☆Tadabbur Kalamullah 13 Safar 1439H☆
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan (memurnikan) ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar" [Surah al-Bayyinah 5]
#Salah satu kaedah untuk mendapatkan keikhlasan yang jitu dan mengelakkan diri daripada sifat riyak ialah dengan menyembunyikan amal soleh yang kita lakukan. Ibadah yang dilakukan di tempat yang jauh dari pandangan manusia, berseorangan, hanya kita dan Allah sahaja, akan menjadikan hati lebih tenang dan tidak sibuk mengharap penilaian manusia.
#Antara kelebihan menyembunyikan amalan yang boleh disembunyikan ialah dapat mendidik dan mengingatkan diri tentang keikhlasan dan tujuan utamanya adalah beramal hanya untuk Allah semata-mata serta dapat mendidik hati daripada sifat-sifat yang dilarang yang dapat merosakkan pahala.
#Tersebut dalam hadis diantara tujuh golongan orang yang akan mendapat naungan dari Allah kelak pada hari kiamat adalah:
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
“Dan seorang yang mengingati Allah sendirian, kemudian air matanya mengalir.” (Muttafaq ‘alaih)
رَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ
“Seorang yang bersedekah dengan sebuah sedekah, kemudian ia menyembunyikannya, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Muttafaq ‘alaih)
#Namun ada ketikanya amalan soleh boleh dinampakkan jika memang ada faedah, misalnya agar memotivasi orang lain untuk beramal atau ingin memberikan pengajaran kepada orang lain. Imam Hasan al-Bashri mengatakan:
“Kaum muslimin sudah mengetahui bahawa amalan yang tersembunyi itu lebih baik. Akan tetapi amalan tersebut kadang boleh dinampakkan jika ada faedah”
#Nabi saw bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِىَّ الْغَنِىَّ الْخَفِىَّ
“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertaqwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka mengasingkan diri (amalannya sering tidak dinampakkan pada orang lain)" (HR Muslim)
#Hayati pesan Imam Ibnu al-Mubarak: “Jadilah orang yang suka mengasingkan diri (menyembunyikan amalan) dan janganlah suka dengan populariti (kemasyhuran)”
♡Ingatlah bahawa adakalanya amal yang dilakukan sekian lama boleh berubah menjadi sia-sia dengan hadir sifat riyak dan takabbur. Ternyata, menyembunyikan amal untuk menjaga KEIKHLASAN lebih utama. Malanglah andai kita hanya beramal semata-mata untuk dipuji makhluk♡
🐊Ust naim
Telegram
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tadabbur Kalamullah
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۚ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ
Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?[Az-Zumar - 6].
Drpd Abdullah r.a., dia berkata, "As-Sadiq al-Masduq, Rasulullah SAW menyampaikan kpd kami, 'Sesungguhnya manusia mulai diciptakan dalam perut ibunya setelah diproses 40 hari. Kemudian dia menjadi segumpal darah pada 40 hari berikutnya. Lalu menjadi segumpal daging pada 40 hari berikutnya. Setelah 40 hari berikutnya Allah SWT mengutuskan seorang malaikat untuk meniupkan roh dan diperintahkan untuk menulis 4 hal; rezekinya, ajalnya, amalnya, dan sengsara atau bahagianya". Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sungguh ada seseorang di antaramu mengerjakan amalan hari syurga, hingga jarak antara dirinya dan syurga hanyalah sehasta, namun suratan takdir ditetapkan hingga dia mengerjakan amalan ahli neraka, akhirnya dia masuk neraka. Ada pula orang yang mengerjakan amalan ahli neraka, hingga jarak antara dia dan neraka hanya sehasta, namun suratan takdir ditetapkan hingga dia mengerjakan amalan ahli syurga, akhirnya dia pun masuk syurga." [HR Bukhari & Muslim]
@NorM99

Ya Allah, ampunilah aku, kesalahanku, kejahilanku, sikap keterlaluanku dalam urusanku, dan terhadap apa sahaja yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah aku, yang aku lakukan dengan sungguh-sungguh, yang aku lakukan dengan main-main, yang aku lakukan dengan tidak sengaja dan aku lakukan dengan sengaja, dan semuanya adalah kesalahanku. Ya Allah, ampunilah aku, sama ada dosa yang telah berlalu dan yang akan datang, dosa yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi dan yang aku lakukan secara terang-terangan, dan terhadap dosa apapun yang Engkau lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah yang Paling Terdahulu dan Engkaulah yang paling terakhir, dan Engkau Maha Kuasa terhadap segala sesuatu. [HR Muslim (2719)].
#munajat
@NorM99
#munajat
@NorM99
Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (Cikgu Rahim)
Tindakan tidak sama ada sebabnya
Setiap orang ada masalah dan berada dalam situasi yang berbeza antara satu sama lain. Jadi hukumnya tidak sama. Wajib bagi kita, mungkin harus bagi dia. Orang berkahwin wajib tahu ilmu berumahtangga, sebaliknya orang bujang tidak wajib.
Dalam beragama ada kaedah fiqh, bukan berbentuk hitam putih; jika tidak buat seperti ini, maka haram. Kita ambil kira maslahat dan mudharat. Ada pula kaedah yg paling utama didahulukan daripada yg utama. Banyak kaedah fiqh yg dirumuskan oleh para ulama’.
Kalau boleh nabi nak runtuhkan Ka’abah yang dibina oleh kaum musyrikin. Tetapi bahaya terhadap dakwah sangat besar. Oleh itu nabi saw biarkan binaan tidak seperti asal.
Channel telegram @BicaraCR
#fiqh

Kata-kata hikmah
الصبر هو الصمت ، والصمت من الصبر ، ولا يكون المتكلم أورع من الصامت ، إلا رجل عالم يتكلم في موضعه ويسكت في موضعه "
sabar adalah diam, diam sebagian dari sabar, orang yg berbicara tdk akan menjadi lebih wara’ daripada orang yg diam kecuali orang yg pintar, dia bicara pada tempatnya dan diam jg pada tempatnya.
bisyr bin haris (w.277 H)
@tazkirah
#tazkirah
@BicaraCR

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. [Az-Zumar: 22].
Orang yang Beriman diberi Keluasan dan Kelapangan Hati
Drpd Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila orang kafir mengerjakan suatu kebaikan, maka kerana kebaikannya itu dia diberi sesuap makanan di dunia, sedangkan orang mukmin itu kebaikan-kebaikannya disimpan oleh Allah SWT di akhirat dan dia diberi rezeki di dunia kerana ketaatannya. [HR Muslim, An-Nawawi, Riyadus Salihin No. 428].

Forwarded from UiTO Channel: Ustaz Emran Ahmad
Adab di hadapan orang tua dan mereka yang lebih senior
Diriwayatkan bahawa;
وسئل ابن المبارك بحضور سفيان بن عيينة عن مسألة
'Seseorang bertanya kepada Imam Abdullah bin Al-Mubarak (wafat 181 H) di hadapan Imam Sufyan bin Uyainah (wafat 198 H) tentang sesuatu masalah.
Maka berkatalah Imam Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah;
إنا نهينا أن نتكلم عند أكابرنا
'Sesungguhnya kita dilarang berbicara (tunjuk pandai) di sisi orang-orang tua kita.'
[Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]
# Imam Abdullah bin al-Mubarak lahir pada tahun 118 hijrah, manakala Imam Sufyan bin Uyainah lahir pada tahun 107 hijrah.
Imam Sufyan bin Uyainah rahimahullah lebih tua 11 tahun daripada Imam Abdullah al-Mubarak dan lebih awal mengaji dan menuntut ilmu serta merupakan guru kepada Abdullah bin al-Mubarak.
Ini ialah adab yang mulia.
@EmranAhmad

