Tarbiah Sentap
33.1K subscribers
2.79K photos
687 videos
6 files
1.41K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
Forwarded from Indahnya Islam
Lot Sumbangan Tunai Pembangunan Maahad Tahfiz Al Fateh
Jom infaq: http://billplz.com/lotsumbangantunai
Walaupun Kita Semua Pendosa, Tetapi Harapan Itu Sentiasa Ada. Pasti Ada.
.
.
Alhamdulillah, saya dalam proses menyiapkan sebuah novel Tarbiah fiksi sulung saya yang bersiri, yang mana siri pertama bertajuk "Pendosa, Bukan Selamanya."

Novel ini, kalau tiada aral melintang, insyaAllah akan terbit pada selepas Hari Raya nanti. 😍

Genre novel ini berkaitan tarbiah, aksi triller, tarbiah, cinta, dan kekeluargaan. 😬 InsyaAllah, saya bawa dari sudut lain daripada yang lain.

Tujuan utama saya tulis novel ini, seperti mana Ustaz Adnin, semata-mata kerana kami nak menyediakan ALTERNATIF kepada pembaca novel, supaya beralih daripada novel cintan cintun seperti I Love You Abang Bomoh, Kaki Untuk Awak, Suamiku Ditangkap SPRM, dan sebagainya kepada novel yang betul-betul membawa nilai Islam yang patuh syarak. πŸ˜…

Sebab kami selalu kritik novel-novel sebegini, tetapi akhirnya anda tiada alternatif pun nak baca novel. Sebab saya faham, baca novel ini satu hiburan dan keseronokan. Jadi, kami di Tarbiah Sentap cuba sedaya upaya kami menyediakan alternatif dari segi novel.

Bukan sekadar novel je, bahkan kami juga turut menyediakan alternatif dari segi lagu, muzik, video, dan sebagainya. Doakan kami istiqomah! 😍😬😬

Ada yang berminat tak dengan novel ni? Kalau berminat, share pada kawan2 dan group lain post ini.😜😜

InsyaAllah nanti saya akan post mengenai sinopsis dan prolog Novel ini pula. Hehe. 😬😬

By the way, selamat berbuka puasa. Jangan lupa doa sebelum berbuka. πŸ˜‰

Shukery Azizan
Shah Alam, Selangor.
13 Ramadhan 1438 H

#Share
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#PendosaBukanSelamanya
Jom dengar, hayati dan sebarkan lagu #Dengarilah 😊

https://youtu.be/HlSebXEWSfs
LAGU BARU ESOK!

Berita best! Esok, @rabithahofficial akan release single ke-5 mereka😍

Lagu bertajuk MOMENTO ni bakal menemui korang di channel youtube Tarbiah Sentap!

Jumaat.
9 jun.
Pukul 10 malam.

Nantikan tau!
Lagu baru @rabithahofficial dah release!

MOMENTO adalah sebuah lagu tentang Kisah Silam. Ya, semua orang ada kisah silam.

TAPI, kisah silam ni tak semua kita kena lupakan. Ia ibarat side mirror. Kadang kita bawak kereta, kita kena tengok side mirror, tengok kereta belakang, supaya kita dapat maju kehadapan dengan selamat dan tak berlaku eksiden. Namun, kita tak boleh tengok side mirror lama-lama. Nanti terlanggar kereta depan dan eksiden juga.

Macam tu juga hidup.

Kadang, kita kena juga tengok kisab silam kita, supaya kita dapat memastikan kita tak melakukan kesilapan yang sama.

TAPI, jangan ingat kisah silam kita lama-lama sangat. Nanti hancur hidup.

Terus maju melangkah, lakukan perubahan!

Jom dengar lagu MOMENTO dari @rabithahofficial 😍

Tag kawan-kawan korang!

https://youtu.be/z-AH7K3FOGE
Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Tapi dah banyak iklan raya. Hayatilah FILEM PENDEK Ramadhan ini.

Kerana..

