STUDY WITH IRWAN
6.51K subscribers
1.32K photos
170 videos
455 files
520 links
Hiiiii awakkk! 🌸
Welcome to Study Channel!
Belajar bersama dengan ! 📚💖
📘 BM | 📜 Sejarah | 🧪 Sains | 🕌 P. Islam | 📈 Ekonomi | Bahasa Tamil
Nota comel, kelas online ,
tips mantap, A+ menanti!

Link feedback 💕: https://forms.gle/dL9B8JUGgrUVcyXu7
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔥 MAHIR RUMUSAN 2025 – PERCUMA! 🔥

📢 Nak skor A+ rumusan dengan mudah? Sertai seminar eksklusif & percuma ini bersama Sir Irwan!

📅 SELASA | 27 Feb 2025
🕢 7.30 Malam
📍 Google Meet

MODERATOR :MISS AY
PANEL : SIR IRWAN


Apa yang bakal anda kuasai?
Formula rumusan skor tinggi
Trik pantas & efektif
Rahsia pemarkahan & teknik killer!

💡 “Jangan biar rumusan jadi punca gagal!”

📲 DAFTAR SEGERA – TEMPAT TERHAD!

@lifeeyy_o_c ( Sir aqil)

#MahirRumusan2025 #RahsiaAPlus #SeminarPercuma #SPMInsiderTips
👍1
NOTA EKONOMI TINGKATAN 4
BAB 3: WANG, BANK, DAN PENDAPATAN INDIVIDU
By : irwansyah


1. Wang

A. Maksud Wang
• Alat perantaraan pertukaran yang diterima umum bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan.

B. Ciri-Ciri Wang
1. Diterima umum – Semua pihak menerima wang sebagai alat pembayaran.
2. Tahan lama – Tidak mudah rosak atau lusuh.
3. Mudah dibawa – Ringan dan senang digunakan.
4. Mudah dibahagikan – Boleh dipecahkan kepada unit kecil.
5. Nilai yang stabil – Tidak mengalami turun naik nilai yang ketara.

C. Fungsi Wang
1. Alat perantaraan pertukaran – Memudahkan urusan jual beli.
2. Alat pengukur nilai – Menentukan harga barang & perkhidmatan.
3. Alat penyimpan nilai – Wang boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
4. Alat pembayaran tertunda – Digunakan untuk bayaran hutang atau ansuran.

2. Bank

A. Jenis Bank dan Fungsinya

Jenis Bank Fungsi

Bank Pusat - Mengawal dasar kewangan negara, mencetak wang, mengawal kadar faedah. Contoh: Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank Perdagangan -Menyediakan perkhidmatan simpanan, pinjaman, dan pelaburan. Contoh: Maybank, CIMB.

Bank Islam - Menawarkan perkhidmatan perbankan berlandaskan prinsip Syariah.
Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad.
Institusi Kewangan Bukan Bank Memberi pinjaman dan insurans. Contoh: TEKUN, KWSP.

B. Peranan Bank dalam Ekonomi
• Mengawal bekalan wang.
• Menyediakan kemudahan kredit kepada individu & perniagaan.
• Menggalakkan tabungan & pelaburan.

3. Pendapatan Individu

A. Maksud Pendapatan
• Wang yang diperoleh seseorang hasil daripada pekerjaan atau pelaburan.

B. Jenis Pendapatan
1. Pendapatan Gaji & Upah – Diterima daripada pekerjaan tetap atau sambilan.
2. Pendapatan Sewa – Hasil daripada penyewaan aset seperti rumah atau tanah.
3. Pendapatan Faedah – Hasil daripada simpanan atau pelaburan dalam institusi kewangan.
4. Pendapatan Dividen – Keuntungan yang diperoleh daripada saham.
5. Pendapatan Perusahaan – Pendapatan daripada perniagaan sendiri.

C. Faktor yang Mempengaruhi Pendapatan
1. Taraf Pendidikan & Kemahiran – Individu berpendidikan tinggi memperoleh pendapatan lebih tinggi.
2. Pengalaman & Kepakaran – Pekerja berpengalaman mendapat gaji lebih tinggi.
3. Permintaan & Penawaran Tenaga Kerja – Jika permintaan tinggi, gaji akan meningkat.
4. Jenis Pekerjaan – Pekerjaan profesional biasanya menawarkan gaji lebih tinggi.
2👍2
Nota Kata Tunggal

Maksud

Kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar tanpa imbuhan atau gabungan kata.

