Study W Wawa Stpm ! πŸ’πŸš©
1.56K subscribers
1.23K photos
58 videos
720 files
183 links
DAH MASUK JANGAN LUPA BACA PIN GROUP ‼️

Semoga Semua A Solidddd πŸ”₯ CAIYOK FIGHTERS !

tele :
@wluckyy - wawa
BM,PP,PAM,SEJ
https://www.tiktok.com/@wawaasf?_t=ZS-8uUtsPbGi2s&_r=1

@chwearae- hanni

πŸ“ CHANNEL INI AMALKAN KONSEP ZOPFAN 🀝🏻πŸ”₯
Download Telegram
Esei MUET
❀5πŸ‘1
#BicaraSenior10

Jaya Sharvin SMK Sungai Ara

Jangan putus asa dalam STPM walaupun ia mencabar. Saya mengamalkan cara belajar yang konsisten dan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Saya juga ingin berpesan kepada junior supaya jangan malas dan rajin dalam menyiapkan kerja kursus, membuat nota, dan ulang kaji pelajaran. Elakkan belajar pada saat akhir kerana memang sukar untuk skor jika tidak bersedia awal. Saya juga mengamalkan jadual belajar yang sesuai dengan rutin harian saya. paling penting, jaga solat dan sentiasa hormati ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan kita. Sila fokus dalam kelas semasa cikgu ajar dan jauhkan phone masa waktu study

Bagi saya sem 1, saya baru mula kenal subjek yang saya tak pernah belajar. Saya pun mula enjoy awal awal kat sekolah. Tapi saya sedar lepas exam tov kena study smart bukan study hard. Bagi pengajian am saya selalu buat nota bagi kenegaraan dan buat objektif past year dan trial tahun 2021,2022 dan 2023. Saya juga baca IU bagi esei bahagian C. Bagi subjek geografi memang susah nak catch up awal-awal sebab tak ambil masa spm. Tapi ada basic sains so boleh study elok. Sya selalu buat soalan past year dan trial sebelum exam geografi sem 1. Bagi ekonomi memang susah first time tetapi dah enjoy belajar dengan teori dan kiraan. Setiap hari saya akan buat soalan obj,kuantitatif atleast 1 jam. Bagi Pengajian Perniagaan memang mudah sebab kena hafal fakta khusus dan fakta umum cuma huraian susah nak buat. Tapi saya buat nota ringkas dgn guna kata kunci untuk hafal huraian bagi setiap fakta. Saya dpt 2A 2B dalam Sem 1 lepas saya buat usaha banyak saya dpt capai 3.50. Sem 1 kebanyakan baca, faham betul-betul dan hafal semua serta senitasa buat latihan yeah.

Kehidupan sem 2 lagi mencabar daripada sem 1 kerana awak baru mula buat kerja kursus.Satu tips saya bagi jangan tanggung sebarang kk sebab susah nak balance dan fokus dalam sem 2. Sem 2 awak akan belajar cara urus masa antara buat kk dgn belajar sem 2. Bagi pengajian am, walaupun wajaran sikit tapi sila fokus abk ( graf dan carta) dan esei sem 2. Untuk abk sem 2 buat soalan trial 2024,2025 dan soalan past year yeah. Bagi subjek eko dan pp sama je cuma topik dan konsep lain-lain. Bagi geo sem2 memang mudah nak skor sebab benda sem 2 semua dekat surrounding kita. Part Sistem Atmosfera dan sistem hidrologi saya dah mula suka belajar geo. Walaupun buat nota dan buat soalan past year sampai kite pandai. Sem 2 saya mula down . Actual Sem 2 saya dapat 1A 3B lepas saya buat usaha banyak sangat sehingga dapat 3A 1A- selepas ulangan 2.

Sem 3 lagi mencabarr kepada saya sebab ada 3 kerja kursus kena handle sekali dgn paper ulangan 1 dan ulangan 2. Memang tk de masa untuk honeymoon dan mula serius dalam belajar dan mula rajin balik. Sya awal sem3 fokus koko sambil fokus study. Kena buat kerja kursus sambil belajar sem 3 , U1 dan U2. Sem 3 ini takde ulangan so belajar betul betul.Saya banyak mula buat soalan past year,rajin tanya soalan dekat cikgu. Masa ini saya perlu fokus exam muet dan kami enjoy dgn sem1 dan sem3 dalam aktiviti pulun tanpa stress. Sya memang bahagikan masa dengan baik untuk belajar ulangan 1, ulangan 2 dan sem 3. Akhirnya saya dapat capai 3A 1C. Lepas dpt result saya down sebab geo kali ni dah mula teruk walaupun wajaran sedikit. Saya juga push our own limit sebab ini perjuangan last sebelum habis STPM.
❀1
seeloknya sekarang dah ramai dekat 3.0
3.0 tu susah sikit . tapi pandai cari bahan tak susah pun . 4.0 lagi sulit πŸ€“ better jgn tgguh cpt" buat
Study W Wawa Stpm ! πŸ’πŸš©
Kk pp korang dah sampai mana
LIST KK PP 2025 .

1.0 PENGENALAN
( awak masukkan maklumat/sejarah tentang syarikat awak . sbgai cth awak cari kt google atau kamus mana" tentang syarikat awak . masuklah mengikut perkembangan syarikat tu . means dekat pengenalan cerita pasal sejarah maklumat syarikat awak tu je.)

