Study To Success🀍
9.66K subscribers
3.86K photos
89 videos
1.65K files
1.16K links
-; β™‘.Β° [study now, be proud later ] ΰ­­Μ₯


Discussion : https://t.me/+iTWUlbrvdQRkZTRl

Bot therapist:
@YozoraAmaniMutiara_bot

Channel Therapist:
https://t.me/Likeyera


β”Š β”Š β”Š ˚✧ - provides google meetπŸ’»

β”Š β”Š β”Š ˚✧ - notes πŸ“

β”Š β”Š β”Š ˚✧ - exercises ✍️
Download Telegram
Habis spm mmg subscribers terus menurun ek😌😌
😒22πŸ•Š9
Study To Success🀍
Habis spm mmg subscribers terus menurun ek😌😌
uish min un bru perasan hmπŸ₯² sedihnyaa.. btw korang yg masih stay dlm ni korg boleh share ii tau.. and thankss + sayang korgπŸ’πŸ’—
maaf utk para 07 segala silap dan kekurangan kami dan terima kasih sudi join channel kami❀️

saya dh nak habis pre-uni, inshaallah sy boleh fokus dkt korg sementara sy tunggu masuk degree pulakπŸ˜‹

08 SEMANGATTT ❀️ kita study awal ii baru tak kalut😜
❀94πŸ‘2
Pola fikir ialah cara berfikir .
Dalam menjawab soalan mengenai pola fikir , kita mesti ada watak dan ceritakan peristiwa berkaitan watak tersebut.
Kemudian , ceritakan tentang apa yang kita fikir pasal watak ( positif / negatif )
πŸ‘1
β€’ Kata kunci ( teknik plot )
~ imbas muka - akan
~ dialog - tanda " "
~ monolog - berkata dengan dirinya sendiri ( ada suara )
~ monolog dalaman - berkata kepada diri sendiri ( dalam hati )
~ pemerian - menjelaskan sesuatu kejadian dengan lebih terperinci
~ imbas kembali - benda yang telah lalu
~ suspens - pembaca akan berasa ingin tahu
~ kejutan - benda yang tidak dirancang terjadi secara tiba tiba
~ konflik - watak mengalami masalah
β€’ konflik luaran - terjadi antara watak dengan watak lain
β€’ konflik dalaman - terjadi antara watak dengan dirinya sendiri
nak notes apa lagi untuk sasteraa?
❀1
persoalan : perkara perkara atau isu yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam karyanya
DRAMA:- Mat Piah & Blackway

🌹Persoalan
Persoalan tentang...
πŸ‘‰ Kegigihan mencari rezeki
πŸ‘‰Kesabaran menghadapi ujian
πŸ‘‰Keinsafan kesalahan yang dilakukan
πŸ‘‰Sayang akan negara
πŸ‘‰Kejujuran Menceritakan Kebenaran
πŸ‘‰Gejala sosial dikalangan remaja


🌹Perwatakan
Seorang yang.....
     -gigih mencari rezeki
     -sabar menghadapi ujian
     -insaf kesalahan yg dilakukan
      -jujur menceritakan kebenaran


🌹Pengajaran
Kita hendaklah....
   -gigih mencari rezeki
   -sabar menghadapi ujian
   -insaf atas kesalahan yang dilakukan
   -jujur menceritakan kebenaran
   -sayang akan negara


🌹Nilai
Nilai ke......an
   -kesabaran
   -keinsafan
   -patriotik
   -kejujuran

🌹Masyarakat
Masyarakat yang....
     -mengalami gejala sosial


πŸ“ŒKalau korang perasan jawapan persoalan tu lebih kurang sama je dengan,watak,pengajaran,nilaiπŸ˜„

πŸ“ŒPersoalan,watak,nilai,pengajaran yang saya bagi tu cuma Fakta je. CONTOH, korang reka la ayat sendiri mengikut kefahaman yang korang dh baca dalam drama ni
NOTA RINGKAS KM SPM 2020-21.docx
59 KB
Teknik jawab
πŸ“Œ persoalan
- Persoalan tentang......
πŸ“ŒPerwatakan
-seorang yang......
πŸ“ŒLatar masyarakat
-masyarakat yang.....
πŸ“ŒPengajaran
Kita hendaklah....
πŸ“ŒNilai
-Nilai ke.....an
Nilai keinsafan
Nilai kejujuran
Nilai keberanian

-β€’@sasteramelayunotespmβ€’-
jawapan :

1. Persoalan tentang kebebasan menyuarakan pendapat . Contohnya , Aku , manusia , dan peribumi Ogoshonto biasa ini bebas mengekspresikan pendapat .
Soalan yang selalu ditanya :

1.Keperibadian unggul.
β€’Perwatakan yang positif.
β€’Cara jawab
   -tidak boleh letak seorang yang.(fakta)
   -ambil dari petikan (contoh)

2.Kritikan sanjungan
β€’Perwatakan yang positif juga
β€’Cara jawab
   -tidak boleh letak seorang yang(fakta)
   -ambil dari petikan (contoh)

