Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
313 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018
3 WAKTU TIDAK DIGALAKKAN MANDI

💐1. 30 minit selepas solat Asar.

💐2. Selepas Maghrib.

💐3. Selepas Isyak sehingga 12 malam.

Penjelasan :

🌼1. 30 minit selepas solat asar.

💛Adalah waktu dimana darah dalam badan panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi letih dan penat untuk bekerja.

🌼2. Lepas Maghrib

💛Jantung kita sudah mulai lemah untuk bekerja.
Kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair.

🌼3. Selepas solat Isyak

💛Ini masanya jantung berehat, jika mandi ketika ini akan mengakibatkan lemah jantung.
Sebaiknya mandi selepas jam 1 pagi.

💛Antara pukul 2~3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti bateri yang telah lemah dicas semula.

Kata Alim Ulamak :-*

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan
ALLAH S.W.T

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan dahaga dan haus di Padang Masyar.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah swt pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau kemiskinan semasa hidup di dunia.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab kubur.

۞ Surah Al-Kautsar dapat mendamaikan segala perbalahan dan merapatkan silaturahim.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. (Husnul Khatimah)

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada jadi golongan munafik.

۞ Surah Al-Falak dapat menghapuskan perasaan hasad dengki dan irihati.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit nyanyok dan was-was.

💛Seterusnya, bagi melawan syaitan durjana.

💐💐Dikatakan juga:-

💐💛۞ Ketika anda membawa Al-Qur'an, syaitan hanya tengok saja.

💐💛۞ Ketika anda duduk dan membukanya, syaitan mula curiga.

💐💛۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

💐💛۞ Ketika anda mengalun ayat2 suci dgn merdu, betul tajwid, menghayati dan memahaminya, iblis & syaitan mula kejang.

💐💛Teruskan membaca Al-Qur'an dan mengamalkannya agar iblis, syaitan dan anak beranak suku sakatnya terus berlari.

لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة" . رواه مسلم Artinya, “Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan akan berlari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah.” (Shahih Muslim)

💚💛۞ Semoga bermanfaat💚💛🤲🤲🤲
"Untuk para muslimah yang sering bepergian, selain pakai kaus kaki, jangan lupa gunakan celana panjang di dalam gamis.
Terutama yang sering bepergian menggunakan motor. Tentunya pilih celana yang longgar ya. .
Selalu ingat hadits Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam tentang aurat
.
Asma’ binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis.
Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam pun berpaling darinya dan bersabda, “wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika sudah haidh (sudah baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini”, beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Daud 4140, dalam Al Irwa [6/203] Al Albani berkata: “hasan dengan keseluruhan jalannya”)
افهموا هذه الخمس جيدا :
PAHAMI DAN HAFAL NASEHAT INI SEPANJANG HIDUPMU

1- إذا مات أبوك ماتت النصيحة
Jika wafat Ayahmu maka hilanglah orang yg menasehatimu

٢- واذا مات أخوك انكسرت يمناك
Jika wafat saudaramu maka hilang tangan kanan yg selalu menolongmu

٣- واذا ماتت أمك أنطفى نورك
Jika wafat Ibumu maka hilanglah Cahaya yang menerangi perjalananmu

٤- اذا ماتت أختك فقدت بسمتك
Jika wafat saudarimu maka hilanglah senyuman di bibirmu

٥- واذا مات رفيقك عميت عيناك
jika wafat sahabatmu maka hilanglah pandangan kedua matamu

الحياة قصيرة جدا لا تستحق الحقد والحسد والنفاق وقطع الأرحام
Hidup terlalu singkat, Jangan dihabiskan untuk membenci dan mengumpat, berpura-pura dan memutuskan silaturrahim, karena kelak hanya akan tinggal cerita.

Senyumlah maafkan yang menyakitimu dan mengecewakanmu, karena kita tidak tahu kapan kita akan mati.

Oleh: Fitri Z l
Bismillah

# Ketika Tangan Dan Kaki Bersaksi #

Apa yang engkau tulis di medsos, akan engkau ceritakan esok.

Apa yang engkau lakukan dengan ragamu, esok dia akan bersaksi.

Apa yang engkau dengarkan sekarang, esokpun akan jadi saksi, baik atau buruk akan terbuka.

Allah Ta'ala berfirman:

(الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ)

“Pada hari ini Kami bungkam mulut mereka, sedangkan tangan mereka bercerita kepada Kami dan kaki mereka bersaksi tentang apa-apa yang telah mereka lakukan..”
(QS. Yasin: 65)

Setiap kali kita menggerakkan jari jemari tangan kita, ingatlah ada nikmat Allah yang besar di dalamnya dan ini ada pertanggungjawabannya.

TANGANMU untuk apa dipergunakan?
KAKIMU kemana engkau langkahkan?

Tanganmu akan bersaksi atas apa yang telah dia kerjakan, begitu pun juga dengan kakimu. Kelak tidak ada lagi yang berdusta di hadapan Rabb-Nya.
Maka gunakanlah untuk manfaat dunia dan akhirat dalam kebaikan dan untuk beribadah kepada Allah Ta'ala.

Sudahkah anda menyadari akan hal ini dan mempersiapkan diri untuk menjalaninya besok?

Ustadz DR. Muhammad Arifin Badri MA,
حفظه الله تعالى
Bila seorang wanita memakai stokin tidak menjadikan dia seorang yang alim. ini kerana kaki juga adalah aurat, benda wajib memang patut ditutup.

kaki adalah aurat yang sering diabaikan oleh kaum wanita.
maka berstokin lah, tidak sempurna istilah menutup aurat jika hanya tutup separuh separuh je. Lagipon bila kita solat kita mesti tutup kaki dan jika ternampak hukum solat jadi tidak sah.

Maka pakailah pakaian seperti mana kita hendak solat, kerana dalam solat kita perlu menutup aurat dengan sempurna.


pagi semua

CREDIT: NURUL HIDAYAH MOHD ZIHAT
(Tersentak tapi bermakna😭)

● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.

● Bila sudah besar. Bilik masing-masing.

● Bila sudah nikah. Rumah masing-masing.

● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.

● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku,
Wahai Anak Menantuku,
Wahai Saudara-maraku,
Wahai Sahabat-Sahabatku.

● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.

● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.

● Ingatlah.. di sana tiada abang, kakak, adik.

● Hanya kau dan amalmu.

● Bersedia selalu.. bersiap selalu.

● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.

● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.

● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana. Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar.

● Buat baik dengan orang tidak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan membalas kebaikan yang kita buat.

● Hormat orang tidak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala melihat itu perbuatan yang mulia.

● Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA.

● Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik di sisi ALLAH pemilik semua yang baik.

Wallahu A'lam.

Kredit kepada penulis 🖋️
Astagfirullah hal'azim..Baru saya faham 😔

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

-Unknown writer-
Pagi sabtu ni, subuh hari NY lihat wajah polos dua anak dara yang sedang tidur nyenyak.
.
Si kakak pagi-pagi begini kalau sekolah, dah ada drama dia nak pergi sekolah. Huru hara selalu pagi mamanya. Akan cari pasal kalau dia tidur lambat. Maka susahlah pagi tu. Gema Tangisan dan sebagainya. 😂
.
Si adik pulak, dah makin besar dah banyak akal. Usia 2 tahun 10 bulan. Masih menyusu badan. Karenahnya sungguhlah mama tak faham dia mewarisi siapa. 😅. Risau mama kalau dia jadi bos orang, tak sanggup orang nak kerja dengan dia.
.
Pasalnya, dia punya skema, perfectionist, susun selipar toilet pun kena ukur guna pembaris nak bagi betul kome oi. Mama skema juga tapi tidaklah seteruk dia. 😅. Kalau turun tangga, kita dukung, dia nak kena uturn semula biar dia buat semula dari awal. Jangan sape-sape berani dukung dia. Kalau tak dia melalak tak hingat akhirat dah. Dan kebanyakan benda begitu. Baju jenuh pilih semua nak kaler pink 😪. Sampaikan cawan minum dikedai makan pun, dia nak kaler pink. Kalau dapat kaler lain. Jenuh mama sabar pujuk dan terpaksa tukar dengan kedai cawan mesti kena pink. Aduhai.
.
Terlalu banyak drama dan kisah anak dua ketul ni setiap hari mama nak bawakkan tapi tak tertulis jadi simpanan memori sahajalah.
.
Suasana tenang sikit pagi ni, bolehlah menulis dengan sedikit tenang.
.
Benar sahabat, hidup paling susah adalah fasa perkahwinan yang mana bila kita dikurniakan anak-anak dan pasangan yang sukar kita fahami. Ujian paling besar disini.
.
Ada isteri dikurniakan suami yang kurang soleh, kurang ilmu agama, kurang faham hukum. Itu ujian. Ada suami dikurniakan isteri yang kurang ilmu, kurang agama, kurang pandai. Banyak benda tak tahu. Ada pasangan dikurniakan anak yang aktif, anak yang pendiam, anak yang hyperaktif dan sebagainya.
.
Selalu lupa, selalu bergaduh, selalu salah faham, selalu sibuk, isu kewangan, kesihatan, pendidikan dan banyakkk lagi yang nak diurus dan difikirkan setiap hari.
.
Karenah suami lain, karenah isteri lain, dan karenah anak-anak lain.
.
Allah kurniakan isteri ilmu yang lebih untuk bantu didik suami, yang ni sangat mencabar. Allah kurniakan suami ilmu kefahaman agama untuk didik anak isteri yang kurang agama pun juga mencabar. Belum lagi masuk isu komunikasi, orang cakap lain, dia faham lain. Orang fikir lain, dia rasa lain. Ya tuhann... berbeza sungguh walau rambut sama hitam.
.
Jadi, kita ni... bila melihat rumahtangga orang, pasangan orang, janganlah ditanya, kenapa suami dia macam tu? Kenapa lah tak tegur, kenapa anak dia macam tu? Kenapalah tak tegur, kenapa mama dia macam tu? Kenapalah tak ajar... hmmm... mungkin mereka dah tegur, nasihat dan ajar atau mungkin mereka diam, bersabar dan berdoa sahaja kepada Allah menghadapi makhluk aneh dalam hidup mereka itu. Kita sahaja tidak tahu sebab tak duduk di kasut mereka.
.
Sekiranya pasangan yang kita nampak bahagia, sebenarnya belum tentu mereka bahagia. Pasangan yang kita nampak tak bahagia, sebenarnya, mungkin mereka bahagia. Cuma kita tak nampak dan tak tahu. Sebab... apa yang kita nampak selalunya tak sama dengan apa yang kita tak nampak.
.
Ada pasangan, Allah kurniakan keduanya hebat ilmu dan kefahaman, saling toleransi, saling bekerjasama. Lebih mudah sikitlah menguruskan rumah tangga kerana ada sikap saling membantu. Tapi mereka diuji di sisi lain pula.
.
Ujian takkan berhenti untuk semua yang masih hidup dan beriman kepada Allah.
.
Cuma... bagaimana kita nak belajar menghadapinya dengan tenang, dengan sabar, dengan ikhlas dan dengan penuh kesyukuran terhadap apa nikmat yang kita miliki.
.
Semuanya perlukan kepada ILMU.
.
Ilmu Komunikasi
Ilmu Parenting
Ilmu pengurusan
Ilmu Agama
Ilmu Psikologi
Ilmu Rumahtangga
Ilmu kepimpinan
Ilmu kemahiran
Emosi...
Dan... banyak lagi.
.
Boleh pitam pengsan dan giler atau rosak tanpa ilmu ni semua. 😅
.
Jadi baik lelaki, perempuan, anak-anak semua kena upgrade ILMU untuk lancarkan hidup sementara didunia ni. Sebelah pihak sahaja tak menjadi. Sebab tu kena ada balance dan tolerate.
.
Nak dapat semua ilmu ni, bukan terus dapat. Bukan sekadar belajar teori dekat universiti. Kena lalui praktikalnya, Ada masa dan prosesnya. Sebab kefahaman tu Allah yang bagi.
.
Adakala letih nak tumbang, nak pengsan, nak pitam, nak sakit semuanyalah...
.
Maka ubatnya... BERSABARLAH. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar dan nak mendekatkan diri kepadaNYA.
.
Kita semua ni sama sahaja. Takda siapa pun yang lebih baik dari siapa-siapa. Yang membezakan kita disisi Allah, ILMU, AMAL, IKHLAS.
.
Sebab itu, ILMU itu cahaya kehidupan. Takda ilmu maka gelaplah hidup.
.
Nora Yusof
Diari anak-anak dan Kehidupan.
Kehidupan Nabi s.a.w. amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin umat manusia lain yang ada di atas dunia ini, mereka hidup dalam keadaan mewah dan dipenuhi dengan harta kekayaan, mereka tinggal di dalam istana dan membina mahligai yang indah-indah. Akan tetapi kehidupan baginda s.a.w. dipenuhi dengan program amal ibadat dan hubungan yang erat dengan Allah. Setiap detik kehidupan baginda s.a.w. sentiasa dikaitkan dengan Allah dan baginda s.a.w. pula tidak pernah lalai ingatannya kepada Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman:

