pahala.

Kalau tersedar 1/3 malam bangun la buat solat tahajud banyak fadhilatnya.

Jika tak larat cukup hanya berdoa.
Ketika tu Doa sangat mustajab.

Jangan lupa baca sebelum tidur,
Surah al fatihah sekali
Surah al ikhlas tiga kali
Surah an Nas sekali
Surah al Falaq sekali

Insya Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.

Semoga kita dapat tidur dengan tenang setiap malam dan selamanya.

Aamiin ♥️

#Pesanbonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..
Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
pipi kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.
Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..
Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.
Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang..
Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.
Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.
"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"
Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”
Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..
Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.
Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..
Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.
Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,
"Hai manusia!"
Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”
"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..
Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.
Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".
Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".
Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".
Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.
Jagalah solat kita.
Allahuakbar!
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)
Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.
Aamiin Ya Robbal'aalamiin.
Semoga bermanfa'at.
“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.
~ Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada penulis asal..

#Pesanbonda



♥️Tuna♥️

mengajak Anda #backToAllah
bersama FTR
Follow ⬇️ http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
https://t.me/TestimoniProvenDariPembacaFtr
Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli, bisu dan pekak.

Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.

Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata.

Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.

Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.

Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.

Bahan bakar api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.

Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.

Api dunia yang membakar adalah hanya se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.

Neraka bernafas dua kali setahun, di musim dingin dan panas itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.

Marilah kita sama-sama berdoa dan mohon perlindungan daripada Allah SWT dari azab neraka Jahanam kerana sesiapa yang dimasukkan dalam neraka jahanam adalah serugi-rugi makhluk dan sehina-hina manusia.

#PesanBonda
📌http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
📌https://t.me/TestimoniProvenDariPembacaFtr
JIKA TAKDIRMU SEBAGAI ORANG MISKIN

Apa pun telah engkau usahakan, segala cara halal sudah engkau buat. Namun takdirmu tetap miskin, lalu bagaimana..?
.
Seorang anak bertanya kepada ayahnya,
“Ayah, mengapa kita miskin..?

Dengan perasaan yang mendalam ayahnya menjawab,

Nak, hidup ini seperti jalan-jalan di dalam pasaraya. Orang yang mampu, boleh memilih dan membawa barang apa saja yang dia mahu. Tapi mereka akan diperiksa di pintu keluar. Siapa yang membawa tiga barang, dia akan membayar harga tiga barang, siapa yang membawa satu barang, dia membayar harga satu barang.

Sementara orang miskin tidak mampu mengambil barang. Dia hanya jalan-jalan saja. Oleh sebab itu, di pintu keluar dia tidak diperiksa.

Begitulah di hari akhirat...

Orang miskin akan cepat pemeriksaannya, sedangkan orang kaya, akan lambat pemeriksaannya.

Kelak, akan ada 2 soalan tentang harta :
● Dari mana harta itu diperoleh..?
● Dan kemana harta itu dihabiskan..?
.
Semakin banyak harta, semakin banyak soalannya.
.
MAKA Jika kita ditakdirkan menjadi orang miskin harta...
.
BERSABARLAH SEJENAK, kerana dengan kematian, miskin atau kaya semua akan sirna.

BERBAIK SANGKA SELALU KEPADA ALLAH, mungkin dengan kemiskinan kita mudah meraih Jannah.

SELALULAH BERFIKIRAN YANG POSITIF, mungkin jika kita kaya, kita akan jadi orang yang tidak bersyukur.

JANGAN PERNAH RASA RENDAH DIRI, miskin atau kaya bukan penentu hina dan mulia.

Peniaga mesti bersedia untuk berjaya atau gagal.

Orang beriman juga mesti bersedia untuk hidup kaya atau miskin.

BERBAHAGIALAH barangkali kita masuk ahlul jannah kerana Nabi kata penghuni syurga itu ramainya dari golongan orang miskin. Semoga kita salah satu darinya.

Aamiin... 🌹

Semoga bermanfaat..

#Pesanbonda

📌http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
📌https://t.me/TestimoniProvenDariPembacaFtr
Sebenarnya, setiap kali ingin lelapkan mata, persoalan ini selalu berlegar-legar,

Sentiasa terfikir andai giliran kematianku esok, amalan apa yang akan aku persembahkan dihadapan Tuhan.

Bimbangnya aku, andai dibawa aib & dosaku mengadap Allah.

Saat itu penyesalan berpanjangan, merayu-rayu ingin kembali ke dunia, agar dapat memohon keampunan atas setiap dosa, agar dapat menginfaqkan harta yang tersisa,

Demi Allah, kematian itu tetap sampai pada kita, persoalannya, apakah kita yakin dengan kehidupan kita didunia esok??

Semoga Allah panjangkan umur kita

Aamiin...
#Pesanbonda

♥️Tuna♥️

mengajak Anda #backToAllah
bersama FTR
Follow ⬇️ http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
https://t.me/TestimoniProvenDariPembacaFtr
Sibukkan dirimu dengan ilmu agar kurang seleramu untuk berlaku jahil.

Sibukkan dirimu dengan zikir agar kurang seleramu mengucapkan sesuatu yang sia-sia.

Sibukkan dirimu dengan melihat aib diri agar kurang seleramu menghina orang lain.

Sibukkan dirimu dengan bersedekah agar kurang seleramu bersifat bakhil.

Sibukkan dirimu dengan amal kebaikan agar kurang seleramu melakukan kejahatan.

Sibukkan dirimu dengan menolong orang agar kurang seleramu menyakiti orang.

