Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
7.36K subscribers
8.4K photos
267 videos
4 files
2.03K links
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Download Telegram
SSM ANJUR OPS BERSEPADU BERSAMA LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) DI PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) GOPENG

Ipoh, 13 Mac 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah melaksanakan Operasi Bersepadu anjuran SSM di sekitar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng pada 21 Februari 2025.

Operasi ini bertujuan untuk memastikan pematuhan perniagaan dan syarikat kepada undang-undang yang dikawal selia oleh setiap agensi disamping mengeratkan hubungan kerjasama di antara agensi penguatkuasaan.

Sebanyak 75 premis diperiksa dalam operasi tersebut dan SSM telah mengeluarkan 21 notis kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 2016.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
LARANGAN PENGGUNAAN LOGO SSM TANPA KEBENARAN

SSM tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan geran untuk menggunakan logo SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
EDUCATIONAL SERIES: BENEFICIAL OWNERSHIP

Series 1- Who Qualifies As a Beneficial Owner (BO)?

A beneficial owner (BO) is a natural person who ultimately owns or controls or exercises significant influence over a company.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT BERKAITAN SPPP DAN BUKA KAUNTER BERGERAK SEMPENA PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) TAHUN 2025

Kuantan, 14 Mac 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang telah memberi taklimat berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada 35 orang perserta bersempena Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) pada 23 Februari 2025.

Semasa program berlangsung, 15 usahawan baharu telah mengaktifkan ID pengguna EzBiz Online dan 17 pendaftaran baharu dibawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (Usahawan B40) telah berjaya didaftarkan, selebihnya peserta telahpun mendaftarkan perniagaan sebelum ini.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Azhar, dari Seksyen Operasi SSM Pahang dan kaunter bergerak telah dikendalikan oleh Encik Johari, Seksyen Operasi SSM Pahang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - SSM Sumbang Wakalah Zakat Korporat Berjumlah RM27,500 Kepada Institusi Keagamaan Dan Rumah Kebajikan Sempena Majlis Harmoni Iftar SSM 2025

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Sebut Harga - Perkhidmatan Berhubung Pembangunan Polisi Dan Rangka Kerja Pelaporan Environment, Social, Governance (ESG) Di Bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) Berserta Polisi ESG Dalaman Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Sebut harga adalah dipelawa kepada Perniagaan/ Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang yang ditetapkan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk No. SSM 2/2025 'Perkhidmatan Berhubung Pembangunan Polisi Dan Rangka Kerja Pelaporan Environment, Social, Governance (ESG) Di Bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) Berserta Polisi ESG Dalaman Suruhanjaya Syarikat Malaysia".
Dokumen sebut harga berbentuk salinan lembut (soft copy) boleh didapati secara percuma dengan mengemukakan permohonan kepada e-perolehan@ssm.com.my bermula 14 Mac 2025 sehingga 21 Mac 2025. Hanya penyebut harga yang LAYAK akan menerima kata laluan atau pautan muat turun melalui e-mel bagi muat turun dokumen sebut harga tersebut.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
EDUCATIONAL SERIES: BENEFICIAL OWNERSHIP

Series 2- Why is Beneficial Ownership (BO) Reporting Important?

The lack of transparency in corporate structure makes companies more vulnerable to be misused for serious crimes, including:
- Money laundering
- Terrorism financing
- Proliferation financing
- Corruption
- Tax evasion

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
Kenyataan Media - Tiga Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Memberikan Maklumat Palsu Kepada Pendaftar

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM ANJUR TAKLIMAT MBRS 2.0 BERSAMA BADAN PROFESIONAL SETIAUSAHA SYARIKAT

Seberang Jaya, 17 Mac 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan taklimat dan penerangan berkaitan sistem MBRS 2.0 bersama Setiausaha Syarikat bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat SSM Negeri Pulau Pinang pada 20 Februari 2025.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada setiausaha syarikat mengenai penambahbaikan platform MBRS 2.0. Penekanan lebih diberikan kepada kaedah membuat serahsimpan Penyata Kewangan secara atas talian melalui portal MBRS berikutan pelaksanaan mandatori fasa kedua berkuatkuasa pada 1 Mac 2025 untuk dokumen di bawah Akta Syarikat 1965.
Terdapat dua sesi taklimat bersama Badan Profesional Setiausaha Syarikat iaitu Syarikat Bumiputera Wilayah Utara (SUTERA) pada sesi pagi dan Malaysian Association of Company Secretaries (MACS) pada sesi petang. Jumlah penyertaan untuk kedua-dua sesi tersebut adalah berjumlah 40 orang yang terdiri daripada setiausaha dan pembantu setiausaha syarikat.

Semasa program berlangsung, para peserta telah berjaya menyempurnakan keperluan templat mTool penyata kewangan dan seterusnya menyimpan fail secara "ZIP" semasa program berlangsung. Peserta juga diberikan pendedahan berkenaan produk dan perkhidmatan lain yang terdapat di SSM sebagai usaha mempromosikan perkhidmatan SSM kepada orang berkepentingan.

Taklimat telah disempurnakan oleh Puan Zahidah Ibrahim, Pengurus Seksyen Operasi SSM Pulau Pinang, Encik Tan Aik Hui, Puan Punitarani Punithan dan Puan Nurhazwani Marzuki, Eksekutif Seksyen Operasi SSM Pulau Pinang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
EDUCATIONAL SERIES: BENEFICIAL OWNERSHIP

Series 3- What Are The Criteria to Determine Beneficial Owner (BO)?

#PernigaanAndaBermulaDiSSM
GET READY FOR THE 14th SSM NATIONAL CONFERENCE (SSMNC2025)

SSM National Conference has made its mark as a signature regulatory education and networking platform for corporate professionals to stay relevant in the ever-changing business environment.

Conference Fee:
Physical    - RM 1,500.00
Virtual     - RM 700.00

All registration on first come first serve basis. Closing date on 5 August 2025. Terms and Conditions Apply.

Don’t miss out! It's a hybrid conference. Join us in person or virtually.

Secure your spot now! Visit SSM4U online platform https://ssm4u.com.my/ecomtrac/ for registration.

For futher enquiries, please contact us at comtrac@ssm.com.my or WhatsApp at 03-2299 5335.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM