study with Capa πŸ“š
2.25K subscribers
186 photos
88 files
27 links
semoga mendapat result yg cemerlang !
Download Telegram
SAJAK PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN (2013,2020)

TEMA : cinta akan kedamaian sejagat

PERSOALAN/PEMIKIRAN

1. hasutan syaitan terhadap manusia
2. pemimpin yg tamak
3. islam agama kehidupan
4. kepentingan menghayati sejarah
5. perang memusnahkan warisan negara
6. memperalatkan agama

SIKAP MANUSIA

1. manusia yang berjiwa syaitan
2. materialistik
3. hipokrit
4. memperalatkan agama
5. tamak
SAJAK DI TITIAN KEMERDEKAAN

TEMA : semangat nasionalisme

PERSOALAN / PEMIKIRAN

1. berani dalam perjuangan
2. teruja menyambut kemerdekaan
3. bangga dgn nikmat kemerdekaan
4. bersatu demi kemerdekaan
5. setia pada negara
6. mempertahankan kedaulatan negara
πŸ‘2
TIPS TULIS ESEI PA SENANG GILER

ina β™‘:
PA essay is simpler than BM. You need to give direct explanation, no need to use advanced vocabulary or complicated words. The most important thing is all of your points are correct and similar to answer scheme.

Most of the time students get 1/25 in essay because all of their points are incorrect.

This is my way to write an essay for PA.

For pendahuluan, just copy the question.

For example

The question is:

Penggunaan media sosial menyebabkan pelbagai implikasi. Langkah yang lebih aktif perlu diambil oleh pelbagai pihak dalam mengatasi masalah tersebut.

So my pendahuluan would be

Penggunaan media sosial mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat daripada pelbagai peringkat umur. Pihak-pihak tertentu perlu mengambil langkah-langkah dalam mengatasi masalah tersebut.

Then for the second paragraph just write this way:

1. fakta
2. Huraian fakta
3. Contoh
4. Huraian for contoh
5. Kesan (optional)

Usually if the question doesn't ask for kesan, I will add kesan in the paragraph. But if the question asks for kesan, I won't add kesan in my paragraph

Contoh

1) Fakta
implikasi penggunaan media sosial secara melampau kepada masyarakat adalah menyebabkan tekanan kehidupan.

2) Huraian fakta
Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan media sosial yang melampau menyebabkan masyarakat menggunakan media sosial sehingga mengabaikan kerja-kerja seharian mereka.

3) Contoh
Sebagai contoh, terdapat masyarakat yg menggunakan media sosial sehingga menangguhkan kerja.

4) Kesan/Huraian for contoh
Ini menyebabkan kerja mereka tidak dapat diselesaikan dgn baik dan mendatangkan tekanan

No need to use complicated words or ayat berbunga. Pemeriksa won't get attracted to your essay at all.

The most important is fakta and tatabahasa

Usually after one huraian, I already lost my mind. Don't know what to write in exam. So I just straight away write the example and give huraian based on example

One more thing, no need to think for so long to write the pendahuluan or kesimpulan. I still remember, I saw my friend writing the essay for so long because she had to think on what to write in pendahuluan

Kesimpulan you can write one ayat only.

Kesimpulannya, penggunaan media sosial menyebabkan implikasi kepada masyarakat seperti tekanan kehidupan.

Cukup.

- credit admin, she got 4.00 for PA 😍 boleh la guna tipsnya

❀️ @roadto4flatstpm
❀7πŸ‘4
Forwarded from Pejuang 4.00 STPM
Tajuk Tumpuan Sejarah Islam Ulangan Sem 2 2023.pdf
21.7 KB
TAJUK ULANG KAJI SEJARAH ISLAM STPM 2024

Potong tajuk yang dah keluar ulangan tahun 2023
SAJAK AKU TIDAK MAHU LAGI (2023)

TEMA : sikap manusia yg jauh menyimpang dari yg sepatutnya

PERSOALAN

1. persoalan tentang menjadi saksi
2. persoalan tentang kebenaran
3. persoalan tentang kepalsuan
4. persoalan tentang pembunuhan
5. persoalan tentang penipuan

NILAI MORAL

1. mempertahankan kebenaran
2. menjauhi diri dari kepalsuan
3. tidak membiarkan pembunuh lepas bebas
4. tidak membenarkan penipuan berleluasa