3.Unsur patriotisme
β€’Cinta akan tanah air/bahasa dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
β€’Cara jawab
-Ambil dari petikan (contoh)

4.Isu masyarakat
β€’Perkara yang negatif
β€’Cara jawab
-Perkataan isu perlu ada (fakta)
-ambil dari petikan (contoh)

5. Kritikan saranan
β€’Perkara yang berlawanan (negatif ke positif)
β€’Cara jawab
-Perkataan sepatutnya perlu ada (fakta)
-Ambil dari petikan (contoh)
ingat !
kalau jawap soalan saranan kita mesti letak perkataan ' sepatutnya ' sebab ini adalah cadangan dan usulan kita.
gaya bahasa ( kata ganda ) dah takboleh guna .. takde markah if guna gaya bahasa kata ganda
A. CERPEN, NOVEL DAN DRAMA

1. SOALAN KONTEKS/PETIKAN
Bentuk soalan : Biasanya 3-4 soalan dikemukakan untuk soalan bentuk ini. Soalan biasanya berkisar tentang:
- Watak dan perwatakan
- Latar tempat/latar waktu/latar masa/latar zaman/latar masyarakat
- Berhubung dengan petikan atau dialog dengan peristiwa sebelum dan selepas peristiwa tersebut
- Hubungan antara 2 watak yang terlibat
- Mesej/perutusan/amanat
 

2. SOALAN PERBANDINGAN
Bentuk soalan biasanya :
- Perbandingan watak dan perwatakan
- Tema
- Plot
- Gambaran masyarakat
Nota:  Perbandingan boleh berlaku dalam satu karya atau antara 2 karya. Mesti nyatakan unsur persamaan dan perbezaan jika soalannya berbentuk perbandingan kecuali soalan yang memang dikhususkan untuk membandingkannya dari satu aspek sahaja iaitu sama ada aspek persamaan atau perbezaan sahaja.
 

3. TEMA/PERSOALAN UTAMA/PEMIKIRAN
- Menyatakan jenis tema
- Huraian tema
- Contoh
Biasanya 4 markah diperuntukkan untuk soalan berkaitan dengan tema.
πŸ‘3❀1
πŸ‘‰NOTA-NOTA SASTERA❗️(Klik je)

SOALAN TRIAL KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF(KMK)πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ“ŒBentuk Soalan SPM✨

⭐️SOALAN TRIALπŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ“ŒSOALAN TRIAL KMK PERAK 2023
πŸ“ŒSOALAN TRIAL KMK SABAH(TELUPID) 2023
πŸ“ŒSOALAN TRIAL KMK KELANTAN 2023
πŸ“ŒSOALAN TRIAL KMK KEDAH 2023
πŸ“ŒSOALANΒ² TRIAL SASTERA(KMK)
πŸ“ŒSOALAN TRIAL SELANGOR 2023
πŸ“ŒSOALAN TRIAL KMK TERENGGANU 2023

πŸ“ŒSOALAN TRIAL SARAWAK 2023
πŸ“ŒSoalan Sastera dan Skema
πŸ“ŒSOALAN TRIAL NEGERI MELAKA
πŸ“ŒSOALAN NEGERI SEMBILAN 2023
πŸ“ŒSOALANΒ² TRIAL SASTERA(KMK)

πŸ“ŒSoalan negeri sembilan 2022

TEKNIK MENJAWAB/NOTA

KUIZ BASIC GAYA BAHASAπŸ”₯

πŸŒ™Teknik Jawab Soalan Trial Spm (Scroll bawah lagi.. Ada banyak teknik jawab sy dh share)

🟑Unsur Bunyi
🟑Merangkumi semua Nota Sastera Teknik jwb 1 (berwarna)

🟑Unsur keagamaan (teknik jawab)
-unsur keagamaan
🟑latar masa(teknik menjawab)

🟑Teknik Plot/Penceritaan

🟑Nota Cikgu Baljeet
🟑Sudut Pandangan
🟑sudut Pandangan (TEKNIK JAWAB)
Sudut pandangan (teknik jawab)
🟑Ciri KepimpinanπŸ’«

🌸Kritikan Sanjungan
🌸Persoalan

🌼Nota Sastera A+
🌼Nota part 2
🌼Nota part 3

🌸Kritikan:Sanjungan dan saranan✨(teknik jawab)
🌸CIRI/BENTUK PUISI(Teknik jawab)
🌸CIRI/BENTUK PUISI
🌸Teknik jawab soalan ✨
🌸Gurindam
🌸Nada sajak
🌸Unsur Patriotisme
🌸Nota ringkas cerpen🌈

Sastera Hikayat Parang Puting:
🌷watak/ciri sastera hikayat
🌷Nota 1
🌷Nota 2

πŸ’›-tema, persoalan,watak

πŸ’›Novel,Cerpen,Prosa Tradisional
πŸ’›nota cerpen,prosa tradisional
   novel,drama


πŸ’«Drama Matpiah& Blackwa(perwatakan,nilai,persoalan)
πŸ’«Cipta cerpen
πŸ’«Cipta pantun
πŸ’«latihan(puisi)/modul cemerlang
πŸ’«pantun 6 kerat


🌈Perspektif (LATAR MASYARAKAT)
🌈CERPEN PERSPEKTIF
🌈Pola Fikir
🌈Pola Fikir (NOTA!)
🌈Unsur Patriotisme
🌈unsur Patriotisme (teknik Jawab)
🌈Unsur Patriotisme

🍿Cerpen 00000000 (utk yg malas baca tgk video ni😌)
🍿Sinopsis Cerpen 00000


πŸ”Saranan perwatakan
πŸ”KRITIKAN SANJUNGAN & KRITIKAN SARANAN
πŸ”KRITIKAN SANJUNGAN
πŸ‘1
Ha ! Kepada anak - anak yang bertanya πŸ€”,
" Macam mana nak buat syair ? "

Meh sini Mak jawab πŸ˜‡,
Sebenarnya senang je anak - anak. Kamu banyak membaca, kamu pandai mensyair.

Pertama sekali kena faham apakah itu syair ?
Syair ni berasal daripada Arab. Orang Arab dulu suka bersyair lebih kurang menyanyikan la syair ni. Sebagaimana yang awak belajar dalam sejarah, orang Arab kan suka berdagang di Tanah Melayu. Jadi, tersebarlah ajaran syair ni kepada orang ramai termasuklah masyarakat Melayu 😚.

Okay sambung balik topik kita macam mana nak buat syair ?
Kenali dulu, apakah ciri - ciri syair ? Apakah perbezaan syair dengan sajak, pantun, gurindam dan sebagainya ? 😲

Mari mak jelaskan, apa itu ciri - ciri syair ? 😎

Ciri-ciri khusus syair adalah sebagaimana berikut :

1. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
2. Setiap baris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan.
3. Mempunyai antara 8 hingga 12 jumlah suku kata sebaris.
4. Rima baris berirama sama dan berakhir dengan β€˜ a-a-a-a’.
5. Dalam syair, setiap 1 baris terdapat suatu hentian (pause)
6. Setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.
7. Syair juga ialah satu pernyataan yang berlarutan. Contohnya untuk mengemukan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.
8. Mempunyai awalan dan akhiran.

Okay, dah faham belum tu nota yang kat atas tu ? Okay apa yang mak boleh highlight kan adalah, ' rima akhir '.

- Rima akhir dia konpem sama ! Contohnya, aaaa. Itu dia. πŸ˜‰

Kalau pantun dia tak sama atau terikat. Sebab apa ? Rima akhir pantun adalah ab kalau pantun 2 kerat, kalau 4 kerat ? Rima akhirnya abab πŸ€—.

Kalau sajak pulak, dia tak kisah. Ikut awak la nak rima akhir abcd ke tak kisah. Lantak hang la nak apa pun πŸ˜†.

Perhatikan bagaimana struktur contoh syair di bawah ini :

Pada zaman dahulu kala (a)
Tersebutlah sebuah cerita (a)
Sebuah negeri yang aman sentosa (a)
Dipimpin sang raja nan bijaksana (a)

Negeri bernama Pasir Luhur (a)
Tanahnya luas lagi subur (a)
Rakyat teratur hidupnya makmur (a)
Rukun raharja tiada terukur (a)

Raja bernama Darmalaksana (a)
Tampan rupawan elok parasnya (a)
Adil dan jujur penuh wibawa (a)
Gagah perkasa tiada tandingnya (a)


Ha kan semua sama ? Rima akhirnya sama je aaaa 😊.

Jenis-Jenis Syair

Menurut Harun Mat Piah ( 1989:242 ), berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita ( naratif ) dan bukan cerita ( bukan naratif ). Ha, mcm Naratif Ogonshoto. Kalau ikut bahasa Melayu moden mcm sekarang ni asalnya disebut ' Cerita Ogonshoto '. Kalau bahasa sastera ni ataupun bahasa Melayu klasik dipanggil sebagai ' Naratif Ogonshoto '. Berbalik kepada topik perbincangan kkta tentang syair ni.

Ni contoh jenis - jenis syair ye anak - anak.

Syair yang berupa cerita ( naratif ) :
i. Syair romantis
ii. Syair sejarah
iii. Syair keagamaan
iv. Syair kiasan

Syair bukan cerita ( bukan naratif ) :
i. Syair agama
ii. Syair nasihat

Seterusnya banyak sebenarnya fungsi syair ni, contohnya πŸ‘‡.

Fungsi Syair

1. Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.

2. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara β€œtukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.

3. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat
i. Ketika sambutan maulud ( hari kelahiran Nabi atau orang yang teragung )
ii. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria ke
iii. Digunakan dalam adat perkahwinan.
❀1πŸ‘1
bhgian B ( esei )
❀1
HatiΒ²
❀23πŸ”₯4