Study To Success🀍
9.67K subscribers
3.86K photos
89 videos
1.65K files
1.16K links
-; β™‘.Β° [study now, be proud later ] ΰ­­Μ₯


Discussion : https://t.me/+iTWUlbrvdQRkZTRl

Bot therapist:
@YozoraAmaniMutiara_bot

Channel Therapist:
https://t.me/Likeyera


β”Š β”Š β”Š ˚✧ - provides google meetπŸ’»

β”Š β”Š β”Š ˚✧ - notes πŸ“

β”Š β”Š β”Š ˚✧ - exercises ✍️
Download Telegram
Bab sng score je ni πŸ”₯
Jow jwb
Jwpn komen bawah ⬇️
Jwpn komen bawah ⬇️
Jwpn komen bawah ⬇️
cer komen , korang dpt brp ??
Soalan 1 : /5
Soalan 2 : /8
Soalan 3 : /10
Hello..Oh ye harini saya akan bagi notes sports science f5 bidang 4!!
πŸ‰PRINSIP LATIHAN FIZIKAL

⛳️SPORRTIVE
*Dalam bentuk akronim


🌱S=Specificity (Kekhususan)
# Menerangkan bahawa faedah sesuatu komponen kecergasan akan diperoleh sekiranya bentuk latihan yang diberikan melatih
anggota badan spesifik

🌱P=Progressive (Progresif)
# Tambahan bebanan harus dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak

🌱O=Overload (Lebihan bebanan)
# Melakukan lebih daripada apa yang biasa dilakukan adalah perlu sekiranya ingin menghasilkan peningkatan dalam komponen
kecergasan

🌱R=Reversibility (Kebolehbalikan)
# Segala faedah yang diperoleh daripada lebihan bebanan sesuatu latihan akan berkurangan atau hilang sekiranya seseorang berhenti
berlatih

🌱R=Rest & Recovery (Rehat dan Pemulihan)
# Membolehkan sistem dalam badan berfungsi dengan lebih baik untuk sesi latihan

🌱T=Tedium (Kebosanan)
# Peranan Jurulatih: Memastikan bahawa atlet tidak berasa bosan dengan latihan yang lama

🌱I=Individualised (Individual)
# Setiap individu mengalami perbezaan pada kesan latihan

🌱V=Variability (Kepelbagaian)
# Mempelbagaikan tempoh, intensiti, dan aktiviti latihan fizikal yang menghasilkan faedah

🌱E=Enjoyment (Keseronokan)
# Satu sesi latihan harus memberi keseronokan kepada atlet sebagai galakan untuk terus berlatih

Credit: @studyfromnow
πŸ“FITT

⛳️F=Frequency / Kekerapan
β€’ Maksud : Berapa kali (kuantiti) atlet melakukan sesuatu latihan

β€’ Tujuan : Agar atlet meningkatkan dan mengekalkan kecergasan dan kesihatan yang asas

β€’ Contoh : Latihan pada hari isnin diikuti rehat pada hari Selasa sebelum berlatih pada hari Rabu dan
rehat pada hari Khamis



⛳️I=Intensity/Intensiti
β€’ Maksud : Tahap β€˜ susah ’ atau β€˜ berat ’ (difficult or heavy) sesuatu latihan tersebut

β€’ Tujuan : Atlet perlu melakukan latihan berintensiti tinggi supaya dapat memperoleh tahap kecergasan
dan kemahiran dalam sukan

β€’ Intensiti latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular boleh dianggar melalui kiraan kadar
nadi semasa latihan



⛳️T=Time / Masa
β€’ Maksud : Tempoh masa sesuatu latihan akan mempengaruhi tahap kecergasan atlet / Tempoh masa
melakukan sesuatu latihan bergantung kepada intensiti sesuatu aktiviti

β€’ Contoh : Tempoh masa untuk latihan daya tahan kardiovaskular adalah 30 - 60 minit pada intensiti
sederhana (60 - 75% daripada kadar nadi maksimum seseorang)



⛳️T=Type / Jenis
β€’ Maksud : Kesedaran dan peningkatan minat terhadap kecergasan fizikal dalam kalangan masyarakat
telah menyebabkan pelbagai jenis latihan dibentuk atau diubah suai

β€’ Contoh : Latihan kardiovaskular kini boleh dijalankan di rumah dengan menggunakan alatan Treadmill

