Score A+ together
8.39K subscribers
3.14K photos
202 videos
1.84K files
1.37K links
make sure if nak share something from this group , letak credit !

since february 2023

owner @hiddoublea
Download Telegram
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab PEMERHATIAN πŸ“ :

pemerhatian ialah apa yang kita nampak πŸ‘€.
kalau soalan bagi bentuk jadual, jawapan adalah berdasarkan kotak belah kanan (PB).

contoh soalan :
suhu keadaan bubur nutrien
7Β°C sedikit keruh
37Β°C keruh

apa pemerhatian kita ? pemerhatian kita mestilah berkaitan kekeruhan bubur nutrien. β€œkenapa kita tak cakap pasal suhu, min?” sbbnya kita tak boleh nampak suhu. that's why pemerhatian kita kena tulis pasai keruh atau tidak.

cara menjawab :
- keadaan bubur nutrien pada suhu 7Β°C sedikit keruh berbanding suhu 37Β°C βœ…
- keadaan bubur nutrien pada suhu 37Β°C menjadi keruh berbanding pada suhu 7Β°C yang hanya sedikit keruh βœ…
- keadaan bubur nutrien pada suhu 37Β°C paling keruh βœ…

kalau soalan berdasarkan graf, lebih kurang macam graf cumanya (PB) pada paksi-y iaitu paksi yg menegak. kalau nak mudah, tulis pemerhatian dengan memilih dua julat yang mempunyai perbezaan ketara (kalau pemerhatian umum). kalau pemerhatian spesifik, kena fokus pada apa yang diminta sahaja !

#NOTAπŸ“
untuk pemerhatian tidak dibenarkan menulis jawapan dengan angka. contohnya,
bilangan kematian akibat letusan nuklear pada tahun 2010 ialah 12,000 manakala pada tahun 2012 ialah 16,000 ❌
bilangan kematian akibat letusan nuklear pada tahun 2010 lebih sedikit berbanding tahun 2012 βœ…
❀10😁1
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab INFERENS πŸ“ :

inferens ialah sebab kepada pemerhatian yang kita nyatakan.

contoh soalan 1 :
1) a) nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.
>
b) nyatakan inferens bagi pemerhatian diatas.
>

#NOTAπŸ“
jawab je macam biasa. utk inferens tulis je β€œkerana...” tak perlu tulis pemerhatian pastu letak kerana. sbb diatas soalan inferens dah ada soalan pemerhatian.

contoh soalan 2 :
1) a) nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
>
b) nyatakan satu inferens yang boleh dibuat berdasarkan hipotesis diatas.
>

#INFO🌷
utk kes mcm nih, kalau perasan atas soalan inferens takde tanya pasal pemerhatian betul tak ? disebabkan takde..kena jawab pemerhatian + β€œkerana” pada inferens.
πŸ—£ : min, kalau saya jwab β€œkerana” terus bole tak ?
jawapan : tak boleh ! jawapan awak tidak akan dikira even betul sekalipun.
πŸ‘6❀2
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab PEMBOLEH UBAH πŸ“ :

pemboleh ubah ialah perkara yang wajib ada untuk melengkapkan eksperimen.

terdapat 3 jenis pemboleh ubah :
- dimanipulasi (PM)
*perkara yang berbeza dalam eksperimen
- bergerak balas (PB)
*hasil dapatan eksperimen
- dimalarkan (PMR)
*perkara yang sama dan tetap dalam eksperimen

tapi macam mana kita nak tentukan pemboleh ubah pada bahagian A ??

penentuan pemboleh ubah :

melalui jadual πŸ—’
pemboleh ubah dimanipulasi = kiri jadual
pemboleh ubah bergerak balas = kanan jadual

melalui graf πŸ“ˆ
pemboleh ubah dimanipulasi = pada paksi-x
pemboleh ubah bergerak balas = pada paksi-y

melalui gambar rajah πŸ–Ό
pemboleh ubah dimanipulasi = tengok apa yg berbeza
pemboleh ubah bergerak balas = tengok apa yg sedang dikaji

#INFO🌷
untuk format KSSM, perkataan β€œpemboleh ubah” ditukar kepada perkataan β€œfaktor”. so, jangan terkejut kalau nampak perkataan tu dalam trial or SPM nanti.

#NOTAπŸ“
pemboleh ubah dimanipulasi :
- faktor yang diubah
- faktor yang berbeza
pemboleh ubah bergerak balas :
- faktor yang dikaji
- faktor yang diperhati
- faktor yang diukur
- faktor yang berubah
pemboleh ubah dimalarkan :
- faktor yang ditetapkan
- faktor yang tidak berubah
- faktor yang sama
- faktor yang dikawal
❀9
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab HIPOTESIS dan HUBUNGAN πŸ“ :

- hipotesis ialah ayat jangkaan untuk sesuatu eksperimen

cara menjawab :
1) semakin...semakin
- semakin bertambah/berkurang PM, semakin bertambah/berkurang PB
contoh :
semakin bertambah kepekatan antibiotik, semakin bertambah diameter kawasan jernih.
2) jika...maka
- jika PM bertambah/berkurang, maka PB bertambah/berkurang.
contoh :
jika antibiotik berkepekatan tinggi digunakan, maka diameter kawasan jernih lebih luas.
3) perbandingan
- guna perkataan β€œlebih banyak”, β€œlebih sedikit”, β€œlebih besar”, β€œlebih kecil” dan sebagainya mengikut kesesuaian eksperimen.
contoh :
antibiotik berkepekatan tinggi mampu membunuh lebih banyak bakteria berbanding antibiotik berkepekatan rendah.

