@Syierabahari_
1.44K subscribers
109 photos
217 videos
1 file
14 links
JAGA LISAN KERANA LISAN BLEH MUDAH MASUKKAN KITA KE SYURGA DAN KERANA LISAN JUGA MUDH KITA TERJERUMUS DALAM API NERAKA😭
Download Telegram
sudah tiba masanya kita berhenti menormalisasikan dosa , bercouple itu haram dan mendatangkan dosa . tidak usah meninggalkan-komen yang menyokong perbuatan mereka seolah-olah bercouple itu'fidak berdosa . tinggalkanlah komen yang mengingatkan mereka tentang dosanya bercouple , mencintai itu fitrah manusia tapi bukan dengan cara yang haram .
🌧

untuk perempuan , jika ada lelaki yang kamu kenal dan kamu suka tapi panas baran , kaki pukul , suka memaki hamun kamu didepan orang ramai , suka ajak keluar berdua duaan , tak pernah berani jumpa wali dan yang paling utama tinggal solat dan tidak pernah solat . lebih baik tinggalkan lelaki seperti itu . permulaan pon dah musnah sedangkan allah yang utama dia abaikan . macam mana nak bina keluarga yang bahagia ? macam mana nak diredhai allah ? jangan menikah dengan lelaki yang tinggal solat . hijrah ye sayang .
Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat , dan jauhkan kami dari azab api neraka . Aamiin .
selamat berbuka semuanya ! 🤍
rasanya sejuk & tenang bila lepas solat mengadu semua dekat tuhan sendiri daripada rasa serabut tentang kehidupan masa depan dan sebagainya , tiba tiba rasa setenang itu bila lepas luah , beza nya rasa kalau luah dekat manusia dengan tuhan sendiri ini .
4 CARA NAK KENAL ORANG YANG BERAGAMA 👳🏼

1. Tengok waktu dia marah

🔥Kalau orang yang marah tapi beragama dan beramal dengan agamanya, waktu dia nak marah pun, dia mampu tahan marahnya walaupun memang patut memarahi kerana dia faham dalam agama tidak ajar memarahi orang. Hatinya mampu tenangkan api kemarahannya dan tindakkannya Nampak seperti apa yang di ajarkan dalam agama.

🔥Tapi Kalau orang yang tak beragama, tak beramal dengan agamanya, waktu dia marah, dia akan cakap apa yang terlintas dalam fikirannya, semua jenis binatang dia cakap, maki orang kutuk orang. Orang yang macam ni sebenarnya BELUM SEMPURNA AGAMANYA.

Orang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam pergaduhan besar tapi orang yang mampu menahan kemarahannya walaupun memang patut tempat marahnya, Nabi kata kalau rasa nak marah Maka diamlah.

2. Waktu dia sedih

💧Bilamana dia ditimpa musibah bala atau keluarganya meninggal, dia bersabar, tidak merungut dan menggangap ujian itu datang dari Allah, maka beragamalah orang itu

💧Tapi bilamana dia ditimpa musibah bala dan lain2, dia merungut, mencarut, mencaci dan tak terima kenyataan itu dari Allah, maka dia belum beragama.

3. Waktu dia sakit

🐝Dia suka merungut apabila mengalami kesakitan. Orang yang beragama tidak akan merunggut kerana dia faham kesakitan itu dating dari Allah iaitu satu kafarahnya untuknya.

4. Waktu dia susah dan miskin

🐝Orang yang tak beragama, masa hidupnya senang dia suka cakap besar tentang agama. Cth ; masa senang, dia cakap kita kena bagi sedekah banyak2 tapi cuba tengok masa dia susah, dia berani tak nak bagi sedekah banyak2?

🐝Tapi orang yang beragama itu, waktu dia susah atau senang, dia tetap beramala dengan agamanya
Isteri solehah itu bukan yang 24 jam pegang tasbih, bukan yang duduk 24 jam atas tikar sejadah. Bukan yang hebat tahajudnya. Bukan yang hebat sedekahnya. Bukan yang disanjung orang ramai ketika hidupnya. Bukan yang bijak dalam akademik. Bukan yang memegang jawatan tinggi tinggi dalam kerjayanya..Bukan yang bersuamikan suami soleh. Bukan yang bersuamikan suami yang kaya harta. Bukan juga memiliki suami yang sentiasa mengikut kehendak isteri..