Pohon sumbangan untuk menjayakan konvensyen UiTO yg ketiga.
http://uito2017.blogspot.my/2017/11/surat-untuk-pelajar-saya.html?m=1

uito2017.blogspot.co.uk
Surat untuk penderma yang baik
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ❤️ Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah jalla wa 'ala. Insya Allah. Per: Sum...
☆Tadabbur Kalamullah 15 Safar 1439H☆
مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآمَنْتُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا
"Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)" [Surah an-Nisa' 147]
#Allah swt tidak akan mengazab dan menyeksa hamba-hambaNya yang bersyukur dan mentaatiNya. Allah swt berjanji akan membalas mereka dengan nikmat yang berlipat kali ganda banyaknya.
ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ
"Dan Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)" [Surah Aali Imran 144]
#Banyak ayat di dalam al-Quran memerintahkan manusia untuk bersyukur kepadaNya. Maka bersyukur atas nikmat yang dikurniakan adalah satu ibadah dan bentuk ketaatan atas perintahNya. (Rujuk surah Ibrahim ayat 7, az-Zumar 66, an-Nahl 78, al-Baqarah 152 dan 172, Aali Imran 123)
#Bagi mana-mana hamba yang bersyukur akan memperolehi keredhaan daripada Allah. Sesiapa yang engkar, tiada redha Allah untuknya.
إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ ۖ وَلَا يَرْضَىٰ لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ ۖ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ ۗ
"Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu..." [Surah az-Zumar 7]
#Tanda-tanda hamba yang bersyukur:
1. Mengakui dan menyedari bahawa Allah telah memberinya nikmat.
2. Menyebut-nyebut nikmat yang diberikan Allah dengan banyak berzikir.
3. Menunjukkan rasa syukur dalam bentuk ketaatan dan kepatuhan sepenuhnya kepada Allah swt.
♡Ya Allah, kami memohon pertolonganMu agar Engkau menjadikan kami hambamu yang sentiasa berzikir, bersyukur dan beribadah kepadamu dengan sebaiknya. Aamiiin♡

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Az-Zumar: 53]
وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.[Az-Zumar : 54]
Larangan berputus asa dari rahmat Allah
Bukhari meriwayatkan drp Ibu Abbas r.a, " Bahawa orang-orang musyrik dahulu sering membunuh dan sering berzina. Lalu mereka mendatangani Nabi SAW sambil berkata, 'Wahai Muhammad, apa yang engkau katakan dan engkau serukan itu adalah baik. Seandainya engkau mengkhabarkan kepada kami bahawa apa yang telah kami lakukan ada kafarahnya?' Maka turunlah ayat (Surah Al-Furqan 25:68) dan ayat (Surah Al-Zumar, 39:53), yang melarang berputus asa daripada rahmat Allah dan ampunan-Nya)." [HR Bukhari].

PLS FORWARD TO ALL MUSLIMS
Beautiful Duaas from the Quran !!! ▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
For pious children:
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Rabbi habli milladunka zurriyatan tayyibatan innaka sameeud dua.
Rabbi laa tazarni fardan wa anta khair al wariseen
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
For the one who is afraid :
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب
Rabbana laa tuzigh qulubana ba'da iz hadaytana wa hablana milladunka rahmah innaka antal wahhab
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Do you want shahada?say this Duaa:
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Rabbana aamanna bima anzalta wa ittaba'nar rasula faktubna ma'ash shahideen
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Overwhelmed by life's problems? Say this Duaa:
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Hasbiyallahu laa ilaha illa hua alayhi tawakkaltu wa hua rabbul arshil azeem
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
If you want yourself and your children to be regular in their salaat:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbijalni muqeem as salaata wa man zurriyati rabbana wa taqabbal dua
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
If you want your spouse and children to be Khair for you :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yunin wa ja'alna lil muttaqeena imama
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
A blessed home:
رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِين
Rabbi anzalni munzalan mubarakan wa Anta khair al munzileen
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Keep the shaitaan away from you:
رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
Rabbi a'uzubika min hamazaatish shayadin wa a'uzubika rabbi an yahdurun
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Afraid of the torment of the hell fire:
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
Rabbanasrif anna azaaba jahannama inna azaabaha kaana gharama
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
If you are afraid Allah may not accept your good deeds:
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Rabbana takabbal minna innaka antas sameeul aleem
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
If you are sad, complain to none other than Allah:
إنما أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّه
Innama ashku bassi wa huzni ilalaah
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
DO NOT FORGET TO SEND it to others and multiply your ajar In sha Allah

