@Syierabahari_
1.44K subscribers
109 photos
217 videos
1 file
14 links
JAGA LISAN KERANA LISAN BLEH MUDAH MASUKKAN KITA KE SYURGA DAN KERANA LISAN JUGA MUDH KITA TERJERUMUS DALAM API NERAKA๐Ÿ˜ญ
Download Telegram
Sebelum awak sembuh sepenuhnya, keadaan awak akan menjadi sedikit teruk berbanding sebelumnya.

Awak akan sedikit menangis ketika mana mahu melelapkan mata di waktu malam, awak akan merasa kesunyian untuk setiap perkara harian yang awak lakukan, dan bila mana awak memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa, awak akan menyedari orang itu sudah lama meninggalkan ruang ini.

Tarik nafas perlahan, dan melepaskan.

Tak senang untuk awak move on. Tak senang untuk awak melepaskan. Saya tahu, melepaskan kenangan ini ibarat awak melepaskan segala-galanya yang awak pernah berpenat-lelah untuknya.

Bersabarlah. Semuanya akan kembali pulih.



Perkara-perkara begini akan melemahkan awak, dan membuatkan awak percaya yang kesakitan ini tidak akan berjaya sembuh dengan sendirinya.

Tapi percayalah.

Satu hari kelak, awak akan bangun dan melupakan segalanya. Jadi untuk ketika ini, buang segala harapan yang awak letakkan. Sebesar atau sedikit mana pun, buang kesemuanya. Jangan berpura-pura mengambil tahu dengan melihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya. Berhenti meletakkan harapan yang dia akan kembali dengan mesej dan panggilan telefonnya.

Saya tahu awak akan cuba mengambil tahu apa yang berlaku di sana. Apa yang berubah, apa yang terjadi. Awak cuba meletakkan perkara yang positif agar awak dapat kembali gembira semula.

Lepaskanlah.

Kerana kalau benar dia mahu, dia tak akan biarkan segala-galanya yang tercipta di jalan bahagia, melalui jalan yang berbeza. Yang penuh dengan kecurigaan, dan kesakitan. Dan kalau benar dia memerlukan, dia akan bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Lepaskanlah.

Dia bukan orang yang sebenar. Percaya kepada ketentuan Tuhan. Bernafas dan berdoa.

Dan biarkan masa menyembuhkan segala keperitan jiwa.
https://vt.tiktok.com/ZSR2v8F7Y

JOM GRAB EMAS s925 murahโค๏ธ
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
bacalah 3 doa ini ketika sujud terakhir dalam shalatmu :

1. Allahumma inni asโ€™aluka husnal
khotimah
2. Allahummarzuqni taubatan nasuha
qoblal maut
3. Allahumma yaa muqollibal quluub
tsabbit qolbi โ€˜ala diinika .
Utamakan yang penting sebelum yang tidak penting.

Utamakan bahagia diri sendiri sebelum fokus bahagian orang lain.

Utamakan amalan berbanding hiburan, takut lalai selamanya.

๐Ÿข๐Ÿ’™
"Macam mana nak hadapi orang yang suka cakap belakang tentang kita." Soal dia.

Dunia ni dik,

1. Sesempurna apapun kamu, pada mata orang yang membenci kamu, pasti ada saja yang terlihat buruk.

2. Seikhlas apapun kamu, pada mata orang yang tak suka kamu, pasti ada saja terlihat cacat.

3. Sebaik apapun kamu, pada mata orang yang dengki, pasti ada saja terlihat hina.

Pesan Ustaz muhaizad ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡ :
"Tidak wajib untuk buat orang suka dengan kita."

Akhirnya kita akan faham, berbahagialah menjadi diri sendiri mengikut garis agama.
Senyum adalah satu senaman.
Senyum pada orang lain juga adalah sedekah.
Senyum dekat cermin adalah tanda percaya diri.

Tapi senyum-senyum sendiri lain juga ๐Ÿ˜‚

Husnuzon jelah.

