STUDY SPACE
517 subscribers
540 photos
133 videos
613 files
81 links
╭┈─────── ೄྀ࿐ ˊˎ-
╰┈─➤ WELCOME TO @studyspaces

╭⋟───────────────╮
╰─➤❐pm at : @Studyspaceebot
╰─➤❐autobot: @STUDY_SPACESBOT


╰─➤❐ collab : -

╭┈─────── ೄྀ࿐ ˊˎ-
╰┈─➤ ❝ LETS STUDY AND ❞
SUCCESS TOGETHER
Download Telegram
9️⃣ TIPS SKOR A CHEMISTRY DALAM SPM - originally prepared by Ina, @tips_spm2021

1. ⚗️ KUASAI TOPIC BY TOPIC ⚗️

Chemistry ni antara subjek yang saling berkait. Apa yang awak belajar di chapter 3 akan mudahkan awak faham chapter 4. Apa yang awak faham di chapter 4 akan mudahkan awak faham chapter 5 dan pattern ni akan berterusan sampai form 5. Belajar satu satu mengikut urutan. Benda ni akan mudahkan kita dapat gambaran yg lebih jelas.

2. ⚓️ FAHAMKAN SEMUA TOPIK TINGKATAN 4 ⚓️

Wajib! Kefahaman awak untuk topik form 5 bergantung kepada kefahaman awak pada topik form 4. Kalau topik form 4 hancur, lagi banyak lah masalah awak semasa form 5. Tapi kalau topik form 4 okay, pelajaran akan jadi smooth dan relax.

3. 🧋 HAFAL SEMUA DEFINISI DALAM TEXTBOOK 🧋

Diharamkan hafal definisi dalam buku rujukan. Pastikan definisi dalam buku rujukan sama dengan definisi dalam textbook. Agak sukar lah untuk jumpa soalan definisi dalam exam sebab kebanyakan soalan agak susah. Tetapi, kalau soalan definisi keluar, jangan sia siakan soalan ni sebab tu lubuk markah.

4. 🐋 BANYAKKAN BUAT SOALAN PAST YEAR PAPERS 🐋

KSSM students boleh ke guna soalan past years? Boleh. Format lain, tapi soalan masih sama. Reminder: nak guna past year papers kena pastikan awak buat soalan yang ada kaitan dengan silabus sekarang. Senior selalu pesan, buatlah past year papers. Awak akan perasan bentuk soalan tu diubah sedikit tetapi jawapannya sama sahaja.

5. 🦚 FAHAM KONSEP DULU, BARU HAFAL 🦚

Apa student buat semasa belajar Chemistry? Mereka hafal bulat bulat tapi tak pernah faham konsep. Dalam exam, awak mampu jawab soalan direct tapi tak mampu jawab soalan yang ada kaitan dengan konsep. Lagi satu, kalau awak faham konsep, maka proses penghafalan akan jadi lebih lancar. Ingat, dalam Chemistry, hafal dan faham kena seimbang.

6. 🍕 KENA ADA "GAMBAR" UNTUK FAHAM 🍕

Chemistry ni melibatkan benda benda yang kita tak nampak tau. Contohnya, atom dan topik mol. Bila awak tak nampak, susah untuk awak imagine. Chemistry bukan macam Physics sebab physics banyak berkait dengan apa yang kita buat setiap hari sebab tulah pelajar mudah imagine.

That's why, awak kena cari gambar di internet/lukis gambar supaya dapat gambarkan sesuatu situasi. Bukan saja saja buku teks sediakan gambar.

7. 🎲 FAHAMKAN SEPENUHNYA SEMUA EXPERIMENT DALAM CHEMISTRY 🎲

Cara nak faham experiment ni sangat senang. Pertama, fokus masa buat experiment dengan cikgu sebab kita dapat lihat tindak balas di depan mata. Kalau tak faham, boleh tengok experiment yang sama kat YouTube. Kedua, kumpul sebanyak mungkin soalan-soalan yang ada kaitan dengan experiment yang kita jalankan.