Harus masjid dimasuki oleh non-Muslim sebagai tempat perlindungan banjir.
Di zaman Nabi, seorang musyrik yang bernama Tsumamah bin Utsal pernah diikat lagi di tiang masjid Nabawi.
Qadhi Abi Ya'la, Imam Al-Syafie dan lain-lain Imam mazhab kecuali Imam Ahmad membenarkan non-muslim memasuki masjid jika ada keperluan. Apatah pula di kala banjir maka darurat mengangkat hukum yang ketat.
ولا محرم مع اضطرار
Orang bukan Islam, boleh berlindung dalam masjid dan bebas berpakaian yang bersesuaian dengan kemampuan mereka selama berada di dalamnya. Tidak perlu memaksa mereka menutup aurat dan hendaklah diraikan mereka serta dibantu keperluan mereka.
Kesempatan ini sewajarnya diambil manfaat oleh pendakwah Islam untuk mendekati non-muslim dan berdakwah kepada mereka!

Saya dan ceramah
Semenjak pulang ke Malaysia daripada timur tengah sehingga ke hari ini, saya tidak pernah mengenakan bayaran walau sesen pun ketika menyampaikan ceramah.
Kalau orang beri pun saya tolak dan jika dipaksa ambil pun paling tinggi saya pernah terima ialah RM 150. Selalunya cuma RM 30, 40, 60, 70 atau RM 80.
Tanyakan kepada mereka yang pernah menjemput saya. Sungguhpun begitu amat jarang sekali saya mendapat jemputan ceramah.
Hanya setelah berpindah ke Taiping barulah saya berpeluang mendapat banyak jemputan ceramah tetapi itu pun tak seberapa dibandingkan dengan ustaz yang lain.
Hari ini saya menyampaikan dua ceramah. Satu di Maktabah berkenaan hadith akhir zaman menggunakan karya Syeikh Dr. Muhammad Al-Arefe iaitu Nihayah al-Alam dan kemudian menyampaikan kuliah Maghrib di salah sebuah masjid di Kamunting berkenaan hadith orang yang tidak akan disentuh oleh api neraka.
Perbahasan hadith riwayat al-Tirmidzi tersebut diambil daripada Kitab Tuhfatul Ahwadzi karya Al-Mubarakfuri.
Seboleh mungkin apabila dijemput ceramah, saya berusaha menyampaikan hadith yang sahih, rujukan yang sahih dan yang paling penting tafsiran dan pemahaman yang dianggap paling kuat menepati nass dan kehendak syarak.
Terkadang saya mengajar kuliah maghrib menggunakan bahan rujukan berupa tesis master dan tesis phd masyeikh daripada timur tengah yang saya ringkaskan atau nota daripada tulisan Syeikh Dr. Safar Al-Hawali, Dr. Salman Al-Audah, Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Abd Aziz Al-Tarefe atau sumber daripada laman Multaqa ahl Hadith atau al-Alukah.net atau Islamqa.
Kalau tidak sempat membaca maka saya akan mendengar rakaman ceramah Almarhum Syeikh Muhammad Amin al-Syinqithi (wafat 1972 M), Syeikh Muhammad Hassan, Syeikh Hussain Umar Mahfuzh dan beberapa orang tokoh yang lain dalam telipon saya lalu mengambil input dan isi ceramah mereka untuk disampaikan dalam kuliah.
Malangnya.
Walaupun saya tidak meletak harga, berusaha menyampaikan sebaik yang boleh dan sangat jarang dijemput ceramah.
Dua negeri telah melarang saya berceramah iaitu Johor dan Selangor. Kemudian ada beberapa masjid dan surau membatalkan kuliah saya atas tuduhan konon saya berfaham wahabi dan ada yang mengatakan saya sokong PAN walaupun kedua-duanya adalah tidak benar.
Kemudian terbaca pula komen kawan-kawan bahawa ada penceramah yang meletak harga beribu-ribu hanya untuk sejam ceramah.
Tuan-tuan dan sahabat sekalian rasa, apakah perasaan saya apabila mendengar informasi sedemikian???
@EmranAhmad
Dibenarkan untuk share.