2.0 OBJEKTIF
(tengok yang cth yg wawa dah sent tukar tajuk (syarikat) awak tu je atau tgok contoh file kk pp wawa)

3.0 LATAR BELAKANG
(letak maksud untuk setiap objektif kajian tu/soalan yg mntk yg dekat objektif 2.0 korang tu , has letak maksud dia cth citation , macam menurut BLABLABLA , 2012_ begituuu . cari dalam google yang sah / kamus dewan / mana" buku rujukan.)

4.0 KAEDAH KAJIAN
(letak sumber data primer / sekunder. primer tak silap wawa temubual je . yg mana buat temubual masukkan . sekunder pulak boleh letak buku rujukan , laman sesawang , akhbar , media sosial dll tgok cth file kk wawa . untuk 4.0 nii awaltu msukkan citation tu pastu maksudkan benda yg awak kaji cth kalau temubual awak g temubual apa , jelaskan secara ringkas , kalau mcm dekau sekunder (buku rujukan) masukkan cth : pengkaji telah menggunakan buku......halaman....menerangkan tentang syarikat.... (tgk cth file kk wawaa klu ade.)

5.0 DAPATAN KAJIAN
(dekat sini awak dah kena cerita segala benda benda kena keluarkan semua details yg kena mengena dengan syarikat dan yang soalan mntk semua msukkan dkt sini . kalau korang tgok cth kk wawaaa tu bnyk maklumat kan ? sbb wawaa buat temubual . soalan apa wawaa tya ? soalan objektif tu. jadi dekat 5.0 nii awak kena cerita pasal objektif tu xsilap wawaa cerita secara details pembungkusan cmna , penjenamaan cmna . rasanya begitu sbb wawaa mcmtu . try double confirm dgn cg balik) .

6.0 PENUTUP , CADANGAN , RUMUSAN
(buat ayat penutup . masukkan cadangan tentang syarikat awak utk upgrade ke bende" ke . simpulkan buat rumusan)

7.0 RUJUKAN
(bahan yg awak cari file" jurnal , website, tiktok , Facebook , ig maklumat semuatu , semua SIMPAN LINK . dan masukkan semua link" tu dekat rujukan nii 7.0 nii . Lagi satu link tulis ikut format)

8.0 LAMPIRAN
(semua maklumat yang awak amik , kalau ada anugerah ka , sijil makanan ka , pembungkusan yg awak jelaskan dekat atas semuatu kalau adaa bukti ada gmbr semua ss simpan siap" . sijil" penjenamaan makanan semua kalau adaa ss simpan . masukkan semuatu dekat lampiran 8.0 nii)

ITU SAHAJA TERIMA KASIH HARAP BERGUNA & DAPAT MEMBANTU KORANG . SIAPKAN CEPAT JANGAN TANGGUHHH ! πŸ™„ Caiyokkk ❀️‍πŸ”₯🫢🏻
❀8
untuk objektif bm nii yg mne dh start buat objektif mesti cam susah sikit kan . ye agak susah sbb objektif nii awak kena bina objektif berpandukan kajian yg awak buat . kira kajian awak nk buat tu mcm mna , bru msukkan kt objektif fhmke
nk kne thu kajian korang , kne fikir dlu cmne kajian nk buat bru bole buat objektif .

sbb nt objektif tu dkt atas , kajian dkt bwh , so kajian yg korang buattu semua kena berpandukan objektif korang tu balik .
Study W Wawa Stpm ! πŸ’πŸš©
Voice message
maaf voice , penat laktu haha . tula suhh masuk live org nk explain korang xnk . voice pun xpe aaa , dgr smpaii faham πŸ™πŸ»
Study W Wawa Stpm ! πŸ’πŸš© pinned Β«LIST KK PP 2025 . 1.0 PENGENALAN ( awak masukkan maklumat/sejarah tentang syarikat awak . sbgai cth awak cari kt google atau kamus mana" tentang syarikat awak . masuklah mengikut perkembangan syarikat tu . means dekat pengenalan cerita pasal sejarah maklumat…»
Adeke yang buat jenis ayat ? Pmla kalau blur nk buat objektif .
Forwarded from Khairul
Antara CONTOH kajian KK tema Sintaksis :

1. Jenis Binaan Frasa
2. Ragam Ayat
3. Frasa Keterangan
4. Susunan Konstituen Ayat
5. Penggunaan Ayat Dasar (beserta pola-polanya)
6. Penggunaan Ayat Terbitan
7. Penggunaan Ayat Tunggal & Majmuk

Antara CONTOH kajian KK tema Semantik :

1. Aspek Makna (Denotatif & Konotatif)
2. Jenis Hubungan / Perkaitan Leksikal (sinonim, antonim, homonim, hiponim, polisemi, meronim)
3. Perubahan Makna (penggunaan kata yang mengalami peluasan / penyempitan makna)
Podcast pun bole . Ambik jenis ayat tanya / ayat perintah..
Belum cari tajuk nk wawa suggestkan pun InshaAllah bole
Study W Wawa Stpm ! πŸ’πŸš©
Photo
Menganalisis.... / Mengenalpasti.....boleje letak utk objektif kalau korang buat camni
Jenis jenis ayat :

- Ayat perintah
- Ayat penyata
- Ayat tanya
- Ayat seruan
❀1
Jenis Ayat perintah :

- Ayat silaan (sila, jemput)
- Ayat Larangan (usah, jangan, tak usah)
- Ayat permintaan (tolong,minta)
-Ayat suruhan (tiada kata kunci)
-Ayat ajakan (jom, mari, ayuh)