8. 🧼 TAHU 'BACA' PERIODIC TABLE 🧼

Dalam Bahasa melayu: jadual berkala. Jujurlah, antara sebab pelajar lemah Chemistry sebab mereka tak faham fungsi periodic table. Kalau periodic table tu disediakan, maksudnya awak kena faham kan benda tu supaya boleh apply dalam exam. So mulai hari ni, cuba analisis periodic table sampai faham.

9. 🏌️‍♂️ CIPTA MNEMONIC 🏌️‍♂️

Dalam Chemistry banyak nama bagi bahan bahan kimia. Be smart! Kita memang kena hafal tapi hafal lah dengan kaedah yang tak membebankan diri sendiri. Btw, apa tu MNEMONIC?

Pernah dengar ABC?
ABC = AIR BATU CAMPUR

Itulah MNEMONIC. Contoh MNEMONIC dalam Chemistry ialah {RIG OIL}

Reduction Is Gain & Oxidation Is Loss.

Boleh create mnemonic banyak banyak tetapi kena berlatih dengan kerap supaya tak lupa dan tak keliru.😊
TIPS BELAJAR MATEMATIK (A GUIDELINE) 🚩🚩🚩


1. Bila waktu terbaik untuk belajar Matematik?

Jawapannya, tidak tetap. Ada kajian kata waktu petang adalah waktu terbaik untuk buat latihan matematik. Tapi ada juga pelajar yang kata belajar waktu pagi lebih baik. Jadi, belajar ikut kesesuaian diri sendiri. Kalau belajar malam lebih efektif, buatlah latihan pada waktu malam.

2. Berapa lama masa untuk buat latihan matematik?

Jawapan yang sama juga: tidak tetap. Buatlah latihan sehingga kita rasa cukup. Buat sebanyak mungkin. Kalau tak faham, buat lagi sampai kita betul betul faham. Selepas faham, boleh berehat dan sambung esok pula. Kalau rasa susah, boleh set masa semasa buat latihan. Contohnya, set masa untuk buat latihan selama 50 minit sahaja sehari.

3. Bagaimana nak buat latihan? Adakah 1 hari 1 topik?

Sebaiknya buat 25 hingga 30 soalan setiap hari berkaitan topik yang kita belajar. Esoknya, masih boleh buat 25 soalan lain bagi topik yang sama. Tujuannya untuk pastikan keseluruhan topik tu dah dikuasai. Bukanlah tak digalakkan untuk buat semua soalan dalam 1 bab pada satu hari, tapi dikhuatiri pelajar tak dapat istiqamah buat latihan secara berterusan.

Jadi lebih baik buat latihan secara sedikit tetapi kerap. Sebenarnya, bila buat latihan sedikit sedikit, kita akan mudah faham soalan yang kita buat kerana tidak terburu-buru.

#matematik

originally prepared by @tips_spm2021
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tips for biology and for memorize subject☺️☺️
by:@tips_spm2021
8 TIPS STUDY SEJARAH LAST MINUTE! ‼️ By @tips_spm2021 & @studytips_spm

Walaupun last-minute tapi masih ada masa untuk belajar. Hadam dan baca baik baik.

1. BACA BUKU TEKS 🔰

Jangan hafal dulu. Buka buku teks sepintas lalu dan identify subtopik yang dijangka akan keluar. Atau pun cari subtopik yang berkebolehan besar untuk ditanya dalam soalan esei. Sebab, soalan esei menyumbang lebih banyak markah. Step 1 ni, tanda dulu bahagian mana untuk baca/beri tumpuan sepenuhnya.

2. BUAT SOALAN ESEI YANG ADA KAITAN DENGAN TOPIK YANG DI PELAJARI 🔰

Mana mana soalan esei yang korang pernah buat dulu tu tolong pergi refer balik. Soalan esei ni selalunya berulang saja. Dia cuma ubah bentuk soalan tetapi jawapan tetap sama. So tak perlu panik. Refer balik latihan esei yang korang pernah buat dan baca contoh jawapan sahaja.