Jenis Kata Tunggal
1. Kata Nama → Contoh: rumah, buku, kucing
2. Kata Kerja → Contoh: makan, tidur, lari
3. Kata Adjektif → Contoh: besar, cantik, tinggi
4. Kata Tugas → Contoh: dan, ke, dari

Ciri-ciri

Tidak berimbuhan
Tidak bercantum dengan kata lain
Mempunyai makna sendiri
Nota Kata Terbitan

Maksud

Kata yang terbentuk melalui proses pengimbuhan (awalan, akhiran, apitan, atau sisipan) pada kata dasar.

Jenis Kata Terbitan
1. Kata Nama → Contoh: pelajar, permainan, penulisan
2. Kata Kerja → Contoh: berlari, menulis, dipukul
3. Kata Adjektif → Contoh: kebersihan, keindahan, kemerahan

Proses Pembentukan

Awalanmemasak, berjalan
Akhiranmainan, pelari
Apitanpengajaran, penulisan
Sisipangemilang, telunjuk
NOTA EKONOMI: BAB 4 – PENGELUARAN
By irwan


1. Definisi Pengeluaran

Pengeluaran merujuk kepada proses mengguna atau mengubah input untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan manusia.

2. Jenis Pengeluaran
1. Pengeluaran Langsung
• Individu menghasilkan barang untuk kegunaan sendiri.
• Contoh: Bertani untuk makanan sendiri.
2. Pengeluaran Tidak Langsung
• Barang dan perkhidmatan dihasilkan untuk dijual.
• Contoh: Kilang menghasilkan pakaian untuk dijual di pasaran.

3. Faktor Pengeluaran
1. Tanah → Sumber semula jadi seperti tanah, air, dan mineral.
2. Modal → Barang buatan manusia seperti mesin dan wang.
3. Buruh → Tenaga manusia dalam pengeluaran, termasuk buruh mahir dan tidak mahir.
4. Usahawan → Individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menjana keuntungan.

4. Jenis Kecekapan Pengeluaran
1. Kecekapan Teknikal
• Pengeluaran maksimum dengan kos minimum.
• Contoh: Guna mesin moden untuk tingkatkan produktiviti.
2. Kecekapan Peruntukan
• Sumber digunakan untuk hasilkan barang yang paling dikehendaki masyarakat.
• Contoh: Lebih banyak pengeluaran makanan berbanding barang mewah semasa krisis ekonomi.

5. Skala Pengeluaran
1. Skala Kecil → Pengeluaran pada tahap rendah, modal kecil.
• Contoh: Kedai runcit, perusahaan kecil.
2. Skala Besar → Pengeluaran secara besar-besaran, guna teknologi moden.
• Contoh: Kilang kereta, industri elektronik.

6. Hasil Pulangan Skala
1. Pulangan Skala Bertambah → Pengeluaran meningkat lebih cepat daripada penambahan input.
2. Pulangan Skala Malar → Pengeluaran meningkat sama kadar dengan input.
3. Pulangan Skala Berkurang → Pengeluaran meningkat lebih perlahan daripada input tambahan.

Credit : @studywithirwan

https://t.me/studywithirwan
👍1
NOTA KATA NAMA KHAS

Maksud:
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus seperti nama orang, tempat dan jenama. Ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama.

Jenis Kata Nama Khas:
1. Hidup → Ali, Harimau Malaya
2. Tidak Hidup
Tempat → Kuala Lumpur, Gunung Kinabalu
Organisasi → KPM, PDRM
Jenama → Proton, Nike
Buku/Karya → Hikayat Hang Tuah

Contoh Perbezaan:
Kata Nama Am → sungai, sekolah, negara
Kata Nama Khas → Sungai Pahang, SK Seri Indah, Malaysia

Credit : @studywithirwan

https://t.me/studywithirwan
👍2
Forwarded from 𝓵𝓲𝓯𝓮𝓮𝔂𝔂 💛
Laksamana membahagi tiga.pdf
342 KB
BM Standard
👍1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📢 SEMINAR BM SPM INSIDER TIPS 📢

💡 Fokus: Bahagian B – Pemahaman Umum & Rumusan

🔥 KHAS UNTUK CALON SPM! 🔥
Nak skor A+ dalam Bahasa Melayu? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai SEMINAR EKSKLUSIF ini bersama Sir Irwan, tutor BM berpengalaman dari SPM Insider Tips (SIT)!

