1.49K subscribers
32 photos
1 video
94 files
30 links
Channel
@studybmAplus
t.me/studybmAplus

Group discussion and chat
https://t.me/+o8xZDgqnhV1hODI1

group ini berfokuskan pada murid F4 dan F5
Sekiranya lower form ingin bertanya, Masih terbuka pada semua form
Download Telegram
Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera

Isi

Keluarga yang bahagia dapat melahirkan individu yang berdikari.

Sebab

Individu yang berdikari bijak membuat keputusan dalam kehidupan.

Contoh

Mereka akan bersikap tenang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Kesan

Mereka akan berfikir secara rasional dalam menilai baik dan buruk sesuatu perkara.
Forwarded from NOTA BAHASA MELAYU SPM
πŸ‘5
PENANDA WANCANA

1) Penanda permulaan karangan
a. Pada era globalisasi ini,
b. Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c. Dalam meniti arus kemodenan ini,
d. Dewasa ini,
e. Pada masa ini,
f. Kini,
g. Dasawarsa ini,
h. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i. Sejak sedekad yang lalu,
j. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k. Kebelakangan ini,
l. Balakangan ini,
m. Sejak akhir-akhir ini,

2) Penanda memulakan isi baharu
a. Selain itu,
b. Di samping itu,
c. Sementara itu,
d. Lebih-lebih lagi,
e. Dalam pada itu,
f. Lain daripada itu,
g. Pada waktu yang sama,
h. Dalam pada itu,
i. Seterusnya,

3) Penanda huraian isi karangan
a. Hal ini demikian kerana
b. Hal ini berlaku kerana
c. Hal ini terjadi kerana
d. Hal ini disebabkan oleh
e. Hal ini wujud akibat daripada
f. Hal ini bersangkut-paut dengan
g. Hal ini berpunca daripada
h. Hal ini tercetus apabila
i. Hal ini pada realitinya memjelaskan bahawa

4) Penanda menghuraikan contoh
a. Hal ini mengakibatkan
b. Hal ini menyebabkan
c. Oleh itu,
d. Maka,
e. Oleh hal yang demikian,
f. Oleh sebab itu,
g. Jelaslah bahawa
h. Justifikasinya,

5) Penanda memberi contoh dalam karangan
a. Misalnya,
b. Contohnya,
c. Sebagai contoh,
d. Tamsilnya,
e. Sebagaimana yang kita sedia maklum
f. Antaranya adalah seperti

6) Penanda menutup isi
a. Kesannya,
b. Natijahnya,
c. Akibatnya,
d. Akhirnya,
e. Dengan itu,
f. Dengan berbuat demikian
g. Dengan keadaan sedemikian,

7) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh :
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat
ini memang memeningkan kepala (huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (huraian 2 )
a. justeru
b. malah
c. malahan
d. tambahan pula
e. sementelahan
f. sekali gus
g. di samping

8) Penanda memulakan perenggan penutup
a. Kesimpulannya,
b. Intihanya,
c. Secara tuntas,
d. Konklusinya,
e. Sebagai penutup wacana,
f. Sebagai penghias bicara akhir,
g. Sebelum mengakhiri wacana ini,
h. Secara keseluruhan,
i. Secara total,

9) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a. Walau bagaimanapun,
b. Walakin itu,
c. Namun demikian,
d. Daripada perspektif yang berbeza,
e. Jika dilihat dari sudut lain,
f. Dengan kata lain,
g. Kontradiksinya,
h. Di sebalik itu,
i. Dalam pada itu,
j. Dari sudut lain,

10) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a.Bak kata peribahasa,...
b.Bak kata peribahasa Melayu,...
c.Bak kata orang tua-tua,...
d.Bak kata mutiara,...
e.Bak Peribahasa,...
f.Bak kata cendekiawan,...
g.Persis kata peribahasa,...
h.Persis kata peribahasa Melayu,...
i.Persis kata orang tua-tua,...
j.Persis kata mutiara...
k.Persis peribahasa,...
l. Bak kata lidah pendeta

Credit : @studybmAplus
❀9πŸ‘7
Hii
Assalamualaikum
Mlm ni kita buat kelas BM untuk ujian bertutur nak tk??
πŸ‘4
I'll update later untuk masa.
Nak kelas bertutur sekarang ker?... Mcm dah lambat sgt jeπŸ₯²
Hi assalamualaikum
❀5
Saya nak buat kelas BM mlm ni. Untuk bertutur. Blh tk?
πŸ‘6
Nak gantikan kelas yg haritu
πŸ‘1
Hehe
Kan cancel ritu punya
KELAS BM
JAM : 8.00am
PLATFORM : GOOGLE MEET
FOKUS : BERTUTUR
KELAS BM

To join the video meeting, click this link:
https://meet.google.com/zvj-kkaq-bgt

To join by phone instead, dial (US) +1 470-485-9873 and enter this PIN: 265 735 811#
❀3πŸ‘2
5_6206441997163564658.pdf
522.9 KB
Credit : @CikguFD
              @studybmAplus
πŸ‘1
😘
❀3πŸ‘1