STUDY WITH IRWAN
6.51K subscribers
1.33K photos
173 videos
463 files
524 links
Hiiiii awakkk! 🌸
Welcome to Study Channel! ✨
Belajar bersama dengan ! πŸ“šπŸ’–
πŸ“˜ BM | πŸ“œ Sejarah | πŸ§ͺ Sains | πŸ•Œ P. Islam | πŸ“ˆ Ekonomi | Bahasa Tamil
Nota comel, kelas online ,
tips mantap, A+ menanti!

Link feedback πŸ’•: https://forms.gle/dL9B8JUGgrUVcyXu7
Download Telegram
Nota kata seru

Maksud - Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan atau menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, benci, kagum dan kecewa.  Manakala ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Ayat seruan di akhiri dengan tanda seruan.


Kata Seru

Aduh- Untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum.

CTH:
Aduh, sakitnya gigiku! 

Aduhai- Untuk menyatakan perasaan sedih.

CTH:
Aduhai, malangnya nasib diriku!

Ah- Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu.

CTH:
Ah, saya tak mahu ikut kamu!


Amboi / wah- Untuk menyatakan perasaan hairan.

CTH
(a) Amboi, mahal betul jam ini!
(b) Wah, berani betul budak ini!

Cis- Untuk menyatakan perasaan marah dan benci.

CTH
(a)  Cis, berani dia melawan kataku!
(b)  Cis, kurang ajar betul budak ni!


Eh- Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut.

CTH:
(a)  Eh, bila kamu sampai!
(b)  Eh, duit tu ada di sini tadi!


Nah- Menyatakan perasaan marah.

CTH:
(a)  Nah, terimalah habuanmu!


Wahai- Untuk menyatakan perasaan sayang dan merayu.

CTH:
(a)  Wahai adikku sayang!
(b)  Wahai putera dan puteriku!


Hai- Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian.

CTH:
(a)  Hai, diamlah sikit!
(b)  Hai, sudah lama kita tidak bertemu!

Bedebah- Menyatakan perasaan marah.

CTH:
(a)  Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku!


Alahai- Perasaan menghina atau memperkecilkan seseorang.

CTH:
(a)  Alahai, itupun awak tak boleh buat!
Alamak
Menyatakan perasaan terkejut
(a)  Alamak, banyaknya kerja belum dapat disiapkan!


Credit : irwan



Nak ketahui nota lebih lanjut ! 🐣
https://t.me/studywithirwan
❀1
PERIBAHASA 🐣

Perumpamaan

 
Perumpamaan : susunan kata yang memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama. Perumpamaan juga adalah hasil daripada analogi dua perkara.
 
1. Bagai aur dengan tebing
   Maksud - tolong-menolong antara satu dengan yang lain

2. Bagai bunyi cempedak jatuh
    Maksud - bunyi jatuh yang kuat

3. Bagai bulan dipagari bintang
    Maksud - kecantikan gadis yang tiada bandingannya

4. Bagai diiris dengan sembilu
    Maksud - perasaan yang sangat pedih

5. Bagai duri dalam daging
    Maksud - sesuatu hal yang tidak menyenangkan

6. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
    Maksud - hanya mementingkan diri sendiri

7.  Bagai itik pulang petang
    Maksud -berjalan lambat sekali

8. Bagai isi dengan kuku
    Maksud - Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budipersahabatan yang sangat erat

9. Bagai kacang melupakan kulit
    Maksud - orang yang tidak tahu mengenang budi

10.Bagai kumbang putus tali
     Maksud - amat cepat; terlepas daripada sengsara


Credit : irwan



Nak ketahui nota lebih lanjut ! 🐣
https://t.me/studywithirwan
❀1πŸ‘1
NOTA KEDAULATAN BAB 1🀴

1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat

Keberkesanan Pentadbiran

β€’ Memberi kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
β€’ Dasar pentadbiran negara dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan.
β€’ Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
β€’ Diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kemakmuran Ekonomi
β€’ Selepas kemerdekaan, pelbagai usaha diambil untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
β€’ Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Kesejahteraan Sosial
β€’ Negara melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan agar mereka dapat bagi sumbangan untuk pembangunan negara.
β€’ Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan.

Kecemerlangan Hubungan Luar Negara
β€’ Dibentuk melalui penggubalan dasar luar negara kita.
β€’ Dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain.
β€’ Mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
β€’ Dapat meningkatkan imej negara.



