PRISMA OFFICIAL
617 subscribers
830 photos
5 videos
28 files
801 links
Channel ini dibuat bagi menyalurkan note-note usrah serta kata2 hikmah PRISMA
Download Telegram
Forwarded from Indahnya Islam
Laman web yang membantu meletakkan baris pada perkataan dan ayat Bahasa Arab.

https://harakat.ae/

Telegram: telegram.me/indahnyaislam
Instagram: instagram.com/indahnya.islam
Forwarded from Abbasy Official
Sabtu | 11 February 2017 ,
PRISMA membawa usrah yang bertajuk "Kunci Ketenangan Hati"

*Ini teks usrah dalam bentuk pdf ya 🙂
"Ada yang menuntut ilmu namun tidak mengamalkan wirid, zikir, tasbih dan selawat. Orang seperti itu bukan termasuk dalam thalibul ilmi."

(Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Mahsyur)
Siapkanlah senyuman manis diwajahmu sebelum bersalaman, kerana bersalaman tanpa ada senyum akan hampa dan tidak akan membawa kepada hangatnya persaudaraan.

(Habib Ali Zaenal Abidin Alkaff | Pemimpin Cinta Rasul International Community)

Follow Twitter/Instagram : @habibalialkaff
Facebook : Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff
#MalaysiaCintaRasul #NusantaraCintaRasul
Allah SWT berfirman:

اُتْلُ مَاۤ اُوْحِيَ اِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَ    ؕ اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ ؕ وَلَذِكْرُ اللّٰهِ اَكْبَرُ   ؕ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

(QS. Al-'Ankabut: Ayat 45)
Kata Ulama, apabila Allah swt tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Dunia hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi.
Jika kita mampu mengawal hati di dalam solat, insya-Allah kita akan mampu mengawal hati di luar solat.

Hati yang berhubung dengan Allah tidak akan mudah terguris dengan kata-kata dan karenah manusia.

Jika hati masih liar dan sukar dikawal, itu petanda solat belum kyusuk, zikir belum mantap.

Jika hati masih mudah terluka dengan kata-kata dan karenah manusia, itu petunjuk hubungannya masih lemah dengan Allah.


💕