Tiada guna berhari raya, andai kita tidak mengejar Lailatul Qadar. Tiada guna berhari raya, andai kita tidak berubah dan tidak di ampuni oleh Allah😒

CHEATING - Short Film

https://youtu.be/pAVY6bJFZ_Y
πŸ•Œ SUMBANGAN RAMADHAN πŸ•Œ
MAAHAD TAHFIZ AL FATEH, BATANG KALI

Dato'/Datin/Tuan/ Puan/Cik yang dihormati

πŸŒ™ Ramadhan 1438M, Maahad Tahfiz Al Fateh melancarkan kempen Sumbangan Tunai Pembangunan untuk:
β€”---------------------------------------
1️⃣ Bangunan 2 Tingkat (9,100kps). Meliputi Asrama Pelajar, Kelas, Dewan, Rumah Warden dan Pejabat Pentadbiran.
2️⃣ Kerja-kerja Tanah dan Prasarana
3️⃣ Landskap Maahad
4️⃣ Padang dan Kemudahan Kokurikulum
5️⃣ Dana Operasi 2018 dll

InShaAllah, sumbangan yang diberikan mampu merealisasikan misi kami untuk lahirkan golongan penghafaz al-Quran yang mantap hafazannya, serta faham dan menghayati Al Quran. Semoga kita semua diberi rahmat di akhirat kelak.

β€”------------------------------------
BAGAIMANA MAHU MENYUMBANG?
β€”------------------------------------

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun pengendali Maahad Tahfiz Al Fateh:

Β»> Pusat Latihan dan Tahfiz Bersepadu Sdn Bhd
πŸ’³ Maybank Berhad - 5628 3463 2065
πŸ’³ Bank Islam (BIMB) - 12029 0100 73969

Sumbangan juga boleh dilakukan secara ONLINE; M2U, Cimbcliks dan lain-lain

KLIK---> http://billplz.com/lotsumbangantunai

Jika anda memerlukan resit sumbangan, boleh Telegram Atau Whatapps: http://www.wasap.my/60193542769

✨ LATAR BELAKANG MAAHAD

Maahad Tahfiz Al Fateh adalah sebahagian dari projek induknya, Kompleks Latihan Pendakwah dan Tahfiz Bersepadu. Tanah asalnya berkeluasan 9 Ekar, sekarang sudah berkeluasan 23 ekar. Bangunan yang sudah dibina : Surau dan Tandas.

Pembinaan bangunan 2 tingkat yang meliputi Asrama, Kelas, Pejabat Pentadbiran, Rumah Warden dan Dewan, dan kerja-kerja tanah sedang berjalan. Dijangka beroperasi pada 2018.

KLIK VIDEO PENUBUHAN MAAHAD -Β» https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1693409247622265&id=1566880446941813

✨ INFO RASMI MAAHAD
🏒 Maahad Tahfiz Al Fateh

πŸ“© Lot 922, Sungai Bertam, Jalan Belakang Pusat Pertanian, 44300, Batang Kali, Selangor

FB: Maahad Tahfiz Al Fateh: www.facebook.com/tahfizalfateh

WEB : www.tahfizalfateh.com

CHANNEL TELEGRAM : telegram.me/maahadtahfizalfateh

☎️ No. Telefon Pejabat: 019-3542769
☎️ Pengelola(Ust Rusdi): 013-3690095
☎️ Pengelola (Ust Asri): 013-3335195

==============================

πŸ’  SUMBANGAN LAIN
Sumbangan juga boleh dilakukan dengan cara menyertai PROJEK DANA TAHFIZ AL-FATEH;


🏒 TAKAFUL KENDERAAN MAAHAD TAHFIZ AL FATEH
Cukai jalan dihantar terus ke alamat yang diberikan.
☎️ SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 013 931 9975 / 013 9959975


🏒 WAKAF QURAN MAAHAD TAHFIZ AL FATEH
Untuk keterangan lanjut, hubungi pengurus Wakaf Quran : ☎️019-3540779

Juga boleh berwakaf secara ONLINE; M2U, Cimbcliks dan lain lagi

KLIK---> http://billplz.com/wakafquranalfateh

==============================

Moga segala usaha kita dalam menjayakan misi ini diterima oleh Allah SWT.
Terima Kasih
Infaq korang semua lebih berharga dari gunung emas!!!

