Tips Rezeki & Kebahagiaan
2.42K subscribers
8.92K photos
494 videos
18 files
7.5K links
Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah 💕💝
Download Telegram
GANDAKAN AMALAN DI 10 AKHIR RAMADAN

Antara amalan yang boleh kita gandakan iaitu :

1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3. Beri'tikaf di Masjid
4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
5. Banyakkan bersedekah

Semoga kita istiqamah beribadah sepanjang 10 malam terakhir ini kerana lailatulqadar pasti hadir pada salah satu malam tersebut.

#lailatulqadar

#quotephotovideo 🍃🍃
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
DOA MALAM LAILATUL QADR

Untuk meraih keutamaan malam lailatul qadar, Rasulullah menganjurkan bagi umat Muslim utk memperbanyak membaca doa lailatul qadar sambil itikaf di dalam Masjid. (untuk wanita, seeloknya di rumah sahaja)

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
Orang yang bersih hatinya, dia tidak akan pernah kenyang untuk sentiasa membaca dan bersama Quran.

Kebersihan hati kita dapat diukur melalui hubungan kita dengan Quran.

Andai kita cepat jemu, rasa malas untuk membaca Quran, mungkin ketika itu hati kita tengah kotor.

Muhasabahlah.. bersihkanlah hati dengan zikir dan istighfar. Moga kita akan rasa cinta dengan Quran


❤️

#quotephotovideo 📿📿📿
Manusia hari ini suka sangka-sangka.
Ada sangka baik.
Ada sangka buruk.

Orang beribadah disangka riak.
Rileks disangka malas.
Berpakaian baru disangka menunjuk.
Berpakaian buruk disangka hina.
Makan banyak disangka pelahap.
Makan sikit disangka diet.
Orang berperangai baik disangka buruk.
Orang berperangai buruk disangka baik.
Senyum disangka mengejek.
Masam disangka merajuk.
Berbincang disangka mengumpat.
Diam disangka menyendiri.
Menawan disangka menggoda.
Ceria disangka mengada.
Bertanya disangka meyibuk.

Mana tahu,
Yang senyum itu kerana bersedekah.
Yang masam itu kerana mengenang dosa.
Yang berbincang itu memberi pendapat.
Yang diam itu kerana beribadah.
Yang menawan itu bersih wataknya.
Yang ceria itu cerdas mindanya.
Yang bertanya itu prihatin orangnya.

Justeru itu…sesuatu perkara yang kita lihat.
Jangan suka sangka-sangka.

Sikap sangka-sangka itu akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka.
Jauhi sikap sangka-sangka.

Dan jangan sesekali sangka diri kita saja yang sempurna dan baik segala-galanya.
Anda tak perlu jawab pada benda ini…
Jawablah pada diri sendiri…

Jangan sangka orang itu suka pada diri kita
jika diwajahnya ada senyuman.
Kerana mungkin dia
sedang menyumpah kita dalam senyumannya.

Walau siapapun kita…anggaplah orang lain pun baik.
dan redhai apa yang ada padanya.
Kerana itu anugerah Allah kepadanya.

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Forwarded from NASIHAT² KEHIDUPAN
@quotephotovideo 🕸🕸🕸
Ikhlas itu bukan soal menyembunyikan kebaikan agar orang lain tidak melihat kebaikanmu.
Bukan juga tentang memperlihatkan kebaikan agar orang lain memujimu..

Tapi ...

ikhlas itu bagaimana kita istiqomah melakukan kebaikan tanpa memperdulikan orang lain melihat maupun tidak melihat atas kebaikan yg kita kerjakan..
Saya suka berpegang pada kata-kata Buya Hamka.

Dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Buya Hamka menulis. Pintu cinta itu ada banyak. Ada pintu suka. Ada pintu rindu. Ada pintu sayang. Dan di antara semua pintu, pintu cinta yang tertinggi adalah pintu kasihan.

Saya pernah jumpa seorang ibu yang masak makanan yang berbeza untuk anak yang berbeza. Sebab anak itu tak lalu kalau lauk telur tak ada. Jadi setiap hari dia akan pastikan lauk itu mesti tersedia. Kasihan katanya kalau anak itu nanti tak berselera.

Sahabat saya yang seorang ini baru saja keguguran. Jadi suami datang waktu makan untuk jadi teman pengubat kesedihan. Walau pun tak lama cukup untuk jadi pengubat rasa. Walau berulang alik dia rela asalkan terhibur hati isteri tercinta.

Begitu sahabat baik saya sekarang. Setiap minggu ke KL-Melaka dia akan berulang. Sebab kasihan pada ibu yang ditimpa sakit yang bukan biasa ujiannya. Dan kasihan pada ayah kalau terpaksa urus sendiri semua perkara.

