This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Study Tips & Notes (yana)
╔════════════╗
TIPS URUS STRES
╚════════════╝
➟ Bertenang
Setiap kali anda berasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
➟ Bernafas dengan dalam
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
➟ Berkata, ` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu . Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
➟ Beribadat
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
➟ Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.
➟ Berurut
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.
➟ Berehat dan mendengar muzik
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
➟ Beriadah
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.
➟ Bersenam
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.
➟ Berfikiran positif
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
credit : myhealth
#mentalhealth
🫂 @studytipsandnotes