Forwarded from aesya
kecantikan seseorang itu dinilai daripada akhlak nya bukan rupa.
https://t.me/healing_5
https://t.me/healing_5
Telegram
enchanteur🇵🇸
kecantikan seseorang itu dinilai daripada akhlak nya bukan rupa.
SUBJEK KIRAAN DAN KEFAHAMAN: MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN / KIMIA /FIZIK
1) Subjek yang melibatkan pengiraan ini memerlukan skill yang mantap dengan cara membuat banyak latihan. Sekiranya kita tidak faham apa-apa mengenai teori atau cara mengira, kita tidak akan ke mana.
Mudah sahaja, untuk belajar subjek pengiraan seperti Matematik atau Matematik Tambahan ini, kita perlu perbanyakkan lagi latihan yang kita ada sekarang.
Ya, latihan yang banyak.
Buat latihan sehinggakan tiada satu soalan pun yang kita tidak pernah jawab.
Rakan saya dahulu (yang turut mendapat keputusan straight A+), dia buat latihan dalam kesemua buku yang ada di kedai-kedai buku. Bermakna semua jenis buku seperti Pelangi, Sasbadi, Oxford Fajar, semua dia dah buat.
Past year SPM.
Past year Trial SBP.
Past year Trial MRSM.
Past year Trial Negeri
Modul-modul keluaran Guru Cemerlang.
Semualah.
Sehinggakan, saya masih ingat lagi, ketika saya menjawab peperiksaan pertengahan tahun, apabila saya lihat soalan-soalan tersebut, saya tersenyum,
"Cikgu ambil soalan-soalan ini dari buku sekian sekian sekian. . . Saya pernah buat soalan-soalan ini dan senanglah saya score peperiksaan kali ini," kata saya.
Nampak? Begitulah.
3) Sentiasa test dan examine diri sendiri sebelum kita menghadapi test dan exam. Saya selalu pesan tentang ini.
Sebelum kita hadapi peperiksaan, kita kena buat dulu peperiksaan untuk diri kita sendiri.
Uji diri sendiri. Kalau masih markah rendah, buat banyak lagi latihan.
4) Sekiranya ada masa dan peluang, belajar lebih matematik yang lebih advanced. Tidak salah untuk kita belajar matematik yang lebih terkehadapan, supaya kita biasa dengan soalan-soalan KBAT dan yang mencabar.
Lihat soalan-soalan kuiz Matematik peringkat daerah, negeri, kebangsaan, mahupun antarabangsa. Kadang-kala, ini membolehkan kita lebih minat untuk mempelajari subjek Matematik.
5) Belajar sehingga faham + hafal. Ya, hafal ini bukan hafal di otak sahaja, tetapi buat latihan sehingga tangan kita pun hafal cara untuk selesaikan soalan-soalan. Ini kita panggil muscle memory.
Sehinggakan tidak perlu lagi untuk berfikir, hanya lihat soalan, sudah tahu cara nak menjawabnya.
SUBJEK HAFALAN: SEJARAH / BIOLOGI
1) Subjek hafalan ini mudah sahaja, kita lihat bagaimana pelajar Tahfiz menghafal Al-Quran.
Mereka mengulang-ulang ayat yang sama, betul?
Dan mereka juga baca bukan dalam hati sahaja, tetapi mereka baca menggunakan mulut juga. Sebut satu per satu perkataannya.
Begitu juga subjek Sejarah, Biologi, Pendidikan Islam/Moral. Ianya memerlukan pengulangan yang sangat banyak.
Asalkan kita ulang buku teks, atau buku rujukan itu berkali-kali, inshaAllah kita boleh score.
Pastikan baca setiap perkataan dalam buku teks/buku rujukan, jangan tertinggal satu pun.
Dan sekiranya mahu baca buku rujukan, pastikan baca buku rujukan yang tebal tu, kerana ianya lebih lengkap. Buku yang revisi ringkas itu tidak lengkap, kadang-kala tidak berapa tepat ayatnya.
Ulang-ulang sahaja, biasalah kebosanan akan datang, kan. Kita akan cepat bosan apabila membaca sejarah, kan?
Cara saya mudah sahaja. Saya baca itu bukan sekadar ikut bulat-bulat dalam buku, tetapi saya baca seolah-olah saya menceritakan kepada seseorang, atau kepada diri sendiri.
Lama kelamaan, kita akan hafal juga. Rajin atau tidak sahaja yang menentukan.
2) Ramai yang salah anggap, subjek menghafal ini tidak memerlukan latihan. Salah tu.
In fact, latihan itu yang menjadi pengukuh hafalan kita. Apabila kita uji diri kita dengan latihan-latihan, kita akan makin mengukuhkan hafalan kita.
Jadi, seperti subjek Matematik, kita perlu ada banyak latihan untuk subjek hafalan ini.
3) Kebiasanya, kita akan mudah blur apabila cikgu mengajar di kelas. Itu perkara biasa, jangan risau.
Apabila kita susah nak faham ketika cikgu mengajar di kelas, kita ada 2 pilihan besar:
1. Sama ada kita nak belajar di bilik selepas cikgu ajar.
2. Atau kita nak belajar dahulu sebelum cikgu ajar.