STUDY WITH IRWAN
6.5K subscribers
1.33K photos
172 videos
463 files
524 links
Hiiiii awakkk! 🌸
Welcome to Study Channel! ✨
Belajar bersama dengan ! πŸ“šπŸ’–
πŸ“˜ BM | πŸ“œ Sejarah | πŸ§ͺ Sains | πŸ•Œ P. Islam | πŸ“ˆ Ekonomi | Bahasa Tamil
Nota comel, kelas online ,
tips mantap, A+ menanti!

Link feedback πŸ’•: https://forms.gle/dL9B8JUGgrUVcyXu7
Download Telegram
Forwarded from SPM INSIDER TIPS
Score/ Grade / Level
90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
70 – 79 : A – : Cemerlang
65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
55 – 59 : C + : Kepujian Atas
50 – 54 : C : Kepujian
45 – 49 : D : Lulus Atas
>40 – 44 : E : Lulus
0 – 39 : G : Gagal
TH : TH : Tidak Hadir
❀13
πŸŒ™ Pesanan Ramadan 29πŸŒ™

Ramadan kini di penghujungnya. Hati terasa sayu, tetapi masih ada waktu untuk meraih keampunan dan rahmat Allah. Jangan biarkan detik terakhir ini berlalu tanpa doa, istighfar, dan ibadah yang bersungguh-sungguh.

Kita tidak tahu adakah kita akan bertemu Ramadan lagi tahun hadapan. Jadikan setiap amal kita sebagai bekalan menuju akhirat.

β€œSesungguhnya amalan itu bergantung pada akhirnya.”
β€” Hadis Riwayat Bukhari

Perbanyakkan doa agar Allah menerima segala ibadah kita sepanjang Ramadan ini.

#RamadanDiPenghujung #MohonKeampunan #SPMInsiderTips
❀6πŸ‘1
Hi korang, nak tanya korang tahun ini tema apa ?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dalam sayup takbir yang berkumandang, hati ini terasa sebak. Syawal datang lagi, membawa sinar bahagia buat sesetengahnya, namun bagi yang lain, mungkin hanya tinggal kenangan yang menggamit rasa.

Aidilfitri kali ini, ada yang tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga, ada yang kehilangan insan tersayang, ada yang terpaksa menyambutnya dalam sepi dan air mata. Sir mengerti, bukan semua senyuman di pagi raya datang dari hati yang gembiraβ€”ada yang menahan rindu, ada yang menanggung luka.

Namun, walau sejauh mana kita terpisah, walau sebesar mana kehilangan yang kita rasakan, ketahuilah bahawa kasih sayang tidak pernah pudar. Doa yang tulus tetap akan sampai, ingatan yang ikhlas tetap akan hidup, dan harapan untuk bertemu kembali tetap ada.

Di kesempatan ini, sir ingin memohon ampun dan maaf dari hati yang paling dalam, andai pernah terkasar bahasa atau mengguris perasaan. Kalian semua tetap dalam ingatan dan doa sir, walaupun masa berlalu dan jarak memisahkan.

Moga Syawal ini mengajar kita erti ketabahan, menguatkan hati yang lelah, dan memberi sinar baru dalam kehidupan. Jangan pernah berhenti berharap, kerana selepas hujan, pasti ada pelangi.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
– Sir Irwan
❀8πŸ‘1😭1