Tapi isteri solehah itu isteri yang boleh jadi amalannya biasa biasa sahaja. Cukup jaga amalan yang fardhu, lurus akidahnya, dan paling penting menyenangkan dan membahagiakan hati suami tanpa syarat. Mengasihi dan menyayangi suami tanpa syarat. Guru guru selalu pesan.Taat lah suami(selagi tak langgar syariat). Kerana syurga isteri memang terletak pada suami. Dapat redha suami dapatlah syurga😢😢

Membahagiakan suami ni kadang kadang hanya dengan benda simple. Suami suka makan sekian sekian. Jadi dia sedaya upaya masakkan makanan kegemaran suami walau dia pun tak berapa gemar makan makanan tu. Suami balik kerja sambut suami di muka pintu rumah. Terus sahut panggilan suami walaupun ketika tengah sibuk dengan urursan rumah.. Perkara yang nampak simple tu la kadang kadang payah nak buat istiqomah.

Memuliakan suami pula lebih tinggi maqomnya..Tak makan sebelum suami makan, jaga adab zohir dan batin dengan suami, dan mengutamakan suami lebih dari segala galanya.. tapi ni maqam isteri solehah yang bukan biasa biasa. Zaman sekarang kalau ada tu memang ibarat permata yang berharga isteri macam tu. Dan kalau buat memang dipandang pelik.. Tapi isteri yang buat macam tu sebab dia memuliakan suami kerana Allah..Bukan kerana siapa diri suaminya.

Suami soleh tu bukan syarat utama untuk seorang isteri jadi isteri solehah.. Sebab bersuamikan suami yang soleh pun ada ujiannya sendiri. Kata guru, kalau taat dan buat baik dekat suami ketika suami baik atau ketika hati tengah gembira bukan lah taat namanya. Tu hanya lah balas kebaikan suami..

MasyaAllah bukan mudah nak jadi isteri solehah yang hidupnya mengharapkan redha suami. Hanya melalui redha suami lah dia mendapat redha Allah.. Bukan mudah
KUNCI KEBAHAGIAAN

1 - Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2 - Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

3 - Lidah sentiasakan berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali.

4 - Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan untuk orang seterusnya.

5 - Setiap kali waktu solat, paksakan diri untuk solat di awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

6 - Sentiasa ucap rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji

7 - Tekadkan dalam diri nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

8 - Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

9 - Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

10 - Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

11 - Akhir sekali, berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, sayangi diri sendiri.

Ilmu untuk dikongsi bukan untuk disimpan ..

Nota penting:
Jangan kedekut ilmu kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Alhamdulillah ♥️
Betapa SYIRIK nya kita

1. Belajar pandai pandai, nanti dah besar pangkat tinggi , gaji besar hidup senang. SYIRIK

2. Lepas belajar apply kerja gomen, senang dan cerah masa depan. SYIRIK

3. Kalau hafal quran , besar nak jadi apa? SYIRIK

4. Kerja gomen senang beli rumah SYIRIK

5. Uishhh kalau tak makan ubat ni, mati kena sakit jantung. SYIRIK!

Dan banyak lagi kesyirikkan yang selalu kita ungkapkan tanpa sedar. Seolah olah nasib dan masa depan kita bergantung kepada Tingginya pelajaran, tinggi nya kedudukan

Kita lupa, setiap yg hidup Allah dah tuliskan rezekinya tersendiri. Allah dah siap kan semua. Kita hanya lalui dgn YAKIN!

Yakin ke kita, esok masih ada kerja?
Yakin ke kita, esok masih ada pelanggan?
Yakin ke kita, esok company kita masih ‘bernyawa’?

Kenapa sibuk sangat nak jadi ahli nujum, meneka masa depan sampai membelakangkan tugas Allah?

