🧺 ៸៸ study with sofi ۫ ⸼ ◌
1.63K subscribers
1.91K photos
153 videos
1.81K files
360 links
your future self is watching your effort right now .

݁ ˖ ♡ bot — @discusswsofi_bot 🌟

𓆩♡𓆪 collab : @study_angelz
𓆩♡𓆪 twin : @studyroom10

‎⸝⸝ 𓈄 👛 ⊹ ˚ (𝓠.)ovely @studywsofichannel ꒱ 𓈒 ⠲
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from all feedback by namirow
luka tidak memiliki suara , kerana air mata jatuh
tanpa bicara .

- road to 100 subscriber

https://t.me/gembirasementarawaktu
support sofi boleh ;) ?
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from ♡ •Study Cloud Z°• ♡ 🔎
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
OUR CHANNELS ANIMATION VEDIO.
How is it ok tak??😏🥹🥹
blh share!!
👏2
-; ENGLISH ࿐ ࿔*:・゚

⊰ so far / by far ⊱

#english 🍥

"
@studywsofichannel 🐇 "
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
-; ENGLISH ࿐ ࿔*:・゚

⊰ at the end / in the end ⊱

#english 🍥

"
@studywsofichannel 🐇 "
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
-; ENGLISH ࿐ ࿔*:・゚

⊰ what's the different ? ⊱

#english 🍥

"
@studywsofichannel 🐇 "
1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
-; ENGLISH ࿐ ࿔*:・゚

⊰ grammar ⊱

#english 🍥

"
@studywsofichannel 🐇 "
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
bolehhh 💗💗 ramai ke yang nakk ?? ce react kitt 🥹🥹 sofi dh lama nak buat tapi takut kamu orang tak berminat
3
awhhhh 🥹🥹🫶🏻🫶🏻🫶🏻 Insha Allah andd thank uu for ur feedbackk
3
kalau nak senang awak kena ambil sains jgk .. myb awak boleh tingkatkan usaha awak and awak jangan fikir yang semua subjek tu susah .. kalau awak fikir subjek tu susah ia akan jadi lagi susah and benda tu akan menghantui awak supaya benci subjek tu .
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
 ㅤ
╭───── ( 🔑 )
TIPS MENJADI PELAJAR YANG BERJAYA

1. Yakin Potensi Diri

Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Kerana bila yakin , ini akan menyumbang semangat kepada anda untuk terus berusaha.

2. Sedia Akan Tanggungjawab

Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Berikan Tumpuan

Pelajar harus memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar dan jika ada pertanyaan , sila bertanya selepas guru selesai membincangkan topik tersebut. Jangan segan untuk bertanya kerana jika malu bertanya , anda akan sesat jalan.

4. Bersedia Awal

Pelajar perlu membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan SPM dan STPM. Jangan ajarkan diri untuk belajar di akhir-akhir waktu kerana ia akan memberi tekanan kepada diri pelajar itu sendiri dan susah untuk memahami sesuatu perkara jika diri ada tekanan.

5. Bersiap Siaga

Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Kadang-kadang guru akan melakukan kuiz atau ujian secara mengejut. Jadi jika pelajar mempersiapkan diri sudah pasti boleh menjawabnya dengan baik.

6. Keperluan Yang Cukup

​Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Berdisiplin

Pelajar perlu mendisiplinkan diri terlebih dahulu contohnya datang awal ke sekolah dalam waktu yang telah ditetapkan dengan berpakaian bersih dan kemas. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Jangan Malu Minta Pertolongan

Jika anda tidak hadir ke sekolah dengan alasan yang munasabah , dapatkan bantuan guru atau rakan-rakan untuk mendapatkan nota-nota yang telah anda ketinggalan. Jika tidak faham , terus bertana kepada guru atau rakan dan jangan tangguhkan kerana ia akan menjadi beban didalam kepala anda.