لاَ تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْهُمْ وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “ Dan jangan kamu memanjangkan pandangan mu kepada kesenangan yang Kami berikan kepada beberapa golongan di kalangan mereka dan janganlah kamu merasa sedih terhadap mereka “ ( Al Hijr: 88).

Rasulullah s.a.w. memilih kehidupan zuhud dalam kehidupannya semata-mata untuk menyatakan pengabdian dirinya kepada Allah, baginda s.a.w. memilih jalan untuk sibuk melakukan amal ibadat kepada Allah dan tidak sibuk mengumpul harta kekayaan. Baginda s.a.w. memilih jalan zuhud sebagai dasar kehidupannya adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada umatnya bahawa seseorang pemimpin tidak semestinya kaya-raya untuk memimpin umat manusia, bahkan apa yang penting di sana ialah ilmu pengetahuan yang diikat dengan usaha dan pengorbanan, di samping hubungan yang tulus ikhlas dengan Allah. Kehidupan zuhud baginda s.a.w. telah digambarkan di dalam sepotong hadith, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a.

دَخَلْتُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ قَامَ عَلَى حَصِيْرٍ، وَقَدْ أَثَّرَ فِىْ جَنْبِهِ الشَّرِيْفِ، فَقُلْتُ: يَارَسُوْلَ الله! لَوِ اتَّخَذْنَا لَكَ وِطَاءً نَجْعَلُهُ بَيْنَكَ وَبَيْنَ اْلحَصِيْرِ يَقِيْكَ مِنْهُ! فَقَالَ: مَالِى وَلِـلدُّنْيَا مَا أَنَا وَالدُّنْيَا إِلاَّ كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا

Maksudnya: “ Saya telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan ketika itu baginda sedang berbaring di atas sebidang tikar (yang diperbuat dari daun kurma) yang memberi kesan pada bahagian belakang baginda yang mulia itu, maka akupun berkata: Wahai Rasulullah! Apa kata sekiranya kita buatkan suatu bantal yang diletakkan antara kamu dan tikar itu, supaya tidak lagi memberi kesan belakang mu! Maka baginda bersabda: Apalah aku dan dunia ini! Tidaklah aku dan dunia ini melainkan seperti seorang pengembara yang berhenti berteduh sejenak di bawah pohon, kemudian itu dia meneruskan perjalanan “

Demikianlah..! Apabila kemuliaan diri benar-benar berada di puncak yang paling tinggi dan menguasai segala impian dan harapan, maka sesungguhnya ikatan pertalian dengan ketuhanan Allah itu pasti akan menggamit. Hubungan cinta dan belaian kasih sayang adalah hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, hubungan tersebut bertujuan untuk membina ikatan tali keimanan dan ketundukkan diri kepada Allah, hubungan yang menagih secebis kerinduan dan seteguk kecintaan. Apabila keimanan itu mula mendakap erat dan mula mendapat tempat di sudut hati sanubari dan jiwa nurani dan apabila terlerai sudah cengkaman hawa nafsu dan kejahilan diri, maka segala-galanya akan dipersembahkan ke hadapan Allah, Tuhan Yang Maha Agung itu, segala-galanya akan diserahkan bulat-bulat kepadaNya.

