The Qowiy Writer—♥️💬
8.44K subscribers
88 photos
16 videos
88 links
Sepahit apapun sesuatu peristiwa pasti ada hikmahnya.

ϵst; 22 jαͷῠαrϒ 2019
Download Telegram
Segala-galanya jadi konten hari ini.

Sampaikan ibadah yang menjadi detik paling peribadi dengan Tuhan, juga jadi konten untuk meraih validasi manusia.

Jika begini apa lagi yang tinggal pada diri kita?

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Mahalnya HIDAYAH Allah kerana dengannya kita masih mampu untuk melakukan ketaatan kepadaNya..

Dengan HIDAYAH Allah orang sakit mampu ke masjid untuk jemaah, sedangkan yang sihat pun tak mampu..

Dengan HIDAYAH Allah orang miskin mampu bersedekah, sedangkan yang kaya tak semua yang mampu buat...

Dengan HIDAYAH juga kita diizinkan Allah untuk buat Ibadah..

Jadi pintalah agar Allah sentiasa kurniakan HIDAYAH kepada kita..

Muhasabah diri

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jika sedar jiwa derita dengan dosa, janganlah ditambah dengan bersangka buruk akan hikmahNya.
Muhasabah, ubah, dan istiqamah

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
3 hari lagi.

Datanglah wahai Ramadan.

Sesungguhnya hati ini sedang sakit.

Semoga Allah sampaikan kita kepada bulan Ramadan.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jangan lupa doa ini sepanjang Ramadan :

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

Allahumma bariklana fi shahri Ramadan wa ballighna lailatul qadr

"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr.."

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Moga Ramadan kalini kita semua :

- Solat fardu tak tinggal
- Berpuasa penuh
- Rajin baca Al-Quran
- Jaga bercakapan & tingkah laku
- Jadi lebih baik dari sebelumnya

InsyaAllah, Aamiin.. ♥️🤲

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Salah satu nasihat paling berguna, bila kita marah, belajar untuk diam. Keluar, tenangkan diri.

Sebab bila kita marah, kita akan cakap hal-hal yang melukakan secara tidak sengaja.

Tak kira marah dengan siapa pun, pasangan, adik beradik, dan kawan-kawan.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Doa menutup aib :

اللّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي

(Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku)

Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. InsyaAllah.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Rugi di bulan Ramadan ni tak buat Solat Taubat banyak². Allah SWT buka pintu taubat & keampunan seluas²nya.

Taubat itu sebenarnya mudah ;
Rakaat pertama : Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Ikhlas

Habis solat, istighfar sebanyak²nya sampai hati kita lembik. Jom semua ambil peluang!

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jangan sampai kemarahanmu kepada seseorang membuatmu melupakan kebaikannya.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jangan kerana 1 manusia yang menghampakan kita, membuat kita berputus asa dengan Tuhan. 😊👌

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Doa menutup aib :

اللّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي

(Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku)

Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. InsyaAllah.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Andai saja kita sedar, yang mengetahui dosa dan keaiban orang lain itu sebenarnya adalah satu musibah pada diri kita.

Kerana hidup kita telah dibebani dan diuji sama ada untuk menyimpannya di dalam dada atau menjajanya kepada orang lain.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jangan pernah tinggal amalan ini.
Sunnah Nabi Muhammad SAW ialah berbuka dengan kurma dan air, Ia menyediakan tenaga dan mengembalikan paras gula dalam darah.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Ingat , 10 benda ni tak boleh dibeli walaupun kamu ada duit menggunung:

1. Iman
2. Peribadi
3. Common sense
4. Penghormantan
5. Kesabaran
6. Kepercayaan
7. Cinta
8. Ikatan persahabatan
9. Integriti
10. Kebahagiaan

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Kepada yang sentiasa meninggalkan puasa. Anda diperhatikan ya, Orang yang tinggal puasa adalah orang yang sangat rugi. Sebab apa?
Sebab bulan puasa laa banyak ganjaran pahala yang kita boleh perolehi.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Jom perbanyakkan amalan dibulan puasa ni. Inilah peluang untuk kita kejar cinta akhirat sepenuhnya, kalau tak cukup masa, cuba seboleh-bolehnya habiskan sekurangnya 1 juz 1 hari.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Kita minta 10 perkara daripada Allah, tapi Allah maqbulkan 3 daripada 10. Waktu itu, kita cuma ada 2 pilihan:

1. Bersyukur atas nikmat 3 permintaan kita yang Allah beri. Bertenang dan jalan terus.

2. Timbul rasa tak puas hati, marahkan segala sebab yang menghalang kita dapat semua kehendak kita, dan akhirnya salahkan Allah dan persoal kenapa yang 7 lagi tu tak dapat-dapat.

Kita yang mana? Haa. Tengok diri sendiri kejap.

Moga moga kita selalu menjadi hamba yang bersyukur. Aminn.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Semakin bertambah umur semakin aku pilih untuk ‘senyap’

- Orang tak ajak, kita diam
- Orang tak suka, kita jauhkan diri
- Orang tak hargai kita, kita senyum je
- Orang taknak support, kita buat sendiri sampai jadi
- Orang taknak berkawan, kita cari kawan lain yang sudi

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter
Kita sering memberi alasan untuk membolehkan kita berbuat dosa.

Namun mengapa kita tidak memberi alasan pada diri untuk selalu berbuat baik?

Kan?

•ᥫ᭡• @TheQowiyWriter