HARAPAN PENYAIR (2023)

1. kebenaran ditegakkan
2. kepalsuan dihindarkan
3. pembunuhan dikenakan tindakan
4. penipuan tidak dibiarkan berleluasa
SAJAK MENYONGSONG ARUS

TEMA : semangat nasionalisme

PERSOALAN
1. mengenang jasa pahlawan
2. pengorbanan
3. mencari sesuatu yg baharu
4. semangat nasionalisme
5. memajukan diri
6. mengenal pasti ancaman
7. mengingati & memahami sejarah
SAJAK SEORANG JEMAAH (2016)

TEMA : keagamaan

PERSOALAN

1. menjaga kebersihan
2. penjagaan kesihatan tubuh badan
3. mengingati allah
4. merendah diri
5. sunnah rasullah
6. amal ibadat
7. prihatin
PEPERIKSAAN S2 2024 βœ¨πŸŒ™

πŸ’« HABIS (TAHNIAH) (12/8)
πŸ’«

β€’ Syariah
β€’ ICT
β€’ Literature
β€’ KMK
β€’ Perakaunan
β€’ Sains Sukan

πŸ’« HABIS (TAHNIAH) (13/8) πŸ’«

β€’ Bahasa Cina
β€’ Bahasa Tamil
β€’ Usuluddin
β€’ Bahasa Melayu
β€’ Biology

πŸ’« HABIS (TAHNIAH) (14/8) πŸ’«

β€’ Pengajian Am
β€’ Bahasa Arab
β€’ Geografi
β€’ Fizik

πŸ’« HABIS (TAHNIAH) (15/8) πŸ’«

β€’ Seni Visual
β€’ Tahfiz Al-Quran
β€’ Chemistry
β€’ Pengajian Perniagaan

πŸ’« 3 HARI LAGI (19/8) πŸ’«

β€’ Ekonomi
β€’ Matematik T
β€’ Matematik M
β€’ Sejarah

Join @roadto4flatstpm 🫰
❀1πŸ‘1
sikit lagii bertahanlaaπŸ₯²
😭1
Masalah terlebih nilai dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat diatasi dengan menjumlahkan semua
Anonymous Quiz
30%
Pendapatan faktor pengeluaran
22%
Perbelanjaan unit-unit ekonomi
37%
Nilai ditambah pada setiap peringkat pengeluaran
11%
Keluaran Negara benar bagi sesetengah sector ekonomi
Perbelanjaan penggunaan isi rumah- 1286
Pelaburan Swasta - 188
Perbelanjaan kerajaan - 274 Eksport - 25 Import - 6 Keluaran Negara kasar - 1982 Berapakah pendapatan faktor bersih luar negeri ?
Anonymous Quiz
5%
RM203 juta
50%
RM 215 juta
30%
RM203 juta
15%
RM215 juta
Perubahan struktur ekonomi bagi sesebuah negera boleh diketahui melalui perubahan
Anonymous Quiz
24%
Struktur guna tenaga
28%
Taraf hidup penduduk
34%
Kadar pertumbuhan ekonomi
14%
Peratus sumbangan setiap sektor ekonomi
Jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8, berapakah kenaikan pendapatan negara jika perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM5000?
Anonymous Quiz
25%
RM1000
29%
RM4000
25%
RM10 000
21%
RM25 000
selamat pagii 🫢🏼
#PAMS1
Perbezaan antara anggota Dewan Negara dan anggota Dewan Rakyat

Umur
-Dewan Negara – tidak kurang daripada 30 tahun
-Dewan Rakyat – tidak kurang daripada 21 tahun/tidak kurang daripada 18 tahun

Gelaran
-Dewan Negara – Senator
-Dewan Rakyat – Ahli parlimen atau wakil rakyat

Keahlian/keanggotaan
-Dewan Negara – 70 orang
-Dewan Rakyat – 222 orang

Pemilihan/pelantikan
-Dewan Negara – 26 orang dipilih oleh Dean Undangan Negeri dan 44 orang dilantik oleh YDPA
-Dewan Rakyat – dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

Tempoh perkhidmatan
-Dewan Negara – 3 tahun
-Dewan Rakyat – 5 tahun

Pembubaran Parlimen
-Dewan Negara – keanggotaan tidak terjejas
-Dewan Rakyat – hilang keanggotaan

Had maksimum tempoh keanggotaan
-Dean Negara – 6 tahun atau dua penggal
-Dewan Rakyat – tiada had keanggotaan selagi dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
#PAMS1

Cara bagaimana seseorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah
1. Melalui surat saman
- Surat saman mengandungi kesalahan , tarikh, dan waktu untuk hadir ke mahkamah.

