Ramalan W Daus ( 2025 )
4.85K subscribers
226 photos
20 videos
65 files
180 links
ramalan at pin messages
Download Telegram
Countdown SPM 2025 🀍🌹

πŸ“†UBBM: 3.11.2025 β†’ 37 hari
πŸ“†UBBI: 10.11.2025 β†’ 44 hari
πŸ“†UAS: 17.11.2025 β†’ 51 hari
πŸ“†UMBBI: 20.11.2025 β†’ 54 hari
πŸ“†SPM Bertulis: 25.11.2025 β†’ 61 hari
πŸ₯°6❀5
hii semuaa hows preparation for spm so far? anw dh tau ke bila yall pulangkan buku teks? ma sch isnin ni
😨7
hye nak tanya , semu a negeri sudah habis trial ke ? atau ada lagi belum ?
hi semua selamat malam🀍
a reminder, please jgn lupa utk selitkan juga doa utk saudara2 kita di Palestin serta yg tgh berjuang di misi Sumud Flottilla ya.. smga mereka dipermudahkan urusan pulang n pergi serta dpt membantu saudara2 kita yg sdg menunggu di sana in shaa Allah
❀40πŸ’˜4
do educate yo self bout this guys, cri info n stay updated cz this issue bukan terletak pada agama but humanitary itself
❀29πŸ’…1
Happy Deepavali to all my Indian friends out there✨🫢🏻May this Deepavali brings you lots of happiness and luckπŸ«ΆπŸ»πŸ’—..Good luck for you SPM my friends 🩷
❀30
Countdown SPM ✍🏻:
31 days left

"We can do this"βœ¨β€οΈβ€πŸ”₯
❀7
Minggu depan UBBM SPM eh?😭
Forwarded from syfs study hub
FULL SKRIP UJIAN BERTUTUR.pdf
90.9 KB
Nota bm ujian bertutur
❀7
Forwarded from Study To Success🀍 (liaa)
Korang tau kan pasal perubahan ujian Bertutur spm ? Kalau soalan kbat tu bermula dgn "APAKAH' korang kena bagi isi jer..tak perlu huraian
❀15
Tema: Jati Diri,Patriotisme dan KewarganegaraanπŸ‡²πŸ‡Ύ

Soalan Individu

1.Apakah cara-cara kamu boleh tunjukkan semangat cinta akan negara?
-Mengibarkan Jalur Gemilang di rumah semasa bulan kemerdekaan
-Menyertai sambutan Hari Kebangsaan di sekolah seperti perarakan dan nyanyian lagu patriotik
-Menghormati lambang-lambang negara seperti bendera,Lagu Kebangsaan dan Jata Negara

2.Bagaimanakah cara murid dapat memupuk jati diri sebagai rakyat Malaysia?
-Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam pertuturan harian
-Mengamalkam nilai hormat-menghormati terhadap guru dan rakan daripada pelbagai kaum
-Menyertai aktiviti sekolah seperti Hari Patriotik

3.Pada pendapat kamu,mengapakah penting bagi rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme yang tinggi?
-Menjadikan rakyat lebih setia dan sanggup berkorban demi negara
-Mendorong rakyat bekerjasama membangunkan negara dengan semangat perpaduan
-Mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar

4.Pada pandangan kamu, apakah langkah yang boleh diambil oleh generasi muda untuk mengekalkan semangat patriotisme dalam era moden ini?
-Menggunakan media sosial untuk menyebarkan mesej positif tentang kecintaan kepada negara.
-Menghargai dan mempertahankan warisan budaya tempatan agar tidak hilang ditelan arus globalisasi.
-Menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan negara serta menolak pengaruh luar yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

Soalan Berkumpulan

Soalan:Sekolah anda akan mengadakan Minggu Patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Bincangkan cara-cara untuk memupuk semangat jati diri dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
-Mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga
-Menghargai dan mematuhi Rukun Negara
-Mengikuti sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
-Menghargai jasa pahlawan dan tokoh negara
-Menggunakan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian
-Mengambil berat terhadap isu dan pembangunan negara
-Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong

Semoga membantu🀎
❀7πŸ’˜1
1.Mengapakah E-sukan semakin popular dalam kalangan remaja?
-Ramai remaja ingin bermain permainan video
-Bersosial dan berhibur bersama rakan-rakan