9. Hormat Guru

Pelajar perlu menghormati guru tidak kira berada di dalam sekolah atau tidak. Ilmu yang diperolehi akan menjadi berkat kerana guru yang menyumbang kepada ilmu yang anda perolehi. Kenang jasa mereka walaupun mereka tidak lagi mengajar anda.

10. Bertanya Soalan

Untuk kefahaman yang lebih , anda cuba menggunakan strategi bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’. Bila anda berbuat demikian , anda akan mudah untuk mengingati subjek tersebut.

11. Bertukar Pendapat

Petua yang seterusnya adalah sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Belajar Berkumpulan

Bagi pelajar yang susah untuk belajar sendirian, belajar secara berkumpulan adalah cara yang efektif. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini akan lebih memudahkan anda untuk memahami sesuatu perkara itu.

13. Siapkan Kerja Rumah

Menjadi tanggungjawab seseorang pelajar itu untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Akan menjadi lebih baik jika anda menyiapkan kerja rumah yang diberikan dengan awal supaya jika ada perkara yang kurang pasti , bolehlah terus bertanya kepada guru atau rakan.
14. Tawakkal Setelah Berusaha

Bagi pelajar Muslim , anda diseru untuk bertawakkal (berserah diri) kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Namun jika bertawakkal tanpa usaha pun tiada guna kerana Allah akan memberi rezeki kepada orang lebih usahanya.

15. Sentiasa ke Perpustakaan

Sebagai pelajar, perlulah sentiasa ke perpustakaan untuk mencari ilmu yang lebih kerana di perpustakaan mempunyai pelbagai jenis buku untuk dipinjam. Kawasan dalam perpustakaan juga sesuai untuk membaca kerana tenang dan tidak bising.

16. Mencari Sumber Ilmu Yang Pelbagai

Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton Rancangan Berilmiah

Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Kurangkan menonton cerita yang tidak memberi faedah malah boleh membei pengaruh yang buruk kepada penonton.

18. Uji Diri Sendiri

Pelajar perlu menguji tahap kefahaman diri sendiri dengan mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu mengambil kira masa yang diambil untuk menjawab satu-satu soalan agar boleh menganggar waktu dalam peperiksaan yang sebenar nanti.

19.Sediakan Jadual Waktu

Pelajar yang cemerlang perlu ada perancangan masa depan kerana bila anda gagal merancang , maka anda juga akan gagal untuk masa depan. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Namun , jadual tersebut haruslah dipatuhi.

20. Motivasi Diri Sendiri

Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri. Bina semangat diri walaupun pernah gagal , ambil pengajaran di atas kegagalan yang sebelumnya.

21. Mengikuti Seminar

Bagi yang berkempuan , ikutilah seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Ini pasti akan membantu anda dalam peperiksaan kelak malah akan mengurangkan kekalutan jika tidak tahu bagaimana teknik menjawab dengan betul.

22. Membeli Buku Rujukan

Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Namun seelok-eloknya , bertanya kepada guru buku yang bagaimana elok untuk dijadikan rujukan keran mereka lebih arif tentang buku rujukan.

23. Mengikuti Kelas Tambahan

Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. Namun jika tidak berkemampuan , cukup sekadar kelas tambahan diadakan di sekolah kemudian buat latihan sendiri dan periksa jawapan tersebut dengan guru di sekolah.

24. Mengadakan Lawatan Ilmiah

Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kebiasaan bila terdapat pameran buku , akan ada festival menjual buku dengan harga promosi jadi rebutlah peluang ini untuk membeli buku rujukan , latihan dan sebagainya.

25.Aktif dalam Kokurikulum

Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Berani Menghadapi Cabaran

Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Cabaran yang dihadapi oleh pelajar kebiasaan seperti budaya melepak , sukakan hiburan dan pengaruh yang tidak elok dari kawan-kawan.

27. Menjaga Keselamatan Diri

Pelajar juga harus menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Elakkan keluar di waktu malam lebih-lebih lagi pelajar perempuan. Kerana di waktu malam lebih merbahaya berbanding diwaktu siang.