Kehidupan dalam kubur
Ada orang mengatakan bahawa para nabi dan rasul mereka hidup di dalam kubur, begitu juga dengan orang yang mati syahid sebagaimana firman Allah SWT;
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
Maksudnya: "Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." (Ali-Imran: 169)
Maksud hidup di dalam firman Allah di atas bukanlah hidup di dalam dunia atau seperti kehidupan duniawi, tetapi hidup di alam barzakh dengan mendapat nikmat dan makan minum dalam syurga berdasarkan hadith-hadith yang sahih.
# Al-Lajnah Ad-Da`imah Lil Buhutsil 'Ilmiyyah wal Ifta' Kerajaan Arab Saudi (Ibarat Majlis Fatwa Kebangsaan di negara kita) telah menyebutkan;
وأما حياة الأنبياء والشهداء وسائر الأولياء فحياة برزخية لا يعلم حقيقتها إلا اللّه ، وليست كالحياة التي كانت لهم في الدنيا
'Dan adapun kehidupan para nabi dan orang yang mati syahid serta seluruh para wali atau orang-orang yang soleh adalah kehidupan di alam barzakh yang tidak diketahui hakikatnya kecuali oleh Allah. Dan ia bukanlah seperti kehidupan mereka di dunia.'
[Fataawa al-Lajnah ad-Daa’imah, Bil.1, No. 2251]

☆Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1439H☆
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?" [Surah at-Tawbah 104]
#Ayat tersebut memberikan khabar gembira bahawa Allah swt mengampuni setiap dosa bagi siapa sahaja yang bertaubat dan kembali padaNya. Ini kerana Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.
أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Ma'idah 74]
#Rasulullah saw telah memaklumkan jalan untuk memperbaiki diri iaitu dengan melakukan tiga amalan:
أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللهُ بِهِ الْخَطَايَا، وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ؟ ” قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: “إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ، وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ
“Mahukah kalian aku beritahukan amalan yang dengannya akan menghapus dosa-dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab: "Mahu wahai Rasulullah. Baginda saw bersabda: "Menyempurnakan wudhuk di saat yang sulit, banyak melangkah menuju ke masjid dan menunggu solat setelah selesai satu solat, itulah ribath (perjuangan)” (HR Muslim).
♡Tidak perlu berputus asa. Jika benar kita berdosa, maka kita perlu bertaubat dan kembali menjadi baik. Ingatlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Bertaubatlah!!♡

Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (CikguRahim)
Yang disebut kaya bukanlah kaya harta-benda, tetapi yang dikatakan kaya itu kaya jiwa.[HR Muslim]
Forwarded from UiTO Channel: Ustaz Emran Ahmad
| Kewajipan memboikot hotel yang tidak membenarkan pekerja muslim menutup aurat atau melaksanakan solat |
Setiap muslim yang beriman dan memahami aqidah al-wala wal bara' akan memahami keperluan mereka untuk memboikot atau tidak menginap di hotel yang melarang pekerjanya menutup aurat dan tidak menunaikan solat.
Syeikh Dr. Abdullah bin Abd Rahman Jibrin rahimahullah (wafat 2009 M) menyebut dalam fatwanya;
يجب على المسلمين عموماً التعاون على البر والتقوى ومساعدة المسلمين في كل مكان
'Wajib bagi setiap muslimin secara umum bekerjasama di atas kebaikan dan taqwa serta membantu kaum muslimin yang lain di setiap tempat'...[Fatawa Ibn Jibrin]
Dalilnya firman Allah SWT;
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعاً
"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam." (Al-Nisa: 140)
# Perbuatan meninggalkan hotel yang tidak bekerjasama dengan umat Islam dan tidak menginap di dalamnya akan mendatangkan pahala dan rahmat daripada Allah SWT.
Ini berdasarkan hadith;
إنك لن تدع شيئا لله عز وجل الا بدلك الله به ما هو خير لك منه
'Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah Azza Wajalla kecuali Allah akan mengantikan untukmu dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.'
[HR. Ahmad di dalam Musnadnya]