2.Apakah kebaikan bermain E-sukan?
-Melatih minda supaya lebih fokus dan pantas membuat keputusan
-Belajar kerjasama dan komunikasi berpasukan
-Dijadikan sebagai kerjaya profesional

3.Apakah keburukan bermain permainan video secara berlebihan?
-Masalah kesihatan seperti mata letih dan kurang tidur
-Mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain

4.Pada pendapat anda,adakah E-sukan boleh dianggap sebagai sukan sebenar?
-Boleh dianggap sebagai sukan sebenar
-Memerlukan kemahiran,strategi dan latihan yang berterusan
-Menguji ketahanan mental dan fokus pemain
❀4
Tema: Ekonomi,Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan

1.Apakah contoh E-dompet yang popular di Malaysia?
-Touch 'n go eWallet
-GrabPay
-ShopeePay

2.Mengapakah ramai orang menggunakan E-dompet pada masa kini?
-Lebih cepat,mudah Dan selamat
-Boleh mendapat diskaun dan ganjaran

3.Apakah kebaikan menggunakan E-dompet?
-Memudahkan urusan pembayaran
-Menjejak perbelanjaan
-Mengurangkan risiko kecurian wang tunai

4.Apakah keburukan menggunakan E-dompet?
-Jika telefon hilang,wang dalam akaun boleh dicuri.
-Pengguna yang tidak berhati-hati akan berbelanja secara berlebihan.
❀4
Tema: Kesihatan Dan Kebersihan🧼

Soalan Individu

1.Apakah cara untuk menjaga kebersihan diri?
-Mandi setiap hari
-Menggosok gigi
-Mencuci tangan sebelum makan
-Memakai pakaian yang bersih
-Menjaga kuku dan rambut supaya sentiasa kemas

2.Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan persekitaran?
-Supaya tidak berlaku pencemaran dan penyakit berjangkit

3.Bagaimanakah cara kerajaan boleh menggalakkan rakyat menjaga kesihatan dan kebersihan?
-Mengadakan kempen kesedaran seperti "Kebersihan Tanggungjawab Bersama" dan program gotong-royong komuniti.

Soalan Berkumpulan

Soalan:Apakah cara-cara untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri?
-Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari
-Menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan
-Mencuci tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas ke tandas
-Memakai pakaian yang bersih dan sesuai
-Menjaga kebersihan rambut dan kuku
-Mengamalkan pemakanan seimbang
-Bersenam secara berkala
-Tidur yang mencukupi dan rehat yang cukup

Semoga membantu😾
❀3
Tema: Keselamatan🦺

Soalan Individu

1.Apakah cara anda menjaga keselamatan diri di rumah?
-Memastikan semua pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur atau keluar rumah
-Tidak bermain dengan peralatan elektrik dan tidak menyalakan api tanpa pengawasan ibu bapa

2.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya?
-Melintas di lintasan pejalan kaki dan memerhati kiri serta kanan sebelum melintas
-Memakai topi keledar dan mematuhi had laju yang ditetapkan

3.Apakah langkah keselamatan yang perlu diamalkan ketika berada di sekolah?
-Tidak berlari di koridor atau bermain di tempat berbahaya seperti tangga
-Mematuhi peraturan sekolah dan mendengar arahan guru semasa berada aktiviti luar bilik darjah

4.Mengapakah kita perlu mengamalkan langkah keselamatan dalam kehidupan seharian?
-Supaya terhindar daripada kemalangan dan kecederaan
-Melindungi diri dan orang lain daripada bahaya
-Mewujudkan persekitaran yang aman dan selesa

Soalan Berkumpulan

Soalan:Apakah cara-cara untuk menjaga keselamatan diri dan persekitaran?
-Berhati-hati di jalan raya
-Pakai topi keledar ketika menunggang
-Elakkan bergaul dengan orang yang tidak dikenali
-Patuhi peraturan di sekolah dan tempat awam
-Gunakan Internet dengan selamat
-Pastikan rumah dikunci dengan selamat sebelum keluar
-Laporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa
-Berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik dan api

