Rezeki Mewah Melimpah-limpah
775 subscribers
341 photos
16 videos
1 file
601 links
Perkongsian tips tentang rezeki buat semua. Jom sama-sama menjadi penjemput rezeki yang bahagia. ๐Ÿ˜
Download Telegram
AYAT REZEKI YANG MAHSYUR
.
.
.
Amalan Asas Rezeki 4 Penjuru Alam adalah mewiridkan
.
.
asma' Ya Latif sebanyak 129 kali
dan Surah As-Syura ayat 19 sebanyak 9 kali.
.
.
Wirid ini dilakukan selepas subuh & maghrib setiap hari.
.
.
Cubalah istiqamah 41 hari berturut-turut.Insyallah akan merasai perubahan dalam urusan rezeki.
.
.
Saya tempek ayat tu Kat bawah ya. Semoga bermanfaat Dan selamat beramal ๐Ÿ˜Š

.
Siti Munirah A.Rashid
#111FormulaTarikRezeki
DZIKIR MAGNET REZEKI

Suka dengan dzikir Magnet Rezeki?

Yang berlafadz:

โ€œLaa ilaaha illallah
Al malikul haqqul mubiin
Muhammadun Rasulullah
Shodiqul waโ€™dil aamiinโ€

Sebenarnya bukan dzikir Magnet Rezeki, teman2 menyebutnya dzikir al-malikul, tapi supaya enak didengar, dan karena dilantunkan oleh Member Magnet Rezeki, izin ya kita sebut itu saja, terbatas di komunitas kita, Magnet Rezeki.

Selain itu fadhilah dzikir ini memang untuk menarik rezeki.

Imam Al Baghdadi dalam kitab hadits Tarikh Baghdad meriwayatkan dari Imam Malik, Perawi Abu Nuaim meriwayatkan dari Sahabat Ali Radhiyallahu โ€˜Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu โ€˜Alaihi Wasallam bersabda,

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูŽู„ููƒู ุงู„ู’ุญูŽู‚ู‘ู ุงู„ู’ู…ูุจููŠู†ู ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ุฃูŽู…ูŽุงู†ู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ููŽู‚ู’ุฑูุŒ ูˆูŽูŠูุคู’ู…ูŽู†ู ู…ูู†ู’ ูˆูŽุญู’ุดูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑูุŒ ูˆูŽุงุณู’ุชูุฌู’ู„ูุจูŽ ุจูู‡ู ุงู„ู’ุบูู†ูŽู‰ุŒ ูˆูŽุงุณู’ุชูู‚ู’ุฑูุนูŽ ุจูู‡ู ุจูŽุงุจู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู

โ€œBarangsiapa membaca โ€˜La ilaha illallah al malikul haqqul mubinโ€™ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.โ€ (HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359)

Mufti Jakarta Habib Utsman bin Yahya menjelaskan,

โ€œLa ilaha illallah. al-malikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash-shadiqul Waโ€˜dil Aminโ€ merupakan kalimat yang tertera di pintu Kaโ€˜bah. Siapa yang membacanya, akan mendapat pahala yang agung di sisi Allahโ€

Di atas disertakan foto pintu kaโ€™bah, pintu raudhoh, dan makam Rasulullah saw. Menandakan betapa agung dzikir ini.

Smg Allah mudahkan lisan kita basah menyebut asma-Nya. Aamiin.

Sahabatmu,
Nasrullah
Orang yang hatinya tenang, dia takkan ada rasa risau, sedih, marah, kecewa dan sebagainya.
.
.
Tenang itu rezeki. Dan menarik rezeki. Formula tenang ni power.
Sebab bila hatinya tenang, bibir akan senyum penuh kesyukuran.
.
Rezeki akan datang pada orang yang bersyukur.
.
Nora Yusof.

