Score A+ together
9.58K subscribers
3.01K photos
190 videos
1.81K files
1.32K links
make sure if nak share something from this group , letak credit !

since february 2023
Download Telegram
PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan.


2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.


3. Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.



Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:

baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya

jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat:
Untuk pisang

ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya

utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya
๐Ÿƒ 1. Kesalahan: โ€œsaling tuduh-menuduhโ€
๐Ÿšซ Ali dan Abu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
โœ… Ali dan Abu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
โœง โ€œTuduh-menuduhโ€ sudah membawa maksud saling, jadi tak perlu ditambah lagi.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒธ 2. Kesalahan: โ€œsaling bantu-membantuโ€
๐Ÿšซ Penduduk Kampung Parit Jabar saling bantu-membantu dalam segala hal.
โœ… Penduduk Kampung Parit Jabar saling membantu dalam segala hal.
โœง โ€œBantu-membantuโ€ sendiri sudah membawa makna saling membantu.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐Ÿฉต 3. Kesalahan Hukum Diterang dan Menerang (DM)
๐Ÿšซ Ibu menghidangi kami sepinggan goreng pisang.
โœ… Ibu menghidangi kami sepinggan pisang goreng.
โœง Dalam hukum DM, yang diterang = pisang ๐ŸŒ, yang menerang = goreng ๐Ÿ”ฅ.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒท 4. Kesalahan penggunaan โ€œianyaโ€
๐Ÿšซ Nina tidak hadir ke sekolah kerana ianya demam.
โœ… Nina tidak hadir ke sekolah kerana ia/dia demam.
โœง โ€œIaโ€ dan โ€œnyaโ€ tak boleh hadir bersama kerana kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐Ÿ’  5. Kesalahan penggunaan โ€œolehโ€
๐Ÿšซ Bola itu ditendang oleh saya.
โœ… Bola itu ditendang oleh dia.
โœง โ€œOlehโ€ hanya menerima kata ganti nama diri ketiga seperti ia, dia, beliau, mereka, nya.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒพ 6. Kesalahan penggunaan โ€œpendalamanโ€
๐Ÿšซ Kawasan-kawasan pendalaman di Johor akan dimajukan mulai tahun hadapan.
โœ… Kawasan-kawasan pedalaman di Johor akan dimajukan mulai tahun hadapan.
โœง Pendalaman = proses menjadikan sesuatu mendalam.
โœง Pedalaman = kawasan terpencil / jauh dari bandar.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐Ÿ’ซ ๊’ฐ BEZA โ€œPADAโ€ & โ€œKEPADAโ€ ๊’ฑ

๐ŸŒผ PADA โ†’ digunakan untuk masa, tempat, benda konkrit & abstrak
๐Ÿ“– Contoh:

Dia dilahirkan pada tahun 2008.

Sifat garang ada pada anjing jiran saya.

Ibu menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.


๐ŸŒฟ KEPADA โ†’ digunakan untuk manusia, haiwan, pecahan, perubahan keadaan
๐Ÿ“– Contoh:

Kemalangan itu mesti dilaporkan kepada pihak polis.

Para peserta telah diagihkan kepada lima kumpulan.


โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒธ ๊’ฐ BEZA BARU / BAHARU / BHARU / BAHRU ๊’ฑ

๐Ÿฉท BARU / BAHARU (kata sifat)
โ†’ digunakan dalam konteks masa atau benda baharu.
๐Ÿ“– Contoh:

Tahun baru / baharu

Rumah baru / baharu


๐ŸŒผ BARU (kata bantu)
โ†’ menunjukkan masa yang baru berlaku.
๐Ÿ“– Contoh:

Baru sampai

Baru-baru ini


๐ŸŒบ BHARU / BAHRU (nama khas)
โ†’ hanya digunakan dalam nama tempat.
๐Ÿ“– Contoh:

Kota Bharu

Johor Bahru
โœง Ejaan ini diwartakan rasmi, jadi tidak boleh diubah suai.
โค1
๐“†ฉ๐Ÿ“˜๐“†ช ๊’ฐ ๐๐Ž๐“๐€ ๐Š๐€๐“๐€ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ ๊’ฑ
ห—หห‹โœจ Edisi A Bahasa Melayu SPM โœจหŽหŠห—

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€๊’ฐ ๐Ÿชท 1. ๐‰๐„๐๐ˆ๐’ ๐Š๐€๐“๐€ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ ๐Ÿชท ๊’ฑโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ

๐ŸŒธ i. โ€œialahโ€
โ†’ digunakan jika di hadapannya kata/frasa nama atau kata/frasa kerja.