Semoga membantu!!πŸ˜„
Tema: Perpaduan⭐

Soalan Individu

1.Mengapakah perpaduan penting dalam masyarakat?
-Mengelakkan perselisihan kaum dan perpecahan antara kaum
-Hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati

2.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk perpaduan di sekolah?
-Aktiviti sukan
-Gotong-royong
-Sambutan perayaan pelbagai kaum

3.Pada pendapat anda,apakah kesan jika perpaduan dalam masyarakat tidak dijaga?
-Masyarakat akan mudah bergaduh dan berpecah belah.
-Menjejaskan kestabilan negara dan melemahkan ekonomi

4.Bagaimanakah media massa dapat membantu memupuk perpaduan?
-Menyebarkan mesej tentang semangat kekitaan dan saling menghormati
-Menayangkan iklan dan drama yang menunjukkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia

Soalan Berkumpulan

Soalan:Apakah cara-cara untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat?
-Menghormati agama dan budaya kaum lain
-Menggunakan bahasa yang sopan dan positif
-Mengadakan aktiviti gotong-royong dan sukan bersama
-Menyertai sambutan perayaan pelbagai kaum
-Mengamalkan semangat tolong-menolong dan bekerjasama
-Mengelakkan isu sensitif seperti perkauman dan agama
-Menyertai program kerajaan seperti Rukun Negara dan Hari Malaysia
-Menggunakan media sosial secara berhemah

Semoga membantu 🫢
❀1
Tema: Kebudayaan,Kesenian dan Estetika🎨

Soalan Individu

1.Berikan dua contoh kesenian tradisional di Malaysia.
-Tarian Zapin
-Wayang Kulit
-Dikir Barat

2.Mengapakah kita perlu memelihara kebudayaan dan kesenian tradisional?
-Tidak pupus ditelan arus kemerdekaan
-Memupuk semangat cinta akan warisan bangsa dan menghargai jati diri rakyat Malaysia
-Dijadikan tarikan pelancongan

3.Bagaimanakah cara generasi muda boleh memupuk minat terhadap permainan tradisional?
-Menyertai Kelab Kebudayaan di sekolah
-Belajar tarian atau muzik tradisional seperti Gamelan dan Kompang
-Menggunakan media sosial untuk mempromosikan seni budaya

4.Pada pendapat anda,apakah kepentingan seni dalam kehidupan manusia?
-Memberi ketenangan dan keindahan dalam kehidupan
-Menyampaikan idea dan emosi melalui cara yang kreatif
-Medium untuk membina identiti dan memperkukuh hubungan sesama manusia

Bonus:
Bagaimanakah kerajaan boleh membantu memartabatkan kebudayaan dan kesenian tempatan?
-Mengadakan festival seni dan pertandingan budaya
-Menyediakan insentif kepada penggiat seni tempatan seperti pelukis,pemuzik dan penari

Soalan Berkumpulan

Soalan:Apakah cara-cara untuk memartabatkan kebudayaan dan kesenian tempatan dalam kalangan masyarakat?
-Mengadakan program kebudayaan di sekolah dan komuniti
-Memperkenalkan seni tradisional dalam kurikulum sekolah
-Menggunakan media sosial untuk mempromosikan kesenian tempatan
-Menganjurkan festival seni dan budaya peringkat daerah dan negeri
-Menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kebudayaan
-Memelihara dan memulihara warisan budaya lama
-Memberi penghargaan kepada penggiat seni tempatan
-Mengelakkan pengaruh budaya luar yang melampau

Semoga membantuπŸ™‚β€β†•οΈ
❀4
Forwarded from Y M
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
1.Kesihatan dan Kebersihan
2.Pelancongan
3.Keselamatan
4.Perpaduan
5.Kebudayaan , Kesenian dan Estetika
6.Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7.Sains, Teknologi dan Inovasi
8..Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9.Pertanian , Penternakan dan Perikanan
10.Sejarah dan Warisan
11.Sukan dan Rekreasi
12.Perindustrian
13.Pendidikan
14.Bahasa dan Kesusasteraan
15.Kerjaya
16.Integriti
17.Ekonomi , Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
18.Pentadbiran dan Politik
❀10😍3πŸ†’3πŸ’˜1
Nahhhhhhhh!!!!! Kot laa korang nakkk practice awal keπŸ™‚
❀5