Hati-hati kawan(saya juga pesan pada hati)
Kadangkala, kita ni zahir nampak taat, batin belum tentu. Kenapa? Sebab yakin kita pada Allah sangat lah sedikit. Banyak bersangka buruk pada takdir Allah.

Bila tak kena dgn plan kita, sibuklah kata ‘kalaulah’….
Tak sedar lagi ke, semua itu adalah takdir Allah
Siapa yg tulis dan susun takdir kita?
ALLAH!
Allah tu apa sifat nya?
Maha berkuasa, Maha bijaksana, Maha pengasih
Jadi kenapa nak prasangka lagi dengan takdir Allah???????

Kenapa nak meletakkan masa depan kita, anak anak kita pada tingginya belajar hidup akan senang?
Yakin sangat ke kita, belajar tinggi tu hidup senang lenang?

Kenapa nak letakkan nyawa kita tu dibawah pegangan ubat? Yang sembuhkan tu ubah ke Allah?

Kenapa overthinking bila sales tak de? Yang bagi sales tu manusia ke Allah?

Kenapa kalau keje gomen katanya bole beli rumah, yang bagi kebolehan beli rumah tu gomen ke Allah?

Kenapa sampai sanggup kata, isshhhh tak bole takde laptop ni, ni lah ‘nyawa’ utk buat kerja. Takde ni, habis kena marah dgn bos! Yg bagi kerja tu boss ke Allah?

Ya Allah….
Banyak sungguh kita ‘Mensyirikkan’ Allah dgn sesuatu kan. Sedar atau tidak, ini lah kita dan perangai kita.

Sedangkan kita tahu, dosa mensyirikkan Allah itu adalah dosa YANG PALING BESAR

Jom sahabat. Kita kembali ke pangkal jalan, kita buang kesyirikkan tanpa sedar kita, kita jaga lidah kita drpd berkata yg sia sia, dari berkata sesuatu yg boleh jatuh akidah kita.

Bila dengar usrah Ustaz Ahmad rizam , mmg rasa dia sgt dalam. Sebab ada antaranya memang saya masih buat😭

Bila duduk di depan beliau, rasa bagai disembur sembur , kenapa nak terasa begitu? Sbb mmg buat😭

Ya Allah, ampunkan kami yg byk sgt lemah
Ya Allah, terimalah taubat kami yg berulang ulang buat salah
Ya Allah, pimpin lah hati dan jiwa kami yg selalu sgt goyah
Ya Allah, tanpa Mu kami pasti rebah

Bantu kami Ya Allah
Assalammualaikum korang maaf tau agak lama menyepi syiera sedikit sibuk insha Allah hujung bulan ni group ni akan riuh kembali dengan segala ilmu dan doa-dao harian yg boleh korang amalkn okay❤️
Anonymous Poll
32%
Kami Juga Rindu🥺
9%
Lama menyepi 🥺
12%
kami juga sibuk
46%
Alhamdulillah , kami x sabar nak tunggu ilmu-ilmu baru🥰
Antara masalah rumah tangga zaman ini, bila ramai yang terpengaruh dengan drama yang menggambarkan pasangan hidup yang kononnya sempurna. Kaya, rupawan, romantis berbunga-bunga dan kentut pun wangi. Maka ramailah yang mengimpikan 'kesempurnaan' itu pada pasangannya sampai akhirnya ada saja yang dilihat kurang dan tidak mencukupi.

Isteri nampak kurang cantik.
Suami nampak kurang romantik.
Ada saja serba-serbi kurang menarik.
Mata dan hati pun mula jeling-jeling apa yang orang lain punya milik.

Mencari-cari kesempurnaan pada pasangan itu hanyalah khayalan. Kesempurnaan itu milik Allah dan anugerah-Nya di syurga. Setiap kita baik suami atau isteri tetap memiliki kekurangan.

Jangan mengharapkan kesempurnaan.
Perbaiki kelemahan.
Perelok pergaulan.
itu kunci kejayaan rumah tangga dan insya-Allah indah kelihatan pasangan.