Hati kecilnya akan mula berkata: Bahawa sebenarnya segala harta benda dan kemewahan hidup ada pinjaman buat sementara waktu sahaja dan kehidupan itu pula merupakan perjalanan untuk menunggu hari esok sementara menunggu hari perpisahan di antara roh dan jasad....!

Manakala di dalam sepotong hadith yang lain, Anas bin Malik r.a. telah meriwayatkan:

دَخَلْتُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى سَرِيْرٍ مُضْطَجِعٍ مُزَمِّلٍ بِشَرِيْطٍ وَتَحْتَ رَأْسِهِ وَسَادَةِ مِنْ أَدَمٍ حَشُوْهَا لِـيْف فَدَخَلَ عَلَيْهِ نَفَرٌ مِنَ الصَّحَابَةِ وَدَخَلَ عُمَرَ، فَانَحَرَفَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْحِرَافَةً، فَلَمْ يَرَى عُمَرَ بَيْنَ جَنْبِهِ وَبَيْنَ الشَّرِيْطِ
ثَوْبًا وَقَدْ أَثَرَ بِجَنْبِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَـكَى عُمَرَ، فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم: مَا يَبْكِيْكَ يَا عُمَرَ؟ قَالَ: وَاللهِ مَا أَبْكِى إِلاَّ لِكَوْنِى أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْرَمُ عَلَى رَبِّكَ مِنْ كَسْرٍ وَقَيْصَر وَيَعِيْشَانِ فِىْ الدُّنْيَّا فِيْمَا يَعِيْشِانِ فِيْهِ وَأَنْتَ يَا رَسُوْلَ اللهِ فِى اْلمَكَانِ الَّذِى أَرَى، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ: أَمَّا تَرْضى أَنْ تَكُوْنَ لَهُمُ الدُنْيِّا وَلَنَا اْلآخِرَة؟ قَالَ: بَلَى، قَالَ: فَإِنَّهُ كَذَلِكَ

Maksudnya: “ Aku berjumpa Rasulullah s.a.w. dan ketika itu baginda berada di atas katil sambil berbaring dan dibawah kepalanya terdapat bantal yang diperbuat daripada sabut, beberapa orang sahabat datang berjumpa baginda dan kemudian datang pula Umar r.a. lalu baginda bangun memberi ruang kepada Umar r.a. untuk duduk. Ketika itu Umar r.a. melihat baginda tanpa alas kain menutup belakang tubuhnya dan jelas kelihatan kesan-kesan pada belakang baginda s.a.w. Melihat keadaan itu, Umar r.a. menangis, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Umar? Dia menjawab: Demi Allah! Tidaklah aku menangis melainkan keadaan ku ini dan aku mengetahui bahawa kamu lebih mulia di sisi Tuhan mu dari Maharaja Kisra dan Kaisar yang hidup dengan penuh kemewahan dunia dan kamu wahai Rasulullah hidup dalam keadaan yang apa aku lihat, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidakkah kamu redha wahai Umar? Mereka memiliki dunia dan kita memiliki akhirat, lalu Umar berkata: Bahkan wahai Rasulullah! Kemudian Rasulullah s.a.w. meneruskan sabdanya: Sesungguhnya kamu demikian juga “ (Riwayat Imam Ahmad).