Juga saya kenal beberapa orang lelaki. Yang balik kerja tolong urus rumah sama-sama sekali. Ada lelaki habis kerja ambik masa nak lepak pula lagi. Tapi ada suami yang kasihan kalau kerja rumah dibeban seorang di bahu isteri.

Boleh saja ibu tadi buat tak kisah mana.
Makan sajalah apa yang tersedia.

Boleh saja suami tadi buat tak tahu.
Nanti lama-lama baiklah hati isterinya itu.

Boleh saja kawan saya tak jaga ibunya.
Masih ada ayah yang ada bersama ibu di sana.

Boleh saja suami tu buat tak reti.
Pandailah nanti isteri urus rumah sendiri.

Tapi manusia ini Allah bagi pinjam sedikit sifat RahmanNya. Untuk berkasih sayang dan berlemah lembut sesama makhluknya. Di atas semua nama, Al Rahman yang jadi pemula. Sebelum buat apa, pada sifat Al Rahman dulu yang kita pinta.

Kasihan itu buat kita berkorban.
Kasihan itu ajar kita memudahkan.
Kasihan itu buat kita setia.
Kasihan itu ajar kita menjaga.
Kasihan itu buat kita empati.
Kasihan itu ajar kita merasai.

Begitu saat mahu masuk syurga. Bukan sekadar amalan jadi penentunya. Di atas semua perkara adalah kerana rahmat Allah pada manusia. Dan atas sifat kasih dan kasihan yang tinggi pada hambaNya. Begitu kita minta. Moga Tuhan kasihani kita.

Jangan terjerumus kita dengan satu pun perkara yang sia-sia. Jangan sampai kita buat perkara yang melukakan sesama manusia. Semoga terjaga kita hanya dengan perkara yang menjadi redhaNya. Kerana sifat kasihan itu adalah cinta pada sekian banyak cinta.

Siti Suryani Yaakop
#kaknis

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02TUCN5DZBgWyNnKqUR7cjQzCEGptwEiSB7PwKCaRbMewyXdfX8zyoC2ha8QoukgqGl&id=100003999362517&mibextid=Nif5oz
Ada seseorang yang memperlakukan Solat Dhuha seperti Solat Wajib.
Alasannya kerana khuatir tidak mendapatkan rezeki.

Ada lagi pemuda yang tidak lepas Solat Dhuha setiap harinya demi mendapatkan bonus tempat di kerjanya.
Sementara dirinya selalu tertidur disaat Solat Subuh.

Di tempat yang berbeza ada yang mengukur banyaknya Tahajjud yang dilakukan dengan kejayaan.

Ada yang begitu banyak bersedekah tetapi demi mendapatkan cash back di tiap usahanya.

Seorang Tabi'in yang banyak berinteraksi dengan sahabat pernah ditanya, apakah surah didalam Qur'an yang paling sering membuat Para Sahabat menangis ?
Lalu dijawab : "Surah HUD."

Kemudian ditanyakan lagi ayat berapakah dari Surah tersebut yang membuat Para Sahabat menangis ?

Dan dijawab : "Ayat 15 - 16."

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:;

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan."⁣

"Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat
kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan."⁣
(QS. Hud : Ayat 15-16)⁣

Inilah alasan kenapa Abdurahman bin Auf sering menangis ketika mendapatkan kenikmatan duniawi.

Sahabat yang mulia ini khuatir bila kenikmatan di dunia saat ini merupakan nikmat akhirat yang disegerakan. Hingga kelak di akhirat tidak didapatkan lagi nikmat-nikmat itu.

Allahu.... 😭
Nau'zubillahiminzalik

Luruskan lagi niat-niat kita.

Dhuha kita jangan diukur dengan bertambahnya rezeki,
Tahajjud kita jangan diukur dengan majunya bisness kita,
Sedekah kita jangan diukur dengan mewahnya rumah dan kenderaan.

Ukurlah diri kita dengan Para Sahabat Nabi saw yang mulia.

Seberapa bagus Dhuha, Tahajjud, dan Sedekah mereka dibanding kita ?

Sementara mereka banyak juga yang tidak hidup dalam kemewahan.⁣

Seperti AMIRUL MUKMININ UMAR BIN KHATTAB ra.

Kalau ukuran kejayaan semua kerana banyaknya Dhuha, Tahajjud dan Sedekah, maka tentulah orang-orang kafir tak ada yang berjaya.

Luruskan Niat...

Niatkan Dhuha sebagai sedekah untuk 360 ruas sendi kita,
Niatkan Tahajjud sebagai ibadah tambahan menutup yang kekurangan,
Niatkan sedekah kita untuk memadamkan segala sifat-sifat buruk didalam diri kita.