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
Kalau jadi kaya harta tu senang. Sudah pastinya ramai orang kaya raya.
.
Kalau jadi kaya tu senang kenapa anda tak kaya-kaya?
.
Jangan kita kata 'dia takpalah senang' macam 'mudah' ja Allah beri rezeki pada dia. Melimpah-limpah. Aku ni lainlah Allah uji aku susah-susah.
.
.
Kita terlupa setiap orang beriman itu diuji. Tiada istilah. 'Aku susah' . 'Dia senang' . Dia tak lalui apa aku lalui. Maaf anda silap. Kesilapan anda adalah anda tak bersyukur sepertimana dia bersyukur ketika diuji.
.
Kita nampak ketika dia senang. Ketika dia susah? Kita pernah tanya tak cara bagaimana dia boleh berada di tahap sekarang? Sebab kenapa kena tanya?
.
Kerana nak jadi kaya dan senang itu hakikatnya susah. ๐Ÿ™‚ Lagi pula jika mereka yang datang dari latar belakang keluarga susah.
.
Perlukan tindakan yang luar biasa dengan ilmu yang betul dan masa yang lama.
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
Million credit to hajar abdullah

Amalan ini saya dapat daripada seorang guru Asmaul Husna ketika tahun 2015. Iaitu bagaimana dapat jimat guna minyak kereta hanya RM50 dalam masa seminggu. Kadang sampai jadi 2 minggu.

Dulu geram sebab isi minyak cepat je habis. 3, 4 hari isi lagi. Masa tu saya student.

Duit keluar untuk minyak memang cengkam leher apatah lagi orang yang pergi kerja. Dah berapa ratus habis sebulan. Merungut, ehm selalu aje.

Bila saya belajar dan jumpa guru Asmaul Husna, saya tanya, bagaimana solusi untuk masalah ini?

Kejap-kejap harga minyak naik. Time tu, buat bisnes pun upside down.

"Jangan merungut. Reda saja dan banyakkan amal. Dapat apa dengan merungut? Do something."

Saya macam eh, macam tu je?

Kemudian, baru sedar itulah bezanya orang biasa yang suka merungut tentang apa yang tak kena dengan hidup dia dan orang beriman yang paksinya hidupnya hanya bergantung dengan Tuhan serta dia buat sesuatu untuk ubah hidup dia.

Peringkat awal, rasa aneh macam mana ia boleh berlaku. Namun ia situasi benar terjadi kat diri sendiri bila dah praktis dan faham.

Lagi pula, sekarang ini saya bagi amalan yang sama kat adik. Proven, Alhamdulillah.

Miracle memang ada. Kerana benda yang paling susah, luar batas akal atau tak logik bagi kita, sangat mudah sangat bagi Allah.

Jadi, ini amalannya iaitu setiap kali isi minyak, isi awal pagi atau malam. Ada pasal fakta sains yang menyatakan mengapa perlu isi minyak waktu sedang nyaman atau sejuk.

Masa isi, baca Ya Muqit (Maha Mencukupkan) sebanyak 40 kali.

Tambah skrip doa, "Ya Allah aku nak pergi kerja naik kereta ni lalu dari ... ke ofis ... Lepas tu, nak jalan-jalan sana sini. Kau kan Maha Kuasa dan Maha Mencukupkan. Malah, lebih dari cukup.

Ya Allah, cukupkan minyak RM50 untuk seminggu pergi dan balik. Alhamdulillah, terima kasih Allah."

Senyum cenggini >>> ๐Ÿ˜„. Skrip doa terpulang kat diri sendiri nak reka macam mana. Bila dikira minyak yang saya pakai jarang sekali lebih dari RM200 sebulan.

Just buat dengan konsisten dan YAKIN.

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
DAHSYATNYA ZIKIR INI DALAM MENJEMPUT PERCEPATAN REZEKI
.
.
Masa Saya dengar audio dari Syeikh Ali Jaber, beliau ada share. Selalu bila orang datang padanya minta pertolongan macam mana nak selesaikan masalah2 dan hajat2 hidup Syeikh Ali share dua benda ni.
.
Alhamdulillah hampir 90% yang amalkan tips nya in datang semula kepada beliau dan ucapkan terima kasih kerana Allah hadirkan jalan keluar untuk mereka.
.
Allah dengar DOA dan permintaan mereka dan kabulkan dalam masa yang singkat
.
APA petua beliau?
.
.
1) Selepas solat isyak solat dua rakaat.

