Score A+ together
9.58K subscribers
3.01K photos
190 videos
1.81K files
1.32K links
make sure if nak share something from this group , letak credit !

since february 2023
Download Telegram
Forwarded from SYAH
โค1
Forwarded from SYAH
karangan arab.pdf
1.6 MB
karangan arab.pdf
โค3
Assalamualaikum and hello lovelies,

I'm gonna do a chit chat together to share my journey as a spm student.

If you're free, have a moment to join.

Time : 8:40pm

https://t.me/lifeeyy_english_elevation?livestream=0f5dc7168c165e25d1
Good mornings
โค5
SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN DALAM KARANGAN

TEMA 1 โ€“ KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

TEMA 2 โ€“ KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN
(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

TEMA 3 โ€“ KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT
(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah

TEMA 4 โ€“ KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK
(a) bagai menatang minyak yang penuh
(b) anak emas
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
(d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
(e) melentur buluh biarlah dari rebungnya

TEMA 5 โ€“ REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA
(a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(b) rajin usaha tangga kejayaan
(c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
(d) kepimpinan melalui teladan
(e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru)

TEMA 6 โ€“ KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN
(a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
(b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
(c) malang tidak berbau
(d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
(e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat

TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL
(a) tak kenal maka tak cinta
(b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
(c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(d) biar mati anak, jangan mati adat
(e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

TEMA 8:  AMALAN MENABUNG / AMALAN MEMBACA
(a) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) membaca jambatan ilmu
(d) ulat buku / ilmu kunci kehidupan / ilmu pelita hidup
(e) bangsa membaca bangsa berjaya

TEMA 9: PERSAINGAN / PERJUANGAN /
(a) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
(b) sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan
(c) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (jangan ambil risiko)
(d) kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (jangan memandang rendah kebolehan orang lain)

TEMA 10: PATRIOTIK / BAHASA KEBANGSAAN
(a) biar putih tulang, jangan putih mata
(b) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(c) bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan)
(d) hilang bahasa lenyaplah bangsa (bahasa kebangsaan)
(e) bahasa menunjukkan bangsa (bahasa kebangsaan)
โค3
โœจ100 ๐™†๐™Š๐™Ž๐˜ผ ๐™†๐˜ผ๐™๐˜ผ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐˜ผ๐™๐™„๐™† ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐˜ฝ๐™Š๐™‡๐™€๐™ƒ ๐˜ฟ๐™„๐™‚๐™๐™‰๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™€๐™‰๐™๐™‡๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‡๐˜ผ๐™„๐™‰-๐™‡๐˜ผ๐™„๐™‰ โœจ
Tip: Jangan guna berlebihan sampai awak sendiri tak faham apa yang awak tulis ok!