Pesan Guru saya, Allahyarham Haji Rosli,Siroon;

"Kalau pun kita pandai,
janganlah dicakapkan sangat,

Kalau pun kita berani,
janganlah ditunjukkan sangat,

Kalau pun kita penakut,
janganlah dinampakkan sangat,

Kalau pun kita bodoh,
janganlah diterangkan sangat,

Kalau pun kita kaya,
janganlah dihebohkan sangat,

Kalau pun kita miskin, janganlah diketarakan sangat,

IKHLASkan hidup hanya Allah swt."

"Salah satu sebab seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada Allah swt kerana dia suka memuji dirinya sendiri."
- Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala. -

-Copy from Ukhti Nasyitah Ting-

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0aa9DqFiFKYNpMmPn3ED2rvffKG6oXtGEUhebUyQDy35xMyEGPzvCU46bBx66Bvdjl&id=1094191972&mibextid=Nif5oz
5 kesilapan yang kita biasa buat dalam mendidik anak. (Arwah Suhaimi Saad)

1. Tidak ada ilmu

- Nak buat apa pun kena ada ilmu, kalau tak ada ilmu itu la punca kita banyak buat kesilapan.

2. Terlalu menyerahkan tanggungjawab pada pihak lain

- Faham ramai ibu bapa yang bekerja sekarang ni, terpaksa bergantung pada pengasuh, cikgu untuk didik anak kita.

3. Tidak menunjukkan contoh yang baik

- Suruh anak solat & mengaji tetapi kita tak buat. Suruh anak tapi kita tengok tv layan drama.

4. Tidak menghargai sebaiknya anak

- Jarang menghargai, jarang sebut tolong pada anak, jarang ucap terima kasih

5. Tidak sabar dengan anak

- Ini SS kata dia pun kadang termarah anak secara berlebihan, menghukum anak secara berlebihan. Anak itu ujian, memang kerja dia menguji kita jadi sebaiknya cuba untuk bersabar

Love ❤️
Fitnah AI.

Ramai je yang suka "kartun-kartun' ni, katanya cantik.

Cuba perhatikan.

Kalau kita ke Mekah, kita berdoa menghadap ke mana?

Macam kartun tu ke?

Zoom sikit 'orang-orang' kartun yang sedang solat tu...dia menghadap ke mana?

Pernah dapat tak AI wanita-wanita bertudung labuh, tapi nampak kaki?

Jangan cepat terpedaya dengan 'cantik'.

Jangan suka-suka cakap..'alaa..kartun je pun...'.

Minda sedang dijajah tanpa sedar.
..

#Teruskandakwah
#fitnahakhirzaman

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02E3RuAsXqU1C9YrNewLPLTAZdG4DKEB9o8mu1T5nhsnG3zaUcupZCNsLTtJggg7XGl&id=100001113244771&mibextid=Nif5oz
“Tiada isitilah curang bagi lelaki sebab lelaki boleh kahwin 4.”

“Adakah Nabi SAW dikira curang kerana Nabi juga mengamalkan poligami?”

Biasa kan dengar soalan dan statement ni?

Apa yang menentukan curang adalah bagaimana kita mendekati POLIGAMI sebelum poligami itu terjadi.

Poligami boleh terjadi DENGAN CURANG atau TANPA CURANG.

Curang adalah PERBUATAN.

Curang BUKAN definisi poligami sehingga kita boleh mengeluarkan sifir bahawa semua yang poligami adalah curang dan semua yang curang adalah poligami.

Tidak.
Curang dan poligami adalah 2 perkara yang berbeza langit dan bumi.

Poligami itu rukhsah.
Curang pula khianat.
Poligami menyelesai masalah.
Curang membawa masalah.
Poligami dilakukan dengan jalan mengangkat maruah. Curang menginjak maruah pada tahap yang hina.
Poligami itu ada undang-undang.
Curang itu sendiri melanggar undang-undang.

Yang menjadikan ummah keliru adalah BANYAK CURANG yang juga berakhir dengan poligami / banyak poligami yang bermula dengan curang.

Walhal - di saat lelaki CURANG dia sebenarnya AUTO TIDAK LAYAK BERPOLIGAMI. Dia lelaki zalim. Dia tidak ada kriteria layak poligami.

Poligami harus berada di tangan lelaki yang muhsin, soleh, bertaqwa, lelaki cerdas emosi dan intelektual, lelaki yang qawwam dan bertanggungjawab atas segala tindak tanduknya.

Di saat lelaki mahu poligami - dia WAJIB selamatkan diri dari apa jua sifat/perbuatan curang.

Curang dan poligami tidak mungkin menyatu dalam sesuatu situasi KECUALI ada kezaliman yang sedang berlaku di sebaliknya.