2) Sebelum tidur bayangkan dalam kepala segala APA yang kita hajatkan.

-Misalnya amanah hutang langsai
-Sales merimbun
-Dapat rumah kereta

3) Baca โคต

ุญูŽุณู’ุจูู†ูŽุง ุงู„ู„ู‘ู‡ู ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ูˆูŽูƒููŠู„ู
"Hasbunallah wa ni'mal wakil."

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Baca dengan sepenuh hati biar sampai mengalir air mata.

Syeikh tak bagitahu bilangannya boleh baca sebanyak mana pun.
.
Ada saya pernah terbaca,

Barang siapa membaca kalimat di atas 450x di waktu siang dan 450x di waktu malam, Insya Allah dia akan mendapatkan 6 hal :

โœ… Allah akan mencukupinya
โœ… Allah menjadi wakil (Yang diserahi) segala urusannya
โœ… Allah melindungi dari kejahatan makhluk-NYA
โœ… Allah akan menguatkan pertolongan untuknya
โœ… Allah akan menjadikan rasa mahabbah/suka kepadanya pada hati semua makhluk
โœ… Allah akan membuatnya kaya dengan anugerah-NYA
.
.
Syeikh Abu Hasan as Syadzili ra berkata:

Barang siapa istiqomah membaca:

HASBUNALLOOHU WA NIโ€™MAL WAKIIL (sebanyak kandungan bilangan hurufnya atau 450x) setiap saat atau sesering seringnya (semakin sering semakin baik) secara istiqomah, maka ia akan memperoleh keberuntungan bersama orang orang yang beruntung.

Siapakah orang orang yg beruntung itu? Mereka itulah orang orang yang tidak merasa khuatir atau takut dan tidak merasa susah.

Ini adalah maqam para wali Allah.
.
.

Siti Munirah A.Rashid
Squad Elit FTR
.
๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบ Bit.ly/tipsrezekimelimpahruah
.
Semoga membantu urusan sahabat2 semua. Tolong saya SHARE semoga lebih ramai dan mereka yang sedang memerlukan dapat manfaat. ๐Ÿ˜Š
Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...

-Rasulullah s.a.w. bersabda: โ€œSesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.โ€ Pada riwayat yang lain, โ€œyang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.โ€ Dan kemudian baginda membaca: โ€œInnaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).โ€ (Riwayat Bukhari)

p/s:Untuk Diri Ini Amal..InsyaAllah

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
Orang umah besar, kita nak umah besar.
.
Orang ramai follower, kita nak ramai follower
.
Orang ada kereta mahal, kita nak kereta mahal.
.
Orang jadi kaya raya dan berjaya, kita nak kaya berjaya.
.
Orang pergi holiday, pergi umrah kita nak pergi jugak.
.
.
Pastu kalau ada unsur dengki kita kata kat orang riaklah, menunjuklah.
.
Kita nak, kita usahalah sampai dapat apa kita nak. Takkan nak harap orang bagi rumah sebijik, kereta sebijik?
.
Soalnya, kita buat tak apa orang berjaya buat?
.
.
Mereka buat apa?
.
Mereka berkorban masa tenaga duit untuk menambahbaik kehidupan.
.
Mereka upgrade ilmu, amal dan tindakan.
.
.
Kita? Hari-hari rutin sama tak berkembang, tak bertambah, tak terbuat.
.
Hanya tunggu dan follow orang tanpa hala tuju. Semangat dan hangat nasik perangat ja.
.
Orang berjaya bukan dia berjaya tiba-tiba.
.
Ada benda yang dia buat? Bangun pukul 4 pagi tahajud ke. Kita ada buat dak? Kalau tak, mimpilah sampai subuh nak berjaya.
.
Ubah perangai
Ubah hidup
Ubah usaha
Ubah lebih baik.
.
Macam naik tanggalah. Nak sampai ke atas mestilah kita mendaki.
.
Tangga bermaksud kena tambah. Kalau tak tambah naik anak tangga macam mana nak sampai puncak. Tangga tu ibarat usaha. Faham dak. Kalau naik tangga tambah satu. Usaha pun kena bertambah satu dari kedudukan sekarang. Bukan sama je hari-hari. Kalau kita duk di tangga yang sama bila nak sampainya puncak. Duk jelah situ. ๐Ÿ™„
.
Jelas dak saya explain apa?
.
Wahai Bani Melayu. Dah! mulai hari ni jom. Nak masuk tahun baru tak berapa hari lagi dah ni.
.
Jom 500,000 sebulan mintak Allah. Aamiin Ya Mujib.
.
Kenapa mintak banyak sangat? Sebab nak beli rumah, nak beli kereta, nak sedekah nak zakat nak macam-macam. Kalau miskin, sibuk bising harga barang naik je. ๐Ÿ˜‘ persoal itu ini. Boleh bawak kekufuran pulak.
.
Kalau orang tak pm kita, kita pmlah orang orang. Kalau orang tak masuk kedai kita, kita pergilah keluar dari kedai cari kastemer.
.
.
Jangan hanya menunggu di kerusi empuk jadi tauke buta. ๐Ÿ˜’
.
Do something. Do everything. Asalkan
.
Target tercapai.
Kerja siap.
.
.
Nora Yusof
Penulis FTR

