Study To Success🀍
9.67K subscribers
3.86K photos
89 videos
1.65K files
1.16K links
-; β™‘.Β° [study now, be proud later ] ΰ­­Μ₯


Discussion : https://t.me/+iTWUlbrvdQRkZTRl

Bot therapist:
@YozoraAmaniMutiara_bot

Channel Therapist:
https://t.me/Likeyera


β”Š β”Š β”Š ˚✧ - provides google meetπŸ’»

β”Š β”Š β”Š ˚✧ - notes πŸ“

β”Š β”Š β”Š ˚✧ - exercises ✍️
Download Telegram
okengg that's all frens!! semoga apa yang saya post dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang luangkan masa untuk membaca, aamiin.

if anyone ada homework/soalan yang takfaham, am ready to help xD tanya je thru comment/pm. best of luck belajar account f4 & let's hustle for kerja khusus my fellow f5 βœΊβ—Ÿ(οΌΎβˆ‡οΌΎ)β—žβœΊ
πŸ’˜4
Hi guys, korg boleh tutup notif kat bot therapist ye, kalau agakΒ² lemah semangat bila tgk ada vidΒ² yg min therapist hnto tu
Kitanya tak leh wat ppe dah😭😭
Hi guys. Can u guys share ur Asrama experienced 😞
π™ˆπ™–π™£π™›π™–π™–π™©π™ π™–π™£ 𝙍𝙖𝙒𝙖𝙙𝙖𝙣 π™™π™šπ™£π™œπ™–π™£ 𝙏𝙖𝙙𝙖𝙧π™ͺ𝙨! πŸ“–βœ¨

Jom sama-sama menghidupkan bulan penuh keberkatan ini dengan tadarus Al-Quran! πŸŒ™πŸ“š Mari kita baca, fahami, dan ambil pengajaran daripada kalam Allah.

πŸ“ [Via : Telegram Study To Success🀍]
@studyfromnow
πŸ”₯2
πŸ”₯2
Assalamualaikum semua❀️
maaf atas segala kesulitan.. kami tiada admin bertugas untuk bacaan tadarus pada malam iniπŸ™πŸ»

Namun, walaupun tiada tadarus dripd admin, saya share audio bacaan quran yang patut di tadarus pada malam ini😍

saya harap semua dapat dengar atau boleh ikut dengan audio yang kami berikan..

boleh juga dengar sambil buat hw kan? dpt tenangkan hati dan juga dapat pahala❀️

sekian sahaja, terima kasih❀️
selamat berpuasa semuaπŸ’—πŸ’—
❀7πŸ‘1
Assalamualaikum korang! Jangan lupa tau sesi tadarus kita malam nii
❀4
Live stream scheduled for
okay kita start 10.35 ya
Live stream started
Hari ni hari ke-3 berpuasa, jom kita hidupkan group ni sikit! Saya share sikit kelebihan tadarus dalam bulan Ramadan:

πŸ“– Ganjaran berlipat ganda – Setiap huruf Al-Quran kita baca, pahala x10, bulan Ramadan maybe x1000! πŸ“ˆπŸ”₯ (HR. Tirmizi)

πŸ“– Sunnah Rasulullah SAW – Jibril AS tadarus dengan Nabi setiap tahun. Kalau Nabi pun ulang kaji, kita lagi patut buat! πŸ’ͺ (HR. Bukhari & Muslim)

πŸ“– Al-Quran jadi pembela kita – Hari kiamat nanti, Al-Quran boleh jadi lawyer kita! (HR. Muslim)

πŸ“– Hati jadi tenang – Korang stress belajar? Baca Al-Quran, hati confirm lapang! πŸ’†β€β™‚οΈ

Jom kita tadarus sama-sama!

https://t.me/studyfromnow?livestream=433d4c3b2fb775fffc
❀1
Dah mula ni! πŸ‘†
Live stream finished (44 minutes)
Hai,, harini saya akan bagi notes sport sciences bidang 4 f5 & bidang 2.1 f4
πŸ₯…Pemboleh ubah dalam latihan fizikal

⛳️Isipadu latihan
=Jumlah aktiviti (kuantiti) yang terlibat semasa latihan.
=Komponen isipadu latihan ialah:-
i. Tempoh latihan
ii. Jarak larian
iii.Ulangan dan bebanan dalam latihan bebanan

⛳️Intensiti
=Kualiti sesuatu latihan
=Komponen insensiti latihan:-
i.Kelajuan perlakuan
ii.Bebanan atau rintangan
iii.Sistem tenaga yang terlibat
iv.Kadar nadi latihan

⛳️Pengiraan beban latihan
=Kadar nadi latihan yang bersesuaian mengikut objektif latihan:
=Latihan aerobik:
65% hingga 75% daripada kadar nadi maksimum.
=Latihan anaerobik:
75% hingga 90% daripada kadar nadi maksimum



πŸ“Hubungan antara isi padu dengan intensiti latihan.

