ISTIMEWA MALAM ESOK DI TADABBUR CENTRE
Forum Pelancaran Karya Kreatif Mengenai Nabi Musa dan Nabi Yusuf a.s.
“Ibrah Kisah Hebat Dakwah Nabi Musa”
Penulis : Us Syaari Ab Rahman
Terbitan : Galeri Ilmu
Harga : RM20
“Hamka, Surah Yusuf dan Sastera”
Penulis : Us Zahiruddin Zabidi
Terbitan : Gerak Budaya
Harga : RM 23
Moderator :
Ustazah Nuraidah Abdul Rahim
Tempat :
Tadabbur Centre Sdn. Bhd. (Ostia Bangi, bersebelahan Tol Bangi)
Hari : Rabu
Tarikh : 25 April 2018
Masa : 8-9.30 malam
Jemput hadir untuk dapatkan tandatangan penulis serta berdiskusi mengenai buku.
Masuk adalah percuma.
Atau ikuti LIVE Facebook di laman Tadabbur Centre

DENGAN TERJEMAHAN SEKALIPUN, TIDAK MUSTAHIL UNTUK MENERIMA HIDAYAH
Ketika menghuraikan ayat 23 surah al-Anfaal, Ahmad Mustafa al-Maraghi (wafat 1952 M) menyatakan ada empat kategori manusia ketika diperdengarkan al-Quran.
PERTAMA : Sengaja tidak mahu dengar. Sejak dari awal sudah memusuhi. Hatinya bimbang akan disihir al-Quran. Dirinya bimbang akan tumbang dikalahkan al-Quran.
Mereka ini seperti pemimpin besar kafir Quraisy.
KEDUA : Mendengar tetapi tidak mahu memahami dan memikirkannya.
Mereka ini seperti orang munafik.
KETIGA : Mendengar tetapi mahu mencari kelemahan dan menjadinya bahan ejekan.
Mereka ini seperti Ahlul Kitab.
KEEMPAT : Mendengar, mahu memahami dan memikirkannya.
Moga kita berada di golongan yang KEEMPAT. Meskipun hanya bergantung dengan terjemahan, ia bukan mustahil untuk Allah jatuhkan hidayah.
Al-Maraghi menyebut kisah seorang doktor dari Perancis yang membaca terjemahan al-Quran, menelitinya dengan mendalam, lalu mendapati segala teori kedoktoran dalam al-Quran seperti taharah, sederhana dalam makan minum serta segala perkara membabitkan penjagaan kesihatan dalam al-Quran, semuanya tidak bercanggah dengan teori paling mutakhir para doktor di abad ini.
Lalu dia tertarik dan MEMELUK ISLAM !
Al-Maraghi menyebut lagi kisah kedua mengenai seorang kapten kapal perang Inggeris. Beliau meneliti terjemahan al-Quran mengenai laut dan angin. Lalu beliau menyangka Nabi Muhammad SAW seorang pelaut yang ulung, berpengalaman luas berlayar di laut atau menyelam ke dasar lautan atau mempunyai guru yang hebat dalam pelayaran.
Namun setelah diberitahu fakta sebenar baginda Rasul seorang “ummi” dan tidak pernah menerima pelajaran dari sesiapa pun, beliau terkejut lalu menganut Islam dan mempelajari bahasa Arab.
“Sedangkan umat Islam sendiri, ramai yang membaca al-Quran dan mendengar para qurra’, namun tidak rasa perlu memahami al-Quran dan memikirkan maksudnya. Bahkan, mereka mendengarkan al-Quran hanya sekadar untuk mengetahui tajwid dan ketepatan bacaannya dengan teori lagu sahaja atau mencari berkat. Ada juga kalangan mereka yang mengundang para huffaz pada malam bulan Ramadhan dengan ditempatkan mereka di ruangan yang khusus yang dijaga rapi oleh para penjaga pintu.” (Tafsir al-Maraghi, juzuk 9-10, halaman 2582)

BERTEMU ESOK
Sesi esok ada dua bahagian.
Bahagian pertama memperhalusi fakta sirah perang Badar dari detik penghantaran Sariyah kepada kafilah Abu Sufyan sehingga konflik pembahagian harta rampasan perang.
Bahagian pertama ini lebih kepada mengibrahi kisah sejarah.
Bahagian kedua akan memperhalusi surah al-Anfal, satu-satunya surah yang memberi komentar dari awal hingga akhir hanya kepada satu peristiwa sahaja iaitu perang Badar.
Bahagia kedua ini lebih kepada meyakini penceritaan dari Allah menandakan peristiwa seperti ini akan berulang lagi.
Ia bukan sekadar kisah sejarah.
Menariknya, surah al-Anfaal seperti surah Yusuf dan surah al-Qasas.
Hanya satu isu sahaja dalam surah berkenaan.
Ketiga-tiga surah bermula dengan “the end” kisah berkenaan.
Surah Yusuf bermula dengan mimpi melihat 11 planet sujud, lalu surah menghuraikan proses menuju kepada 11 orang saudara-saudara Yusuf itu sujud kepadanya.
Surah al-Qasas bermula dengan Allah menjanjikan kemusnahan Firaun, lalu surah menghuraikan proses kehancuran Firaun sejak dari bayi Musa mengalir masuk ke dalam istana Firaun.
Surah al-Anfal bermula dengan konflik pembahagian al-Anfaal, lalu surah menghuraikan proses yang berlaku dalam perang Badar sehingga membawa kepada Allah perjelaskan cara pembahagian al-Anfaal di penghujung surah.
Kita bertemu esok sambil menikmati perkembangan semasa politik iaitu penamaan calon yang hanya lima tahun sekali.
Doakan kesihatan anakanda saya Farahi.
الله أكبر

MOHON JUTAAN MAAF. Dukacita diumumkan Kompas 114 Edisi Kemaskini tidak mampu hadir PBAKL 2018. Namun insyaallah kami menjanjikan sebelum Ramadhan anda sudah boleh memilikinya insyaallah. Anda boleh membeli secara online atau melalui ejen kami yang berdekatan nanti. Nantikan pengumuman kami selewat-lewatnya pada 11 Mei 2018.
Misi memartabatkan Kitabullah tetap diteruskan meskipun cuti. Jumpa anda di Dewan Seminar Tadabbur Centre malam ini insyaAllah
Assalamualaikum
Tadabbur Centre akan memulakan rakaman khusus bagi semua seminar-seminar dan bengkel-bengkel berbayar. Kami berhasrat untuk menghasilkan VCD dan MP3 bagi manfaat lebih ramai yang tidak mampu hadir ke Tadabbur Centre.
Justeru itu, kami memohon sumbangan dari tuan puan yang budiman bagi membantu kami membeli kamera Canon 80D sebanyak RM 3,500.
Kami sangat berterima kasih kepada tuan puan yang sudi menyumbang kepada kami.
Boleh hubungan pegawai kami yang bertugas Cik Fatihah, 018-2754617 untuk makluman lanjut
Jazakumullah khairan kasiran

☝️☝️☝️
Satu sidang media khas akan diadakan pada Selasa malam ini di Tadabbur Centre. Semua wartawan dijemput hadir membeli Kompas 114 Edisi Kemaskini 😁