1. bermaharajarela = berleluasa
2. menopang dagu = termenung
3. tonggak = asas/dasar
4. aset = sesuatu yang bernilai
5. menuding jari = menyalahkan orang lain
6. waswas = tidak yakin
7. natijahnya = kesannya
8. mencerminkan = melambangkan
9. pornografi = bahan lucah
10. obligasi = semangat
11. impak = kesan
12. tuntasnya = keseluruhannya
13. akur = bersetuju
14. efektif = berkesan
15. imej = penampilan
16. panji = bendera
17. individualistik = mementingkan diri sendiri
18. manipulasi = tindakan
19. emansipasi = hak kebebasan
20. merencatkan = menggagalkan
21. dimonopoli = dikuasai
22.inisiatif = langkah
23. anasir = gejala
24. penggemblengan = penyatuan
25. transisi = perantaraan
26. kaliber = berkeupayaan
27. dasawarsa = satu dekad
28. adaptasi = penyesuaian kepada hasil yang baharu
29. memanifestasikan fikiran = menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
30. menukilkan kata-kata = menulis , bercakap tentang sesuatu
31. memberikan impak = menyebabkan
32. rentetan senario itu = kesan fenomena tersebut
33. jika ditelusuri = jika dikaji secara lebih mendalam
34. penyalur ilmu = pemberi banyak pengetahuan
35. alaf baharu = masa terkini
36. mutakhir ini = pasa masa ini
37. seantero = seluruh
38. menikam sanubari = merosakkan perasaan
39. meluaskan horizon pemikiran = meluaskan pandangan
40. menggabungjalinkan elemen = menggunakan pelbagai aspek
41. Merangsang ekonomi = mengaktifkan proses jual beli
42. dana = modal
43. bitara = tiada tandingan
44. simbiosis = dua benda yang saling berkaitan
45. masih bermain dengan fantasi = tidak berfikiran matang
46. mendabik dada = kesombongan akibat kejayaan
47. mengkodifikasikan undang-undang = menyelaras undang-undang
48. kestabilan spiritual dan fizikal = keseimbangan rohani dan jasmani
49. mekanisme kawalan = aspek yang mengawal sesuatu
50. pandangan sarwa = pemikiran biasa
51. menerajui = memimpin , mengetuai
52. mata pencarian = pendapatan
53. kolot = kuno
54. profesion = kerjaya
55. informasi = maklumat
56. integrasi = perpaduan
57. aspirasi = cita-cita , keinginan
58. memudaratkan = memburukkan
59. dinamik = berdaya saing
60. drastik = cepat , pantas , mendadak
61. perisai = pertahanan
62. diagnosis = mengenal pasti
63. pemantauan = pengawasan , pemeriksaan
64. anjakan paradigma = perubahan demi kemajuan atau kebaikan
65. cakna = ambik berat
66. landasan berfikir = cara berfikir
67. masyarakat konvensional = masyarakat umum
68. mengaibkan diri = memalukan diri
69. alma mater = bekas sekolah , universiti , tempat belajar
70. kemapanan fikiran = keteguhan cara berfikir
71. prakarsa = daya usaha , inisiatif
72. bacul = tidak bersemangat
73. badai kehidupan = cabaran hidup
74. inteligensia = kumpulan manusia yang pandai
75. berkongkalikung = bersepakat
76. bukti yang konkrit = bukti yang kukuh
77. praja = kota , negeri
78. rutin harian = kerja yang biasa dilakukan dan hari-hari
79. nawaitu diri = keinginan diri
80. pentas siasah = dunia politik
81. polemik = perdebatan dalam penulisan surat khabar
82. linglung = hilang ingatan
83. falah = kejayaan , kemenangan
84. interpretasi = tafsiran , penjelasan
85. bersilengah = bersikap tidak tahu
86. inisiatif = usaha
87. efektif = berkesan
88. alternatif = pilihan cara
89. integrasi = perpaduan atau penggabungan
90. diskusi = perbincangan
91. rasional = alasan munasabah
92. ijtihad = pendapat
93. ikhtilaf = perbezaan pendapat
94. perspektif = sudut pandangan yang wajar
95. persepsi = pandangan
96. pesimis = suka mengandaikan sesuatu yang buruk
97. optimis = mengandaikan sesuatu yang baik
98. kemaslahatan = kebaikan
99. modal insan = remaja , generasi kini
100. melikwidasikan = membubarkan
๐Ÿ“˜ Panduan penting supaya karangan kamu nampak kemas, formal & ikut format peperiksaan SPM! ๐Ÿ’ซ

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 1. Nombor kurang daripada 10
โ†’ Tulis dengan perkataan (ejaan penuh).
๐Ÿฉต Contoh: Azmi membeli dua buah kereta baru berjenama Honda untuk dihadiahkan kepada anak-anaknya.

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 2. Nombor 10 dan ke atas
โ†’ Tulis menggunakan angka.
๐Ÿฉต Contoh: Seramai 15 orang pelajar telah menamatkan pengajian mereka dalam jurusan perubatan.

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 3. Jika nombor 10 dan ke atas berada di awal ayat
โ†’ Tulis dengan perkataan (dieja sepenuhnya).
๐Ÿฉต Contoh: Enam belas pelajar sekolah yang merupakan mangsa tragedi tanah runtuh telah berjaya ditemui.