3. BUAT NOTA LAST-MINUTE 🔰

Ini optional. Tak nak buat pun tak apa. Tapi saya recommend untuk buat sangat sangat sebab percayalah, benda ni sangat sangat membantu. Salah satu teknik untuk menghafal adalah dengan menulis. Bukan sahaja dengan membaca/hafal ya. Kalau korang menulis, korang mampu create muscle memories. Nanti waktu exam, pandang soalan je dah boleh terus tulis jawapan sebab tak perlukan masa untuk berfikir/ingat.

4. PINDAHKAN MAKLUMAT DALAM BENTUK MIND-MAP 🔰

buku teks is the best book. Buku rujukan is the best book. But the best way to study Sejarah last minute is create your own mind-map notes. Kenapa? Korang tak boleh hafal maklumat dalam bentuk perenggan. Sebab seolah-olah korang tengah hafal karangan 😭😭 sebab tu buat mind-map. Jangan malas!

Mind-map ni akan mudahkan kita untuk ingat information dengan lebih jelas. Waktu exam nanti korang mampu gambarkan mind-map yang korang tulis.

5. JANGAN BACA DALAM HATI 🔰

Step paling salah. Otak kita lebih mudah ingat information yang kita sebut berbanding apa yang kita baca dalam hati. Benda yang kita sebut dengan kuat akan lebih tahan lama dalam otak. Korang ceritakan balik semua benda yang korang hafal tadi. Present balik jalan cerita dan semua fakta tu walaupun kat diri sendiri.

Ni penting tau sebab ni lah kaedah active untuk study.

6. BUAT KUIZ 🔰

Banyak kuiz kat google. Boleh terus jawab kuiz sebab ni nak bantu kita sama ada kita betul betul ingat atau tidak. Tak ada kuiz? Buat soalan objektif. Tak ada latihan? Cipta sendiri soalan berdasarkan topik.

Ambik testpad, lepastu cipta sendiri soalan soalan berdasarkan topik yang awak belajar. Jangan tulis jawapan kat kertas yang sama. Jawapan kat otak/buku.

Contohnya,
a) apakah definisi..
b) nyatakan contoh..
c) siapakah yang mengisytiharkan...

Tulis soalan sebanyak mungkin. Kita akan baca soalan sahaja dan sebut jawapan. 🌸

7. URUS MASA DENGAN BIJAK 🔰

PLAN! YES! plan berapa jam korang peruntukkan masa untuk baca chapter 1 . Kemudian chapter 2 pula. Kalau study last minute, ambil masa dalam 1 jam untuk 1 chapter. Kalau chapter tu terlalu panjang, pastikan cari topik topik dalam bab tu yang berpotensi untuk keluar exam.

Sebab tu waktu belajar sejarah, kena tahu sama ada topik ni masuk paper 1/paper 2.

8. TULIS SEMUA MAKLUMAT YANG KITA LUPA DALAM KERTAS LAIN. 🔰

Nota? Asing. Kenapa? Last-minute weh! Sekarang ni korang fokus kat benda yang korang belum hafal. Andai katalah, korang dah hafal pastu benda tu asyik lupa. Tulis semua benda yang korang lupa tu dekat atas kertas lain. Maklumat yang korang confirm ingat sampai esok tu tak payah sentuh sangat.

Sekarang ni main goals kita adalah untuk hafal benda yang kita tak hafal langsung dan tak boleh hafal. Thats why, tulis balik nama tokoh/tempat/apa apa fakta yang kita selalu lupa. Waktu exam, baca nota tu je. Nota lain tak yah sentuh sangat.
⛄️ TIPS STUDY MATEMATIK LAST MINUTE! by @tips_spm2021 ⛄️

❄️ Last minute jangan ulangkaji! Terus buat latihan banyak banyak. Sebenarnya buat latihan tu lagi penting daripada buat ulangkaji untuk math.

❄️ Sebab bila kita buat ulangkaji, kita cuba faham kan balik benda yang kita dah belajar. Tapi bila kita buat latihan, kita bukan sahaja faham, tapi kita juga kukuhkan kefahaman kita.

❄️ Terus buka buku latihan dan buat latihan. Waktu exam nanti, refer sahaja buku latihan sebab soalan exam ni kebanyakannya diambil dari buku latihan je.