Credit: @studyfromnow
πŸ‘2
🏏APLIKASI PRINSIP LATIHAN DALAM LATIHAN FIZIKAL

⛳️Latihan beterusan
=PROGRESIF & INTENSITI
β€ΎLatihan yang berkesan untuk meningkatkan tenaga aerobik dengan
menambahkan masa perlakuan aktiviti pada intensiti yang sederhana
(60% -50% daripada kadar nadi maksimum)

β€Ύ Tempoh latihan yang berkesan ialah tidak kurang daripada 30 minit dan
ditambah secara beransur-ansur sehingga 60 minit

β€Ύ Contoh latihan berterusan:
Renang jarak jauh


⛳️Latihan jeda
=PROGRESIF & INTENSITI
β€Ύ Tempoh atau jarak larian boleh ditambahkan secara beransur-ansur
apabila tahap kecergasan meningkat

β€Ύ Berlari selama 2 minit pada 70% - 80% daripada kadar denyutan nadi
maksimum dan rehat aktif dengan berjalan atau joging sehingga kadar
nadi menurun 120 denyutan seminit sebelum mengulangi larian

β€Ύ Contoh latihan jeda:
Larian


⛳️Latihan bebanan
=INTENSITI
β€Ύ Boleh ditentukan dengan anggaran satu ulangan maksimum (1RM)
beban yang boleh diatasi oleh atlet

β€Ύ Cadangan anggaran intensiti latihan untuk meningkatkan daya tahan
otot melalui latihan bebanan antara 40% - 60% 1RM dengan ulangan
yang tinggi (10 - 15 kali)

β€Ύ Contoh latihan bebanan:
penggunaan dumbel

Credit: @studyfromnow
πŸ₯…KAEDAH LATIHAN FIZIKAL

⛳️Latihan Meningkatkan kecekapan Sistem Tenaga Aerobik


🌱Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance, LSD)
β€’ Aktiviti berterusan dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi seperti joging, senaman aerobik atau berbasikal jarak jauh

🌱Latihan Jeda Jarak Jauh
β€’ Perlakuan aktiviti fizikal seperti berlari, berbasikal dan berenang pada intensiti tinggi yang berulang antara 2 minit-5 minit dan diselang selikan dengan tempoh rehat & permulihan melalui aktiviti berintensiti rendah.
- VARIASI : i. Latihan fartlek
ii. Latihan piramid



⛳️Latihan Meningkatkan Kecekapan Sistem Tenaga Anaerobik


🌱Pertama - Jeda Jarak Dekat
β€’ Beza dari segi tempoh melakukan sesuatu aktiviti, intensiti dan masa rehat.

🌱Kedua - Daya Tahan Untuk Kelajuan (speed-endurance)
β€’ Meningkatkan kecekapan penggunaan sistem tenaga anaerobik bagi aktiviti yang memerlukan pergerakan laju dan berintensiti tinggi.

Credit: @studyfromnow
Forwarded from - ❅𝓔 ࿐
⛳️Latihan Meningkatkan Kecekapan Sistem Otot Rangka

1. Menggunakan Berat Badan Sendiri
2. Latihan Bersama Rakan
3. Latihan Berfungsi (Functional)
4. Beban Bebas (Free Weights)
5. Peralatan


⛳️Latihan Pliometrik
β€’ Melatih pergerakan atlet supaya menjadi pantas dan eksplosif.


⛳️Latihan Litar
β€’ Sesuai untuk melatih daya tahan otot.
β€’ Atlet melakukan aktiviti senaman yang berbeza dalam satu litar.


⛳️Latihan Fleksibiliti
β€’ Meningkatkan julat pergerakan sendi-sendi tubuh secara progresif.


⛳️Latihan Beban
β€’ Merupakan latihan mengatasi beban atau rintangan oleh sekumpulan
otot.

Credit: @studyfromnow
πŸ‘2
Okee itu je utk notes harini..Gudluck!!
HI GAIS AHAD PUASA EHHEHEHE
πŸŽ‰13❀1
πŸ“ TARIKH PUASA SELURUH NEGARA - 2 MAC 2025

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac 2025).

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman khas yang disiarkan pada Jumaat.

Kredit: Awani
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀23πŸŽ‰4πŸ™1
Lawa kan tarikh puasa tu
Agak agak tarikh apa lagi ehπŸ™ˆ