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 4. Tahun dan tarikh kalendar
โ†’ Mesti ditulis dalam bentuk angka.
๐Ÿฉต Contoh: 4 Ogos 1990

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 5. Nombor besar (ribu, juta, bilion)
โ†’ Tulis nombor + unit dalam perkataan.
๐Ÿฉต Contoh: 12 ribu, 15 juta

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 6. Ukuran Matematik / Sains / Teknik
โ†’ Gunakan angka + unit ukuran.
๐Ÿฉต Contoh: 5 liter air, 10 meter kain, 3 kilogram gula.

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 7. Nilai wang (RM / sen)
โ†’ Gunakan angka.
๐Ÿฉต Contoh: RM 513,041.22

โœฆ หšโ‚Šโ€งโ€ 8. Nilai mata wang genap (boleh ejaan penuh)
โ†’ Jika nombor bulat atau besar, boleh ditulis dengan perkataan.
๐Ÿฉต Contoh: Empat puluh ribu ringgit, 50 juta ringgit

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€



โคฟ โœฆ Credit: @ashawanna9a
โค1
๐‘ญ๐’๐’“ ๐‘ฉ๐‘ด ๐’†๐’™๐’‚๐’Ž โœ’๏ธ

โŒ ๐ƒ๐จ๐งโ€™๐ญ ๐ฎ๐ฌ๐ž ๐ฅ๐ข๐ช๐ฎ๐ข๐ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฌ ๐จ๐ซ ๐œ๐จ๐ซ๐ซ๐ž๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ฅ๐ข๐ช๐ฎ๐ข๐.
โŒ ๐๐จ ๐ ๐ž๐ฅ/๐ข๐ง๐ค ๐ฉ๐ž๐ง๐ฌ ๐ญ๐ก๐š๐ญ ๐ฌ๐ฉ๐ซ๐ž๐š๐.

โœ… ๐€๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐ฐ๐ซ๐ข๐ญ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ช๐ฎ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ง๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐จ๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐‹๐„๐…๐“ ๐ฌ๐ข๐๐ž.
โœ… ๐’๐ญ๐ข๐œ๐ค ๐ญ๐จ ๐๐‹๐€๐‚๐Š ๐๐„๐ โ€” ๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ข๐œ๐ข๐š๐ฅ, ๐œ๐ฅ๐ž๐š๐ซ, ๐ฉ๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ.
โœ… ๐˜๐จ๐ฎ๐ซ ๐ก๐š๐ง๐๐ฐ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ง๐  ๐Œ๐”๐’๐“ ๐›๐ž ๐ง๐ž๐š๐ญ, ๐œ๐ฅ๐ž๐š๐ซ, ๐š๐ง๐ ๐ซ๐ž๐š๐๐š๐›๐ฅ๐ž.

โ€” :๏ฝฅ๏พŸโœง:๏ฝฅ๏พŸโœง
SPM examiners said many poor results were caused by bad handwriting.
They get stressed, tired, and moody after reading hundreds of messy papers.

When your handwriting burukโ˜บ๏ธ the examiner literally throws it to the side sbb nk mark last.
By then, theyโ€™re sleepy, annoyed, and out of patience.
So guess what? Your marks suffer even if your ideas are good.

๐Ÿ’ฌ BM Paper 1 (Karangan) is marked holistically ; meaning overall impression matters.
If your handwriting is neat, structured, and clean, it gives an instant good impression.

๐Ÿ’Œ Examiners are human too , they love beauty.
Just like people are drawn to a pretty face, theyโ€™re drawn to beautiful writing.
When your handwriting is neat and pleasant, it makes them happy.
And when the examinerโ€™s happy โœจ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ธ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆโœจ
โœจ๐Ÿ“˜ FORMAT & NOTA RUMUSAN TERKINI (30 MARKAH) ๐Ÿ“˜โœจ


โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒฟ 01 : Pendahuluan (2 markah)
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ
๐Ÿ’ก Contoh ayat:
โ€บ Rumusan membincangkan (fokus 1) dan (fokus 2).
โ€บ Rumusan membincangkan (fokus 1), (fokus 2) dan (fokus 3).