❄️ Soalan math tak banyak berubah pun! Teruskan buat latihan sebanyak mungkin sebab soalan hanya diubah sedikit. Soalan diubah sedikit sebab nak tengok cara kita berfikir je.

❄️ Nak rujuk kawan boleh je. Tapi pastikan kita dah study betul betul. Sebab waktu last minute ni, kawan kawan pun perlukan masa untuk study sendiri. So self-study betul betul. Barulah korang tanya kawan soalan yang tak faham.

❄️ Fokus terus kat topik yang mudah bagi markah atau topik yang kita senang skor. Kalau rasa macam susah sangat nak faham Chapter 9, fahamkan jelah chapter yang senang. Jangan sibuk sangat fahamkan chapter yang susah sampaikan chapter yang senang dibiar begitu je. Nanti waktu exam, soalan senang tak dapat jawab, soalan susah pun sama.

❄️ Tak sempat buat latihan? It's okay (not really okay sebenarnya 😅), refer je jawapan lengkap. Agak sukar sikit lah sebab jawapan dan soalan asing kan. Tapi masih berguna kalau awak betul betul faham soalan. Kemudian, fahamkan pula jawapan.

❄️ Kalau rasa terdesak sangat nak buat ulangkaji, maka tengoklah youtube terus. Jangan lah self-study di waktu genting macam ini. Awak bukan takkan faham, tapi awak akan buang masa untuk faham benda yang awak dah belajar. So tengok je YouTube sebab cikgu yang mengajar kat situ boleh bantu kita faham dengan cepat.

❄️ Tak ada buku latihan? Buat je latihan-latihan kat buku teks tu. Latihan-latihan kat buku teks tu memang bagus. Again, kalau malas takpe. Buka YouTube dan search je nama latihan. Contohnya, (Praktis Formatif 1.1D) Kat situ akan ada video cikgu explain macam mana nak selesaikan soalan bagi latihan latihan yang kita search tadi
Majulah depan dan jgn trlalu hiraukan pandangan orang lain yang menjatuhkan kita ❤️😊
Jika kamu tidak tahan dengan belajar ,maka pengakhirannya kamu harus tahan dengan perihnya kebodohan .😌 @studyspaces
"Pada siapa belum pernah merasakan betapa pahitnya menuntut ilmu walau sesaat kita belajar, ia akan menelan hinanya kebodohan sepanjang hidup kita".
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TIPS PRO MAX #1 : TIPS SPM STRAIGHT A'S & TAK PERNAH LULUS TO A+ FOR ADDMATH

originally prepared by Mia | twitter.com/jiminadlib by:@tips_spm2021

1️⃣ JANGAN SKIP ONLINE CLASSES ❗️💻📱

berkat guru tu penting tau, walaupun korang malas, korang on je google meet tu, nanti lama-lama dah biasa confirm best. Feeling macam Youtubers gitu, acah-acah ambik note aesthetic.

2️⃣ TENGOK STUDY VIDEOS KAT YOUTUBE 🖥

Walaupun tips ni macam tah pape tapi percayalah tips ni mampu naikkan minat korang untuk belajar.

Tengok video pasal cara ambil nota atau study vlog kat youtube, memang boleh datangkan aura nak study.

3️⃣ [TIPS BAHASA MELAYU]

Mia waktu trial pernah dapat 12 markah karangan sbb idea terlalu bosan dan noob tau but SPM Mia dapat A solid.

Tips dia korang banyakkan baca contoh karangan online. Gunakan ayat-ayat gramatis dan banyakkan peribahasa. bagi sampai dia kenyang.

4️⃣ [TIPS FOR MATH]

Korang memang kena banyak buat latihan terutama tajuk yg korang tak paham, kalau tak paham pergi tanya cikgu or kawan.

Buat latihan math MRSM or SBPI.

5️⃣ [FOR ENGLISH]

Mia as army, mia suka baca english bts fanfic kat a03, so dari sinilah mia tambah vocab dan dapat buat essay yang gramatis.

I don't prefer wattpad sbb fanfic kat situ banyak kesalahan grammar. not a good example for us (student).

6️⃣ [FOR ADDMATH]

hm mia dari awal form4 sampai trial semua gagal, tapi spm dapat A+? how?