Jom infaq sikit tuan dan puan semua, memandangkan hari ni hari Jumaat pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan ni. Moga Allah jadikan ia asbab kita masuk ke Syurga melalui pintu ar Rayyan dan pintu sadaqah..

Kalau tuan dan puan tak dapat infaq, at least share mesej ini ke group2 lain pun kami dah syukur sangat2. 😍

Fastabiqul Khairat!

Moga Allah terima amalan tuan2 dan puan2 semua. 😊😊
SHAPE OF YOU VERSI DAKWAH!

1) Alhamdulillah, atas permintaan ramai, kami dapat juga cover lagu ni. Lirik Ustaz Adnin buat hampir 3 jam. Dan The Faith record dalam masa 16 jam lebih kurang.

2) Kenapa kami cover lagu ni? Ya, kerana lirik lagu SHAPE OF YOU sangat-sangat lucah. Ia tentang orang mabuk, jumpa perempuan kat kelab malam, lepas tu berzina, lepas tu ketagih, dan berzina lagi, dan yang sama waktu dengannya. GILA.

3) Dan yang lebih gila, lagu ni jasi siulan di kalangan orang melayu. TV pasang, radio pasang, anak muda hafal lagu ni, siulkan lagu ni tanpa rasa bersalah. Tak tahu samada mereka tak faham lirik atau buat-buat tak faham.

4) Atas sebab tu, kami berbincang dan akhirnya memutuskan untuk cover lagu ni dengan mengubah lirik menjadi versi dakwah!

Jika lagu asal ni tentang zina, maka lirik yang kami ubah ni adalah untuk ajak semua anak muda agar jauhi zina!

5) Kami harap, sama-sama bantu kami sebarkan lagu ni seluas-luasnya! Moga hiburan alternatif yang kami beri ni menjadi asbab anak muda mula mencintai agama dan meninggalkan hiburan yang Allah tak redha.

Jom follow instagram THE FAITH @the4aith dan instagram kami @tarbiahsentapofficial 😊

****

The Faith - JAUHILAH(Shape Of You Cover)

Lirik: Ustaz Adnin.
Lagu asal: Ed Sheeran.
Producer: Ustaz Adnin
Mixing & Mastering: Amin Nordin.
Video: Afiq Jamil.
Designer: Ubai Zaidi
TARBIAH SENTAP RECORDS


Jom sebarkan!

Boleh tengok versi HD dan KUALITI di channel youtube Tarbiah Sentap!

#Jauhilah
#tarbiahsentap
#the4aith

https://youtu.be/Ln0ZVTbkQj0
JOM SEBARKAN😍

The Faith - JAUHILAH(Shape Of You Cover)

Lirik: Ustaz Adnin.
Lagu asal: Ed Sheeran.
Tarbiah Sentap Records.

***
VERSE(ANIQ)
Tenggelam hanyut terlena,
Terbenam mabuk lalai jatuh dan leka,
Kisah ini adalah tentang aku,
Yang di goda dengan cinta..

Jika kau mahu tahu,
Kisah silam ku ini,
Ku pilih tuk bercerita oh,
Agar setiap kali kau melaluinya,
Kau mampu bertahan,
Dan kau mampu menang!

PRE CHORUS(FIRDAUS)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...

CHORUS(FAHIMI)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!

VERSE 2(AMIR)
Tipulah ku tak terumbang-ambing,
Dengan godaanmu itu,
Sungguh hatiku ini,
Berdebar tuk memilih,
Antara nafsu dan wahyu..

Ku terus ulang dan ulang,
Pesanan tuhan untukku,
Agar jauhi zina tercela,
Dan terkadang aku sangsi,
Namun ku sedari,
Dosa takkan buat ku bahgia,
Lalu ku bertahan..

PRE CHORUS(AMIR)
Andai dirimu lemah,
Tipu daya musuh mencengkam diri,
Godaan menguasai,
Dan kau mulai turuti nafsu,
Kau terpedaya,
Cinta buta pun mula mengaburi,
Jiwa kau di musnahi,
Dan hati kau turut mati,
Hmm...