⛳️Sekiranya isipadu latihan ditambah, maka intensiti latihan perlu dikurangkan

⛳️Daya tahan kardiovaskular dapat dibina dengan isipadu latihan yang tinggi dan intensiti yang rendah



🏏Merancang Isi Padu Dan Intensiti Latihan

⛳️Keperluan sukan spesifik

⛳️Tempoh dan fasa latihan

⛳️Tahap perkembangan & kecergasan atlet



🎯Perancangan dan Pelaksanaan Latihan Fizikal

⛳️Fasa persediaan
- Dibahagikan kepada Persediaan Umum & Spesifik

- Tujuan:menyesuaikan atlet untuk latihan yang lebih berat dan bersedia untuk pertandingan

-Tempoh: 8 hingga 12 minggu

⛳️Fasa pertandingan
- dibahagikan kepada fasa Pra Pertandingan dan semasa Pertandingan.

- bergantung kepada format pertandingan sesuatu sukan

- sekiranya format pertandingan adalah secara liga,maka tempoh pertandingan boleh mengambil masa antara 3 higga 5 bulan.

- format pertandingan bentuk kalah mati adalah:lebih singkat dan mengambil masa antara 3 hingga 7 hari.

⛳️Fasa transisi
- Proses pemulihan fisiologi dan psikologi selepas tamat sesuatu pertandingan.

- Tujuan latihan ringan :
mengembalikan kecergasan fizikal dan mental bagi menyediakan atlet untuk latihan pada musim hadapan

Credit: @studyfornow
πŸ‘1
πŸ‰KELETIHAN DAN KELESUAN OTOT

⛳️Keletihan didefinisikan sebagai kemerosotan kapasiti otot untuk menjana kuasa bagi mengekalkan aktiviti bersukan (William, Rawson & Branch, 2016)

=Keletihan terbahagi kepada dua:-
i.Keletihan akut iaitu keletihan diamali atlet disebabkan tidak cukup tenaga

ii.Keletihan kronik ialah atlet berada
dalam keadaan letih dalam tempoh berpanjangan

⛳️Kelesuan didefinisikan sebagai keletihan yang melampau secara fizikal atau mental juga dikenali sebagai sindrom overtraining (Williams, Rawson & Branch, 2016)



πŸ€FAKTOR KELETIHAN & KELESUAN PARA ATLET

⛳️Kekurangan tenaga
⛳️Status hidrasi
⛳️Kekurangan aktiviti pelaziman fizikal
⛳️Status kesihatan



πŸ₯…STRATEGI MENGURANGKAN KELETIHAN DAN KELESUAN OTOT

⛳️Daya tahan kardiovaskular
=Meningkatkan keupayaan aerobik merupakan salah satu cara untuk mengelak daripada berasa cepat letih

⛳️Pemakanan
=Atlet perlu mengamalkan diet yang
seimbang merangkumi karbohidrat kompleks, protein, lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan

⛳️Rehat dan pemulihan
=Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan selama 5 - 10 minit perlu dilakukan setiap kali sebelum dan selepas latihan

⛳️Mekanik perlakuan
=Semasa latihan, atlet perlu memastikan teknik lakuan adalah betul

⛳️Hidrasi
=Atlet perlu mengambil minuman sepanjang hari terutama sebelum, semasa dan selepas bersukan untuk mengurangkan keletihan dan kelesuan

Credit: @studyfornow
BIDANG 2 FORM 4

πŸ’ͺ🏻PENGENALAN SISTEM TUBUH

🫁Sistem tubuh badan manusia terdiri daripada sistem yang penting:-
-Sistem rangka
-Sistem otot
-Sistem saraf
-Sistem endokrina
-Sistem kardiovaskular
-Sistem respiratori


🧠Fungsi sistem rangka
β€’ Menyokong berat badan dengan membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tumbuh

β€’ Tuas pergerakan apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksikan sendi

β€’ Membekalkan kalsium untuk penguncupan otot

β€’ Lokasi pembentukan sel darah dan platelet di dalam sum-sum tulang

β€’ Melindungi organ-organ penting


🧠Fungsi sistem otot
β€’ Menghasilkan pergerakan atau lakuan motor apabila berlaku penguncupan otot

β€’ Memberi bentuk tubuh badan

β€’ Mengekalkan postur tubuh badan

β€’ Menyokong tubuh badan

β€’ Menghasilkan haba bagi mengekalkan suhu normal badan

β€’ Membantu menstabilkan sendi-sendi dan tulang rangka


🧠Fungsi sistem saraf
β€’ Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima

β€’ Mengawal dan menyelaraskan aktiviti tubuh

β€’ Menyimpan maklumat yang diterima

β€’ Bertindak balas terhadap perubahan rangsangan dalaman dan luaran

β€’ Sistem kawalan tindak balas refleks badan


🧠Fungsi sistem endokrina
β€’ Mengawal atur dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah


🧠Fungsi sistem kardiovaskular
β€’ Mengepam darah dari jantung ke seluruh badan dan kembali semula ke jantung

β€’ Mengangkut oksigen, nutrien, hormon dan keperluan lain ke sel-sel badan

β€’ Membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh

β€’ Membawa keluar produk-produk sel ke bahagian lain dalam tubuh


🧠Fungsi sistem respiratori
β€’ Tempat pertukaran gas respiratori yang berlaku di paru-paru dan sel-sel tisu badan

Credit: @studyfornow
πŸ‘1
Oke itu sahaja utk harini..Study tau korang semua..Gudluck!!