2. Melalui waran tangkap
- Apabila Orang Kena Tuduh (OKT) tidak hadir di mahkamah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan, maka waran tangkap dikeluarkan

3. Tangkap tanpa waran
- Keadaan ini berlaku apabila tertuduh tertangkap ketika melakukan jenayah atau tangkapan yang perlu disegerakan.

Cara tertuduh boleh memberikan keterangan di mahkamah

1. Memberi keterangan di kandang orang salah
- Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa

2. Memberi keterangan bersumpah
- Tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwa.

3. Memilih untuk berdiam diri di mahkamah
- Pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga tidak ada syak wasangka yang munasabah. (Kes Prima Facie)
πŸ‘1
#PAMS1
Fungsi Parlimen
- Membahas/menggubal/meminda undang-undang persekutuan.
- Membentang, membahas dan meluluskan bajet negara
- Membahas/membincang perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.
- Memeriksa dan menyemak dasar-dasar kerajaan
- Meluluskan hasil-hasil cukai baru
- Mengawal kewangan kerajaan

Bidang kuasa Dewan Rakyat
- Membahaskan hal rakyat dan dasar negara
- Menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan
- Menggubal dan meluluskan undang-undang Persekutuan
- Mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-undang kewangan
- Menolak atau melulus undang-undang pindaan Akta atau Perlembagaan Persekutuan

Peranan Dewan Negara
- Membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan rakyat
- Membincangkan dasar kerajaan
- Membahas, dan menangguh atau meluluskan rang undang-undang, pindaan akta atau pindaan
Perlembagaan
- Memulakan semua rang undang-undang kecuali rang undang-undang kewangan

Fungsi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
- Memastikan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen diuruskan dengan baik
- Membuat teguran dan cadangan tentang pengurusan akaun awam berdasarkan laporan Ketua Audit Negara
#PAMS1
FUNGSI / PERANAN

Peranan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker Dewan Rakyat)
- Mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat
- Memastikan tatatertib dan peraturan Dewan Rakyat dipatuhi
- Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan
- Menjadi jurucakap Dewan Rakyat
- Memaklumkan kekosongan luar jangka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

Peranan Dewan Negara
- Membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan rakyat
- Membincangkan dasar kerajaan
- Membahas, dan menangguh atau meluluskan rang undang-undang, pindaan akta atau pindaan
Perlembagaan
- Memulakan semua rang undang-undang kecuali rang undang-undang kewangan

Peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah badan perundangan
- Merasmi pembukaan persidangan Parlimen. Selagi Yang di-Pertuan Agong tidak merasmi persidangan parlimen selahi itulah Parlimen tidak boleh bersidang.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui permohonan Perdana Menteri untuk membubar Parlimen sebelum tamat tempoh 5 tahun.
- Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa
- Meluluskan rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dan Dewan Negara kecuali perkara 66(4)
- Melantik senator iaitu seramai 40 orang dari kalangan orang banyak berjasa kepada negara dan yang boleh mewakili golongan minoriti, 2 orang dari Kuala Lumpur, masing-masing seorang
dari Labuan dan Putrajaya

Peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah badan eksekutif
- Melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli Dewan Rakyat
- Boleh membuat permintaan supaya suatu mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan semata-mata untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja dan mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.
- Melantik ahli kabinet atau jemaah menteri atas nasihat dan cadangan Perdana Menteri
- Melantik ahli suruhanjaya, Ketua Audit Negeri dan hakim-hakim mahkamah atasan atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja
- Melantik Yang di-Pertuan Negeri atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri berkenaan.

Peranan/tugas utama Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan
- Melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta menjaga hak dan kepentingan sah kaum bukan Melayu
- Menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak beraja dan negeri baginda sendiri
- Berkuasa memperkenankan undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Bertanggungjawab mengisytiharkan darurat apabila berlaku sesuatu yang mencemaskan negara di bawah Perkara 150.