STUDY WITH IRWAN
6.51K subscribers
1.32K photos
171 videos
456 files
522 links
Hiiiii awakkk! 🌸
Welcome to Study Channel! ✨
Belajar bersama dengan ! πŸ“šπŸ’–
πŸ“˜ BM | πŸ“œ Sejarah | πŸ§ͺ Sains | πŸ•Œ P. Islam | πŸ“ˆ Ekonomi | Bahasa Tamil
Nota comel, kelas online ,
tips mantap, A+ menanti!

Link feedback πŸ’•: https://forms.gle/dL9B8JUGgrUVcyXu7
Download Telegram
PENGENALAN NASIONALISME
β€’ Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

β€’ Semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.

β€’ Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.

β€’ Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman.

β€’ Berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.



Tafsiran Tokoh Mengenai Nasionalisme

Hans Kohn -
Gerakan seseorang yang setia pada negara dan bangsanya

Profesor William R. Roff - Kesedaran masyarakat sebelum Perang Dunia Kedua.
β€’ Berpunca daripada
β€”-> faktor ekonomi 
β€”-> gertakan terhadap hak kepentingan orang Melayu
β€”-> sekularisme dan imperialisme Barat

Dato' Onn Jaafar :
β€’
Perlu menzahirkan suatu bangsa yang tegap dan kuat
β€’ Boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri
β€’ Mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu

Dr. Burhanuddin al-Helmi :
β€’
Mempunyai persatuan dan perpaduan yang utuh seperti National Fronts.
β€’ Memegang pada tatatertib. adab sopan dan agama Islam.

Dr. R. Suntharalingam - Individu dituntut untuk menyalurkan kesetiaannya kepada negara bangsa

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid :

β€’ Nasionalisme telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
β€’ Orang melayu memegang kepada fahaman "Tanah Melayuan"

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim - Perjuangan orang Melayu untuk merebut kedudukan mereka kembali dalam negara sendiri.


Credit : sir irwan
https://t.me/studywithirwan
πŸ‘2
πŸŒ™ Pesanan Ramadan Kelima πŸŒ™

Ramadan mengajar kita erti kesabaran dan keikhlasan. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik hati untuk sentiasa bersyukur serta menjauhi perkara yang melalaikan.

Perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, dan berdoa kerana setiap amalan akan dilipatgandakan pahalanya. Jangan lupa untuk terus berbuat baik dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.

β€œSebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
β€” Hadis Riwayat Ahmad

Semoga kita terus istiqamah dalam amal kebaikan dan mendapat keberkatan sepanjang Ramadan ini.

#RamadanPenuhBerkat #SebarkanKebaikan #BulanKeberkatan

Credit : irwan

https://t.me/studywithirwan
❀2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯ MEGA KELAS BM BERSAMA SIR IRWAN! πŸ”₯

πŸ“– Rahsia skor tinggi Kertas 2, Bahagian B bakal terbongkar!
Jangan lepaskan peluang untuk tip power & teknik mantap dari Sir Irwan!

πŸ“… 8 Mac 2025 (Sabtu) | ⏰ 10.30 Malam
πŸ’» Google Meet | ⚑ Hadir & jadi legenda!

Siapa serius nak A+, jumpa di kelas! πŸš€πŸ’―

#SPMInsiderTips #KelasBM #SirIrwan #SkorAPlus
Bahan
❀3
KELAS MATH PADA HARI INI!

-BAB 3 T4:Penaakulan Logik
(GOOGLE MEET)
Latihan BAB 2 T5:Matriks
(BAHAN)
MASA:1:00pm-2:00pm
TARIKH 8 Mac 2025 (Sabtu)
Tutor : sir iman

Berjuanglah demi masa depan!

Tekan link dibawah untuk dapatkan info lebih terkini
https://t.me/+Hh2Rwe8mAfo0ODFl
πŸŒ™ Pesanan Ramadan Keenam πŸŒ™

Ramadan adalah bulan latihan untuk menjadi lebih baik. Jika kita boleh menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, pasti kita juga mampu menahan diri daripada perbuatan yang sia-sia dan dosa.

Manfaatkan bulan ini untuk meningkatkan amalanβ€”perbanyakkan solat sunat, membaca Al-Quran, dan bersedekah. Setiap kebaikan akan dilipatgandakan pahalanya.

β€œBarang siapa yang melakukan kebaikan di bulan ini, pahalanya seperti melakukan amalan wajib di bulan lain.”
β€” Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah

Teruskan usaha memperbaiki diri dan jadikan Ramadan sebagai titik perubahan ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

#RamadanKareem #PerbaikiDiri #BulanKeberkatan

Credit : irwan

https://t.me/studywithirwan
πŸ‘1
πŸŒ™ Pesanan Ramadan Ketujuh πŸŒ™

Ramadan adalah bulan penyucian hati dan peningkatan iman. Manfaatkan setiap detik untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan doa, dan memohon keampunan daripada Allah.