Dalam sebuah hadis:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ، وَرُزِقَ كَفَافًا، وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ
“Sesungguhnya berjayalah orang yang Islam, dikurniakan rezeki yang cukup dan diberi rasa kecukupan oleh Allah dengan apa yang dikurniakan kepadanya” [hadis riwayat Muslim].

-Dr. Kamilin Jamilin-
🖤🖤🖤

Wanita yang matang

🤍Kurang Bercakap dan Lebih Mendengar.
Wanita matang lebih banyak mendengar dari bercakap, secara semulajadinya kita dilahirkan dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut dan lidah sahaja, "A silent voice" kadang lebih kuat dari ketika kita bersuara.

Dan awak mungkin tak perasan, namun orang yang paling diam di dalam sebuah bilik adalah orang yang paling "loud" and could be the most "powerful" person too!

🤍Tidak Berborak Kosong.
Wanita matang tidak berborak kosong, Tetapi lebih suka untuk membicarakan perkara yang mendatangkan faedah, Berbincang tentang tajuk yang intelektual, tidak punya waktu untuk berbahas dengan orang yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

🤍Belajar dari kesilapan.
Wanita matang akan sentiasa belajar dari kesilapan, Mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup, tidak takut untuk mengakui kesilapan diri, malah mudah untuk meminta maaf.

Untuk menjadi hari ini, kaklong juga pernah melakukan banyak kesilapan dalam hidup, namun kita perlu memaafkan diri kita, meninggalkan hal yang tidak perlu, berdamai dengan masa silam dan move on ok!

Usah berkata
"Aku tak sepatutnya kahwin pada usia muda.." (contohnya), kerana setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya, kita bukanlah diri kita hari ini tanpa melalui segala kesilapan dalam hidup! Ucapkan terima kasih kepada masa silam

🤍Lebih Mudah Untuk Memaafkan
Wanita matang adalah orang yang lebih tenang dan mudah memaafkan, Nothing really matter in this world, menyimpan dendam adalah sangat meletihkan minda, ianya sungguh tidak perlu, awak akan jadi lebih bahagia apabila dapat memaafkan dengan mudah.

Jadi wanita yang tidak mudah untuk disakiti taw

🤍Tidak Memaksa Cinta
Owh yes! Wanita matang tidak akan memaksa cinta, tidak mengejar cinta yang tidak berbalas, tidak membuang masa untuk berharap kepada orang yang tidak membalas cinta mereka, awak akan tahu bagaimana rasa cinta yang sebenar bila orang yang benar-benar cintakan awak hadir dalam hidup kerana Allah

🤍Terima Takdir Dengan Hati Terbuka
Samada ujian yang datang itu kecil, sekecil-kecil seperti sakit kepala ataupun berat seperti terpaksa berdepan dengan perpisahan yang amat menyakitkan dalam hidup, awak sekarang lebih menerima takdir yang sedang awak lalui dan mengendalikannya dengan rahmat serta pengertian dan ketenangan berbanding dahulu.

Yakin bahawa setiap apa yang berlaku dengan izin Allah adalah yang paling baik sekali, walaupun kita mungkin berasa ianya sangat sukar hinggakan terpaksa menangis begitu lama

Sedih dan sakit itu biasa, Namun dengan kematangan kita akan dapat membersihkan "luka" itu sendiri, Bangkit semula tanpa menyalahkan sesiapa

Not easy, but just keep going

🤍Tidak Mudah Menghakimi
Tidak judgemental apa lagi buruk sangka terhadap orang lain dengan mudah, sentiasa melihat kebaikan pada setiap orang, wanita yang matang sangat merendah diri, hebat mana pun kita, usah sesekali pandang hina terhadap orang lain, segala apa yang kita miliki adalah berupa pinjaman sahaja.

🤍 Lebih Suka Berdiam Dari Bertengkar Yang Tidak Membawa Kepada Kebaikan
Wanita yang matang akan tahu bahawa bertengkar untuk perkara yang tidak perlu adalah sia-sia, Jika tidak ada kata-kata yang baik, diam itu adalah lebih baik, jangan dengar yang tak perlu di dengar, jangan lihat yang tak perlu dilihat, jangan bicara yang tak perlu dibicara.