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
Rasa sedih,
Takda mud,
Serabut dan stress,

.
.
Ambik pen dan kertas.
.
Tulis apa nak.
.
1) Ya Allah saya nak cantik dan sihat awek muda, kulit licin sweet 17 gitu supaya saya rasa yakin dan suami saya senang hati.
.
2) Ya Allah berikan saya rumah yang selesa, dipenuhi dengan segala kelengkapan, permandangan yang mendamaikan dan bersih.
.
3) apa lagi?
.
Tulis lah apa awak nak. Dan buang segala masalah tu. Usah fikir lagi. Just tulis yang indah-indah yang kita nak dan serahkan pada Allah. Ada jerawat batu ke tak ke. Tak payah fikir dah. Janji tulis je impian awak nak. Teknik tulis ni sangat berkesan sebagai krim merawat masalah jerawat tu. Percuma ja. Antara rajin dan malas ja.
.
Buatlah hari-hari.
.
Masa ambik wuduk doa. Selawat 3 kali. Amalkan. Ya Allah kau perelokkanlah akhlakku sepertimana kau perelokkan wajahku. Jadikan kulit mukaku berseri, bercahaya dan senang suami ku melihatnya.
.
.
Muka kita nak tayang kat sape lagi kalau bukan suami? Huhu.
.
Moralnya. Apa sahaja awak nak. Tulislah walaupun ianya nampak mustahil. Sebab bila dah tulis, semuanya jadi tak mustahil dah. Inshaa Allah. (Dengan izin Allah)
.
Ni untuk mereka yang banyak putus asa cuba macam-macam produk habis ribuan ringgit. Tips saya ni percuma ja. Tak ambik masa yang lama pun.
.
.
Jom amalkan mulai sekarang. Kalau pembersih muka hari-hari pakai, takkan doa setiap kali amik wuduk tak boleh istiqomah.
.
.
Doakan saya sekali na. ๐Ÿ˜…

Nora Yusof.
#Penulis_FTR

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
Assalamualaikum โ˜บ

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, ingatlah kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab jatuh miskin!

MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..โค

Setiap kejayaan memerlukan kesabaran.

-Copy&paste-

Nota kaki : Yes. Kisah ni la yang saya sentiasa pegang dan ingat. Kalau hari ni tak ada sales, jangan give up! Jangan sedih. Doa byk2. InsyaAllah esok lusa Allah akan beri ganjaran dan sales yg berlipat kali ganda. Ingat. Allah yg memberi rezeki. Mohonlah pada Dia. InsyaAllah. Amin. โค

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
MALAM INI MALAM MUSTAJAB DOA, MALAM NISFU SYA'BAN 1440H
.
.
"5 Malam yang dimustajabkan doa ialah malam jumaat, malam 2 hari raya (aidilfitri & aidiladha), malam awal Rejab dan Malam NISFU SYA'BAN "
(Imam Syafie Rahimahullah)

.
Bilakan Nisfu Sya'ban?
โœจ Nisfu Sya'ban merupakan malam pertengahan bulan Sya'ban. Atau dengan lebih mudah. Masuk sahaja maghrib nanti, bermulalah Malam Nisfu Sya'ban.