Credit : irwan



Nak ketahui nota lebih lanjut ! 🐣
https://t.me/studywithirwan
❀1
Forwarded from STUDY WITH IRWAN
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯ SEMINAR SEJARAH SPM INSIDER TIPS! πŸ”₯

πŸ“š Ayuh pro dalam Sejarah bersama Sir Irwan, tutor pakar yang akan membimbing anda dengan teknik dan strategi terbaik untuk menghadapi SPM!

πŸ“… Tarikh: 15 Mac 2025
πŸ•™ Masa: 10.00 Malam
πŸ’» Platform: Online (Google Meet/Zoom)
🎟 Daftar Sekarang: @missecahhh / https://t.me/missecahhh

Jangan lepaskan peluang! Pastikan anda bersedia untuk menguasai Sejarah SPM dengan mudah & efektif! πŸš€

#SPMInsiderTips #SejarahSPM #SeminarSPM #ProSejarah
πŸ‘1
Forwarded from Miss ecah
Assalammualaikum miss buka link percuma hanya 38 bakal di accept πŸ˜‰


https://t.me/+7mZwSKhl6bIxZTk9


Bagi yang terlepas miss minta maaf
😍😍 alhamdulillah ada 700 yang sudi support channel ini saya rasa nak buat seminar percuma sabtu minggu depan 😝😝..On ke korang😎
πŸŒ™ Pesanan Ramadan Keempat belas πŸŒ™

Ramadan adalah bulan tarbiah untuk membentuk diri menjadi lebih baik. Jangan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi latih juga hati untuk lebih sabar, lidah untuk lebih berzikir, dan tangan untuk lebih bersedekah.

Gunakan peluang ini untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan. Setiap detik di bulan ini amat berharga, jadi jangan sia-siakan!

β€œBarang siapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
β€” Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Semoga Ramadan ini membawa perubahan bermakna dalam hidup kita.

#RamadanBerkah #LatihDiriJadiLebihBaik #BulanKeberkatan

Credit : irwan

https://t.me/studywithirwan
❀3
Forwarded from Miss ecah
Assalammualaikum semua dan salam sejahtera anak anak ,


Kelas Bersama sir irwan berlangsung malam ini


Link : https://meet.google.com/dkp-znkn-ykf

(Sila masuk jam 10)
πŸŒ™ Pesanan Ramadan Kelima belas πŸŒ™

Kita telah memasuki separuh perjalanan Ramadan. Adakah kita sudah memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini sebaiknya? Masih ada masa untuk meningkatkan ibadah, memperbanyakkan doa, dan mencari keampunan Allah.

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa perubahan dalam diri. Gandakan usaha dalam beribadah dan teruskan melakukan kebaikan.

β€œSesungguhnya amalan itu bergantung pada akhirnya.”
β€” Hadis Riwayat Bukhari

Mari perbaiki diri dan kejar keberkatan Ramadan sebelum ia berlalu.

#RamadanBerkah #PerbaikiDiri #BulanKeberkatan

Credit : irwan

https://t.me/studywithirwan
Sorry lewat heheheh
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
πŸ“š SEMINAR BAHASA MELAYU: MORFOLOGI KERTAS 2, YEKE SUSAH? πŸ€”

Tarikh: 22 Mac 2025
Masa: 10.00 MALAM
Platform: Google Meet / Zoom
Pakar BM: Sir Irwan

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Sertai seminar percuma dan pelajari rahsia menguasai Kertas 2 dengan mudah.

Daftar segera dan bersedia untuk merungkai kehebatan morfologi!

Daftar segera dengan @missecahhh

Credit : irwan

https://t.me/studywithirwan
πŸ”₯3
Akhirnya Tercapai impian nak morfologi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
πŸŒ™ Pesanan Ramadan Keenam belas πŸŒ™

Ramadan semakin berlalu, tetapi peluang untuk mengumpul pahala masih terbuka luas. Jangan biarkan semangat ibadah kita berkurangβ€”teruskan solat, zikir, sedekah, dan membaca Al-Quran dengan penuh keikhlasan.

Gunakan hari-hari yang tersisa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Setiap sujud, setiap doa, dan setiap kebaikan akan menjadi bekalan berharga untuk akhirat.

β€œSesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.”
β€” Surah Al-A’raf, ayat 56

Mari manfaatkan Ramadan sepenuhnya sebelum ia pergi.

#RamadanMubarak #KejarPahala #SPMInsiderTips
πŸ₯°6