๐Ÿ“Œ Tips:

Tulis satu ayat sahaja.

Jangan tambah ayat lain.

Gunakan kata kunci daripada soalan (contohnya โ€œpuncaโ€, โ€œlangkahโ€, โ€œkesanโ€).



---

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒฟ 02 : Isi Tersurat (16 markah)
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ
๐Ÿง  Panduan cari isi:

Cari kata kunci: punca / kesan / kebaikan / langkah / keburukan

Ambil isi utama sahaja, tanpa huraian atau contoh.

8 isi = 16 markah (2 markah setiap isi)


๐Ÿ“ Contoh isi:

Sistem e-pembayaran menjimatkan masa pengguna.

Pengguna boleh memantau kewangan secara sistematik.

Transaksi menjadi lebih mudah dan cepat.



---

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒฟ 03 : Penutup / Kesimpulan (2 markah)
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ
๐Ÿ’ฌ Formula penutup:
โžก๏ธ Kesimpulannya, + (tema/topik) + perlulah / hendaklah / wajar + ... agar ...

โœ… Contoh betul:

> Kesimpulannya, penggunaan sistem e-pembayaran hendaklah dimanfaatkan agar ekonomi negara lebih maju.



โŒ Elak ayat seperti:

> Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggunakan sistem e-pembayaran agar...



๐Ÿ“Œ Nota penting:

Gunakan ayat pasif.

Jangan sebut โ€œpihakโ€ dalam ayat kesimpulan.

Mesti ada tema + cadangan/harapan/kesan positif.



---

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒฟ 04 : Bahasa (10 markah)
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ
โœจ Penilaian bahasa berdasarkan:

Tatabahasa (ayat gramatis)

Kosa kata tepat

Ejaan betul

Susunan isi teratur

Laras bahasa formal dan tidak berulang


โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒฟ PECAHAN MARKAH RUMUSAN (30 MARKAH)
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ

Komponen Markah

Pendahuluan 2
Isi tersurat (8 isi ร— 2 markah) 16
Penutup 2
Bahasa 10
Jumlah 30 markah



---

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒธ CONTOH RUMUSAN LENGKAP ๐ŸŒธ
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ

> Rumusan membincangkan kebaikan sistem e-pembayaran, keburukan sistem e-pembayaran dan langkah-langkah menggalakkan masyarakat menggunakan sistem e-pembayaran.



> Antara kebaikan sistem e-pembayaran ialah sistem ini lebih menjimatkan masa pengguna. Selain itu, pengguna juga dapat memantau rekod pembayaran dan kewangan mereka secara sistematik. Seterusnya, pengguna tidak perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.



> Antara keburukan sistem e-pembayaran ialah pengguna terdedah kepada penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, masyarakat juga akan jadi lebih boros berbelanja. Di samping itu, urusan transaksi boleh tergendala akibat gangguan Internet.



> Antara langkah untuk menggalakkan masyarakat menggunakan e-pembayaran ialah kerajaan telah melaksanakan program e-PENJANA bagi merancakkan perbelanjaan digital. Selain itu, kempen Pembayaran Tanpa Tunai turut diperkenalkan di beberapa agensi kerajaan.



> Kesimpulannya, penggunaan sistem e-pembayaran hendaklah dimanfaatkan agar ekonomi negara lebih maju.



๐Ÿ“Ž (119 patah perkataan)

Kesimpulan rumusan yg terbaru, jangan letak pihak

Kesimpulannya, semua pihak ... haruslah .... agar...... โŒ

Terus letak tema selepas ayat kesimpulan

Kesimpulannya, (tema/topik) perlulah diamalkan/diaplikasikan... agar.... โœ”๏ธ

gunakan ayat pasif untuk kesimpulan
โค1
MENGHADIAHKAN atau MENGHADIAHI?

