Tadabbur Centre
14.9K subscribers
3.19K photos
202 videos
78 files
1.17K links
Untuk lebih info, klik pautan tertera: linktr.ee/tadabbur_centre
Download Telegram
BERSAMA “MAQASID” SURAH YUNUS

Firman Allah SWT :

فَلَوْلَا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا إِلَّا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ

(Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan). (Yunus, 10 : 98)

Ayat ini menjadi sebab dinamakan Allah SWT surah ini.

Ayat ini menceritakan mengenai besarnya kedudukan iman dan kepentingannya pada mengelakkan azab Allah SWT di dunia dan di Akhirat.

Betapa hidup penuh kesenangan dan kemewahan sangat mendedahkan seseorang kepada sikap menangguhkan iman dan melengah-lengahkan taubat.

Sangat menarik apabila ayat 22-23, Allah SWT memaparkan sikap mudah alpanya manusia apabila diselamatkan Allah SWT dari mati tenggelam di lautan semasa menaiki bahtera. Bersesuaian dengan nama surah yang mengingatkan kita kepada sikap Nabi Yunus AS yang kembali berdakwah kepada kaumnya selepas diselamatkan Allah SWT dari mati tenggelam di lautan.

Pada ayat 24 pula, Allah SWT memberikan perumpamaan mengenai kehidupan dunia dengan menggunakan air hujan. Sekali lagi objek air digunakan bersesuaian dengan nama surah dengan tokoh yang melihat kebesaran Allah SWT kepadanya dalam kegelapan perut ikan di dasar air lautan dalam.

Dipaparkan pula kisah dua kaum yang diazab Allah SWT dengan air iaitu kaum Nabi Nuh AS dan kaum Firaun kerana menangguhkan iman dan taubat selepas segenap ayat-ayat Allah SWT dan mukjizat-Nya diperjelaskan. Sekali lagi, kemunculan makhluk air sebagai tentera Allah SWT sangat munasabah dengan surah Yunus ini.

Selain itu, antara keunikan kisah-kisah dalam surah ini dan tidak dirakamkan dalam surah selainnya ialah :

📌 adanya pendedahan ekslusif ucapan Nabi Nuh AS paling “berani mati” ketika bersendirian mencabar pemimpin-pemimpin utama dari kaumnya ( فَأَجْمِعُوا أَمْرَكُمْ وَشُرَكَاءَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُنْ أَمْرُكُمْ عَلَيْكُمْ غُمَّةً ثُمَّ اقْضُوا إِلَيَّ وَلَا تُنظِرُونِ )

📌 adanya pendedahan ekslusif pendokong sebenar ajaran Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS ialah angkatan para pemuda ( فَمَا آمَنَ لِمُوسَىٰ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِ عَلَىٰ خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ )

📌 adanya pendedahan ekslusif Nabi Musa AS mendoakan kecelakaan Firaun dan kaumnya sebelum meninggalkan Mesir ( رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ )

📌 adanya pendedahan ekslusif ucapan taubat Firaun ketika hampir mati lemas ( حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ )

📌 adanya pendedahan ekslusif tubuh mayat Firaun akan diapungkan dan dikekalkan ( فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً )

Namun, apa kaitan keunikan ini semua dengan MAQASID Surah Yunus ?

Inshaallah, jemput hadir.

Masuk adalah percuma.

Bawa Kompas 114, inshaallah.

Wallahu a’lam.

Rujukan :
Dilalah al Asma’ al-Suwar al-Quraniyah ‘ala Mahawiriha wa Maudhu’atiha,
Dr. Umar Ali Hassan Arafat
Assalamualaikum wbt, lokasi program bertukar ke Surau Al Kauthar, Seksyen 4 Tambahan, Bangi.

Justeru, masih ada kekosongan 5 tempat untuk diisi.

Sekiranya berminat, sila whatsapp admin dengan segera 😊
5 hari lagi sebelum yuran pendaftaran earlybird tamat, tinggal beberapa seat sahaja. Daftar seat anda segera.
.
Whatsapp kami www.wasap.my/60135322486 (Zahin)
.
“Boleh tak saya nak bayar secara ansuran?”
.
Kami buka untuk pembayaran secara ansuran juga seperti yang tertera pada poster.
.
Whatsapp saja kami: www.wasap.my/60135322486 (Zahin)
.
🔴DAURAH TAFSIR & TADABBUR SURAH AL-KAHFI🔴
.
🗓 TARIKH:
Sebanyak 8 Siri (44 jam)
Siri 1 : 5 Mac 2020 (Khamis)
Siri 2 : 9 April 2020 (Khamis)
Siri 3 : 2 Julai 2020 (Khamis)
Siri 4 : 6 Ogos 2020 (Khamis)
Siri 5 : 3 September 2020 (Khamis)
Siri 6 : 1 Oktober 2020 (Khamis)
Siri 7 : 5 November 2020 (Khamis)
Siri 8 : 3 Disember 2020 (Khamis)

KOMITED & MEMBERI KOMITMEN SEPENUHNYA UNTUK HADIR KESEMUA 8 SESI

Terhad kepada *40 orang* peserta sahaja.

📌YURAN:
Non-refundable

*Kaedah pembayaran*

1. Secara ansuran
▶️RM600 --- 3 kali pembayaran
▶️Bayaran pertama RM200 mesti dilakukan sebelum atau selewat-lewatnya pada 26/2 Rabu
▶️(8 sesi, 44 jam, termasuk nota, sijil & makan tengah hari - tidak termasuk buku kerja)

2. Secara one-off
▶️Earlybird --- RM 560 (Sah sehingga 14/2/2020)
▶️(8 sesi, 44 jam, termasuk nota, sijil & makan tengah hari - tidak termasuk buku kerja)

▶️Selepas tamat earlybird --- RM 600
▶️Bayaran mesti dilakukan sebelum atau selewat-lewatnya pada 26/2 Rabu
▶️(8 sesi, 44 jam, termasuk nota, sijil & makan tengah hari - tidak termasuk buku kerja)

📖INTIPATI DAURAH

1. Pengenalan Surah
2. Kisah Pemuda al-Kahfi dan Fitnah Aqidah
3. Ibrah Kisah Pemuda al-Kahfi
4. Kisah Pemilk Dua Kebun dan Fitnah Harta
5. Ibrah Pemilik Dua Kebun
6. Gambaran Hari Kiamat
7. Fitnah Iblis
8. Perintah Berpegang Teguh dengan al-Quran
9. Kisah Musa Mencari Khadr dan Fitnah Ilmu
10. Kisah Zulqarnain dan Fitnah Kekuasaan
.
Whatsapp kami sekarang:
.
www.wasap.my/60135322486 (Zahin)
[Jalan keluar daripada kesusahan]
.
Allah berfirman dalam Surah al-Saffat ayat 143-144 yang bermaksud:
.
"Maka kalaulah dia (Nabi Yunus) bukan daripada orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan tasbih dan zikir), nescaya dia akan kekal di dalam perut ikan itu sehingga hari manusia dibangkitkan."
.
Ketikamana Nabi Yunus dicampak keluar dari kapal dan ditelan oleh ikan yang besar serta berada di dalam perut ikan yang besar itu di dalam laut, Baginda telah memperbanyak mengingati Allah dengan membaca (لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ) - "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk daripada orang-orang yang zalim." Semasa berada di dalam perut ikan itu, Baginda tetap bertasbih mengingati & membesarkan Allah sehinggalah pada suatu ketika, akhirnya Allah perintahkan kepada ikan tersebut untuk memuntahkan Baginda di sebuah pulau yang ditentukan oleh Allah.
.
Al-Quran kekal relevan sehingga Hari Kiamat. Setiap kisah pasti ada pengajaran yang mesti kita ambil. Apabila kita berada dalam kesusahan & kesukaran, di samping melakukan pelbagai usaha, jangan sesekali kita lupa untuk sentiasa mengingati Allah dan memohon ampun kepada-Nya. Itulah jalan keluar daripada kesusahan yang sebenar-benarnya.
.
#tadabburalquran
#tadabburcentre
#alquranuntuksemua
InsyaAllah, Tadabbur Centre akan menganjurkan sebuah program khas untuk wanita pada 7 Mac ini.
.
Jangan lupa tandakan kalendar anda dan buka notifikasi ya !
.
Tempat terhad, siapa cepat dia dapat ! 😉
Assalamualaikum wbt, kuliah ustaz Nadzri malam ini dibawa ke 27 Februari 2020.

Harap maklum dan mohon sebarkan.

Terima kasih 😊
🌹 SEMINAR TEMATIK 10.0: WANITA 🌹
.

Peranan dan fungsi wanita merupakan satu isu yang sering dibincangkan dan kebiasaannya menimbulkan andaian yang pelbagai. Sungguh, menjadi wanita itu bukan lah perkara yang mudah tetapi tidak susah. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin maju kini, fungsi dan peranan wanita menjadi semakin luas. Tidak hanya terbatas di dalam institusi keluarga, wanita juga turut memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Allah SWT telah mengangkat kedudukan wanita dan memberi panduan terbaik melalui kalam agungnya, iaitu Al-Quran yang seharusnya menjadi pegangan setiap insan yang bergelar wanita.
.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan anda sebagai wanita ? Siapakah antara contoh-contoh wanita yang Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran ? Dah apakah ibrah yang anda perolehi melalui cerita-cerita wanita ini ?
.
Dengarkan perkongsian dari dua panel wanita yang julung kali dijemput untuk mengisi slot seminar tematik khas untuk anda ! Seminar bakal berlangsung pada:-
.
💠7 MAC 2020 (Sabtu)
💠 8.00 pagi - 5.00 petang
💠 Sekitar Bangi
💰Yuran : RM 90(individu) , RM 250 (kombo 3 orang)

.
🎀 Tentatif 🎀
8.00 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: “Apa makna saya sebagai seorang wanita?” Satu Tinjauan Terhadap Fungsi & Peranan Wanita dalam AlQuran oleh Dr Sholihah Kaswari
10.30 pagi: Minum pagi
11.00 pagi: Sambungan Sesi Dr Sholihah
1.00 petang: REHAT
2.00 petang: 4 Wanita di Sebalik Nabi Musa A.S oleh Dr. Haziyah Hussin
5.00 petang: Minum petang dan bersurai
.
Untuk mendaftar, sila klik link ini:-
🔖 https://www.billplz.com/SETEM10
🔖 https://www.billplz.com/SETEM10
🔖 https://www.billplz.com/SETEM10
.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi admin
📞www.wasap.my/60182754617
.
Daftar segera sementara tempat masih ada ! 😁
Esok malam insyaAllah
💫TADABBUR AL-QURAN MENJELANG RAMADHAN 1441H / 2020 💫
.

اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
.
Sedarkah anda bahawa Ramadhan hanya tinggal 70 hari dari sekarang ? 😱
Apakah persediaan yang anda telah lakukan untuk menyambut bulan al-Quran ini ?😱
Cukupkah sekadar khatam bacaan al-Quran tanpa memahami kandungannya ?😱
Teringin nak tadabbur, tapi buntu nak mula tadabbur dari mana ?😱
.
Bertenang......Tadabbur Centre bersama anda. 😉
InsyaAllah, atas sambutan yang menggalakkan tahun yang sudah, maka, tahun ini, sekali lagi kami bawakan Tadabbur Al-Quran Menjelang Ramadhan 1441h / 2020 atau singkatannya TAMAR 2020 !!!
.
Dengan satu objektif, iaitu perkongsian ayat ayat terpilih dari setiap surah dalam al-Quran, kami yakin anda semua mampu untuk menyerap segala ilmu yang disampaikan dan pembelajaran menjadi lebih berfokus.
.
TAMAR 2020 bakal berlangsung sebanyak DUA SIRI iaitu pada 28 & 29 MAC 2020 dan 11 & 12 APRIL 2020, dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Lokasi spesifik akan dimaklumkan kemudian tetapi hanya di sekitar LEMBAH KLANG sahaja !
.
Yuran sangat sangat berpatutan ! Hanya RM 200 yang merangkumi 4 hari. Ini bermakna sehari hanya RM 50 sahaja !!! Ini termasuk makanan dan nota ya ! 😍
.
Tapi..kalau tak berkesempatan untuk hadir dua siri, boleh juga hadir 1 siri. Nak hadir satu hari pun boleh. Harga ??? Satu siri RM 120, satu hari RM 60.
.
Berbaloi-baloi bukan ?? Haaaa..... kalau tidak mahu terlepas peluang, cepat cepat klik ini. Daftar hanya guna link ini ya !:
http://bit.ly/TAMAR2020
http://bit.ly/TAMAR2020
http://bit.ly/TAMAR2020
.
Untuk info lanjut, boleh hubungi admin di talian:
www.wasap.my/60182754617
.
Jangan nanti esok nak program, baru harini daftar ya. Maaf sangat sebab tempat terhad, takut sudah dipenuhi. 😢 . Jadi, cepat bertindak dengan pantas !
.
Oh ya, jangan lupa bantu sebarkan ya.