@Syierabahari_
1.48K subscribers
109 photos
217 videos
1 file
14 links
JAGA LISAN KERANA LISAN BLEH MUDAH MASUKKAN KITA KE SYURGA DAN KERANA LISAN JUGA MUDH KITA TERJERUMUS DALAM API NERAKA😭
Download Telegram
Assalammuaalaikum
Salam subuh📌❤️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ramadhan Bakal Tiba📌😍jadi kepada yg belom ganti puasa yg lalu ceoat segerakan ganti ye kawan2❤️inshaAllah sepanjang bulan ramadhan banyak perkongsian ilmu yg bermanfaat yg syiera akan kongsikn di dlaam channel ini🍃
Hi korang assalammualaikum
Syiera nk share amalan dan doa2 yg kita boleh amalkan sepanjang waktu sehingga ramadhan tiba
Jangan lupa amalkan tau🥰
Pendek je tak panjang pon insha Allah🥰
Semoga ramadhan kita pada tahun ini adalah ramadhan yg sempurna dan bukan ramadhan yg terakhir bagi kita Aamin🍃❤️
MARHABAN YA RAMADHAN

TIPS RAMADAN:

7 PERKARA MUDAH SEBAGAI PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN

1. Kemas bilik untuk solat/qiamullail/mengaji al-Quran.

2. Tampal kata-kata "Ahlan Ya Ramadhan" di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.

3. Sediakan al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian untuk Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dlm buku tu. Buku tu akan jadi "Diari Ramadhan"

4. Mohon pada Allah setiap masa supaya dipertemukan dengan Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.

5. Ulang kaji topik-topik berkenaan Ramadan melalui ceramah-ceramah di YouTube :
-Apa kelebihan Puasa Ramadhan?
-Kenapa kita perlu puasa?
-Bagaimana nak kuatkan diri untuk Qiamullail?
-Apa itu Malam Lailatulqadar?
-Apa perkara yang membatalkan puasa?

6. Berhenti mengata, mengeji. Mulakan mengaji al-Quran. Ketahui tahap bacaan al-Quran pada aras yang mana. Cari guru untuk belajar al-Quran sepanjang Ramadhan. Timbulkan rasa malu dengan Allah jika culas dengan Al-Quran.

7. Sediakan bahan-bahan masakan untuk memudahkan hidangan sahur dan berbuka.

#ramadhan
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.

Kaya atau miskin, sihat atau sakit, susah atau senang, berjawatan atau tidak, semuanya akan berakhir dengan kematian.

Itulah hakikat dunia, hanyalah pinjaman untuk ujian, samada terzahir dalam diri sifat Sabar atau Syukur yang natijahnya adalah hadiah Syurga dari Allah.

Tetaplah tersenyum saat lelah dan letih diuji, kerana setiap aturan Allah dalam hidupmu adalah aturan yang terindah dariNYA.

Sampai bila harus bersangka baik kepadaNYA? Sampai kita dijemput oleh Allah dalam keadaan hati kita tetap bersangka baik kepada Allah agar Allah membalas segala kebaikan tersebut dengan Syurga yang kekal abadi.
Hai Korang 😍 Dah Ada Tudung Raya belom ? belom ☹️ Jom Grab Shawl Raya By Syierabahari😻 Labuh,mesra iron, dan ringan