Menghadiahkan
Bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah kepada seseorang. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa.
Contoh:
ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. 

Menghadiahi
Bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang. MeN...i menerima objek bernyawa
Contoh:
Ibu menghadiahi saya baju itu.
โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ‹†๏ฝกหšโ‹†๏ฝกโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒท SIMPULAN BAHASA ๐ŸŒท
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ‹†๏ฝกหšโ‹†๏ฝกโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ

โœฟ Air muka โ€“ rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan

โœฟ Air tangan โ€“ hasil kerja tangan seseorang

โœฟ Anak buah โ€“ pengikut / rakyat / orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga

โœฟ Anak bujang โ€“ anak lelaki yang belum berkahwin

โœฟ Anak didik โ€“ pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu

โœฟ Ayam tambatan โ€“ orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan

โœฟ Berhati walang โ€“ bersedih, hiba, dukacita, gelisah, suram

โœฟ Besar hati โ€“ bangga dan gembira

โœฟ Buah fikiran โ€“ pendapat

โœฟ Bulat hati โ€“ lurus hati / bersungguh-sungguh

โœฟ Bulat kata โ€“ sudah mencapai kata sepakat

โœฟ Hati terbuka โ€“ perasaan senang hati untuk menerima sesuatu

โœฟ Kera sumbang โ€“ orang yang hidup dengan mengasingkan diri

โœฟ Langkah seribu โ€“ melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan

โœฟ Lapang dada โ€“ perasaan sabar / berasa senang

โœฟ Lupa daratan โ€“ tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang terhadap dirinya

โœฟ Membawa diri โ€“ menjauhkan diri / mengembara

โœฟ Memerah keringat โ€“ bekerja keras

โœฟ Menabur bakti โ€“ membuat jasa

โœฟ Menambat hati โ€“ menarik dan memikat perasaan

โœฟ Menara gading โ€“ tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi seperti universiti

โœฟ Menghulur tangan โ€“ memberi pertolongan

โœฟ Murah hati โ€“ suka memberi bantuan

โœฟ Orang berada โ€“ orang kaya

โœฟ Otak cair โ€“ pandai

โœฟ Pasang telinga โ€“ mendengar dengan teliti

โœฟ Permata hati โ€“ orang kesayangan

โœฟ Rambang mata โ€“ rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada dalam sesuatu kumpulan yang banyak

โœฟ Sekangkang kera โ€“ tanah yang sedikit dan tidak luas

โœฟ Tanah air โ€“ negara tempat kelahiran

โœฟ Tangan terbuka โ€“ sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita / orang yang bermurah hati atau suka menolong orang lain

โœฟ Titik peluh โ€“ hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang tanpa bantuan orang lain

โœฟ Tulang empat kerat โ€“ kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikal

โ•ญโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ‹†๏ฝกหšโ‹†๏ฝกโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฎ
๐ŸŒผ Simpulan bahasa bukan sekadar frasa, tapi cerminan akal & budaya bangsa. ๐ŸŒผ
โ•ฐโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ‹†๏ฝกหšโ‹†๏ฝกโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•ฏ
Perkataan seperti

> kalangan
kumpulan
rombongan
gerombolan
barisan
deretan
jemaah
sekawan
rangkaian
gugusan



dan banyak lagi perkataan seperti ini merupakan perkataan yang sudah terkandung makna `banyakโ€™, yakni melibatkan lebih daripada satu orang, benda, perkara dan sebagainya.

Kita selalu tersilap kerana menggandakan perkataan-perkataan yang mengikutnya. Contohnya:

1. โ€ฆ sekawan burung-burung โ€ฆโŽ
    โ€ฆ sekawan burung โ€ฆ  โ˜‘๏ธ


2. ... sekumpulan pelajar-pelajar sekolah rendah โ€ฆ โŽ
    ... sekumpulan pelajar sekolah rendah โ€ฆ โ˜‘๏ธ


3. Senarai nama-nama peserta ...โŽ
     Senarai nama peserta ... โ˜‘๏ธ
PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan.


2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.


3. Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.



Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:

baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya

jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat:
Untuk pisang

ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya

utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya
๐Ÿƒ 1. Kesalahan: โ€œsaling tuduh-menuduhโ€
๐Ÿšซ Ali dan Abu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
โœ… Ali dan Abu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
โœง โ€œTuduh-menuduhโ€ sudah membawa maksud saling, jadi tak perlu ditambah lagi.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒธ 2. Kesalahan: โ€œsaling bantu-membantuโ€
๐Ÿšซ Penduduk Kampung Parit Jabar saling bantu-membantu dalam segala hal.
โœ… Penduduk Kampung Parit Jabar saling membantu dalam segala hal.
โœง โ€œBantu-membantuโ€ sendiri sudah membawa makna saling membantu.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐Ÿฉต 3. Kesalahan Hukum Diterang dan Menerang (DM)
๐Ÿšซ Ibu menghidangi kami sepinggan goreng pisang.
โœ… Ibu menghidangi kami sepinggan pisang goreng.
โœง Dalam hukum DM, yang diterang = pisang ๐ŸŒ, yang menerang = goreng ๐Ÿ”ฅ.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒท 4. Kesalahan penggunaan โ€œianyaโ€
๐Ÿšซ Nina tidak hadir ke sekolah kerana ianya demam.
โœ… Nina tidak hadir ke sekolah kerana ia/dia demam.
โœง โ€œIaโ€ dan โ€œnyaโ€ tak boleh hadir bersama kerana kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐Ÿ’  5. Kesalahan penggunaan โ€œolehโ€
๐Ÿšซ Bola itu ditendang oleh saya.
โœ… Bola itu ditendang oleh dia.
โœง โ€œOlehโ€ hanya menerima kata ganti nama diri ketiga seperti ia, dia, beliau, mereka, nya.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒพ 6. Kesalahan penggunaan โ€œpendalamanโ€
๐Ÿšซ Kawasan-kawasan pendalaman di Johor akan dimajukan mulai tahun hadapan.
โœ… Kawasan-kawasan pedalaman di Johor akan dimajukan mulai tahun hadapan.
โœง Pendalaman = proses menjadikan sesuatu mendalam.
โœง Pedalaman = kawasan terpencil / jauh dari bandar.

โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐Ÿ’ซ ๊’ฐ BEZA โ€œPADAโ€ & โ€œKEPADAโ€ ๊’ฑ

๐ŸŒผ PADA โ†’ digunakan untuk masa, tempat, benda konkrit & abstrak
๐Ÿ“– Contoh:

Dia dilahirkan pada tahun 2008.

Sifat garang ada pada anjing jiran saya.

Ibu menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.


๐ŸŒฟ KEPADA โ†’ digunakan untuk manusia, haiwan, pecahan, perubahan keadaan
๐Ÿ“– Contoh:

Kemalangan itu mesti dilaporkan kepada pihak polis.

Para peserta telah diagihkan kepada lima kumpulan.


โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€

๐ŸŒธ ๊’ฐ BEZA BARU / BAHARU / BHARU / BAHRU ๊’ฑ

๐Ÿฉท BARU / BAHARU (kata sifat)
โ†’ digunakan dalam konteks masa atau benda baharu.
๐Ÿ“– Contoh:

Tahun baru / baharu

Rumah baru / baharu


๐ŸŒผ BARU (kata bantu)
โ†’ menunjukkan masa yang baru berlaku.
๐Ÿ“– Contoh:

Baru sampai

Baru-baru ini


๐ŸŒบ BHARU / BAHRU (nama khas)
โ†’ hanya digunakan dalam nama tempat.
๐Ÿ“– Contoh:

Kota Bharu

Johor Bahru
โœง Ejaan ini diwartakan rasmi, jadi tidak boleh diubah suai.
โค1