Forwarded from Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam Kebangsaan
Isu Tempoh Pendaftaran Ulangan Semester 2 yang singkat.
Adakah perlu untuk kita meminta MPM pertimbangkan melanjutkan tempoh pendaftaran tersebut?

Anonymous Poll
90%
Ya, perlu lanjutkan
11%
Neutral, tiada masalah
❤2
Forwarded from ⋆˚꩜。 elyana
RAGAM BAHASA
a) Bahasa Sindiran - ungkapan yang maksudnya tidak disebut dengan tepat tetapi dikiaskan kerana tidak suka menyebutnya secara berterus terang.
“Orang yang baik tidak mengkhianati kawannya sendiri”
b) Bahasa Menggiat - susunan kata yang seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan
“Hai, tak lama lagi makan nasi minyaklah kita!” (ditujukan kepada pasangan yang selalu berdua-duaan)
c) Bahasa Mengejek - susunan kata yang mengata pihak tertentu dengan perkataan ejekan yang tepat dan dengan gaya yang mengajukkan keburukan pihak berkenaan
“Lihatlah tuan-tuan, beginikah orang yang ingin menjadi pemimpin kita?”
d) Bahasa Berbalik - susunan kata yang mempunyai maksud yang bertentangan dengan perkata yang diperkatakan tetapi tetap difahami oleh orang berkenaan
“Panjat lagi, panjat pokok jambu tu. Kalau tak cukup tinggi panjat pula pokok kepala tu!”
e) Bahasa Merajuk - susunan kata yang seakan-akan bahasa terbalik tetapi maksudnya tidak terbalik
“Apa boleh buat, kita ni bukan orang bijak.” (merajuk kerana pendapatnya selalu tidak diterima rakan)
f) Bahasa Tempelak - susunan kata yang digunakan untuk menempelak seseorang kerana tidak mahu mematuhi nasihat yang diberikan.
“Bukankah dulu kau kata kau boleh buat! Sekarang apa dah jadi?” (kepada seseorang yang mengaku boleh melakukan sesuatu pekerjaan tetapi akhirnya gagal berbuat demikian)
g) Bahasa Herdik - susunan kata yang seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya kesalahan masa lalu.
“Macam kamu ni nak jadi pengerusi? Jangan haraplah!”
h) Bahasa Besar/Melampau - susunan kata yang menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada yang sepatutnya sehingga kadangkala sukar diterima akal
“Raut wajah kamu ini manis tak terkira-kira seperti lautan air madu”
i) Bahasa Merendah - susunan kata yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil dan kurang
“Naiklah ke pondok hamba yang tidak sepertinya ini.”
j) Bahasa Naik - susunan kata untuk menggambarkan sesuatu peristiwa/pemikiran daripada tahap rendah, naik ke tahap yang tinggi, dan seterusnya ke tahap yang semakin tinggi
“Dahlah makan minum kita sediakan, pelajaran kita berikan; nak kahwin pun kita uruskan. Takkanlah nafkah anak isterinya pun kita tanggung.”
k) Bahasa Turun - susunan kata yang menggambarkan sesuatu peristiwa dari tahap puncak, kemudian menurun dari satu tahap ke satu tahap, sehingga tahap yang rendah (biasanya mengandungi unsur menggelikan hati)
“Kasihan guru itu, dah banyak tugas di sekolah, kena pula laksanakan kerja kursus, menanda kerja kursus, memantau kerja kursus, sehingga pelajar menggelarnya Cikgu Kerja Kursus.”
l) Bahasa Seruan/Keluhan - bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan dengan cara keluhan
“Oh, kalaulah nenekku masih hidup!”
m) Bahasa Berulang - bahasa yang mengulang perkataan, rangkai kata atau ayat untuk menguatkan sesuatu maksud yang hendak ditekankan
“Wang! Wang! Ya, wang yang kita perlukan sekarang!”
n) Bahasa Bertimbal - susunan kata yang menghadapkan dua fikiran yang pendek dan dekat-dekat
“Orang lari jangan dikejar”
“Alah membeli menang memakai”
o) Bahasa Jenaka - susunan kata yang menggunakan satu perkataan dengan dua makna untuk berjenaka/bergurau
“Kambing mati engkau makan atau tidak?” (perkataan makan boleh membawa makna “makan kambing” atau “makan nasi” ketika kambing mati)
“Makan hati berulam jantung” (perkataan hati dan jantung boleh membawa maksud hati haiwan dan jantung pisang, namun boleh juga membawa maksud perasaan)
p) Bahasa Bukan - ragam bahasa yang menggunakan dengan kata nafi bukan
“Bukan dia tidak tahu.”
(sebenarnya, dia tahu)
“Bukan main lagi belajarnya.”
(sebenarnya, belajar bersungguh-sungguh)
q) Pertanyaan Ingkar - susunan kata yang berbentuk pertanyaan tetapi bukannya disebabkan orang yang bertanya itu tidak tahu (bertujuan untuk menguatkan benarnya jawapan yang sudah diketahui)
“Adakah jalan lain untuk kita berjaya sekiranya kita tidak mahu berusaha?” (tidak perlu dijawab)

❤22
PERINGATAN, setakat ni info untuk tarikh last daftar ulangan ahad ni ya (13/9) !!
❤3
♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️
📌 Daftar U2 📌
(Jika ralat akan diupdate nnt)
https://mympmapp.mpm.edu.my/login
@
https://mecea.mpm.edu.my/STPMDU/
Dua2 link ke mympm.
📌 Daftar U2 📌
(Jika ralat akan diupdate nnt)
https://mympmapp.mpm.edu.my/login
@
https://mecea.mpm.edu.my/STPMDU/
Dua2 link ke mympm.
❤1🤯1
Forwarded from STPM 2026 KOHORT BAHARU
INFO TERKINI
Pendaftaran peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2026 akan dilanjutkan sehingga 27 September 2026 (Ahad).
Surat dan poster pemakluman akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.
Terima kasih.

😇10❤6👍4
Forwarded from meh study ! (fatin)
makluman dri cg saya, kalau nk daftar lebih dari 1 subjek korang kena klik subjek 1 per 1 kemudian baru BAYAR sbb kalau dh bayar dh tk boleh tambah subjek, amik msa fikir dlu
❤3