Do not react to negativity

🤍Tahu Bahawa Bahagia Itu Tidak Di tangan Orang Lain
Wanita matang tidak akan berharap kepada orang lain untuk menjadi bahagia, Cukup hanya Allah, terus berharap pada Allah

La Tahzan
Jangan bersedih, sentiasa belajar redha dan berlapang dada.

🤍 Jaga solat 5 Waktu
Kerana wanita yang matang tahu, solat itu kunci bahagia, menangis tidak kepada manusia lagi, tetapi hanya kepada Allah yang Esa, tidak merayu pada manusia, tetapi bersujud dan memohon kepadaNya Yang Maha ESA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ❤️

📌 Kak Long 16 julai 2022
Peringatan bukan sekali, perlu berkali kali
MashaaALLAH
Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.

2. Usah pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.

Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.

4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.

Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.

5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.

6. Jangan menghakimi orang lain.

Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.

7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.

Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.

8. Senyumlah selalu.

Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.

Kredit : Al Amin
Hukum jual beli cedok jelas adalah Haram kerana di sana ada unsur Gharar.

Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli Gharar - sahih Muslim

Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat di pastikan barangan yg akan diperolehi.

Rasulullah juga melarang keras bentuk jual beli Al-Mulasamah dan Al-Munabadhah.

Imam Nawawi sebut jual beli sebegini adalah bathil iaitu tidak sah kerana ada unsur Gharar.

Menurut Ibn Hajar Al-Asqolani jual beli begini adalah bentuk jual beli jahiliyyah.

Nasihat hamba, jangan tanya hukum agama pada "budak-budak TikTok" banyak yang tak mengaji tapi giler nak glamour jadi 'Ustaz'.

Orang duk kata kat Tiktok ni banyak yang menyamar jadi ustaz. Pakai jubah, serban, bubuh rida' atas bahu terus jadi ustaz.

- Hafiz Adnan -
Tersenyumlah. Walaupun kau rasa benci. Walaupun kau sakit hati. Walaupun kau tak suka.

Namun andai tersenyum mampu buat mereka gembira, dan andai tersenyum mampu menyembunyikan luka, maka, senyumlah.

Biar senyummu bernilai sedekah. Biar sedekah itu merapatkan ukhuwah. Meraih redha Allah.

Melangkahlah. Walaupun kau rasa penat. Walaupun kau dah tak larat. Kerana ada perkara yang tetap perlu kau buat. Demi satu perhitungan di akhirat.

Buatlah. Walaupun kau rasa malas. Walaupun kau rasa tak ikhlas. Kerana ada perkara yang perlu dipaksa. Agar selari dengan agama. Agar tiada hati terasa. Agar tiada dosa tentangnya yang perlu dihisab di sana.

Ada perkara yang perlu kau paksa diri melakukannya. Ada bahagia yang perlu kau beli dengan pura-pura.

Tak mengapa. Kerana pada sesuatu dipanggil pengorbanan ... di situ ada catatan perjuangan. Ia mujahadah demi menuju rahmat Tuhan. Untuk hari ini, dan hari kemudian.
Guru saya pesan.

Kalau keluar rumah selalu sematkan.

1.Ya Allah, aku nak belajar sesuatu ketika aku keluar ni. Moga ada teladan yang mampu aku contohi, moga ada juga kesilapan yang mampu aku jauhi.

2.Ya Allah, semua orang baik daripada aku, aku nak belajar jadi baik macam diaorang.

3.Ya Allah, orang yang aku jumpa ni pasti banyak hajat dalam hidup mereka, Kau tunaikan ya Allah.

4.Ya Allah, moga orang yang bertemu aku hari ini, mereka merasa ketenangan , kebahagiaan kegembiraan dan kesenangan.

Begitulah kawan-kawan.
Daripada 1 orang kita jumpa, banyak perkara baik yang kita belajar.

Psst: Kita akan jumpa apa yang kita cari, so teruskan semat nak cari kebaikan, maka kita akan 'nampak' kebaikan tu. Sungguh!

Jadi suka+rela+one hari ini, ambil pengalaman orang cakap.

Afifah Alwi