CHORUS 2(FAHIMI)
Teman jangan dikau hanyut,
Dengan cinta buta mengarut,
Pasti amalmu serabut,
Aku harap kau jauhi..
Dan waspada ikhtilatmu,
Agar hatimu tak terganggu,
Andai nikah kau masih lagi tak manpu,
Aku harap kau jauhi(3 kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu..

BRIDGE(ANIQ)
Jagalah dirimu teman(8 kali)

CHORUS(FIRDAUS)
Mula kau memandangiku,
Lalu turun ia di hatimu,
Kemudian kau menegurku,
Ku harap kau jauhi!
Dan kau masih mengejarku,
Walau tak ku melayanimu,
Kerana aku takuti tuhanku,
Aku harap kau jauhi (3kali)
Kerana aku cintai tuhanku,
Aku menolak godaanmu!

https://youtu.be/Ln0ZVTbkQj0
Ramadhan berlalu, apa yang kita dapat?

1) Adakah taqwa kita bertambah? Adakah takut kita pada Allah bertambah?

2) Adakah kita rasa bertambah manis ketika melakukan ibadah? Dan apakah AZAM kita untuk istiqamah dalam ibadah?

3) SOLAT kita bagaimana? Bagi lelaki, adakah kita berjaya didik diri kita untuk solat berjemaah 5 waktu di masjid secara berjemaah? Bagi perempuan pula, berjaya atau tidak mendidik diri solat di awal waktu?

4) Qiamullail dan tahajud kita bagaimana? Adakah sepanjang ramadhan kita dappat jaga tahajud, dan apakah kita ada niat untuk menjaga tahajud selepas ramadhan?

5) Bacaan Alquran kita bagaimana? Berjaya tak kita khatamkan Alquran sepanjang ramadhan? Kalau yang sebelum ni tak pandai dan tak lancar baca Alquran, adakah selepas berlalunya ramadhan, kalian dapat lancarkan bacaan alquran? Apakah kita berazam untuk membaca dan menghayati Alquran selepas ramadhan?

6) Bagaimana usaha kita untuk tinggalkan maksiat?

Yang tak menutup aurat, adakah ramadhan mampu menjadi pencetus untuk kalian mula menutup aurat?

Yang merokok, adakah ramadhan menjadi pencetus untuk kalian kurangkan rokok seterusnya meninggalkan rokok sedikit demi sedikit?

Yang ketagih zina atau, video lucah atau couple, apakah ramadhan berjaya menjadi pencetus untuk kalian tinggalkan semua itu?

Yang suka mencarut, adakah ramadhan berjaya mendidik hati dan lisan kalian untuk bercakap benda yang Allah redha?

Yang ketagih drama dan movie, adakah ramadhan berjaya menyedarkan kalian bahawa melihat aurat, pergaulan bebas, atau segala unsur dosa di dalam movie atau drama itu adalah perkara yang Allah tidak redha?

Dan banyak lagi maksiat yang hanya kita dan ALLAH sahaja tahu.

Sejauh mana usaha kita untuk tinggalkan semua itu?

****

Kawan..

Raya itu kemenangan.

Kemenangan bagi mereka yang berjaya menewaskan NAFSU dalam perang selama 30 hari.

Peperangan yang amat sengit, jatuh dan bangun, berpenat lelah.

Adakah kita berjaya menewaskan nafsu kita?

Atau..

Kita TEWAS dan terus menjadi hamba kepada nafsu?

Muhasabah.

Tanya pada diri.

Apakah yang aku dapat setelah 30 hari ramadhan Allah hadiahkan kepada ku?

Menangislah...
Salam.

Apa kabar semua!

Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami.

Kami nak mintak maaf atas segala kesalahan kami.

Kalau ada sesiapa yang nampak silap kami, tegurlah kami.

Moga ukhwah kita berkekalan sampai mati insyaAllah😊
Apapun, malam ni, kami nak hadiahkan lagu JAUHILAH nyanyian THE FAITH versi MP3, khas untuk korang yang ada kat group ni.

Nanti korang sebar-sebarkanlah lagu ni ye kat kawan-kawan korang. Moga bermanfaat!
Selamat malam semua