Tinta Bahasa
3K subscribers
605 photos
25 videos
4 files
238 links
‎حيَّاكُم الله وَبَيَّاكُم

📌 Perkongsian Bahasa Arab & Lahjah Hijaziyyah (Dialek Arab Saudi)
📌 Program Bahasa Arab anjuran Madini Events
📌 Jualan Buku Bahasa Arab terpilih
📌 Private Class / Speaking Coaching

madiniservices.com
Download Telegram
Fusha : انْتَظِر قَلِيلاً
'Ammiyyah : اسْتَنَّ شُوَيَّ

Maksudnya: Tunggu sebentar / sekejap !

Terjemahan santai orang malaysia sebut "tunggu sat". Ada pelbagai uslub lagi yang disebut oleh orang arab sebagai contoh لحظة iaitu sebentar, atau دقيقة wait a minute atau ثواني wait a second. Sat-sat dalam slang orang melayu.

- Tinta Bahasa
Nak mahir bercakap Arab mengikut keutamaan

1. Struktur binaan ayat yang betul
2. Sebutan @ makhraj yang tepat
3. Uslub yang natural dan tepat
4. Bunyi suara Arab @ bonus ada lahjah/accent

Jangan mula dengan no.4 tapi struktur salah, bunyi macam Arab, tapi orang Arab dengar depa kata, “dia nak cakap apa ni?” 😅

- Tinta Bahasa
ITU dalam ‘ammiyyah Arab Saudi

هداك
Hadaak (L)

هديك
Hadiik (P)

Contoh ayat :

هداك أبويا
Itu ayah aku

هديك أمي
Itu mak aku

Boleh juga untuk guna selain manusia:

شفته هداك اليوم بالمدرسة
Aku jumpa dia hari tu kat sekolah

Jangan tertukar dengan kaedah fus-ha Kerana هداك bermaksud memberi hidayah kepada awak dalam bentuk fe’el madhi.

هداك الله
Semoga Allah memberi mu hidayah.

- Tinta Bahasa
Cawan dalam ‘ammiyyah Saudi juga boleh sebut :

كباية
Kubbaayah

Atau yang lebih makruf كوب kob.

Yang fasih ialah كأْسٌ.

كباية شاي
Cawan teh

كباية موية
Cawan air

- Tinta Bahasa
MUFRADAT | VOCABULARIES

يُرْجَى
Kindly/Please/Dimohon

رُكَّابُ
Passengers/Penumpang (Jamak)

طَائِرة
Flight/Kapal terbang

رِحلَة
Trip/Journey/Perjalanan

مُتَوَجِّهَة
Heading/Menuju

مِنْ خِلَال
Through/Via/Melalui

بَوَّابة
Gate/Portal/Pintu

رَقْمٌ
Number/Nombor

https://youtu.be/Xp-qNQSFvPI
- Tinta Bahasa
Macamana nak kata | 7 Jun 2021

Passion dalam bahasa Arab kita boleh kata, شَغْفٌ / Arab biasa sebut syaghaf.

Contoh ayat:

عندي شغف
I have a passion

أنا شَغُوف
I'm passionate

- Tinta Bahasa
#tintabahasa
🔰 ENGLISH GRAMMAR WORKSHOP FOR NON-NATIVE SPEAKERS

Basic English Grammar
Idiom
British and American English

Speaker: Madam Aslinda Sofea AbdRahman (Editor & English Educator)
Date: 10 June 2021
Time: 8.00 PM - 10.00 PM
Medium: Zoom
Fee: RM65

Registration:
Tel: 0108399514
http://www.wasap.my/60108399514/registerworkshop
Live stream started
Live stream finished (2 minutes)
MAKLUMAT SOROF - QUTRUB.

Menarik! Jika ada tidak tahu apa tasrif dan wazan bagi sesuatu kata kerja anda boleh terus ke website ini dan terus mendapat jawatan tepat dan lengkap. Share pada rakan-rakan anda. Ia sangat membantu dan bermanfaat. In sha Allah.

https://qutrub.arabeyes.org/

- Tinta Bahasa
🔰 WORKSHOP ASAS BINAAN AYAT BAHASA ARAB

Sesuai untuk mereka yang:

Dah lama belajar bahasa Arab tetapi ayat ringkas pun selalu salah
Keliru nak guna feel mudhari’ atau feel madhi?
Nak polish ayat yang dah pandai buat kepada bentuk ayat lain
Berminat nak mahir bercakap tetapi masih lemah nak bina ayat dalam kepala sebelum bercakap
Nak dapat ayat-ayat yang digunakan oleh orang Arab, nak sounds natural.

Jom polish dan jom daftar‼️

Pengajar: Dr. Mohd Ikhwan Abdullah (Pensyarah Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, UIAM)

Tarikh: 3 Julai 2021
Waktu: 10 Pagi - 12 Tengah hari
Medium: Online Zoom (Rakaman tertutup disediakan)

Yuran : RM60 sahaja.
🔖 Nota Pdf disediakan.

DAFTAR
Tel: 0108399514
http://www.wasap.my/60108399514/daftarbinaanayat
Perkataan yang saya agak gemar guna dalam bahasa Jepun ialah あのう (ano)

Fungsinya banyak. Antaranya sebagai filler word untuk pause sekejap sebelum dapat idea untuk sambung bercakap. Dalam bahasa inggeris antaranya hmm, so yeah, uh..hh, well…

Dalam bahasa Arab pula, filler word yang boleh kita gunakan ialah يعني tetapi jika anda guna ya’ni dalam keadaan tidak banyak vocab dan ayat, anda akan kelihatan tidak fasih.

Contoh penggunaan dalam ayat bahasa Jepun.

あのう…どうかな…
Anou... dou kana…
Well… I’m not sure…

Tetapi cara menyebutnya kena panjangkan sikit. Anou~ (Nak dengar cara saya sebut, tengok video ucapan raya saya dalam bahasa Jepun baru ni 😅)

- Tinta Bahasa