Sibukkan dirimu dengan mengubati diri agar kurang seleramu meracuni orang.

Pesan seorang Murabbiah ..
Bila kita selalu sakit,
Maka rajinlah berpuasa.

Bila kita berwajah gelap,
Maka rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud).

Bila kita punya hati yg sempit,
Maka perbanyakkan membaca Al Quran.

Bila kita terlalu susah untuk bahagia,
Maka solatlah tepat pada waktunya.

Bila emosi kita sering terganggu,
Maka seringlah berwuduk dan beristighfar.

Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan,
Maka seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'.

Bila kita merasa rezeki kita teramat sempit,
Maka perbanyakkanlah bersedekah.

Bila hati dan jiwa kita gelisah,
Maka perbanyakkanlah istighfar.

Aamiin...🌹

#Pesanbonda

♥️Tuna♥️

mengajak Anda #backToAllah
bersama FTR
Follow ⬇️ http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
https://t.me/TestimoniProvenDariPembacaFtr
HIASAN TAKDIR

Kita tak akan dapat ubah takdir..
Namun kita boleh hiasi jalan takdir itu mengikut kehendak kita..

Walaupun takdir itu pahit namun kita sudah hiasi sepanjang jalan sebelum tiba di takdir itu dengan bunga-bungaan ,wangi-wangian..
Ia tetap indah walaupun pahit..

Namun andai hiasan itu kita
tidak guna peluang sebaiknya
membiarkan ia kosong
takdir yang manis pun boleh
Jadi Kering dan gersang

Hiasilah..
Setiap sudut kehidupan..
Agar ia tetap indah dihati kita..

Sebaik Baik hiasan takdir..
Adalah Ketaqwaan..

Aamiin...🌹
#pesanBonda
Bahagia itu tidak perlu mahal.
Bahagia itu hanya perlu rasa cukup
Bahagia itu terkait dengan Syukur.

Bersyukur itu murah.
Bersyukur itulah menjadikan kita bahagia.

Bahagia itu hadir pada mereka yang memiliki hati yang bersih.
Bagaimana untuk memiliki hati yang bersih?
Hati ini mesti betul-betul ikhlas hanya untuk Allah.

Lahirkan hati yang ikhlas kepada Allah.
Pasti kita akan dapat rasai kebahagiaannya.

Bahagia itu letaknya di dalam hati bukannya di luar diri.
Bahagia yang tertinggi bila Allah sentiasa ada di hati.

Ucapkanlah

Alhamdulillah ♥️

#pesanBonda
https://t.me/TipsRezekiMelimpahRuah4u
Tidak ada tempat terbaik untuk mengadu selain di atas sejadah.

Tidak ada waktu terbaik selain 1/3 malam terakhir, sebab saat itu ya Rabb turun untuk merangkul hati dan melapang dada kita.

Selain berusaha, kita juga haruslah meminta doa kepada ALLAH SWT untuk mendapat berkat dengan apa yang kita hajati.

Jangan berhenti berdoa, terus menangis dan meminta kepada ALLAH.

Doa itu ajaib. Saat kita dipilih berdoa itu ialah ibadah.

Apabila sepertiga terakhir malam, ALLAH memberkati hamba-hambaNya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada ALLAH berkaitan dengan Dunia dan Akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan ALLAH akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” ~ Hadis Riwayat Muslim

#pesanbonda
http://bit.ly/TabungAkhiratWakafBukuFtr
Sehebat mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit.

Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir.

Yang hebat tidak lagi kelihatan hebat.

Bumi yang sangat luas sudah terasa sempit.

Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu oleh kegelisahan.

Benar lah kata ulamak,
"Bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati."

Hidup ini cuma ada dua pilihan.

1 - Hidup didalam keredhaan Allah.
2 - Hidup didalam kemurkaan Allah.

Hidup kita yang abadi cuma ada dua tempat.

1 - Kekal didalam Neraka.
2 - Kekal didalam Syurga.

Semoga kita sentiasa didalam rahmat Allah.
Semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.
Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yg baik.

#pesanBonda
👉 http://bit.ly/BukuSolusiRezekiAnda
📌http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u
"KITA TIDAK NAMPAK ALLAH"

🔵 BILA ALLAH : Sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil. Kita nampak ubat. Kita tak nampak ALLAH.

🔵 BILA ALLAH : Berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran. Kita nampak kebijaksanaan kita. Kita tak nampak ALLAH.

🔵 BILA ALLAH : Bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang di ceburi. Kita nampak kecemerlangan kita. Kita tak nampak ALLAH.

🔵 BILA ALLAH : Bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan. Kita nampak kegigihan usaha kita. Kita tak nampak ALLAH.(hrmn).

🔵 BILA ALLAH : Kurniakan kita pasangan yang soleh-solehah serta keluarga yang bahagia. Kita nampak baiknya kita. Kita tak nampak ALLAH.

🔵 BILA ALLAH : Keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia di sekeliling. Kita nampak baiknya manusia tersebut. Kita tak nampak ALLAH.

🔵 BILA ALLAH : Masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita. Kita nampak hebatnya kita. Kita tak nampak ALLAH.

🔵 BILA ALLAH : Bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu. Kita tak nampak ALLAH.(hrmn).

🔵 Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar. Dek keangkuhan seorang hamba mungkin kotornya segumpal darah bernama hati. Untuk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.

🔵 Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH.

Aamiin...❤️
#PesanBonda
http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u