.
Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang istimewa dalam Islam kerana malam tersebut penuh barakah dan malam ampunan dari Allah s.w.t.

Maka, jangan lepaskan peluang ini untuk memanfaatkannya ya ๐Ÿ˜˜

Kredit Channel: Rahsia Memanggil Rezeki
Rezeki susah nak masuk sebab hati tu busuk. Kalau banyak masuk pun inshaAllah banyak keluar. Bocor sana sinu.
.
Tak puas hati dengan orang,
Berdendam dengan orang,
Mengumpat orang,
Memfitnah orang,
Mendoakan yang buruk-buruk terhadap orang.
.
Lagi-lagi terhadap orang yang dah bantu ubah hidup dia dari takda apa.
.
Dasar lupa diri. Siap pakej putuskan silaturahim. Lagi-lagi dengan guru sendiri.
.
Bawak-bawak bertaubat.
Bersihkan hati. Kayakan jiwa.
Pasti kaya segalanya.
.
.
Saya suka ingatkan orang yang suka diingatkan.
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR
#BacaBacaSENTAP

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
AMALAN MENJEMPUT REZEKI

1 โ€“ Jika pernah kehilangan, redhakan hati dengan sebenar-benar redha.

2 โ€“ Yakin akan ada ganti lebih baik.

3 โ€“ Solat Hajat yang berterusan. Paling kurang seminggu.

4 โ€“ Sebutkan doa dengan spesifik.

5 โ€“ Buat kebaikan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim dan orang miskin.

6 โ€“ Jika nak kaya, doakan orang lain dikayakan. Jika nak dapat keputusan cemerlang, doakan anak jiran mendapat keputusan cemerlang.

7 โ€“ Lupakan rezeki yang bukan ditakdirkan untuk kita.

8 โ€“ Amalkan zikir โ€œya Wahhab โ€“ Maha Pemberiโ€ setiap kali selepas solat.

9 โ€“ Solat Sunat Dhuha.

Jika mahu Allah makbulkan hajat kita, sempurnakan tugas hakiki kita sebagai hamba-Nya.

Allah lihat kesungguhan kita. Bukan kesungguhan dalam berusaha sahaja tetapi kesungguhan berdoa.

Kesungguhan meredhai sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk kita.

Kesungguhan dalam mengikhlaskan hati.

Jika semua dah disusuli dengan kesungguhan, Allah pasti memberi. Yakin.

Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.

-CnP dr grup THDR-

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
ZIKIR INI MENJADI KITA TENANG DAN SELESA

Zikir banyak kelebihannya dalam islam.

Sesiapa yang amal secara berterusan dengan ikhlas dan jujur terhadap ALLAH SWT akan merasa nikmat dan keindahan serta akan ada kesan yang kita sedari atau tidak dalam kehidupan kita ini.

Banyak hadis yang memberitahu kelebihan berzikir contoh Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah โ€œLaailaha illallahโ€ sampai kepada Allah.

Disini tip hendak tenang dalam hidup seharian maka amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari akan rasa selesa dalam hidup serta akan rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini :

1. Astaghfirullahal azim - 100ร—

2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x

3. Lailahailallah - 100x

4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x

5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x

6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x

7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x

*SEMOGA KITA SAMA2 BERJAYA HIDUP DIDUNIA DAN AKHIRAT NANTI*

Kredit islamitu_indah

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
Rezeki lain yang diminta, rezeki lain yang Allah beri.
.
Allah lebih tahu apa terbaik untuk hambanya.
.
Terima ajelah dengan gumbira.
.
Orang berjaya ialah orang yang sentiasa bersangka baik pada Allah SWT.
.
Sebab orang yang gagal mereka adalah yang selalu bersangka buruk pada Tuhannya.
.
Berjaya itu subjektif. Terpulang pada tafsiran masing-masing. ๐Ÿค—
.
Nora Yusof.
#Penulis_FTR
#AdvancedFormula
#BacaBacaSENTAP