๐ŸŒฟ ii. โ€œadalahโ€
โ†’ digunakan untuk kata/frasa adjektif dan kata/frasa sendi.

โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€๊’ฐ โš ๏ธ 2. ๐Š๐„๐’๐€๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๊’ฑโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ

๐Ÿ’  i. โ€œialahโ€ hanya boleh diikuti kata/frasa nama

๐Ÿšซ Salah:

Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.

Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.


โœ… Betul:

Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.

Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.


โœฟโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โœฟ

๐Ÿ’  ii. โ€œadalahโ€ hanya boleh digunakan untuk kata/frasa adjektif & sendi

๐Ÿšซ Salah:

Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.

Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.

Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


โœ… Betul:

Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.

Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.

Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


โœฟโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โœฟ

๐Ÿ’  iii. โ€œkata nafiโ€ (โ€˜tidakโ€™, โ€˜bukanโ€™) hanya boleh digandingkan dengan โ€œadalahโ€
๐ŸŒท (dan โ€œadalahโ€ boleh juga ditiadakan dalam ayat)

๐Ÿšซ Salah:

Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.

Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.

Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.


โœ… Betul:

Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.

Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.

Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.

Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.


โœฟโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โœฟ
โค1
Peribahasa lebih sesuai dimasukkan secara sisipan.

Contoh : Masyarakat tidak boleh mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Contoh : Ibu bapa perlu menerapkan budaya menabung kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bak tak boleh duduk di awal ayat โ€ผ๏ธ

Bak kata pepatah โŒ
, bak kata pepatah โœ…

Hati-hati guna pepatah sebab bukan semua peribahasa tu pepatah.. ada juga bidalan dll..

Nak selamat, guna je persis peribahasa / bak peribahasa.

Tapi lebih selamat masukkan je terus peribahasa secara sisipan
Seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran yang semakin meningkat. โŒ

Seminar itu turut membincangkan masalah pengangguran yang semakin meningkat. โœ…

โžก๏ธ membincangkan ialah kata kerja transitif (memerlukan objek).. selepas membincangkan kena terus letak objek
โžก๏ธ objek ๐Ÿ‘†๐Ÿป : masalah

Nenek menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad SAW kepada cucunya. โŒ

Nenek menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW kepada cucunya โœ…

Nenek bercerita tentang kisah Nabi Muhammad SAW kepada cucunya. โœ…

Ibu bapa prihatin tentang pelajaran anak-anak di sekolah. โœ…

Mereka berbincang tentang masalah negara. โœ….
Jangan ubah SATU PON PERKATAAN
CUMA
Link semua kekalkan.
Guna fonts.
ADA SIMBOL
Aesthetic
โค1
Ni je nota untuk harini,min sempat taip ni je harap membantuโ˜บ๏ธ
LAST LAST
[KATA SENDI NAMA "TERHADAP"]

Kata sendi nama โ€œterhadapโ€
(1) Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda.
(2) Kata sendi nama "terhadap" lazimnya disalah guna untuk menggantikan "tentang".
(3) Terdapat kecenderungan penggunaan kata sendi nama "terhadap" sebagai unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang. 
Contohnya:
1.
Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. โœ…
Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil kepada anak buahnya. โŒ
Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil tentang anak buahnya. โŒ

2.
Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. โœ…
Tanamilah rasa belas kasihan tentang binatang. โŒ
Tanamilah rasa belas kasihan kepada binatang. โŒ

3.
Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. โœ…
Jangan bersikap biadab kepada orang tua. โŒ
Jangan bersikap biadab untuk orang tua. โŒ

4.
Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya elok dicontohi. โœ…
Kasih sayang Mariam kepada ibu bapanya elok dicontohi. โŒ
Kasih sayang Mariam tentang ibu bapanya elok dicontohi. โŒ

5.
Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar terhadap kotoran dan bahan pewarna. โœ…
Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar kepada kotoran dan bahan pewarna. โŒ
Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar pada kotoran dan bahan pewarna. โŒ

6.
Air bersifat lengai terhadap logam adi. โœ…
Air bersifat lengai kepada logam adi. โŒ
Air bersifat lengai pada logam adi. โŒ

7.
Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. โœ…
Kajian kepada beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. โŒ
Kajian tentang beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik.โŒ

8.
Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya. โŒ
Ketua pejabat itu sentiasa curiga tentang kejujuran anak buahnya. โœ…
Ketua pejabat itu sentiasa curiga akan kejujuran anak buahnya. โœ…
Ketua pejabat itu sentiasa curiga kepada kejujuran anak buahnya. โŒ

9.
Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang kampung. โŒ
Penghulu itu mengambil berat terhadap orang kampung. โœ…
Penghulu itu mengambil berat  akan orang kampung. โœ…
Penghulu itu mengambil berat terhadap kepada orang kampung. โŒ

10.
Kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kesejahteraan rakyat. โŒ
Kerajaan sentiasa memberikan perhatian tentang kesejahteraan rakyat. โœ…
Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada kesejahteraan rakyat. โŒ
Kerajaan sentiasa memberikan perhatian pada kesejahteraan rakyat. โœ…
Ada apa apa yg x faham bole tanyaโค๏ธ
๐Ÿ“ŒPERIBAHASA MENGIKUT TEMA BUKU TEKS

TEMA1 : ANDA BERSIH ANDA SIHAT
- Badan cergas ,minda sihat
- Alah bisa, tegal biasa

TEMA 2 : SUKAN DAN REKREASI
- Jauh perjalanan ,luas pemandangan
- Mencegah lebih baik dari mengubati

TEMA 3 : KERJAYA MENITI JAYA
-Usaha tangga kejayaan
- Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

TEMA 4: BERSATU KITA TEGUH
- Muafakat membawa berkat
- Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

TEMA 5 : PENDIDIKAN UNTUK SEMUA
- Masa itu emas
- Bagai mencurah air ke daun keladi
-Dimana ada kemahuan di situ ada jalan

TEMA 6 : Sains Inovasi
- Yang lama dikelek, yang baru didukung
- Cendawan yang tumbuh selepas hujan

TEMA 7: PERTANIAN PENTERNAKAN PERIKANAN
- Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
- Barjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

TEMA 8 : Melancong mencari makna
- Hujan emas di negeri orang ,hujan batu di negeri sendiri
- Jauh perjalanan luas pemandangan

TEMA 9: EKONOMI,KEUSAHAWANAN DAN KEWANGAN
-Gulung tikar
-Sediakan payung sebelum hujan
-Besar periuk besarlah kerraknya

TEMA 10 : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
- Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucul masing-masing
-Alang-alang berminyak biarlah licin

TEMA 11 : DUNIA SELAMAT MILIK KITA
- Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
-Ada beras taruh dalam padi

TEMA 12 : KEBUDAYAAN KESENIAN
-Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak
- Tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas

TEMA 13: JATI DIRI WARGANEGARA PATRIOTIK
- Biar putih tulang jangan putih mata
- Jung pecah , Yu yang kenyang

TEMA 14 : CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA
- Bahasa menunjukkan bangsa
- Mana sungai yang tidak berpenghulu
-Budi bahasa budaya kita

TEMA 15 : INDUSTRI CEMERLANG NEGARA GEMILANG
-Berbudi kepada tanah,tanah tak tipu
-Daripada segenggam,jadi segantang

TEMA 16: INTEGRITI
- Lintah darat
-Darah daging
- membalas budi
โค1