Mengapa Rasulullah s.a.w. memilih kehidupan seperti ini sebagai jalan mencari keredhaan Allah, mengapa baginda s.a.w. tidak menyimpan harta kekayaan untuk ditinggalkan sebagai pusaka selepas kematian nanti, adakah baginda suka hidup dalam keadaan miskin dan bencikan kekayaan..? Sediainya demikian, mengapa baginda tidak melarang menantunya Uthman bin Affan r.a. daripada memiliki harta kekayaan, mengapa baginda tidak melarang sahabat karibnya Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab dan lain-lain sahabat termasuk Abdul Rahman bin Auf daripada terus memiliki harta kekayaan, mengapa demikian..?

Di sana terdapat beberapa fakta yang perlu difahami oleh setiap muslim dan fakta ini perlu dijadikan pengajaran mengapa Rasulullah s.a.w. memilih jalan zuhud sebagai laluan hidupnya untuk kembali ke pangkuan Allah:

Pertama: Baginda mahu mendidik generasi muslim yang akan datang supaya menghayati nilai-nilai zuhud supaya mereka mengerti dan faham makna tolong-menolong dan bantu-membantu di antara satu sama lain, lebih-lebih lagi mereka yang tidak memiliki apa-apa harta kekayaan. Baginda s.a.w. mahu membentuk generasi yang tumbuh di atas dasar kesedaran diri sendiri dan mempunyai pertalian yang erat dengan ketuhanan Allah, di samping mereka sentiasa mengambil cakna tentang hal ehwal yang berlaku di dalam masyarakat. Apa yang penting di sana, kekayaan yang diperolehi itu bukan untuk disimpan, tetapi untuk dibelanjakan ke jalan Allah dan membantu saudara seagama yang berada di dalam kesusahan.

Firman Allah Ta'ala:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلاَ يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ

Maksudnya: “ Dan bagi orang-orang yang telah menetap di Kota Madinah dan beriman, mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka dan mereka tidak sedikitpun menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (yang berhijrah), sekalipun mereka berada dalam kesusahan “ (Al Hasr: 9).

Kedua: Baginda mahu mendidik generasi muslim agar sanggup hidup dalam keadaan serba sederhana, tidak terlalu mewah, tidak bersifat tamak haloba mengejar kebendaan dan mengumpul kekayaan, tidak pula berlumba-lumba mengumpulkan harta, kerana perbuatan tersebut boleh melalaikan ingatan manusia terhadap Allah, justeru tugas dan tanggungjawab dalam
urusan agama menjadi semakin terhad dan terbatas. Harta yang terlalu banyak sehingga melimpah-ruah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi buta terhadap kewajiban dalam agama, dia tidak lagi dapat melihat dengan baik dan sempurna melainkan penglihatannya itu dihiasi dengan kemewahan dan ratna mutu manikam.

Inilah yang ditakuti oleh baginda s.a.w. dan hal ini bukanlah bererti baginda menolak terus kekayaan dan kemewahan, akan tetapi baginda khuatir dengan memiliki harta kekayaan dan kemewahan hidup akan merosakan hubungan dengan Allah.

Firman Allah Ta'ala:

وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إلاَّ لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “ Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan sia-sia dan permainan belaka, sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan (yang sebenar) sekiranya mereka mengetahui “ (Al 'Ankabut: 64).

Ketiga: Baginda mahu mendidik generasi muslim supaya merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, jangan terlalu ghairah mengumpul kekayaan dan kemewahan sehingga lupa daratan dan melampaui batas-batas dalam agama. Baginda s.a.w. mahu supaya generasi muslim yang akan dibentuk nanti menjadi generasi yang pertengahan dan merasa cukup dengan rezeki yang diperolehinya dan memadailah dengan apa yang dikecapi. Namun demikian, usaha yang gigih dan pengorbanan yang berlipat kali gdia perlu dilakukan dalam kehidupan, di samping keazaman dan tawakkal yang kuat kepada Allah. Apabila Allah mengurniakan rezeki, lantas dia terus bersyukur dan apabila Allah tidak mengurniakan apa-apa baginya, dia tetap bersyukur.

Firman Allah Ta'ala:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Maksudnya: “ Demikianlah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia, manakala Rasul pula menjadi saksi kepada kamu” (Al Baqarah: 143).