- hubungan ialah ayat dapatan sesuatu eksperimen

cara menjawab :
1) semakin...semakin
- semakin bertambah/berkurang PM, semakin bertambah/berkurang PB
2) perbandingan
- guna perkataan β€œlebih banyak”, β€œlebih sedikit”, β€œlebih besar”, β€œlebih kecil” dan sebagainya mengikut kesesuaian eksperimen.

#NOTAπŸ“
untuk hubungan TAK BOLEH guna kaedah β€œjika...maka” sbb jika...maka seakan kita berkata β€œkalau buat macam ni...akan jadi macam ni” (macam ramalan kan ayat ni ?) sbb tu tak boleh.

#NOTAπŸ“
kalau nak guna kaedah β€œsemakin...semakin” pastikan ada julat (angka). contohnya, 7Β°C, 37Β°C, 70Β°C (suhu), 3kg, 5kg, 10kg (jisim) dan lain lain.

#INFO🌷
- paling mudah buat ayat perbandingan. bila buat nanti nampak macam pemerhatian tapi sama je boleh jugak βœ…. pastikan bijak atur struktur ayat supaya tidak salah faham/konsep/fakta.
❀9πŸ‘1
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab DEFINISI SECARA OPERASI πŸ“ :

- definisi secara operasi ataupun lebih dikenali sebagai DSO ialah definisi yang menerangkan sesuatu sifat dan pemerhatian yang akan terjadi terhadap perkara yang didefinisikan apabila sebarang tindakan dilakukan.

cara menjawab :
tajuk ialah perkara yg describe tajuk yang menyebabkan pemerhatian apabila operasi/tindakan.

contoh eksperimen : (Bab 9 Tingkatan 4)
jenis bongkah kedalaman lekuk
bongkah kuprum 15cm
bongkah gangsa 6cm

soalan :
berikan definisi secara operasi bagi bongkah gangsa.

highlight perkara penting mengikut tips diatasπŸ‘‡πŸ»

tajuk : bongkah gangsa
perkara yg describe tajuk : bahan
pemerhatian : lekuk yang terhasil lebih kecil berbanding lekuk pada bongkah kuprum
operasi/tindakan : pemberat 100g dijatuhkan dan menghempap bola keluli

susunan bentuk ayat lengkap :
bongkah gangsa ialah bahan yang menyebabkan lekuk yang terhasil lebih kecil berbanding lekuk pada bongkah kuprum apabila pemberat 100g dijatuhkan dan menghempap bola keluli.

apa yang patut awak buat sekiranya awak tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk describe tajuk tersebut ??
- caranya ialah awak ambil semula perkataan yg ada pada tajuk.
contohnya :
- bongkah gangsa ialah bongkah βœ…
- nilai kalori ialah nilai βœ…
- larutan metilena biru ialah larutan βœ…
- kadar tindak balas ialah kadar βœ…

contoh perkataan yang sesuai ialah :
1) BAHAN
- aloi, logam, antibiotik, minyak kelapa sawit, alkohol, sel kimia, bahan antioksidan
2) KEADAAN
- suhu, tekanan, inersia, tarikan graviti, jatuh bebas, denyutan nadi
3) PROSES (sesuai utk tajuk yg ada imbuhan pe-, pem-, per-, peng-)
- pengoksidaan, pertumbuhan, pengaloian, pemvulkanan, penapaian, pengesteran, elektrolisis
4) NILAI/UKURAN
- nilai kalori, kadar tindak balas, kadar denyutan nadi, pecutan
5) PRINSIP
- prinsip Pascall, prinsip Bernoulli
❀12πŸ‘2
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab soalan PERSAMAAN dan PERBEZAAN πŸ“ :

untuk soalan persamaan dan perbezaan sering ditanya pada Bahagian B dan Bahagian C

cara menjawab :
1) penulisan bentuk ayat
- persamannya ialah.... . perbezaannya ialah.....manakala... .
2) bentuk jadual
- lukis bentuk jadual pada garisan yang telah disediakan
3) penulisan bentuk point
persamaan :
perbezaan :

#NOTAπŸ“
untuk kaedah ketiga, pastikan tulis perkataan β€œpersamaan” dan β€œperbezaan” oky.
πŸ—£ : apa akan jadi kalau tak tulis ?
- awak takkan dapat sebarang markah untuk soalan tersebut.

