Score A+ together
9.41K subscribers
3.02K photos
191 videos
1.81K files
1.32K links
make sure if nak share something from this group , letak credit !

since february 2023
Download Telegram
surprise pertama ! ๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž
surprise kedua ๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž
surprise ketiga ๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž
surprise keempat :
๐Ÿ˜ญ3
fakta bersama kak daa ๐ŸŒท

sejarah bab 2 tingkatan 4

2.1 maksud nasionalisme

- maksud nasionalisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara .
  ** 1 markah

๐Ÿ—ฃ " kalau soalan 3 markah , kita nak jawap apa ? "

kita jawap ni :
maksud nasionalisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara . selain itu , nasionalisme membawa maksud semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap sanggup menentang penjajah . akhir sekali , nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik , sosial dan ekonomi dari penguasaan orang asing .

credit : @studywithdaa
๐Ÿ‘17โค5
fakta bersama kak daa ๐ŸŒท

2.2 perkembangan idea nasionalisme di Barat ( revolusi keagungan )

- revolusi keagungan melibatkan negara england tetapi revolusi keagungan ni tak berperang .

๐Ÿ—ฃ " kenapa boleh tak berperang ? so kalau tak berperang macam mana boleh ada idea nasionalisme dekat england ni ? "

- revolusi keagungan ni terjadi antara parlimen England dengan Raja James .

๐Ÿ—ฃ " apa yang menyebabkan parlimen menentang Raja James ? "

- parlimen England nak mengukuhkan kuasa parlimen dan mengukuhkan hak asasi rakyat

๐Ÿ—ฃ " kenapa ? apa yang jadi ? "

- revolusi keagungan ni jadi apabila Raja James mengabaikan atau membelakangkam parlimen semasa menggubal undang undang .. lepastu ahli parlimen sedar yang mereka perlu menentang pemerintahan raja yang berkuasa mutlak .

๐Ÿ—ฃ " macam mana mereka nak menentang ? mereka dibawah kuasa raja .. mereka takkan menang klau mereka tentang raja "

- sebab mereka sedar yang mereka takkan menang kalau guna kuasa mereka je , so mereka minta bantuan orang luar .

๐Ÿ—ฃ " siapa orang luar tu ? "

- orang luar tu ialah Mary II dan suaminya. Raja William . so , Mary II dengan suaminya ni dah berbincang dan berpakat dengan ahli parlimen .. bila mereka dah bergabung , sokongan terhadap Raja James berkurang .. bila Raja James sedar , so Raja James pun melarikan diri ke Perancis ..

- peristiwa ataupun kejadian ini dipanggil sebagai revolusi keagungan sebab tiada pertumpahan darah yang berlaku ..

- bila Mary II dengan Raja William memerintah , mereka tetapkan konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan . Bills Of Right pula digubal untuk beri keutamaan kepada parlimen supaya dapat gubal undang undang dan parlimen diberi hak untuk kutip cukai .

credit : @studywithdaa
โค11๐Ÿ‘4
fakta bersama kak daa ๐ŸŒท

2.2 perkembangan idea nasionalisme di barat ( revolusi perancis )

- revolusi perancis ni melibatkan rakyat perancis yang menentang pemerintah . pemerintah ni melibatkan raja dan pembesar .

๐Ÿ—ฃ " kenapa rakyat tentang pemerintah sendiri ? "

- sebab pemerintah di perancis ni menguasai keistimewaan disana

๐Ÿ—ฃ " contohnya ? "

- contohnya , raja dan pembesar je yang boleh pergi hospital , rakyat biasa takboleh pergi .

๐Ÿ—ฃ " selain tu , kenapa rakyat tentang pemerintah ? "

- sebab rakyat terbeban dengan cukai yang tinggi .. pemerintah mereka naikkan cukai sehingga. 50% dari gaji .. setiap bulan mereka hanya akan menerima separuh dari gaji sebab separuh lagi dah buat bayar cukai ..

๐Ÿ—ฃ " macam mana mereka tentang ? "

- wujud golongan pemikir iaitu Jean Jacques Rosseau atau lebih dikenali Rosseau .

๐Ÿ—ฃ " apa yang Rosseau ni buat ? "

- Rosseau ni tulis satu akhbar iaitu " The Social Contract " untuk sedarkan masyarakat .. dalam Teh Social Conract ni menyatakan bahawa rakyat kena bersuara untuk menjamin keselamatan masyarakat . then , Rosseau ni jugak buat speech / ucapan tentang persamaan , persaudaraan dan kebebasan .. bila pemerintah sedar apa yang Rosseau buat , Rosseau pun dipenjarakan di Bastille . tapi rakyat tak duduk diam , rakyat ceroboh penjara Bastille ni and keluarkan Rosseau and ahli politik lain yang menjadi ketua peperangan .. akhirnya Raja Louis berjaya digulingkan dan tamatlah pemerintahan beraja di Perancis

credit : @studywithdaa
โค5
fakta bersama kak daa ๐ŸŒท

2.2 perkembangan idea nasionalisem di barat ( revolusi amerika )

- revolusi amerika adalah satu satunya revolus yang melibatkan penjajahan di Barat . revolusi amerika melibatkan us dan yang menjajah adalah britain atau british .