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
Rahsia kaya ialah....
.
.
.
.
.
Apabila kita meminta dengan Yang MAHA KAYA.
.
Itulah kekayaan.
.
Siapa yang rasa hidup dia sempit sekarang, rasa susah, hutang banyak. Perbaiki hubungan dengan yang MAHA KAYA sekarang.
.
Mula-mula sekali mesti dapatkan ILMU yang betul tentang.
.
1) Perbaiki solat
2) Jauhi Maksiat
3) Berjemaah
4) berselawat
5) membaca Al-quran
6) Bersedekah
7) Istighfar
๐Ÿ˜Ž Bersyukur.
.
Rahsia yang bukan rahsia pun sebenarnya. Tapi ramai ada ilmu tapi tak buat. Itulah Ilmu yang tak bermanfaat. Tahu tapi tak buat. Sekadar tahu saje. Buatnya malas.
.
Ilham kekayaan harta benda datangnya dari Allah sama ada dalam bentuk perniagaan laris dan maju ka. Pelaburan berjaya ke, dapat durian runtuh ka. Banyak cara Allah nak beri kaya. Allah beri Ilham untuk kita asbab jadi kaya bila kita jaga hubungan dengan DIA. Allah beri IlMU pun satu bentuk kekayaan juga. Tinggal kita nak amal atau tidak.
.
Dah tahu rahsia kaya? Tunggu apa lagi? Buatlah sekarang. Buat dengan istiqamah. Bukannya susah pun.
.
Bukannnya nak mudah, pergi cari orang kaya minta duit dengan diorang. Lepas tu bila diorang tak beri apa kita minta, kita caci maki diorang, kata diorang kedekutlah, sombonglah, tak membantulah, cakap tak serupa bikinlah. Kata orang kaya tak berimanlah.
.
Kenapa kita salahkan orang bila mereka tak memberi apa kita minta?
.
Kenapa kita tak salahkan diri kita yang meminta-minta dengan Makhluk?
.
.
Allah kan ada.
.
.
Tak yakin dengan Allah sebab tu minta dengan Makhluk. Heee.
.

Nora Yusof.
#Penulis_FTR

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
KONSEP REZEKI

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum"

- โ€œWaalaikum salam"

+ โ€œBagaimana jualan akhbar tuan?"

- โ€œAlhamdulillah, dah terjual satu.โ€

+ โ€œWah susah juga ya kalau hujan begini"

- โ€œInsya Allah adalah rezeki nya.โ€

+ โ€œKalau hujan sampai petang macam mana?โ€

- โ€œItu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.โ€

+ โ€œDoa?โ€

- โ€œBukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.โ€

+ โ€œLantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?โ€

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

- โ€œBererti rezeki saya berpuasa"

+ โ€œKenapa tuan boleh berfikir seperti itu?โ€

- โ€œAllah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya.

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung...
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wa ng? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri.

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT.

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Wallahu a'lam...

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah
AMALAN AGAR DUIT TIDAK PUTUS...
****************

1) Jaga solat 5 waktu
2) Rajin Tahajjud & Dhuha
3) Jaga Hubungan dgn parent, pasangan, anak2 dan saudara mara serta masyarakat
4) Sedekah setiap hari
5) Mengaji Al Quran,membaca surah Al Waqiah setiap malam
6) Zikir tahmid istigfar 300x pagi dan petang
7) Selawat minimum 100x sehari
8) Solat Taubat setiap hari
9) Mengamalkan ayat 1000 Dinar setiap lepas Solat. Semasa keluar mencari rezeki
10) Zikir Ya Razzaq, Ya Fattah dan Ya Wahab 11x setiap selepas solat

lakukan dengan istiqomah

Jaga solat 5 waktu. Jaga ye bukan sekadar buat aje.
Jaga amalan2 sunat, solat2 sunat and zikir harian

InshaAllah selagimana hubungan kita dgn Allah swt x putus, selagi itulah rezeki takkan terputus...

via Mudahnya Menjemput Rezeki

๐ŸŒนT.me/tipsmewahrezeki
๐ŸŒบBit.ly/tipsrezekimelimpahruah