Keempat: Baginda mahu mendidik generasi muslim dan memberi kefahaman kepada mereka bahawa perjuangan Islam bukanlah bertujuan untuk mengumpulkan harta dan membina kekayaan, perjuangan Islam bukanlah perjuangan yang mahukan kesenangan hidup buat sementara waktu dan perjuangan Islam juga bukanlah perjuangan yang inginkan kenikmatan buat seketika. Oleh sebab itu, baginda s.a.w. tidak pernah memperdagangan agama semata-mata mengangkat darjat dan kedudukannya di sisi masyarakat, baginda pula tidak pernah mencari kedudukan di dalam masyarakat dengan menggunakan nama Islam atau mengumpulkan harta kekayaan dan kemewahan hidup di atas nama Islam, sebaliknya baginda menjadikan Islam itu sebagai saluran dan sasaran untuk menyeru manusia kembali kepada Allah, baginda meletakkan Islam itu sebagai ad deen dan sebagai suatu cara hidup yang praktikal untuk dihayati. Dengan sebab itu, baginda dapat menarik minat manusia ke arah Islam kerana cara hidup Islam yang universal…!

Mari kita renungkan firman Allah Ta'ala ini:

وَيَا قَوْمِ لاَ أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالاً إِنْ أَجْرِيَ إِلاَ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: “ Wahai kaum ku! Aku tidak pernah meminta dari kamu harta kekayaan kerana ganjaran ku hanyalah kepada Allah “ (Hud: 29).

Sekian, wassalam

Al faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?

Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.

Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri ! (Why???? Sebab majority pure punya perangai takkan ditunjuk pada parents sebab nak jaga hati mak ayah).....

Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.

Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!

Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.

Kita baru kehilangan "Penasihat" terbaik yang telah di cipta untuk kita !

Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.

Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.

Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.

Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!

Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.

Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!

Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.

Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.

Wallahu A'lam...
.
RUKUN QAULI..✍️

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita.

Berbisik, TAK SAH.
Suara angin, TAK SAH.
Baca dalam hati, lagi TAK SAH.
Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah.

Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram,
Al-Fatihah,
Tahiyyat akhir,
Selawat dan Salam pertama.
Ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. Niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori :

1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu :

1. Berdiri bagi yang mampu. (Fi'li)

2. Niat. (Qalbi)

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). (Qauli)

4. Membaca surah Al-Fatihah. (Qauli)

5. Rukuk dengan tama'ninah . (Fi'li)

6. Iktidal dengan tama'ninah. (Fi'li)

7. Sujud dengan tama'ninah. (Fi'li)

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. (Fi'li)

9. Duduk Tasyahhud akhir. (Fi'li)

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. (Qauli)

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli)

12. Mengucapkan salam yang pertama. (Qauli)

13. Tertib. (Qalbi)
Kadang pelik dengar orang kata bosan dok rumah tak buat apa.

Sebenarnya banyak kalau nak buat.

Contohnya, qodho Sholat yang mungkin pernah tertinggal,atau melalaikan mandi wajib,atau kot kot ada sholat yang tak sah sebab seluar dalam ada najis yang kita terlepas pandang,

Atau juga pernah lalu zaman jahil yang sengaja tinggal dan tak mau sholat.
Sebelum berebut dgn hal yang sunnat, setle kan dulu hal yang wajib itu seboleh mungkin, Allah juga nak tengok effort kita.

Baca Al-Quran,Hadist, Zikir, salawat, adalah amalan unlimited tiada istilah dah habis. Melainkan kita yg kepenatan.

Percaya lah semakin kita berusaha menjaga waktu dengan beramal semakin hati tenang,hidup pun akan berubah jadi baik.

Tiada istilah cukup dalam amalan,dan beramal sehingga kita meninggal. Allahu Alam.
Orang tak hargai kita?
Ambil kesempatan ke atas kita?

Jawapan: tinggalkan dia

Kata imam syafie

اذا المرء لا يرعاك الا تكلفا فادعه و لا تكثر عليه تأسفا
Jika seseorang tidak tertarik dengan engkau kecuali terpaksa(ambil kesempatan) maka tinggalkan jangan kasihan keatasnya.