๐Ÿ—ฃ " apa yang jadi ? "

- us menentang british kerana british telah menjajah 13 kawasan us tetapi dalam masa yang sama british tidak melindungi hak rakyat us . british juga telah memperkenalkan cukai baru iaitu akta teh dan akta gula . selain itu , us menentang british sebab tiada satu pun wakil us dalam parlimen .

๐Ÿ—ฃ " macam mana us tentang british ? "

- wujudnya satu kongres yang diketuai oleh george washington . kongres ini ditubuhkan bertujuan menuntut kemerdekaan .

๐Ÿ—ฃ " lepastu , apa jadi ? "

- us menang dan 13 tanah yang dijajah digabungkan dan dinamakan sebagai amerika syarikat

credit : @studywithdaa
โค4
fakta bersama kak daa ๐ŸŒท

sejarah bab 2 tingkatan 4

2.4 nasionalisme di asia tenggara

- nasionalisme di asia tenggara melibatkan 5 buah negara iaitu Filipina , Burma ( Myanmar ) , Vietnam , Indonesia dan Thailad
- namun bagaimanapun , terdapat sebuah negara yang tidak dijajah iaitu Thailand .
- Empat buah negara lain pula melibatkan penjajahan

credit : @studywithdaa
โค5๐Ÿ‘1
fakta bersama kak daa ๐ŸŒท

2.4 nasionalisme di asia tenggara ( part 1 I )

1. Filipina ( dijajah oleh Sepanyol )

: Ada tiga tokoh di Filipina yang pelajar perlu tau
   - Jose Rizal ( Ketua )
   - Bonifacio
   - Aguinald

: Nasionalisme di Filipina telah dimulakan oleh Jose Rizal dengan melakukan gerakan propaganda.
: Gerakan ini menuntut Sepanyol untuk menjadikan Filipina sebagai sebahagian daripada Sepanyol.
: Gerakan ini juga menuntut supaya rakyat Filipina dilayan secara adil seperti Sepanyol melayan rakyat mereka sendiri iaitu rakyat di negara Sepanyol sendiri.
: Kemudian , Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina iaitu merupakan sebuah persatuan atau parti politik dimana persatuan ini mendesak Sepanyol untuk melakukan perubahan dari segi politik , ekonomi dan sosial.
: Namun bagaimana pun , usaha Jose Rizal ini gagal kerana Jose Rizal telah ditangkap dan dibunuh oleh pihak Sepanyol.

credit : @studywithdaa
โค6๐Ÿ‘1
fakta bersama kak daa๐ŸŒท

2.4 nasionalisme di Asia Tenggara ( part 1 II )

1. Filipina ( dijajah oleh Sepanyol )

: selepas usaha yang dilakukan oleh Jose Rizal gagal , usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Filipina diteruskan oleh Bonifacio dan Aguinaldo.
: Bonifacio dan Aguinaldo menggunakan gerakan radikal dimana gerakan ini menggunakan kekerasan.

pada peringkat pertama :
- Bonifacio menubuhkan Katipunan ( persatuan ).
- persatuan ini ditubuhkan untuk menuntut kemerdekaan melalui revolusi ( perubahan )
- Bonifacio juga menggunakan akhbar Kalayan untuk menarik minat rakyat Filipina supaya menyertai perjuangannya.
- dalam akhbar Kalayan , Bonifacio menyebarkan tentang idea revolusi.

pada peringkat kedua pula :

- Bonifacio dan Aguinaldo melalui Katipunan melancarkan revolusi Filipina yang bertujuan untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol.
- Gerakan ini juga tetap menemui kegagalan kerana Sepanyol menggunakan ketenteraan untuk menyerang kembali persatuan Katipunan ini.
- kedua dua nya ditangkap dan dipenjarakan , namun Aguinaldo membela diri dengan mengatakan bahawa semuanya rancangan Bonifacio .
- Bonifacio kemudian dibunuh manakal Aguinaldo dibebaskan.

pada peringkat ketiga pula :

- Aguinaldo meneruskan usaha dengan meminta bantuan Amerika Syarikat untuk mendapatkan kemerdekaan Filipina.
- dengan usaha ini , mereka berjaya mengusir Sepanyol.
- Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina
- namun bagaimanapun , Amerika Syarikat tidak mengiktiraf kemerdekaan tersebut dan meletakkan Filipina dibawah naungan Amerika Syarikat.
- Filipina berjaya memerdekakan negara dari Sepanyol namun kembali dijajah oleh Amerika Syarikat.

pada peringkat keempat pulak :

- golongan nasionalis memutuskan untuk menukar strategi iaitu melalui gerakan yang sederhana iaitu parti politik.
- golongan nasionalis ini menubuhkan saluran diplomasi iaitu saluran berbincang.
- parti nasionalis ini dipimpin oleh Sergio Osmena.
- Sergio Osmena juga dilantik untuk menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina.
- Gerakan untuk menuntut kemerdekaan ini diteruskan sampai Perang Dunia Kedua.

credit : @studywithdaa
โค8๐Ÿ‘1
xda yg ckp tq ke kat kak daa bila dia beri note๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
ish bnci , surprise kelima takjadi ! ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
tele takde " see more " macam ws ๐Ÿ’”๐Ÿ’”
Kak Daa nak kawen !!
๐Ÿ”ฅ4