Ia bermula dengan seketul latihan dan keinsafan diri lol.

Mia pilih tajuk addmath yg mia rasa betul-betul mia boleh buat dan i cuma akan fokus pada topik tu je.

7️⃣ Bila time exam mia hanya akan jawab soalan dari topik yang mia kuasai sahaja dan akan betul-betul fokus pada soalan tu jelah.

lagi satu korang kena mahir guna kalkulator, banyak teknik kat youtube yang ajar. nanti korang tengok lah sendiri.

8️⃣ Lepastu addmath ni, walaupun teruk, mia paksa juga buat latihan. kalau tak buat latihan mia akan tgk video kat youtube yg ajar addmath (berbaloi)
PERKARA-PERKARA PELAJAR PRINSIP PERAKAUNAN KENA KUASAI SEMASA FORM 4! (Part 1) Bab 1-Bab 5 🦅

disusun oleh @tips_spm2021 & @studytips_spm

Big credit to: Cikgu Sila

🐙 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

✾ Sejarah perakaunan - tahu perkembangan

✾ Bentuk organisasi - ingat jenis dan ciri-cirinya.

✾ Perakaunan dan Simpan kira - tahu perbezaannya

✾ Badan Perakaunan [MIA, MICPA, MASB, ... ] - tahu nama dan fungsinya

✾ Andaian, Prinsip dan Batasan - mesti faham dengan jelas.

✾ Kitaran perakaunan - pandai lakar dan ingat beserta faham ikut turutannya.

🐙 KLASIFIKASI AKAUN - WAJIB FAHAM!!! Kuncinya ada disini.

✾ Maksud, jenis dan contoh bg aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja mesti faham dengan betul.

✾ Catatan Kontra - ada 5 iaitu PJ/M, PB/K, A, SNT, PHR.

✾ Carta akaun - kod item yang digunakan - pemfailan/berkomputer

✾ Persamaan Perakaunan - satu cara untuk menyediakan Kunci Kira-kira. - guna rumus ASET=LIABILITI + EKUITI PEMILIK

✾ Sistem Catatan Bergu - mesti faham dengan baik ... guna konsep Belanja Aset (Dt +, Kt -), Liabiliti Ekuiti Hasil (Kt +, Dt -).

🐙 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

✾ Fungsi dan jenis dokumen yang digunakan.

✾ Aliran dokumen antara pembeli dengan penjual.

✾ Fahamkan dokumen ini sebenarnya bukti urus niaga kita iaitu aktiviti perniagaan kita - jual, beli, pinjam, bayar, pulangan dll.

🐙 JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA

✾ Fungsi dan jenis Jurnal - Jurnal Am, Jurnal Khas, Jurnal Penerimaan Tunai, Jurnal Pembayaran Tunai, Buku Tunai, Buku Tunai Runcit.

✾ Ingat Format setiap jurnal.

🐙 LEJAR - patuhi prinsip catatan bergu!

✾ Fungsi dan jenis lejar - Lejar am [selain lejar subsidiari], Lejar subsidiari [lejar belian dan lejar jualan]

✾ Lejar belian = Ak Belum Bayar, Lejar jualan = Ak Belum Terima

✾ Dalam lejar ada akaun iaitu akaun perorangan [Ak. Blm Terima, Ak. Blm Bayar, Ak. Modal, Ak. Ambilan] dan akaun bukan perorangan - akaun Nyata [akaun aset] dan akaun Nominal [akaun belanja dan hasil]

✾ Akaun Kawalan - mesti pandai buat. Ingat untuk urus niaga kredit sahaja melibatkan penghutang dan pemiutang. Biasanya untuk cari jualan/belian kredit. Boleh juga untuk tentukan jumlah Ak Belum Terima/Ak Belum Bayar akhir.
TIPS SUBJEK PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH (PQS)

*post ini adalah perkongsian daripada Farzana

📖 Rajin membaca

• PQS sama macam mata pelajaran lain, memang kena rajin membaca.