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa perubahan. Latih diri untuk bersabar, bersyukur, dan memperbanyakkan amalan kebaikan kerana setiap amal di bulan ini mendapat ganjaran berlipat ganda.

β€œSesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.”
β€” Surah At-Taubah, ayat 7

Semoga kita terus istiqamah dalam beribadah dan meraih keberkatan Ramadan.

#RamadanMubarak #HatiYangTenang #BulanKeberkatan

Credit : irwan

https://t.me/studywithirwan
πŸ‘1
Hi admin nak tanya sikit sini ada batch berapa yee
Anonymous Poll
74%
08
23%
09
3%
(Batch lain [sila letak di ruang komen] )
Kata bilangan

Maksud β€”-> Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama: orang, bintang, benda dan perkara.

β€’Kata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah.


Kata Bilangan Himpunan
β€’
Menunjukkan bilangan yang tertentu.
β€’ Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.

Contoh

β€’ Satu, dua, tiga, empat.
β€’ lima ekor lembu.
β€’ Keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad.
β€’ Kebun Pak Alif menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata Bilangan Tak Tentu
β€’
Menunjukan bilangan yang tidak tentu.


Contoh

β€’ Segala, semua, para, beberapa, seluruh.


Kata Bilangan Tingkat
β€’
Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.

Contoh

β€’ Pertama, kedua, ketiga , keempat.


Kata Bilangan Pecahan
β€’
Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.

Contoh

β€’ Setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus.
β€’ Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.

Kata Bilangan Pisahan
β€’
Menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan.

Contoh

β€’ Masing-masing, tiap-tiap, setiap.
β€’ Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Kata Bilangan Tanya
β€’
Mengetahui ukuran ataupun pengiraan sesuatu dalam ayat tanya.

Contoh
β€’ Berapakah harga seluar ini?

Credit : irwan



Nak ketahui nota lebih lanjut ! πŸ™ŒπŸ»
https://t.me/studywithirwan
❀4πŸ‘1
πŸŒ™ Pesanan Ramadan Kelapan πŸŒ™

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, di mana setiap amalan kebaikan digandakan pahalanya. Gunakan kesempatan ini untuk memperbanyakkan solat, zikir, dan membaca Al-Quran.

Jagalah hati dan lisan, kerana puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri daripada perkara yang sia-sia.

β€œBarang siapa yang beriman dan mengharap pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
β€” Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Semoga Ramadan kali ini membawa perubahan dan mendekatkan kita kepada-Nya.

#RamadanBerkah #TingkatkanIbadah #BulanKeberkatan

Credit : irwan

https://t.me/studywithirwan
BAB 4: PENGELUARAN

1. Konsep Pengeluaran

Pengeluaran merujuk kepada proses menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Proses ini melibatkan penggunaan sumber ekonomi seperti buruh, modal, tanah, dan keusahawanan untuk menghasilkan output yang boleh digunakan atau dijual di pasaran.

βΈ»

2. Jenis Pengeluaran

A. Pengeluaran Langsung

Pengeluaran yang dilakukan untuk kegunaan sendiri tanpa melibatkan pertukaran wang. Contohnya, seorang petani menanam sayur untuk dimakan sendiri atau seorang individu menjahit pakaian untuk kegunaan sendiri.

B. Pengeluaran Tidak Langsung

Pengeluaran yang bertujuan untuk dijual di pasaran dan melibatkan pertukaran wang. Contohnya, sebuah kilang menghasilkan pakaian untuk dijual kepada pengguna.

βΈ»

3. Faktor Pengeluaran

Tanah merujuk kepada sumber alam yang digunakan dalam pengeluaran, seperti tanah pertanian, air, dan mineral. Ganjaran bagi pemilik tanah adalah sewa.

Buruh melibatkan usaha manusia dalam proses pengeluaran. Ia boleh dikategorikan kepada buruh mahir, separa mahir, dan tidak mahir. Ganjaran bagi buruh adalah upah.

Modal merupakan barang buatan manusia yang digunakan untuk menghasilkan barang lain, seperti mesin dan peralatan. Ganjaran bagi modal ialah faedah.

Keusahawanan merujuk kepada individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output. Usahawan menanggung risiko dalam perniagaan dan ganjarannya ialah keuntungan.

βΈ»

4. Jenis Pengeluaran Berdasarkan Penggunaan Faktor Pengeluaran

A. Pengeluaran Padat Modal

Pengeluaran yang bergantung kepada penggunaan mesin, teknologi moden, dan automasi. Contohnya, industri pembuatan kereta dan elektronik.