#INFO🌷
1) sekiranya soalan yang diberi dalam bentuk jadual, dilarang sama sekali untuk jawab soalan tersebut dalam bentuk jadual ❗️
sebab pemeriksa kertas akan beranggapan bahawa awak hanya salin semula jadual tersebut.
contoh soalan :

kaedah P aspek kaedah Q
cecair keadaan cecair
45 - 50Β°C suhu 100Β°C
susu cth makanan air mineral
cepat rosak lambat

cara menjawab :
- persamannya ialah kaedah P dan kaedah Q memerlukan bahan berkeadaan cecair. perbezaannya ialah bahan yang menggunakan kaedah P cepat rosak manakala kaedah Q lambat rosak.

atau

persamaan : kedua-duanya memerlukan bahan yang berkeadaan cecair
perbezaan : contoh makanan yang dapat dihasilkan melalui kaedah P ialah susu manakala kaedah Q ialah air mineral.

2) untuk perbezaan pastikan aspek yang dibandingkan itu adalah sama.
contohnya :
kaedah P : suhu / kaedah Q : suhu βœ…
kaedah P : suhu / kaedah Q : cth makanan ❌
❀6
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab PENJADUALAN DATA πŸ“ :

penjadualan data berada pada soalan 11 Bahagian C

cara menjawab :

1) pastikan kotak jadual dilukis.
2) kenalpasti PM dan PB eksperimen.
3) PM berada dikiri jadual.
4) PB berada dikanan jadual.
5) ruangan PM diisi dengan aspek yang dikaji.
6) ruangan PB biarkan kosong sahaja.

#NOTAπŸ“
sebarang tambahan seperti label tabung uji, label piring petri digalakkan.

cara menjawab :

jadual menegak ↕️ :

piring petri suhu koloni bakteria
P 17Β°C
Q 37Β°C
R 70Β°C

atau

jadual melintang ↔️ :

piring petri P Q R
suhu 17Β°C 37Β°C 70Β°C
koloni bakteria

kedua-dua bentuk jadual boleh diguna pakai dengan syarat PM dan PB dilabel dengan betul βœ…


#INFO🌷
ruangan PB dibiarkan kosong kerana soalan hanya minta β€œrancang/rangka satu eksperimen”. namun sekiranya soalan minta β€œsediakan/bina satu laporan eksperimen”, ruangan PB WAJIB diisi ❗️

πŸ—£ : apa beza rangka eksperimen dengan laporan eksperimen ?

rangka eksperimen ialah satu draf yang dibuat sebelum eksperimen dijalankan (belum ada hasil).

laporan eksperimen ialah satu penulisan yang dibuat selepas eksperimen dijalankan (ada hasil).
❀9πŸ‘2
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab JANGKAAN PEMERHATIAN πŸ“ :

jangkaan pemerhatian seakan akan ramalan namun lebih spesifik mengikut konsep.

untuk soalan jangkaan pemerhatian berkemungkinan ditanya pada Bahagian C, Soalan 11 (eksperimen).

cara menjawab :
- walaupun sekadar jangkaan, jawapan mestilah tepat sepertimana kita menulis jawapan bagi soalan pemerhatian.
- boleh ditulis dalam bentuk ayat biasa sepertimana penulisan ayat pemerhatian
- boleh juga ditulis dalam bentuk jadual sepertimana penjadualan data. bagi penjadualan data, bahagian PB tidak perlu ditulis tetapi disebabkan ini adalah jangkaan pemerhatian kita WAJIB tulis pada bahagian PB mengikut kesesuaian dan berdasarkan konsep.

contoh penjadualan data :
suhu bilangan koloni bakteria
7Β°C
37Β°C
70Β°C

contoh jangkaan pemerhatian :
penulisan bentuk ayat πŸ‘‡πŸ»
- bilangan koloni bakteria bagi suhu 37Β°C paling banyak.

penulisan bentuk jadual πŸ‘‡πŸ»
suhu bilangan koloni bakteria
7Β°C 2
37Β°C 10
70Β°C 1


#NOTAπŸ“
fahamkan konsep supaya tidak berlaku kecuaian πŸ‘ŒπŸ»
❀14πŸ‘2
hope nota nota yg mimin bagi ni dapat bantu korang πŸ₯ΉπŸ«ΆπŸ»
❀30πŸ₯°2
Score A+ together pinned Β«assalamualaikum anak anak murid kesayangan mimin 🀍✨. mimin nak ucapkan goodluck untuk paper sains harini. mimin tau korang dah berusaha keras selama ni. so, buktikan pada diri korang bahawa usaha korang tu tak sia sia 🫢🏻. mimin doakan semoga setiap apa yg…»
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
tips menjawab cara mengawal :
PM - menggunakan/memastikan PM adalah berbeza

PB - mengira/menghitung/memerhati/mengukur PB menggunakan pembaris/pita pengukur/jam randik (option bergantung kepada jenis eksperimen, kalau eksperimen tu nk kawal PB dia sekadar memerhati tak perlu menggunakan apa sbb dh terang" guna mata)

PMR - menggunakan/memastikan PMR adalah sama
❀16πŸ‘1
Forwarded from SAINS SPM 2026 πŸ’œ (tutor sains)
❀7
Adam Iqbal
Photo
NOTA ELEKTROKIMIA ❀️