meh study !
10.4K subscribers
1.52K photos
8 videos
813 files
279 links
stpm batch 07,
new syllabus !
Download Telegram
Forwarded from STPM BATCH 06 (4flat)
PEMBAHARUAN MAHARAJA MEIJI 1868-1888

Nama Penuh Maharaja Meiji Mutsuhito, Gelaran Maharaja Meiji (Meiji bermaksud "Pemerintahan Berilmu"). Tarikh Lahir pada 3 November 1852. Tarikh Mangkat
pada 30 Julai 1912 (berusia 59 tahun). Tempoh Pemerintahan 1867-1912 (45 tahun). Jepun mula membuka negaranya kepada kuasa Barat selepas Perjanjian Kanagawa ditandatangani pada 31 Mac 1854. Kemudian, disusuli perjanjian dengan Britain (14 Oktober 1854), Rusia (7 Februari 1855), Belanda (Januari 1856) dan Amerika Syarikat (1858). Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani ini memberi kesan kepada pemerintahan Kesyogunan Tokugawa, khasnya dan negara Jepun, amnya. Antara kesan tersebut, Memperlihatkan kelemahan dan keruntuhan Kesyogunan Tokugawa. Bilangan orang-orang Barat di negara Jepun, khususnya di pelabuhan Yokohama kian bertambah. Puak-puak seperti Satsuma, Choshu, Hizen dan Tosa melancarkan gerakan anti-Barat sebagai bantahan terhadap dasar buka pintu yang dilaksanakan oleh Kesyogunan Tokugawa. Puak-puak tersebut melaungkan slogan 'Hormati Maharaja dan Halau Orang Biadap. Mereka membunuh beberapa orang Barat seperti Hausken (1861) dan C.L. Richardson telah dibunuh di Tokaido berhampiran Yokohama oleh Putera Satsuma (1862) serta melakukan keganasan terhadap orang-orang asing dengan menyerang kedutaan British di Edo (1863). Kesannya, Kesyogunan Tokugawa dijatuhkan dan pada 19 November 1867, Shogun Hititsubashi Keiki menyerah kalah kepada Maharaja Meiji.