Kelebihan pengeluaran padat modal termasuk produktiviti yang tinggi dan kualiti yang konsisten. Namun, kelemahannya adalah kos pelaburan yang tinggi dan keperluan kepada tenaga kerja yang mahir.

B. Pengeluaran Padat Buruh

Pengeluaran yang lebih bergantung kepada tenaga kerja manusia berbanding mesin. Contohnya, sektor pertanian, kraftangan, dan perkhidmatan katering.

Kelebihan pengeluaran padat buruh termasuk penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan dan fleksibiliti dalam pengeluaran. Walau bagaimanapun, produktiviti mungkin lebih rendah, dan kos upah boleh meningkat bergantung kepada keadaan ekonomi.

βΈ»

5. Skala Pengeluaran

A. Skala Kecil

Pengeluaran yang dilakukan dalam jumlah kecil dengan modal dan tenaga kerja yang terhad. Contohnya, perniagaan bakeri kecil atau perusahaan batik.

Kelebihan skala kecil ialah kos operasi yang rendah dan kawalan yang lebih mudah terhadap kualiti produk. Namun, kekurangannya termasuk keupayaan pengeluaran yang terhad serta kurang daya saing di pasaran.

B. Skala Besar

Pengeluaran dalam jumlah besar dengan penggunaan teknologi tinggi. Contohnya, kilang pembuatan telefon pintar dan pemprosesan makanan.

Kelebihan skala besar ialah kos purata pengeluaran lebih rendah dan kecekapan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kos pelaburan awal yang tinggi serta kurang fleksibiliti dalam pengeluaran boleh menjadi kekangan.

βΈ»

6. Kepentingan Pengeluaran

Pengeluaran memainkan peranan penting dalam ekonomi kerana ia meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan menyediakan lebih banyak barang dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga membantu menjana peluang pekerjaan kerana semakin banyak pengeluaran, semakin banyak tenaga kerja diperlukan.

Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga bergantung kepada tahap pengeluaran, kerana pengeluaran yang tinggi menyumbang kepada peningkatan KDNK. Selain itu, pengeluaran yang efisien boleh meningkatkan daya saing sesebuah syarikat dan negara di pasaran global.

βΈ»
Credit : irwan



Nak ketahui nota lebih lanjut ! πŸ™ŒπŸ»
https://t.me/studywithirwan
πŸ‘1
Nota T5 kedaulatan
1.1 Konsep kedaulatan

Maksud kedaulatan β€”-> Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

Takrif Kedaulatan

Bahasa Yunani β€”-> Supernuus / supernaus - agung/tertinggi (negara yang bebas dan merdeka).

Bahasa Inggeris β€”->Sovereignty - negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan.
Bahasa Arab β€”-> Daulah - kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
Bahasa Melayu β€”-> Daulat - kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.


Pandangan Tokoh
Aristotle (Ahli Falsafah Yunani)
β€’ Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.
β€’ Kerajaan yang terikat oleh undang-undang.
Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam)
β€’
Kekuatan dan kekuasaan berasaskan semangat kakitangan bangsanya.
β€’ Kekuatan semangat beragama - sanggup berkorban demi mencapai cita-cita yang sama.
Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis)
β€’ Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara.
β€’ Sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)
β€’ Dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara)
β€’ Asas negara yang merdeka.
β€’ Memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa.

Jenis-jenis Kedaulatan

Kedaulatan Tradisional
β€’ Sistem pemerintahan berkuasa mutlak.
β€’ Negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
β€’ Raja - pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi.
β€’ Diperkukuh oleh taat setia rakyat.
Kedaulatan Moden
β€’ Idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan dan Perancis.
β€’ Hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.
β€’ (Selepas Perang Dunia Pertama) nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.
β€’ Kedaulatan negara kita lahir hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963.
Kedaulatan Undang-undang
β€’ Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.
β€’ Menjamin keadilan dan menjaga negara aman, stabil dan makmur.
β€’ Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.
β€’ Menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara.
Kedaulatan Antarabangsa
β€’ Merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.
β€’ Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970, sahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa.
β€’ Keanggotaan negara kita dalam PBB buktikan, dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.


Credit : irwan



Nak ketahui nota lebih lanjut ! πŸ™ŒπŸ»
https://t.me/studywithirwan
πŸ‘2❀1
Next kelas ?
Anonymous Poll
26%
Bm
58%
Sej
16%
Eko
Wow ramai nak sejarah sokay sir akan jalankan 3 kelas tapi kelas yang didahululan sejarah 🀩
Macam mana puasa hari ini okay hehehehe