📅 Tarikh: Khamis, 27 Februari 2025
🕓 Masa:
📌 Sesi 1: 4.00 Petang
📌 Sesi 2: 8.00 Malam
💻 Platform: Google Meet
🎯 Tempat TERHAD!

📌 Apa yang anda akan dapat?
Teknik menjawab Bahagian B dengan mudah & efektif
Strategi menulis rumusan yang padu & berkualiti
Tips dan analisis soalan SPM terkini
Sesi interaktif bersama Sir Irwan!

📲 DAFTAR SEKARANG!
📩 DM: @lifeeyy_o_c
📧 Email: syah88716@gmail.com

Jangan tunggu saat akhir! Tempat adalah TERHAD ⚠️
Jom jadi sebahagian daripada pelajar cemerlang SPM 2025 bersama SIT! 🚀
1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📢 SEMINAR EKONOMI A+ (PERCUMA!) 📢

🔥 Mudahnya Menjawab Ekonomi! 🔥

Nak skor A+ dalam Ekonomi? Jom belajar teknik menjawab dengan Sir Irwan & Sir Juarman, pakar ekonomi yang akan membantu anda!

📅 28 FEB 2025 (Sabtu)
4.00 Petang
💻 Google Meet
🎟 Percuma! (Tempat terhad)

📌 Apa yang anda akan dapat?
Teknik jawab soalan dengan betul
Strategi skor A+ dengan mudah
Tips & tricks dari pakar

📲 DAFTAR SEKARANG!
📞 Sir Irwan: 0178100189
📞 Sir Juarman: 0175521308

#SeminarEkonomiA+ #SPM2025 #SkorAPlus
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📢 SEMINAR BM SPM INSIDER TIPS 📢

💡 Fokus: Bahagian B – Pemahaman Umum & Rumusan

🔥 KHAS UNTUK CALON SPM! 🔥
Nak skor A+ dalam Bahasa Melayu? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai SEMINAR EKSKLUSIF ini bersama Sir Irwan, tutor BM berpengalaman dari SPM Insider Tips (SIT)!

📅 Tarikh: Khamis, 27 Februari 2025
🕓 Masa:
📌 Sesi 1: 4.00 Petang
📌 Sesi 2: 8.00 Malam
💻 Platform: Google Meet
Link : https://meet.google.com/hqu-debt-ivm

🎯 Tempat TERHAD!

JUMPA KORANG NANTI!!😎
📢 SEMINAR SEJARAH 📢

💡 Jom mantapkan Sejarah!! AYOK SEMUA BANGKIT!!

📅 Tarikh: 28.02.2025 (Jumaat)
🕗 Masa: 8:00 PM
💻 Platform: Google Meet

📌 Apa yang anda akan dapat?
Teknik menjawab soalan Sejarah dengan tepat
Strategi menghafal & memahami fakta sejarah dengan mudah
Tips dan analisis soalan SPM terkini
Sesi interaktif bersama Sir Irwan!

🔗 Join Now
📩 Daftar: @mamann_cincan
📧 Email: syah88716@gmail.com

⚠️ Tempat TERHAD! Jangan lepaskan peluang ini! ⚠️
🔥3
30 Pesanan sempena bulan ramadhan
Pesanan Ramadhan Pertama – Sir Irwan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan menyambut Ramadhan sekali lagi. Ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk memperbaiki diri, meningkatkan ibadah, dan meraih keampunan Allah.