📑 Fahamkan setiap topik

• Bila kita baca kita kena fahamkan kalau kita tak faham topik tu terus rujuk ustazah atau terus tengok nota supaya kita faham topik itu

📚 Buat latih tubi

• Apabila buat latih tubi pastikan kita ulang balik soalan itu sebab soalan PQS ni dia ulang benda yang sama cuma ayat soalan berbeza

• Biasakan diri jawab KBAT sebab KBAT memang penting dan mempunyai markah yang tinggi so korang boleh score dekat situ.

• Rajinkan diri untuk jawab soalan dalam buku latihan sendiri atau Modul Gemilang

• Biasanya soalan yang keluar keluar lebih kurang mcm soalan yang ada Modul Gemilang untuk tahun-tahun sebelum ni so banyakkan latihan ya.

📃 Buat nota atau rujuk nota

• Maksudnya, korang boleh pilih nak buat nota sendiri atau nak rujuk nota orang lain sebagai rujukan untuk korang faham tapi pastikan point-point penting tak tertinggal.

Insya-Allah semoga tips ni dapat membantu korang sikit okay

If ada soalan atau tak faham korang boleh terus tanya and paling penting pastikan mindset korang, set dalam mindset korang PQS ni subjek yang mudah dan senang untuk score.

Alhamdulillah, semoga bermanfaat.

#PQS
TIPS BELAJAR SUBJEK SAINS BAGI PELAJAR PT3 & SPM by @tips_spm2021

🐾 KUASAI TOPIK-TOPIK MUDAH

Ada pelajar terlampau spend masa terhadap topik-topik susah sehingga mereka lupa nak kukuhkan kefahaman pada topik topik mudah. Hasilnya, bila exam, topik susah tak dapat skor dan topik mudah pun tak dapat skor. Pastikan awak ada beberapa topik yang boleh kuasai SEPENUHNYA.

🐾 BUAT NOTA YANG EFEKTIF

Ada beberapa cara nak buat nota yang efektif bagi subjek sains. Pertama,buat dalam bentuk point. Kedua, buat dalam bentuk peta minda. Kedua dua cara ni penting sebab mudahkan kita untuk hafal semua maklumat.

🐾 FAHAMI KATA KUNCI

Jangan ambil mudah dengan kata kunci dalam sesuatu topik. Melalui kata kunci tulah, mereka akan bentuk pelbagai soalan. Dan fahami kata kunci ni satu kaedah yang bagus sebab kebanyakan soalan akan berkait dengan kata kunci yg kita baca.

🐾 BINA AKRONIM

Sains ni kan kebanyakannya guna teknik menghafal, jadi pelajar boleh guna kaedah bina akronim untuk hafal maklumat kecil. By the way, kita akan mudah ingat akronim yang kita bina sendiri berbanding akronim yg orang lain bina.

🐾 BACA SETIAP CHAPTER LEBIH DARIPADA SEKALI

Tujuan dia untuk pastikan kita betul betul faham semua basic yang ada dalam sesuatu chapter. Keduanya, kita kena betul betul faham keseluruhan information supaya mudah untuk belajar chapter lain.

🐾 BANYAKKAN BUAT SOALAN KBAT

Sebab, pelajar dah biasa jawab soalan direct. Tapi bila melibatkan soalan KBAT, ada jugak yang tinggalkan soalan sebab soalan tu memerlukan point yang tertentu. Biasakan diri dengan soalan KBAT supaya otak mudah generate ideas bila jawab apa apa soalan KBAT.

🐾 RAJIN MENGULANGKAJI

Belajar lah subjek sains selalu sebab sains ni antara matapelajaran yang tak digemari kebanyakan pelajar. Sains ni best, cuma bila pelajar jawab exam, semua tu dah tak nampak best sangat 😂 bila kita ulangkaji, mudahlah untuk kuasai semua bab.

Menangguhkan proses mengulangkaji akan tambah lebih banyak kerja sebenarnya sehinggalah pelajar jadi malas dan putus asa.