๐Ÿข๐Ÿ’™
10 Kata hikmah ini akan buat kamu lebih kuat untuk menyayangi diri sendiri hari ini:

1. Ada orang akan mempergunakanmu.
Ada orang akan mengujimu.
Ada orang akan meninggalkanmu.
Ada orang akan mencintaimu.

Ketahuilah bahawa semua itu akan mengajarmu.

2. Kamu hanya layak menerima kesungguhan seseorang, bukan alasannya.

3. Hidup tetap berjalan. Sama ada bersama atau tak bersamanya. Kerana akhirnya, kita tetap akan sendirian juga apabila nyawa bercerai dari badan.

4. Jika dia benar-benar mahukan kamu, pasti dia usahakan. Jika dia buat sambil lewa dan slumber sahaja, ketahuilah tiada tempatnya di hati kamu.

5. Minta maaf terhadap kesalahan kamu, bukan terhadap apa yang kamu rasa. Apa sahaja yang kamu zahirkan, itulah tindakan. Apa sahaja yang kamu rasakan, ia masih lagi terpendam dan kamu masih boleh memilih untuk menyimpan sahaja perasaan itu.

6. Lebih percaya diri, semakin hilang ketakutan dalam diri. Bangkit!

7. Pilihlah orang yang memilih kamu. Bukan kejar dan puaskan hati orang yang kamu sayang, walhal dia tak pun menyayangimu.

8. Jangan bawa perasaan lama ke dalam pengalaman yang baharu. Dengan pengalaman baharu, bina perasaan dan hidup baharu.

9. Berdiam diri adalah jawapan terbaik terhadap seseorang yang tidak bijak menghargai dirimu.

10. Mereka boleh berbohong, tetapi tingkahlaku mereka masih boleh dibaca dan terbongkar juga. Melalui mimik muka, bahasa tubuh, semua itu boleh 'berbicara' dengan sendirinya.

Anak cucu Tok Abah,

Sayangi diri. Itu resipi utama sebelum kamu menyayangi orang lain dan kehidupan dengan sepenuhnya. Jika tidak bermula dengan diri sendiri, macamana rasa sayang itu boleh terpancar dengan penuh keindahan dan kemurnian peribadi.

Moga kita terus menerus menyayangi diri. Kerana selangkah kita menyayangi diri, selangkah kita jauh dari menyeksa diri.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Sayangi diri sendiri terlebih dahulu.
10 Kata hikmah ini akan buat kamu lebih kuat untuk menyayangi diri sendiri hari ini:

1. Ada orang akan mempergunakanmu.
Ada orang akan mengujimu.
Ada orang akan meninggalkanmu.
Ada orang akan mencintaimu.

Ketahuilah bahawa semua itu akan mengajarmu.

2. Kamu hanya layak menerima kesungguhan seseorang, bukan alasannya.

3. Hidup tetap berjalan. Sama ada bersama atau tak bersamanya. Kerana akhirnya, kita tetap akan sendirian juga apabila nyawa bercerai dari badan.

4. Jika dia benar-benar mahukan kamu, pasti dia usahakan. Jika dia buat sambil lewa dan slumber sahaja, ketahuilah tiada tempatnya di hati kamu.

5. Minta maaf terhadap kesalahan kamu, bukan terhadap apa yang kamu rasa. Apa sahaja yang kamu zahirkan, itulah tindakan. Apa sahaja yang kamu rasakan, ia masih lagi terpendam dan kamu masih boleh memilih untuk menyimpan sahaja perasaan itu.

6. Lebih percaya diri, semakin hilang ketakutan dalam diri. Bangkit!

7. Pilihlah orang yang memilih kamu. Bukan kejar dan puaskan hati orang yang kamu sayang, walhal dia tak pun menyayangimu.

8. Jangan bawa perasaan lama ke dalam pengalaman yang baharu. Dengan pengalaman baharu, bina perasaan dan hidup baharu.

9. Berdiam diri adalah jawapan terbaik terhadap seseorang yang tidak bijak menghargai dirimu.

10. Mereka boleh berbohong, tetapi tingkahlaku mereka masih boleh dibaca dan terbongkar juga. Melalui mimik muka, bahasa tubuh, semua itu boleh 'berbicara' dengan sendirinya.

Anak cucu Tok Abah,

Sayangi diri. Itu resipi utama sebelum kamu menyayangi orang lain dan kehidupan dengan sepenuhnya. Jika tidak bermula dengan diri sendiri, macamana rasa sayang itu boleh terpancar dengan penuh keindahan dan kemurnian peribadi.

Moga kita terus menerus menyayangi diri. Kerana selangkah kita menyayangi diri, selangkah kita jauh dari menyeksa diri.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Sayangi diri sendiri terlebih dahulu.
Jika kamu ada anxiety, fahami pesan ini:

1. Tiada yang kelam kabut, buruk dan hancur lebur seperti yang kamu bayangkan dalam minda.

2. Kita menderita lebih teruk dalam bayangan kita sahaja, namun tidak di dalam realiti.

3. Terlalu risau tentang perkara di masa hadapan, tidak membuatkan perkara itu berhenti daripada berlaku.

Namun, ia hanya membawa pergi kebahagiaan kamu hari ini.

4. Selalu ingatkan pada diri sendiri, tiada yang kekal di atas dunia ini melainkan hanya Allah SWT.

5. Kamu sudah berusaha. Maka kamu sudah buat yang terbaik dari apa yang kamu fikirkan.

6. Semua perkara akan jadi okay sahaja, kamu pasti boleh lakukan lagi sekali.

Penuhkan hati dan minda kamu dengan perkara positif.

7. Uruskan apa yang kamu bayangkan dan nak capai. Jadikan ia suatu realiti.

8. Tiada yang akan dapat menghilangkan anxiety dalam diri melainkan kamu bertindak sendiri secara bijaksana.

9. Semak suara hati kamu. Jika lebih banyak kata-kata negatif yang kamu dengar, jangan di layan. Alihkan perhatian kamu dengan mendengar alunan ayat Al-Quran, Zikir dan bunyi terapi alam.

10. Ulang apa yang Tok Abah tuliskan ini:

- Saya kuat!
- Saya boleh buat!
- Saya layak dan mampu!
- Saya layak untuk bahagia!
- Saya akan buang semua pemikiran negatif dalam minda.

Anak cucu Tok Abah,

Jangan terbawa-bawa tentang apa yang kamu dengar dan fikirkan. Semua itu tidak benar. Semua itu adalah fantasi. Lawan dengan ilmu. Lawan dengan bijaksana. Jangan biarkan suara itu menguasai kamu.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Mental Perkasa!
Petua nak hilangkan baran ni ada caranya.

Bila rasa nak marah, ketap bibir dan terus pandang tempat lain. Capai air masak dan minum sekurang-kurangnya dua gelas.

Kemudian pergi ambil wudhu dan buat solat taubat.

Kalau wanita yang tak boleh solat. Lepas dah minum air tu, pandang tempat lain, buat kerja lain.

Sebenarnya kalian boleh nak marah, mungkin masalah tu boleh selesai dan kesalahan tu tak berulang.

Tetapi ada hal yang kekal.

Iaitu pasangan akan terasa hati dan ingat sampai bila-bila.

Yang itu yang tak seronok.

Titik kebahagiaan seseorang terletak di hati.
Perasaan yang ada dalam itu, kalau kita nak buat dia gembira. Maka jangan kita bagi dia terasa dan terluka.

Kadang, hal yang timbul ni bukannya hal besar.

Boleh kata hal yang kecil sahaja terus diperbesarkan.

Para pasangan suami isteri di luar sana,

Boleh saja kita selesaikan dengan cara lain tanpa perlu marah pasangan kita.

Kita boleh pilih untuk berbincang tanpa guna kata-kata berapi.

Kita boleh pilih untuk berbincang pada masa dan tempat yang sesuai dan privasi.