Perbaharui niat – Jadikan puasa sebagai ibadah, bukan sekadar rutin.
Jaga solat & tingkatkan ibadah – Laksanakan solat wajib dengan khusyuk, perbanyakkan tarawih, bacaan Al-Quran, dan doa.
Manfaatkan sahur & berbuka – Ikuti sunnah Nabi dengan bersahur dan berbuka secara sederhana.
Jaga akhlak & kawal emosi – Elakkan gosip, marah, dan perbuatan sia-sia.
Perbanyakkan sedekah – Setiap kebaikan diberi ganjaran berlipat kali ganda.
Kejar Lailatul Qadar – Berusaha lebih dalam 10 malam terakhir.

Jadikan Ramadhan ini lebih bermakna. Semoga Allah menerima amal kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Selamat berpuasa!

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sir Irwan
Kata pemeri

Maksud

Kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat

Jenis Kata Pemeri

Terdapat dua jenis kata pemeri dalam bahasa Melayu:
1. Kata Pemeri “ialah”
• Digunakan sebelum frasa nama untuk memberikan penjelasan atau definisi.
Contoh:
Pemuda ialah abang saya.
• Cikgu Dila ialah guru Bahasa Melayu saya.
2. Kata Pemeri “adalah”
• Digunakan sebelum frasa adjektif atau frasa sendi nama untuk menegaskan sesuatu pernyataan.
Contoh:
• Keputusan ini adalah muktamad.
• Peperiksaan itu adalah sukar.

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri
1. Salah: Harimau adalah haiwan pemangsa.
Betul: Harimau ialah haiwan pemangsa. (Gunakan “ialah” kerana selepasnya frasa nama.)
2. Salah: Keputusan ini ialah muktamad.
Betul: Keputusan ini adalah muktamad. (Gunakan “adalah” kerana selepasnya frasa adjektif.)


Gunakan “ialah” sebelum frasa nama.
Gunakan “adalah” sebelum frasa adjektif atau frasa sendi nama.


Credit : @studywithirwan

https://t.me/studywithirwan
NOTA : KATA HUBUNG

Maksud
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan perkataan, frasa, atau ayat dalam satu ayat yang lengkap.

Jenis-jenis Kata Hubung
1. Kata Hubung Gabungan
• Menggabungkan dua ayat atau klausa yang setara.
Contoh: dan, atau, tetapi, serta, lalu
Ayat: Baqil rajin dan bijak.
2. Kata Hubung Pancangan
• Menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil (anak ayat).
Dibahagikan kepada 3 jenis:
a) Kata Hubung Pancangan Keterangan (Menunjukkan sebab, tujuan, syarat, dsb.)
Contoh: kerana, agar, supaya, jika, walaupun
Ayat: Dia menangis kerana dimarahi cikgu.
b) Kata Hubung Pancangan Relative (Menjelaskan kata nama dalam ayat utama)
Contoh: yang
Ayat: Buku yang saya baca sangat menarik.
c) Kata Hubung Pancangan Komplemen (Melengkapkan ayat utama)
Contoh: bahawa, jika
Ayat: Saya tahu bahawa dia akan datang.
3. Kata Hubung Berpasangan
• Digunakan dalam pasangan untuk menunjukkan hubungan antara klausa.
Contoh: baik…mahupun, bukan sahaja…malah, sama ada…atau
Ayat: Bukan sahaja cantik, malah pintar.


Credit : sir irwan

https://t.me/studywithirwan
NOTA: KATA IMBUHAN PINJAMAN

MAKSUD:

Kata imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa asing seperti Arab, Sanskrit dan Inggeris, kemudian diserap dan digunakan dalam bahasa Melayu.

JENIS & CONTOH:

1. Imbuhan Awalan
• Inggeris: anti - (antisosial,antirokok,antiperang) , pro- (prososialis,proaktif)
• Sanskrit: su- (suvarna), nir- (nirwana)

2. Imbuhan Akhiran
• Arab: -i (ilahi), -wi (Duniawi)
• Sanskrit: -man (budiman), -wati (Seniwati)
5_6159148626208624143.pdf
1.4 MB
MODUL MUDAH LULUS MATEMATIK K2 SPM 2024

Hak Cipta cg Sinta
5_6159148626208624517.pdf
2.1 MB
MODUL MUDAH LULUS MATEMATIK K1 SPM 2024

Hak Cipta cg Sinta