Adakah Nabi SAW mendatangi poligami dengan jalan curang, khianat, bercinta, tidak adil dan sebagainya?
Kita sendiri tahu jawapannya. Maha Suci ALLAH yang menjadikan Nabi SAW sebaik-baik tauladan untuk kita semua.

Bagaimana pula sebahagian lelaki hari ini mendatangi poligami? Pun, kita tahu jawapannya.

Menipu isteri, kahwin senyap, ada sampai dah berzina dahulu, memburukkan isteri depan skandal, nafkah culas sentiasa, urusan batin yang gagal dilunasi dengan baik dan sebagainya.

Teramat jelas perbezaan antara prinsip poligami Nabi SAW dan amalan poligami majoriti hari ini.

Nabi SAW memegang poligami dengan penuh taqwa dan wibawa. Jauh berbeza dengan apa yang diterjemahkan SEBAHAGIAN BESAR lelaki pada hari ini pada cara mereka melaksanakan poligami.

Jika seorang lelaki itu GAGAL membezakan antara poligami Nabi SAW dan poligami yang dimulai dengan maksiat curang atas alasan “tiada istilah curang kerana lelaki boleh kahwin 4” - ini adalah petanda yang sangat jelas bahawa lelaki ini TIADA kriteria layak poligami kerana hal sesimple poligami vs curang pun dia tidak boleh faham.

Maka hal-hal lain yang lebih kompleks dalam menguruskan rumahtangga poligami yang MENUNTUT KECERDASAN EMOSI DAN INTELEKTUAL yang berganda dari seorang lelaki yang ingin berpoligami tentulah tidak dapat dia fikirkan kerana kedangkalan akalnya dalam memahami letak duduk perkara yang hakikatnya sangat ringkas dan mudah untuk difahami.

Poligami harus berada di tangan lelaki yang berilmu, bukan dungu. Saat ia berada di tangan orang yang tidak sepatutnya - saksikanlah kegagalan demi kegagalan akan terus berlaku dan yang lebih malang lagi - kegagalan tersebut mereka sandarkan atas nama sunnah dan ujian berumahtangga; maka agama pun terfitnah.

Tidak semua perkara dalam rumahtangga itu berlaku kerana ujian. Kadangkala ianya berlaku kerana kita sendiri yang silap mencatur jalan.

“Mek Jah suka betul minum air pepsi sebotol, bedal teh tarik malam-malam sebelum tidur, makan roti canai dan kek tiap-tiap pagi. Lepas 5 tahun, kaki dia kena potong. Kasihan Mek Jah. Itulah ujian Mek Jah nampaknya..”

Begitulah kawan.
Kadangkala, bukan semua takdir adalah ujian. Ada sebahagian takdir adalah natijah.

Kerana itu, kita wajib memperhatikan tindakan kita. Agar tidak tersalah menempah natijah.

Ada takdir boleh dielak sebatas menguruskan tingkah. Ada takdir memang tidak terkait dengan tingkah dan langkah kita - sebaliknya diselia ALLAH 100%.
Ini benarlah ujian, di saat ianya tidak lagi terkait dengan tindakan kita sebaliknya kehendak ALLAH semata-mata.

Allahualam.

Sharifah Zahidah
27 November 2023
#sebelumsenja

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid032otACEoYuAAX3LBeSSG1uikJ3744LJAd5hvrf9zaNfgnsNcyB61DeNLHk863Vrpbl&id=753713323&mibextid=Nif5oz
"kita tak perlukan suami soleh pun untuk jadi isteri solehah."

Terpempan sekejap bila dengar Ustaz Salim cakap macam ni.

Iyalah, pandangan perempuan biasa macam saya ni, mestilah kita mengharapkan ada suami soleh yang mampu bimbing kita untuk menjadi solehah.

Ustaz kata, tengok saja kisah Maryam.
Tanpa suami pun dia menjadi begitu solehah.

Lihat saja kisah Asiah. Suami sezalim itu pun tidak mampu menggoyahkan kesolehannya.

Lihat pula kisah Nabi Nuh.
Isterinya tidak memilih untuk menjadi solehah walaupun punyai suami yang sangat soleh.

Solehah itu pilihan.
Bukan disandarkan pada pasangan.
Jadikan solehah itu sebagai tujuan hidup walaupun tanpa suami yang soleh.

"Jangan gantung kesolehanmu kepada suami. Tetapi gantungkan ia ke atas dirimu sendiri."

Sentap dengar pesanan ustaz yang ini. 🤐

#SriAjilahSamsir

https://www.facebook.com/100001113244771/posts/pfbid0o9aR2veiMtLYc1atfGPjX14N298P7DhXRWFNVJNZqe6NbFY2TDjbdtQZ8gdSqRxnl/?mibextid=Nif5oz