Buang atau kawal sikap cepat nak melenting, cepat nak marah, panas baran ni sebab ia sifat syaitan.

Syaitan suka kita ikut sifatnya.

Moga kita berlepas dari sifat amarah ini dan jadi manusia yang tenang dan sabar menghadapi sebarang ujian.

Perbaiki dan perbetulkan sebelum terlambat.

Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Jangan marah-marah, nanti kena jual. Hehe!
Sekarang dah masuk fasa mendidik diri dan keluarga sedikit demi sedikit tinggalkan nikmat dunia. Allah dah beri peringatan bahawa dunia ini hanyalah hiburan dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat itulah sebenar-benar kehidupan. Ini Allah dah bagi amaran dalam Al-Quran.

Ada hutang?
Langsaikan hutang yang berbaki.

Dah selesai bayar hutang?
Jangan tambah lagi hutang.
Jangan ulang dosa riba' lagi.

Dosa riba' itu menarik keberkatan hidup. Amal ibadah pun jadi malas nak buat. Kadang rasa hidup ini serba serbi tak kena. Macam mana nak tenang sedangkan kita berperang dengan Allah dan Rasul?

Sekarang dah masuk fasa didik diri kita dan keluarga tinggalkan kesedapan dunia. Didik diri dengan amalan berpuasa. Puasa ini amalan orang-orang soleh. Didik diri dan keluarga kurangkan makan. Makan ala kadar. Makan sekadar apa yang ada. Berpuasa akan menundukkan NASFU.

Isi perut kita dengan :

1/3 makanan
1/3 air (minuman)
1/3 udara (pernafasan)

Dekat dunia ini kita boleh berbangga punya barang-barang koleksi. Koleksi jam, handbag, baju, barang kemas, kereta dan sebagainya tapi di akhirat nanti satu persatu harta yang kita miliki di dunia akan disoal Allah. Ketika itu yang menjawab di depan Allah bukan lagi mulut tapi tangan, mata, telinga, kaki dan semua pancaindera kita yang menjadi saksi ketika kita hidup di dunia akan menjawab. Ketika ini mulut akan dikunci rapat. Tidak lagi boleh bercakap.

Semakin kurang harta dunia kita, semakin mudah kita dihisab. Di akhirat kelak, orang yang banyak harta paling lama dihisab.

Kalau ada barang-barang atau pakaian yang kita simpan tak pakai dalam almari, cepat-cepat clear kan. Jual atau sedekahkan. Semakin kurang harta, semakin mudah perhitungan di akhirat kelak.

"Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui."

(Surah Al'Ankabut. Ayat 64.)
SATU ITEM HANYA BEHARGA RM29.90โœ… TIDAK TERMASUK POSTAGE YA KAWAN-KAWAN
Anonymous Quiz
56%
BERMINAT NAK BELI DI MANA ?
44%
NANTI SAYA BELI YE KAK๐Ÿ˜
berminat boleh direct mesej syiera yee๐Ÿฅฐ๐Ÿ™๐Ÿป
trust me , tiada Do'a tanpa jawapan . akan sampai satu masa pasti Allah kabulkan . sabar dan percaya dengan takdir Allah . lambat atau cepat , baik atau buruk hanya dia yang mampu tentukan . jangan pertikai, jangan mengeluh . please believe that apa yang jadi semua adalah yang terbaik . percayalah dengan kekuatan do'a . kerana do itu senjata orang beriman . jika Allah tak mengabulkan di waktu yang cepat , maka Allah akan kabulkan di waktu yang tepat . semua yang ditakdirkan takpernah sia-sia . timing Allah takpernah salah , inshallah . okay ?โค๏ธ๐Ÿ’ฏ
kepada korang yg masih kurang tahu tentang solat , salam maghrib akak share dekat korang supaya boleh hafal ya๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿค—
nak masuk ramadhan dh so kita kena belaajae daripda sekarang jika masih tidak tahu lagi cara nak solat jangan malu