#sains
Srry admin bz buat sketika nih dgn exam 😅.Klu nk cdang ape2 yg menarik blh comment ya
Fighting if you guys wanna score any of exam
TIPS BELAJAR 1⃣ - 3⃣0⃣
By @TIPS_SPM2021

1. Tips SPM Straight A's by Aleya Atiqah
https://t.me/tips_spm2021/1461

2. How to improve your English
https://t.me/tips_spm2021/1446

3. Tips SPM straight a dan lulus addmath
https://t.me/tips_spm2021/1445

4. Cara untuk start belajar
Https://t.me/tips_spm2021/1439

5. Cara untuk memotivasikan diri belajar
https://t.me/tips_spm2021/1434

6. 5 tips belajar di rumah semasa PKP
https://t.me/tips_spm2021/1432

7. 10 adab menuntut ilmu
https://t.me/tips_spm2021/1369

8. Tips menulis nota estetik part 1
https://t.me/tips_spm2021/1328

9. Tips menulis nota estetik part 2
https://t.me/tips_spm2021/1329

10. Tips belajar mathematic a guideline
https://t.me/tips_spm2021/1324

11. Cara menulis nota yang simple
https://t.me/tips_spm2021/1307

12. Study desk untuk belajar
https://t.me/tips_spm2021/1278

13. Tips skor subjek agama dan hafazan
https://t.me/tips_spm2021/1275

14. Tips kekal motivasi ketika kelas online
https://t.me/tips_spm2021/1260

15. Tips pelajar cemerlang Husna Mardhiah
https://t.me/tips_spm2021/1255

16. Sebab-sebab kenapa tak boleh belajar bahasa Melayu last minute
https://t.me/tips_spm2021/1252

17. Tips belajar sebelum menghadapi peperiksaan
https://t.me/tips_spm2021/1224

18. 6 tips score English essays
https://t.me/tips_spm2021/1214

19. Panduan menulis karangan teknik cikgu ayu
https://t.me/tips_spm2021/1206

20. 7 rahsia tidak lupa apa yang cikgu ajar
https://t.me/tips_spm2021/1194

21. Tips agar tidak mengantuk apabila belajar
https://t.me/tips_spm2021/1191

22. 14 tips belajar dengan berkesan
https://t.me/tips_spm2021/1188

23. Tips pengurusan masa ketika cuti
https://t.me/tips_spm2021/1187

24. 7 tips tidak stress menjelang peperiksaan
https://t.me/tips_spm2021/1186

25. Teknik membina jadual belajar sendiri
https://t.me/tips_spm2021/1185

26. 10 teknik menjadi pelajar cemerlang
https://t.me/tips_spm2021/1183

27. Strategi murid cemerlang
https://t.me/tips_spm2021/1182

28. 10 tips pelajar cemerlang Zainab zuhaira part 1
https://t.me/tips_spm2021/1177

29. 10 tips pelajar cemerlang Zainab zuhaira part
https://t.me/tips_spm2021/1179

30. 5 study strategies
https://t.me/tips_spm2021/1174
Kalau nak cepat hadam ape kita baca tu, belajar waktu pagi lah best sbb apa kita belajar macam senang je masuk. Sbb waktu pagi ni mcm senyap je pastu tak bising so senang lah nk ingat apa kita belajar
Okay, sebelum ni saya pernah buat jadual belajar.. tapi jarang nk ikut sbb kdg ii kekangan masa kan. Satu hari ni, terjumpa channel ali abdaal baru la phm cara belajar tu tk sesuai dgn saya. Instead, saya guna timetable yg flexible. Saya listkan topik setiap subjek dan jangan REREADING. Sbb pengetahuan tk berapa berkembang degn cara tu.

First, self test topik tu lps tu klu rasa mcm tk pndai topik tu highlight kan topik tu dgn warna merah. Klu dh okay sikit, warna kuning. Dh rasa power, highlight warna hijau. Lepastu study la topik ii lain. So kita dpt thu mana topik yg kita tk thu lgi.

Okay. Lepastu kita kena constantly buat spaced repetition. Memang dgn cara tu lebih berkesan drpd rereading subjek setiap hari.

Teruskan usaha korang Insha Allah semua dpt straight A+ Aminnnn💫💫💫
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🍙STUDY TIPS : TIKTOK🍙

✎ᝰ┆STUDY METHODS THAT ACTUALLY WORKS! 🤍🖤

♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡
-; ♡.° @studyspaces ୭̥ *
♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM