Tahfiz Teknikal YUPP
213 subscribers
484 photos
128 videos
12 files
39 links
WAQAF TUNAI PEMBANGUNAN (RM 150)

Hulurkan sedekah jariah dan waqaf tunai ke Yayasan Ummah Prihatin Pahang untuk Pembangunan Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang dan Asrama Anak-Anak Yatim Asnaf di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang.

Maybank: 5560 1108 4819
Download Telegram
Alhamdulillah..hari ini 11 Februari 2021, Pengerusi YUPP KAPT UST Shamsuddin Hj Moner telah mengadakan pertemuan dengan Datin Paduka Hjh Norkhaila Hj Jamaluddin di Kg Seri Sempadan, Simpang Pelangai. Datin Paduka Hjh Norkhaila yang sekarang tinggal di PJ, Selangor adalah anak kpd Allahyarham Chegu Hj Jamaluddin iaitu Pemilik Tanah bersebelahan dengan tanah Waqaf Kampus Pusat Tahfiz Teknikal YUPP. Beliau telah menyatakan hasrat dan niat untuk mewakafkan 1 ekar drpd tanah beliau seluas 5 ekar ini kepada Pusat Tahfiz YUPP untuk amal jariah bagi pihak Allahyarham Chegu Hj Jamaludin. Syukur kehadrat Allah, tanah Waqaf kawasan pusat tahfiz akan berkembang luas drpd 2 ekar kepada 3 ekar hasil sumbangan tambahan 1 ekar lagi tanah bersempadan. Kami doakan moga Allah rahmati dan berkati RUH Allahyarham Hj Jamaluddin dan juga redhai niat amal Salih Datin Paduka Hjh Norkhaila..

(untuk makluman Datin Paduka Hjh Norkhaila Hj Jamaludin ialah Bekas ADUN dan Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor)
Setiap hari Sabtu pelajar pusat tahfiz akan menjalani latihan sambil belajar kemahiran dan teknikal...minggu ini Sabtu, 13 Februari 2021 pelajar Pusat Tahfiz Teknikal YUPP diberi pendedahan cara sembelih ayam ikut syarak dan memprosesnya secara kaedah thoiyiba....pengusaha ayam proses segar di pasar awam simpang Pelangai en Hamdan Embok telah memberi ruang dan peluang Kpd pelajar Pusat Tahfiz Teknikal YUPP pagi ini mengikuti latihan industri ini secara percuma yg mana beliau mewakafkan ilmu ini KPD pelajar...seramai 4 org pelajar tahfiz mengikuti latihan industri teknikal ini.. alhamdulillah dalam usia 13 tahun pelajar ini berpeluang melakukan kerja menyembelih ayam dengan patuh syariah...
t.shirt rasmi pelajar pusat tahfiz untuk aktiviti dan latihan outdoor yg berkaitan dengan teknikal dan kemahiran
Hari ini Sabtu, 13 Mac pelajar tahfiz teknikal Yupp seperti biasa menjalani latihan industri dan kemahiran hidup di lapangan. Minggu ini berkesempatan ke kebun durian musang king yg diusahakan oleh Dato' Abdul Wahab Shamsuddin, Bekas YDP MAJLIS Perbandaran P.Dickson di kg hayat , Simpang Pelangai. Banyak ilmu mengenai teknik penanaman dan penjagaan durian yang dipelajari selama setengah hari di sini...